Pemuda Setiawangsa mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir, Pemuda Cheras mencalonkan Datuk Seri Khir Toyo manakala Pemuda Bandar Tun Razak pimpinan Rizalman pula mencalonkan Khairy Jamaluddin.
Hujung minggu ini pula lima lagi Pemuda Bahagian dari Wilayah Persekutuan akan bersidang iaitu, Batu, Kepong , Segambut, Wangsa Maju dan Titiwangsa.
Walaupun Mukhriz Mahathir telah layak bertanding jawatan Ketua Pemuda setelah mendapat pencalonan yang mencukupi namun, gerakan untuk mendapatkan pencalonan semakin hangat dan sengit kerana bagi membuktikan kebolehan diri masing - masing dari segi kekuatan dan populariti.Di Wilayah Persekutuan juga dikatakan penyokong - penyokong Mukhriz , Khairy dan Khir Toyo telah turun padang habis - habisan untuk mendapatkan pencalonan.
PEMUDA WANGSA MAJU DAN NORZA
Apa yang menarik, minggu ini juga Pemuda Wangsa Maju dibawah pimpinan Ketua Pemudanya yang tersohor Datuk Norza Zakaria akan bersidang.Kita nantikan siapakah pilihan mereka ? Khairy , Mukhriz ataupun Khir Toyo.
Apakah Norza akan berjaya mendapatkan pencalonan bagi Khairy Jamaluddin ataupun Norza akan dimalukan sekali lagi macam insiden usul tak percaya dulu?
9 comments:
ooooooo very exciting-lah. ;) oooo...keep up the good work-lah....
Pemuda Putrajaya akan mengadakan mesyuarat perwakilan pada hari Sabtu ini 18.10.2008. Pemuda Putrajaya tidak bersatu dalam pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Zaki KP Purtajaya pastinya akan menjulang nama Khairi. Tapi kedudukan beliau juga agak tergugat apabila dicabar oleh Tun Faizal Pegawai Khas Datuk Seri Hishamudin.
Persidangan nanti dijangka hangat. Sokongan untuk Datuk Mukriz juga tidak kurang kuatnya, begitu juga dengan Dato' Seri Khir Toyo. Pastinya tiga2 nama ini akan dicalonkan. Siapakah yang akan menang. Perkiraan awal Datuk Mukhriz akan mendapat laluan. Namun faktor wang yang telah pun mula beredar akan banyak mempengaruhi keputusan. Itulah taraf pemuda Putrajaya, bakal pemimpin masa hadapan negara yang boleh dibeli. Dari manakah mereka mempelajari semua ini, tidak lain daripada pemimpin pemimpin atasan yang telah menurunkan budaya ini. Dengan itu BERUBAHLAH WAHAI PEMUDAKU, MARILAH KITA BANGUNKAN UMNO, KITA ANGKAT MARTABAT BANGSA DAN NEGARA DENGAN SEMANGAT, DENGAN KERINGAT. BUKAN DENGAN WANG, BUKAN DENGAN PANGKAT. KITA JULANG AGAMA KITA DENGAN IMAN DAN TAQWA. AMIN
Titiwangsa...angin kus-kus kata Kj already been given exit doors...favourable on DMM and trailing by Khir Toyo...entah takut kat pecalonan je manyak nanti ..ujung-jung bahagian seluruh m'sia the fight are on and DMM get back stab..moga-moga..Pemuda kuat jatidiri...serta rasional..money it is up to individu...so nawaitu alif,baa taa tu yg penting so selamat bersidang...la wilayah kini...yg hari-hari makin celaru...hihihiiii..i think norza should gets another slap on his faces..wakakakakak
khir toyo lebih baik tarik diri jela!!! nanti engkau x cukup percalonan nanti malu pulak
Khir Toyo ada peluang dapat undi kalau ada yang malas nak undi KJ (proksi Pak Lah) atau Mukhriz (proksi Tun).
err..Norza pernah kena undi tak percaya ke?..cerita la sket kat kami yang tak tau apa-apa ni..hehe..
Norza sebagai ahli MT tak hebat ke kat tempat sendiri?..huhu..
Terima kasih pada yang memberi info.
Hidup MAN GAJAH!
...support man gajah for Bahagian..we need this kind of direct people..in Bahagian Titiwangsa..idup Cendana..kg Baru Kampung Ku..
Dari.. blog akj
Ketua Perhubungan Kalah Undur Sajalah
Terlanjur bercakap fasal pemilihan Umno, saya harap yang tidak dicalonkan atau yang kalah pada Mac nanti tidaklah terlalu kecewa kerana dalam keadaan tenatnya sekarang, Umno memerlukan khidmat semua orang untuk melakukan CPR (cardiopulmonary resuscitation/pernafasan mulut ke mulut) ke atasnya.
Seelok-eloknya yang sudah tak ada steam atau yang masuk angin keluar asap tu (meminjam daripada Allahyarham P Ramlee) tak payahlah hemoi-hemoi tawar diri.
Orang macam pengerusi perhubungan negeri-negeri yang kalah seperti Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tak payahlah dipilih balik.
Ikutlah jejak Presiden Umno dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang akan mengundurkan diri dan tidak bertanding jawatan presiden. Kalau setakat jadi ketua bahagian tu bolehlah kot. Itu pun rasa-rasanya janggal juga.
PS: Saudara/Saudari yang hendak terus berbincang isu ekonomi dan kontroversi Maybank-BII boleh buat dalam posting ini sebab isu ini elok dijadikan sebahagian daripada agenda perhimpunan agung dan pemilihan Umno.
Mukhriz Lantang Biadap, Bodoh Macam George W Bush ~ Malaysiakini
Dalam wawancara bersama akhbar The Star yang dipaparkan hari ini, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan yang tampak agak janggal. Barangkali sungguhpun menjadi anak Tun Dr Mahathir, Mukhriz belum cukup ilmu politik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah, inikan kebijakan politik mahupun intelek untuk memimpin pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pertama sekali, Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Masya Allah, kamu ingat bodoh sangatkah kita ni Mukhriz? Di Ipoh Timur di mana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato’ Zaki Zahid) telah memberi ‘peluru’ kepada para perwakilan, tetapi malang buat Mukhriz, peluru Khir lebih hebat.
Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Mukhriz adalah anak Mahathir, darah daging Mahathir, dibesarkan oleh Mahathir, dan ramai memberi sokongan kepadanya pun sebab Mahathir. Dan Mahathir inilah bapa kepada politik wang UMNO. Manakan logik Mukhriz ini bersih?
Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Wah, lantang sungguh. Tapi lantang yang angkuh dan biadap. Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata sebegitu. Yang selamat dia berani lah, isu yang ada risiko sedikit kepadanya, Mukhriz tidak berani - debat pun tak berani! Slogan Mukhriz wajar diubah dari Berani Berubah kepada Berani Bertempat.
Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah di Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai kerana “jelas sekali akar umbi memang nakkan saya, ”. Mentang-mentang mendahului pencalonan, Mukhriz sudah cukup bongkak. Kini Khairy sudah 52 pencalonan, dan Khir Toyo 62 pencalonan, adakah bagi Mukhriz lebih seratus bahagian yang tidak mencalonkannya bukan merupakan ‘akar umbi’? Mengapa Mukhriz begitu sombong cuba mengatakan beliaulah suara sebenar akar umbi?
Dan jika pun orang yang mendahului pencalonan itu adalah suara sebenar akar umbi, Mukhriz sendiri mengakui bahawa ada orang yang memberi rasuah atas namanya. Jadi sudah pasti kalau pun orang-orang tersebut bukan ejen Mukhriz - yang memang kita tak percaya - keputusan para perwakilan di peringkat Bahagian sudah dicacatkan dengan politik wang atas nama Mukhriz Mahathir. Jadi, apa maksud kau Mukhriz?
Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula baca wawancara Mukhriz ini - macam seronok tengok George W Bush sebab kelakar.
Tempoh hari, Mukhriz ada ditanya soalan “Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?” Jawapannya, “Saya ada kilang fiber optik; semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya”. Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga ‘mengkantoikan’ dirinya sendiri. Sebab bapak kau PM dulu la kau dapat monopoli bisnes macam tu! Kah kah kah.
Post a Comment