Monday, October 20, 2008

ISMALINA MULA MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI WP SELEPAS DIKECEWAKAN MINGGU LEPAS ; SIAPA CALON PILIHAN UNTUK EXCO PU3 MALAYSIA DARI WP ?

KUALA LUMPUR -- Selepas dikecewakan Puteri Setiawangsa dan Kepong minggu lepas , semalam Datin Ismalina Ismail mendapat mandat yang lebih kukuh dari bahagian - bahagian yang lain di Wilayah Persekutuan dimana beliau mendapat pencalonan daripada Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Segambut dan Titiwangsa .
Ismalina turut dijangka akan mendapat pencalonan dari Batu, Bukit Bintang, Labuan dan Lembah Pantai selepas ini. Malah Ismalina juga menjadi perhatian semalam apabila Puteri Parit Sulong yang di Ketuai oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Noraini mencalonkan Ismalina bagi jawatan Ketua Puteri Nasional. Pencalonan tersebut juga dikatakan mencuri tumpuan pencabar - pencabar lain bagi jawatan Ketua Puteri.
EXCO PUTERI MALAYSIA
Sementara itu, beberapa nama disebut - sebut akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dari Wilayah Persekutuan termasuklah, Ketua Puteri Segambut - Fiona, Ketua Puteri Bandar Tun Razak - Zauyah Zainuddin, Ketua Puteri Putrajaya - Norhamiza Zawawi dan Ketua Puteri Seputeh - Azliza Ahmad. Mereka berempat dikatakan mendapat mandat penuh dari Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, beberapa calon lain dari Wilayah Persekutuan juga dikatakan akan bertanding secara "individu " dari Wilayah Persekutuan.Wilayahkini difahamkan ada lebih daripada dua calon yang mengintai peluang tersebut ? Siapakah mereka ?
NASHUA BERTANDING EXCO PUTERI
Setiausaha Penerangan Puteri UMNO Malaysia Nashua Fauzun yang juga merupakan AJK Puteri Segambut, setakat ini dikatakan telah mendapat 30 pencalonan bagi jawatan Exco Puteri Malaysia. Nashua dikatakan mempunyai "rapo" yang baik dari segi hubungan dikalangan ahli - ahli Puteri.
Sementara itu, Siti Fatimah dari Setiawangsa juga dikatakan berminat untuk bertanding Exco Puteri. Siti juga dikatakan telah mendapat pencalonan yang mencukupi. Ada lagi ?
( Gambar Pergerakan Puteri UMNO WP dibawah pimpinan Azlinda Rashad )

29 comments:

Anonymous said...

cantek nashua! I bukan ahli puteri tapi kenal rapat. Dia walaupun pertama kali bertanding tapi ada visi dan misi untuk mengembalikan kegemilangan puteri. Sebagai setiausaha penerangan puteri, nashua pasti ada banyak pengalaman. Kepada perwakilan Puteri pada Mac tahun depan, pastikan anda memilih calon yg berwibawa untuk masa depan puteri!!!. GO NASHUA GO....

Anonymous said...

Intip dengar Seriwani jugak turut menawarkan diri...

Princess Alleesya said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

batu sememang nyer menyokong penuh kak isma... kami dah calon kan, bhgn lain bile lagi??

go go kak isma.....

Anonymous said...

4 calon exco puteri malaysia dari WP yg mendapat mandat Pergerakan Puteri UMNO WP ialah

Zauyah Zainuddin (Ketua Puteri BTR/Timb Pengerusi Tetap Puteri UMNO Msia)

Hamizah Abdollah Zawawi (Ketua Puteri Putrajaya/Setiausaha Puteri UMNO Negeri WP)

Huzry Fionawatty Hussein (Ketua Puteri Segambut)

Azliza Ahmad (Ketua Puteri Seputeh)

-selamat berjaya-

Anonymous said...

mana keputusan penuh persidangan puteri wangsa maju

Anonymous said...

siapa yang menerajui puteri wangsa maju !!! adakah puteri indah datin jamiza @ rafeah! bloges please findout!!

Anonymous said...

Keputusan Persidangan Puteri Wangsa Maju
K.Pu3 : Rafeah Omar
N.K.Pu3 : Nordimah Noordin

Anonymous said...

Nashua! Nashua! Nashua!
Bantulah ia walaupun bukan Ketua puteri Bhgian. Term 2011 u Pimpin Pu3 Segambut k. sokongan akan datang bagi merubah Pu3 Segambut....

Anonymous said...

TAKDE APA YG TAK KENANYA DENGAN PUTERI SEGAMBUT DAN KEPIMPINAN FIONNA TAPI AGAK SEDIKIT SIMPATI DENGAN FIONNA DAN RAKAN2NYA BILA DALAM DIAM DAH KENA MAIN DENGAN ORANG NO 2 DALAM PERGERAKAN PUTERI SEGAMBUT SENDIRI.

SIAPA YANG MAKAN CILI SENDIRI RASA PEDASNYA.

Princess Z said...

Hey.... Gambo dr blog kita le! Bagi ler link dr mana ambik gambo!

Anonymous said...

salam,selama saya menjadi ahli puteri umno bahagian segambut yang diterajui oleh cik huzry fionawaty banyak kelemahan dari kebaikan.bukan saya nak memperkecilkan beliau tetapi apa yang saya dapat nyatakan disini adalah beliau seorang ketua puteri yang tidak fleksible dan juda tidak telus bagi menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang ketua..berpuncanya kepada perpecahan adalah disebabkan ketidakpercayaan kepada puteri dibawah naungan beliau sendiri.beliau hanya akan bergerak bersama hardcore2 beliau sahaja,kalau ada aktiviti..message hanya akan diFORWARDkan kepada ahli2 pu3 yang menyokong beliau sahaja,di mana ketelusan beliau??ini tidak sepatutnya berlaku,beliau haruslah bijak menangani keadaan dan masalah..untuk pengetahuan semua,sebenarnya pu3 segambut mempunya ahli yang ramai,tetapi kalau anda semua perasan pu3 yang dibawa oleh Cik Fiona hanya muka2 itu sahaja.banyak lagi pu3 yang boleh diketengahkan yang lebih ramai lgi yang boleh komited terhada pu3.tetapi,yang dibawanya ke hulu ke hilir hanya2 orang2 tertentu sahaja.di mana ada duit,yg xpernah nmpak muka pun tiba2 laa muncul,yang sakit pun jadi xsakit.macam2 karenah betul pu3 segambut ni,walaupun saya masih berjinak2 dengan pu3 segambut,banyak benda yang diperdengarkan oleh ahli2 pu3 segambut yang lain.


cukuplah tu,banyak lagi benda yg boleh diperkatakan di sini,tapi cukuplah setakat di sini sahaja.bila dah panjang berjela kita mengutuk karang,ada plak yang pengsan.

untuk Cik Fiona,muhasabahkan diri anda..renung kembali ape yang telah anda lakukan pada pu3 bahagian segambut,adakah anda adil dalam melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang KETUA PUTERI BAHAGIAN SEGAMBUT??

ADAKAH ANDA RASA KEDUDUKAN ANDA SELESA KETIKA INI??

ADAKAH ANDA BERASA LEGA SETELAH ANDA BANYA MENGUTUK PU3 ANDA SENDIRI BERBAKUL2??

INIKAH KETUA PUTERI YANG HARUS DICONTOHI??

kepada semua PU3 UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT,renung2kan laa..fikir2kan laa..anda masing sudah matang,masih waras untuk berfikir..pilihlah dan sokong laaa Ketua Puteri yang berkaliber dan berwawasan!!


ape2 pun,kami bangga mempunyai seorang Ketua Puteri yang telah menerajui Puteri Umno Bhagian Segambut,Cik HuzryFionna Waty.

salam sayang Cik Fionna..





-PUTERI SEGAMBUT YANG MALANG-

Anonymous said...

saya bersetuju dengan kenyataan PUTERI SEGAMBUT YANG MALANG di atas..!!

Kak fiona harus membetulkan cara KEPIMPINANnya..!!


salam,
Puteri Baru Aktif

Anonymous said...

Ni lah jadinya bila menang tak bertanding.bukan tak bagus,tp bila dah abis baru nak merungut macam-macam dah takde gunanya.

Dah tau Fiona tu mmg lemah longlai, kenapa tak masuk gelanggang.takut???

Sekarang nak bagi satu dunia tahu pun takde maknanya.Tulah lain kali sebelum ambil keputusan pikir baik2.
Fiona tu dah terkenal memang tak boleh buat kerja,memimpin apatah lagi.Sekarang ni puteri segambut kena telan je la perangai fiona tu lagi 3 tahun,sendiri yg buat keputusan,sendiri tanggungla.

Anonymous said...

assalammualaikum wbt.

Kepada adik2 PU3 Segambut

Kenapa kita mesti berbalah dan memburuk-burukkan antara satu sama lain. Apa kebaikan yang kita dapat? Jikalau kita yang seagama dan sebangsa bertelagah, mencaci dan menfitnah antara satu sama lain, saya yakin satu hari nanti orang2 melayu akan menjadi pengemis di tanah airnya sendiri.

Oleh itu saya mengharap dan berharap agar Bersatulah adik2 PU3 semua, buang yang keruh ambil yang jernih. Tiada gunanya kita jatuh menjatuhkan antara satu sama lain sedangkan bangsa lain bertepuk tangan dan mengetawakan kita....sedarlah dik, perjuangan kita didalam mempertabatkan maruah bangsa melayu harus menjadi keutamaan kita memandangkan senario politik semasa sekarang yang tidak ketentuan.

Jika ingin melihatkan perubahan didalam kepimpinan Fiona dan Noori, nasehat saya, kita sebagai ahli2 PU3 harus dahuku berubah.... Kita sebagai Ketua PU3 Cwg mahupun ahli biasa Cwg mesti membuat perubahan didalam cawangan kita dahulu, memperelokan dan mengemaskan kepimpinan kita dicawangan. Selepas itu barulah kita bersama2 membantu dan berganding bahu di peringkat Bahagian.

Gunakan sepenuhnya semasa mesyuarat dan perjumpaan2 yang diadakan untuk memberi maklum balas, memberi pandangan dan kritikan membena demi untuk kemajuan PU3 itu sendiri bukan untuk kepentingan individu tertentu. Gunakan sepenuhnya hak kita sebagai ahli PU3 untuk membena kekuatan PU3 itu sendiri dan bukan sebagai penonton yang hanya pandai bersorak dan menjerit diluar padang menyalahkan pemain bolasepak sedangkan dirinya sediri tak tahu bermain bolasepak.

Kepada Fiona dan Noori, laksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh akar umbi dengan penuh ikhlas,jujur, telus dan bertanggungjawab. Usah ada lagi puak didalam PU3 Segambut. Nasehatkan ahli2 PU3 kita supaya buangkan segala irihati, hasad dengki, dan jujurlah pada diri kita, jangan sesekali mengkhianati antara satu sama lain... sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Ingatlah azab Allah di Akhirat nanti.

Oleh itu, janganlah mengunakan laman web/blog untuk mencaci, mengata, mengumpat,menghina dan memfitnah sesungguhnya dosa orang2 yang membuat fitnah itu adalah lebih besar dari dosa orang2 yang membuat zina.

Oleh itu, kembalikan semangat kekeluargaan kita, jika ada yang tidak berpuas hati terhadap individu tertentu, berjumpalah secara berdepan dan selesaikan dengan cara yang baik, beradap dan bersopan.

Fiona telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik yang munkin sepanjang 4 tahun yang lepas. Kini bagi fasa kedua, Fiona dan Noori telah berganding bahu dan mantap. Kedua2nya nampak sehat dari segi fizikal dan mental.

Insyaallah...saya percaya PU3 Segambut dibawah kepimpinan Fiona dan Noori beserta adik2 Pu3 Segambut akan menjadi satu pasukan yang dihormati oleh kawan dan lawan...bersatu kita roboh bercerai kita roboh....ingat dan hayatilah senikata lagu WARISAN...jangan sampai nasi menjadi bubur walaupun boleh lagi dimakan tetapi hanya orang sakit dan tidak bergigi...masa itu sudah terlewat untuk kita menyelamatkan maruah bangsa kita.

Saya mendoakan semoga adik2 PU3 Segambut semua sentiasa berada didalam keberkatan Allah SWT dan dipelihara didunia dan diakhirat....Wassalam.

" Tiada ertinya perjuangan tanpa pengorbanan "


Salam Perjuangan

Mantan Pemuda

Anonymous said...

assalamualaikum..
buat pu3 segambut

betul kata mantan pemuda, ambil yg jernih buang yg keruh. kenapa kita mesti memburukkan org lain sedangkan kita sendiri belum tentu sempurnanya. tanya pada diri anda, adakah kita layak menjadi pemimpin hanya sekadar pandai bercakap??? fikir secara positif, mana letaknya semangat pu3 segambut hanya kerna kita tidak puas hati dgn apa yg terjadi kita nk salahkan bulat2 diri beliau? kita hanya nmpk keburukan dia, tapi adakah pu3 segambut kenang kebaikan yg beliau lakukan????
tak guna nk kata telus atau tak kerna org luar hanya boleh brcakap tp siapa yg buat kerja utk pu3 segambut?? sedarlah.. tak guna nk bertelingkah, kalau anda rasa sayang akan pu3 segambut, bersatulah.. org lain suka tgk melayu berpecah jadi kenapa kita nk keruhkan lagi?? apa manfaatnya?? saya cuma sedih, kenapa kita harus berbalah sedangkan kita boleh bersama..
politik adalah politik jaga hati. tak semua hati kita dapat puaskan. saya mintak maaf kalau ada yang marah tp jgn kerana politik kita berpecah.. untuk Fionna, selamat berkhidmat utk segambut, saya doakan anda sentiasa tabah. kepada pu3-pu3 segambut, jgnlah ada dendam dan hasad dengki kerna takut akan memakan diri.

pemerhati luar

Anonymous said...

salam,

saya bersetuju 110% seperti ape yg dikatakan oleh MANTAN PEMUDA seperti di atas,kita perlu bersatu padu demi memperjuangkan maruah kita sebgai MELAYU.

kita PU3 SEGAMBUT yang ada ni perlu berganding bahu,bekerjasama bagi memertabatkan bangsa,agama dan negara.

buktikan pada semua bahawa PU3 SEGAMBUT masih kuat & masih relevan untuk menerajui SEGAMBUT.


Kepada Kakak2 ku..Kak Fiona & Kak Nury,saya harap anda berdua dapat bekerjasama..buat perubahan,perbanyakkan aktiviti di bahagian dan libatkan semua cawangan.

kita sekrang adalah ADIK BERADIK..cubit peha kiri peha kanan terasa sakit..

oleh itu,Saya memberi sokongan terhadap kepimpinan Kak Fiona & Kak Nury bagi melaksanakan tanggungjawab yang telah diberi kpada kakak berdua.

semoga anda bijak dalam melaksanakan tanggungjawab yg telah diberikan.semga kita dapat duduk semeja bagi menyelesaikan segala masalah yang ada.

abaikan caci maki dri pihak luar,pekakkan telinga anda.semoga tabah & bersabar bagi menghadapi cabaran2 yg mendatang..Amin..


Wakil Pu3 Segambut Tengah,
Loveelinda

Anonymous said...

aku cukup menyampah dengan perangai si Fiona ni kalau bersalam. Biasalah adat kita, salam nak kena laga pipi 3 kali.. kalau siFiona ni, dia bukan laga pipi tapi dia lagakan tengkorak kepada dia yang keras tu... ada ke patut??? kalau nak camtu, baik from now on, kita main salam laga kepala je... Tak ikhlas betul!! menyampah aku... ubah2 lah diri tu sikit...

Ko nak pegi exco tapi ko malas nak berkempen, harapkan rakan2 je... baik ko balik duduk rumah jelah Fion...

Anonymous said...

Fionn dan geng2 Blue Hypponya..!!

bnyak Ketua pu3 yg aku tgk smuanya mcm Blue Hyppo..!!

mcm mak2 orang..gemok plak lg dri Wanita..

Hazreena Hyppo..!!

Fionna Hyppo..!!

Zauyah Hyppo..!!

bnyak lgilaaa yg hipopotamus.. ;-)


sorry..

Anonymous said...

adoiiii!!!

Anonymous said...

ALAMAK..!!APE DAH JADI NI?

Anonymous said...

oits... HIPPO HIPPO jangan sebut ye!!!! sensitive tau!!!

MANTAN i pun hippo jugak! Ahaks...


-PU3 Setawangsa-

Anonymous said...

mantan awak hipposs jugak ke?? hehehehe lepas ni boleh lah korang buat ucapan pasal HIPPOSSS pulak...

Anonymous said...

mantan awak hipposs jugak ke?? hehehehe lepas ni boleh lah korang buat ucapan pasal HIPPOSSS pulak...

Anonymous said...

mantan awak hipposs jugak ke?? hehehehe lepas ni boleh lah korang buat ucapan pasal HIPPOSSS pulak...

Anonymous said...

Salam...segambut gals, i gase bukan takut nk masuk gelanggang tapi kalau ketua bahagian masuk campur urusan puteri cmner??? sampaikan senarai nama untuk G10 pun ketua bahagian yang tentukan dh 2 apa gunanya fiona sebagai ketua puteri? di mana kuasa dia? tak kn nk jadi kerbau di cucuk hidung kot...sekarang nie kita tau lah cmner kepimpinan fiona cmner, tak de ketegasan dalam membuat keputusan.
memang betul apa yang dikatakan oleh Puteri malang tu. Di Segambut bukan tak ada puteri yang lain tapi asik muka dan saiz yang sama je yang di bawa ke hulu & ke hilir apa jadi dengan puteri yang lain. Puteri yang lebih aktif, agrasif, bijak, berani dan yang mempunyai idea-idea yang bagus takkan nak dibiarkan je kat cawangan atau dia & hardcore2 dia takut kedudukan tergugat.
satu lagi pasal mesyuarat setiap kali mesyuarat jangan kata minit mesyuarat agenda mesyuarat pun payah nak nampak. Ketepatan masa pun selalu diabaikan, Mesyuarat pukul 8.30mlm pukul 10.30 pun x sampai2 dah tu cmner mesyuarat nak abis cepat. Mesyuarat paling cepat abis pukul 12.30mlm dia x fikir ker puteri2 yang tinggal jauh, yang ada anak, ada suami lain lh dia masih single. alasan lambat datang mesyuarat dari dulu sampai sekarang "kerja banyak lah, kerja tu lebih utama, kalau tak de kerja siapa nak bagi kita makan". memang betul pe yang dia cakap tu tapi kalau dah tak leh bagi komitmen kenapa sanggup pegang jawatan tu. (ada masyuk ker).
Pasal kroni dia satu lagi kalau tak datang mesyuarat mesti dicovernya. kadang2 tu kesian gak tengok si Nashua tu dipulaukan jer dek fiona & the gang. ada je salahnya walaupun nashua tu tak datang mesyuarat dia tetap anta wakil itu pun dipertikaikan. tak tau lah apa nasib you nashua. orang kalau dah tak suke memang cam tu. anyway to us nashua tu berkaliber, ada misi dan visi nya dan dia bakal menjadi seorang ahli politik yang berjaya sebab dia tak kisah pe orang nak cakap pasal dia or orang tak suke dia, dia tetap bagi komitmen pada puteri tapi malang nya fiona susah nak terima dan selalu memperlekeh2kan dia.heran gak tapi kenapa erk diorang leh jadi cam tu.
kepada fiona & the gang sila2 lah berkomunikasi dengan baik dengan semua ketua puteri2 cawangan dan ahli2 puteri yang lain tak kira lah cawangan hardcore or bukan. jangan lah suka cakap ikut sedap mulut jer jaga2 lah ati adik-adik puteri yang lain. jangan depan cakap lain di belakang cakap lain.
sekian, wassalam

Anonymous said...

Kurang Senang,

Ko nie kurang senang dengan ketua2 Pu3 yg ko gelar Hyppo tu dari segi pentadbiran diorg ke.. atau ko kurang senang dari segi saiz diorg tu.. ??

Kalau dari segi pentadbiran ok la.. semua ada +ve/-ve masing2.. Ketua2 Pu3 yg tak Hyppo tu pun bukannya terer mana pun.. takat cantik je keje tak jln tak jadi gak beb..

Tapi kalau dari segi saiz..baik la ko mintak mahap dgn diorg..tu dah anugerah Allah.. kita jangan gelarkan org mcm2..tu dah mcm kita kutuk ciptaan Allah jgak la..

Apa pun..kalau tak puas hati ..ckp je baik2 (terus terang) kat tuan badan tu..senang citer..jgn ckp belakang2..tak ke mana sudahnya..

Sama-sama la kita "REBRANDING PUTERI UMNO" nie semula.

Anonymous said...

SALAM,

SKRANG NI AKU LEBIH XPAHAM DGN KETUA PU3 YG XPNDAI NK BAWAK DIRI.

AKU XSUKA BTL KALAU KETUA PU3 YG XTRANSPARENT..

KALAU XBLEH NK JAGA SMUA BUDK2 PU3,BAIK XYAH JD KETUA PU3 BEB..!

AKU XSUKA KETUA PU3 YG BAWAK PU32 YG HARDCORE2 JER..

YG XHADCORE NI MCM MNA?

NK DDUK DIAM JE KE?BUAT BODO JE KE?

TPI KALAU STIAP KALI NK MSYUARAT CWANGAN BKAN MAIN SBUK LG CARI KITA SRUH BUAT MSYUARAT..

YELAH KALAU XCKUP KORUM NNTI XLEH PLAK NK BUAT MSYUARAT..

PASTU,BILA SMUANYA DH SETTLE..MSYUARAT BAHGIAN DH LPAS..

LGSUNG SBELAH MATA PUN XPNDANG KITA..

JGN X SBB DIA NK LPASKAN SESAK DIA JER..

PASTU,KITA DH JDI MCM KAMBING YG TRLPAS DRI KNDANG LAAA..

BUAT HAL MASING2..

AKU MMG XPHAM DGN PRANGAI KETUA PU3 YG MCM NI..

TO ALL KETUA PUTERI..
KORANG NI TLG LAAA BE FLXBLE SKIT..

JGN JD PLASTIC..!!



SUKATI AKULAAA..

Anonymous said...

Salam...adik2 pu3 segambut

Pada hemah saya, seorang pemimpin yang dipilih, bukan bermakna dia akan menjadi pemimpin selama-lamanya. Pemilihan seorang pemimpin bermakna dia diberi ujian s.ada beliau mampu utk melaksanakan amanah yg diberi.

Jd nasihat sy, selama tempoh 3-4 tahun ini, berilah kerjasama yg baik kpd pemimpin adik2 demi perpaduan sayap bongsu parti ini di samping adik2 menilai akan kemampuan pemimpin adik2 ini.

Jk pd 2011, adik2 berasakan pemimpin yg sedia ada skrg ini tidak mampu menggalas amanah mk lakukanlah perubahan secara profesional. Tetapi jk pemimpin yg ada berjaya & sempurna menjalankan tugas, teruslah beri sokongan.

Kesimpulannya, di dalam parti, pilihan sentiasa berada di tgn ahli-ahli. Terpulang kpd kebijaksanaan, keberanian & kematangan adik2 sebagai ahli parti...

Jadilah ahli puteri yg berwawasan & matang...