Thursday, October 2, 2008

KETUA PEMUDA TITIWANGSA : PERWAKILAN MAHUKAN PERTEMBUNGAN " GENTLEMEN" ; TIDAK MAHU GANGGUAN MANA - MANA PIHAK ; IDHAM DAN AZZIZUL SIAPA LAYAK?

TITIWANGSA -- Persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa pada 18hb Oktober di Hotel Flamingo kini kian membara apabila sambutan perayaan hari raya tahun ini juga dibayangi dengan bahang pemilihan.
UMNO Bahagian Titiawangsa yang begitu simonim dengan kebangkitan politik melayu khususnya UMNO, sekali lagi menjadi tumpuan politik negara khususnya di Pergerakan Pemuda apabila ianya bakal ditandingi anak Datuk Seri Suleiman Mohamad - Idham Yasser bagi jawatan Ketua Pemuda. Beliau akan ditentang oleh Azzizul Rahman yang dikatakan calon " senyap" tetapi mampu melakukan kejutan.
Setelah Drs. Suleiman menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian, kini segala tumpuanya dikatakan tertumpu kearah anaknya bagi memastikan kemenangnya.Walaupun ada kedengaran suara - suara tidak puas hati gandingan anak dan bapa di bahagian namun ramai berpandangan Idham sebagai penyandang Naib Ketua Pemuda Bahagian berhak menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda - setelah penyandang Ketua Pemuda Ahmad Zuhri tidak dapat mempertahankan jawatanya atas faktor umur.
Walaupun Idham dikatakan lebih memihak kepada Datuk Mukhriz Mahathir - tetapi ramai yang berpandangan faktor Suleiman bakal menjadi penentu kemenangan Ketua Pemuda kali ini. Namun, dikalangan pemerhati politik pula berpandangan Azzizul Rahman walaupun tidak " sepopular" Idham , tetapi dikatakan mendapat sokongan secara senyap daripada perwakilan pemuda di Titiwangsa. Apa yang pasti apapila penulis Wilayahkini ketika sembang - sembang dengan beberapa rakan - rakan UMNO di Titiwangsa baru - baru ini, rata - rata mereka mahukan satu pertandingan " gentlemen" tanpa campur tangan mana - mana pihak.
" Biarkanlah perwakilan pemuda memilih pemimpin mereka kerana mereka lebih mengetahui siapa yang layak untuk memimpin Pemuda Titiwangsa", kata mereka.
( Gambar Idham dan Azzizul )

53 comments:

Anonymous said...

Susah jugak kita orang. Azizul rapat dengan Zuhri, confirm nak bagi kat KJ. Tapi kita tak nak Kj, kita nak Mukhriz. So kita harap Idham dapatlah jadi KP kami, demi 'Berani Berubah'.

Anonymous said...

Si Azizul buat budak2 Titiwangsa macam bodoh sebab konon boleh tawar jadi ahli korperat, kalau dia nak cita pasal koperat jadikanlah Kempen Manager dia Aznan jutawan dulu baru boleh cita. PRU12 pun tak nampak muka cammana nak memimpin dah tetntu pilih bulu, macam biasa dengarkan, manataknya kroni KJ @ Penghancur Bangsa

Anonymous said...

Kalau nak perubahan, pemuda titiwangsa perlu berani membuat pilihan, pemuda perlu berani berubah : nak jadikan titiwangsa bahagian anak-beranak, bahagian bapaknya ketua bahagian dan anak KP...kalau tak suka kepada KJ sebab bapak mertuanya Presiden dan menantu NKP Malaysia, maka x logiklah kalau diperingkat bahagian memilih anak KP dan bapaknya ketua bahagian...tapi kalau pilih jugak tak tahulah nak komen...hipokrit kut.

Setahu saya, dalam kempen azizul beliau telah menegaskan bahawa pada mesy pem bah kelak, pencalonan untuk KP Malaysia akan dibuka kepada perwakilan ( on the floor ), majoriti undi akan menentukan siapa dicalonkan. Maka tidak menjadi isu siapa yang akan dicalonkan, KJ ke, Mukriz ke, Khir Toyo ke...perwakilan akan menentukan. Maka kalau tak pilih Idham pun x apa, Mukriz masih tetap boleh dicalonkan dan kalau majoriti perwakilan memilih beliau, maka Mukriz lah menjadi calon KP Malaysia untuk Titiwangsa.

PRU 12 faktanya adalah jelas, jabatan gerak gempur dibawah KP bahagian telah dimansuhkan dan secara tiba2 dan tanpa logiknya NKP bahagian telah dilantik untuk mengetuai jabatan poster...hanya Pengarah Pilihanraya BN Titiwangsa tahu sebabnya...dan kitapun tahu akibatnya...akhirnya BN tewas.

Wallahuallam.

Anonymous said...

(HAKIKATNYA) dan kemudian jabatan gerak gempur DIHIDUPKAN semula oleh pengarah pilihanraya BN Titiwangsa. tetapi ianya dijaga oleh penolong setiausaha pemuda. tak gitu??? tapi lepas tu mana peginya KP, Bendahari pemuda & ketua penerangan pemuda?? takkan ilang camtu je????????? jgn salahkan org lain. Cermin diri sendiri tu dulu......

Anonymous said...

MINTAK2 JGN DPT 14 UNDI SUDAHLAH....!!!

Anonymous said...

setahu saya jabatan gerak gempur dihidupkan semula hanya selepas 4 hari kempen pilihanraya bermula itupun atas desakan wakil calon memandangkan kelembapan dan kurang keberkesanan jabatan poster. Walaupun masanya singkat, akan tetapi jabatan gerak gempur mampu untuk menubuhkan pemuda bermotor dan pemasangan poster disetiap 17 pusat mengundi. Dan pada hari mengundi berjaya mengadakan kenderaan mengangkut pengundi sebanyak 50 unit dan dihantar kesetiap tempat yang mempunyai jumlah pengundi yang ramai seperti di PPR hiliran ampang, PPR air panas, PPR jln cochrane dsb. ( ada perkara2 yg x perlu dihebahkan dan mereka2 yg menjalankan tugas dibelakang tabir tanpa meminta pengiktirafan adalah lebih baik karektor mereka )

Saya pun berharap agar saudara Idham tidak mendapat 14 undi...jadi perlulah beliau bekerja keras untuk memastikan pertandingan yang sengit tetapi tetap sihat. X perlulah memburukkan org lain...termasuklah KP skrg sedangkan beliau tidak terbabit pun dlm pertandingan ini. Hanya org yg tiada idea dan fakta yg lengkap akan menggunakan personal attack...jgnlah buat begitu. Saya takut kalau2 tak sempat meminta maaf kpd org2 yg saudara2 selalu mengata dan menuduh yg bukan2.

Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Anonymous said...

sekarang KJ kita tak nak, tolak dan tanam kat Titiwangsa. Azizul bolehlah cakap nak kasi kat floor ke, tapi itu kata dia. Tak ada kepastian dan keadaan sekarang kita tak boleh ambil risiko. Kalu idham ada pendirian dia tak yah ikut cara politik bapak dia, kalau dia nak perubahan. Kita dengar cerita dia perubahan apa yang dia nak buat kat Pemuda Bahagian nanti.
Kalu Azizul berani nak bawa perubahan juga, biar dia endorse Mukhriz.

Berani Berubah!!! Bila T shirt 'Berani Berubah ' nak keluar. Kami nak pakai. Tak yah letak nama Mukriz pun tak pa. itu tagline confirm dia yang punya. Itu setiakawan punya bagi free pun aku tak nak pakai.

Anonymous said...

Gang pulau...cmne saudara confirm sangat yang Azizul nak bagi KJ...orang-orang Idaham dan orang-orang Drs Suleiman ni suka sangat la tabur fitnah...wahai pemuda Titiwangsa...lihatlah sendiri kelakuan buruk mereka ini dan nilailah sendiri!
Berani Berubah???...kat atas pun tak ubah-ubah!

Anonymous said...

betul gak kata gang pulau, cuba hantu celcom citer sikit senario semasa kita menjelang mesuarat bahagian ni.

Anonymous said...

Nampak cerita panas Ttiwangsakini telah beralah ke wilayahkini.
Tahniah kerana isu Titiwangsa dah jadi isu wilayah.
Saya tertarik juga isu pemuda ni sehingga menengelamkan kehangatan pertandingan lain2 di bahagian.
Isu pertama nampaknya ada yg mengatakan azizul bawak KJ saya secara peribadi tak rasa perkara ni tepat sebab Kj takkan berani msk Titiwangsa sebab nanti dia malu besar.Kalau betul sekalipun bukan azizul yg pilih tapi kuasa ditgn perwakilan semua.
Idham pula dilihat confirm bawak Mukhriz kononnya mahukan perubahan ini saya ingin menyatakkan boleh belah konon nak bawak perubahan. Muhkriz membawa agenda Tun sorilah dia ni pun putarbelit gak cuma nak menyelamatkan kroni2 utama dan kepentingan bapanya dalam kerajaan yg telah dicantas oleh Paklah dan keluarganya.
tolonglah jgn kempen memburukkan calon lain tunjukkanlah kehebatan diri anda sendiri.
Dah muaklah cerita memburukkan org lain ni. cara kempen cuma berkesan kat org Kg ngan org yg suka jadi pak turut. Kecualilah kalau memang taraf umno Titiwangsa setakat tu aje.
Isu yg berkaitan dgn anak dan bapa pulak nampak gayanya umno ni dah jadi parti utk keturunan pulak.Mungkin tak lama lagi kalau tak ada darah keturunan pemimpin umno tak boleh jadi pemimpin utk akan dtg agaknya.
Bukan tak bagus cuma takkan nak naik guna nama bapak, Mukhriz, Najib,Hishamuddin,Kj dan beberapa lagi dah byk terbukti ramai yg camni sekarang.
Di Titiwangsa ni dahlah ketua bahagian takreti2 nak bersara pastu sibuk lak kempen utk anak call ketua cawangan utk pencalonan skarang saya dgr pulak siap call perwakilan pemuda pulak.
Saya cadangkan Titiwangsa ni supaya Pemimpin yg ada dilantik utk memgang jawatan seumur hidup dan terus diwarisi oleh keturunan mereka sahaja.

Anonymous said...

sekarang Titiwangsa dalam keadaan ditelan mati emak, diluah mati bapak. Di satu pihak kita tak endak politik keturunan anak bapak, satu pihak lagi cenderung kepada petualang bangsa dan pelingkup UMNO -KJ. Buatlah pertimbangan yang mana lebih penting untuk memulihkan kepercayaan orang ramai kembali kepada UMNO. Kalau Idham cenderung dan berazam untuk berubah dan mematuhi segala tuntutan konsep Berani Berubah dan menjauhi politk cara bapak dia kira boleh dimaafkan. Sebab memilih calon yang menyajung perjuangan tersirat KJ harus di tolak.
Pandai-pandailah perwakilan pilih hala tuju untuk Pemuda Bahagian.

Anonymous said...

berani berubah. Bapak, itu bapak punya hal, anak, biar anak bawak cara dia sendiri. Kalau Mukriz boleh membimbing sii boboy untuk memulihkan Pemuda , kita kena sokong. Pasal Kj tak boleh membimbing. Dia ikut kepala dia sendiri je. Ingat dia pandai je boleh bawak ke. Pengalaman penting jugak beb! Biarlah harta dia bertimbun-timbun nak cari Al-Ghazali dengan bapak mentua dia, sampai sekarang tak jumpa-jumpa . Yang pasti dia dah jumpa kuasa, wang berjuta!! Biarlah kita yang cari rezeki halal ni betulkan perjuangan asal kita. Dapat ganjaran Allah beb!

Anonymous said...

Pandai betul politik Dato leman ni. dia sebarkan cerita yg azizul ejen kj.
Aku tak sokong mana lagi, tolong kemukakan bukti masing2 dalam isu ni. sebab azizul cakap dia tak bawak sapa2 pun.
Lagi satu umno titwangsa ni kalau betul jujur nak berubah Dato Leman diminta bersara ramai lagi pemimpin baru.
Cerita nak berubah tapi diri sendiri takut nak beri kuasa pada pelapis.Nak tunggu sampai Idham layak ambik alih bahagian ke....
aku suka idham tapi aku tak suka Ketua Bahagian ngan pengikut2 dia .

Anonymous said...

bro, ini Dato' Leman tak de kena mengena. Jangan nak libatkan dia. Aku gerak sendiri tanpa pengaruh sesiapa. Hanya berlandaskan kebenaran. Ada gang kita selalu nampak kete azizul pegi umah KP kat bukit keramat semenjak dua menjak nih. Rapat baik nampak? Patutnya pandai-pandailah elakkan spekulasi dekat nak pemilihan nih.
Kalu lepas dah pilih Azizul , bahagian kita berpaksi pada KJ, korang nak ke? Masa tu nasik dah jadi bubur. Tanam je terus. Aku x mahu bahagian kita pejuang Melayu jadi sekongkol dengan penyokong kuat Singapura tu.
Lagipun motto setiakawan yang KJ nak bawa ni seolah-olah macam UMNO ni tak de masalah besar. Sebenar dia lah masalah. Siapa yang berpaksi pada dia pun bermasalah. Sokong tak? Pandai korang lah. Yang pasti motto Mukhriz jelas.

Anonymous said...

Kp sekarang tak buat keja, tapi ngape NKP tak mainkan peranan. aku kurang pahamlah ngan umno sekarang. apa guna ada NKP kalau semua nak tunggu KP, dah tahu KP sangap buatlah sesuatu wxco pemuda pun butakayu.
kalau camni aku cadangkan kita lantik KP je jawatan lain dimansuhkan sebab tak berguna pun.sama gak ngan PM sja dikekalkan TPM ngan menteri semua dimansuhkan kat juga sebab semua kuasa cuma ada pada PM,sampaikan PM tido pun TPM jadi kayu.
teruskan perjuangan umno camni nescaya umno akan pupus.

Anonymous said...

sudahlah tu geng Azizul korang memang confirm buta dan kalau orang Titiwangsa sokong budak ni, memang confirm Pemuda Titiwangsa tak kenal orang.

Apa fitnah2 kalau dah betul tu betul la, kalau tidak orang tak bercakap, kalau setakat jadi geng Pakai baju linen dan harap lawa je, berhentilah jadi pemimpin

UMNO PARTI PENJARA said...

Salam perkenalan :-)
Akar Umbi & Calon ‘Kuda Hitam’ Ada Kejutan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

hantu celcom,
Aku bukannya apa, dalam keadaan sekarang kesinonimnya KP kita dengan KJ tak dapat dinafikan. Macam isi dengan kuku. Sekarang pun nampak macam dah ada kete baru? Rezeki dialah kan.
Jadi bila Azizul rapat dengan KP , mesti ada peruntukan untuk menyokong KJ. Silap Azizul lah, tak jaga langkah. Kita oarang memang nampak itulah bukti kuat. Tak kan nak bukti surat rasmi ke, akuan bersumpah ke! Jelas tetap jelas. Lagi pulak gang pasar keramat nampak kete dia tuju rumah KP kat Bukit Keramat. Apa hal? Mintak tips nak menang ke?

Anonymous said...

aku rasa betul jugalah kata gang pulau tu. patutlah Dato leman baik ngan paklah siap buat nurramadan kat titiwangsa lagi. ni mesti dato leman bawa paklah utk pemilhan tahun ni.....

Anonymous said...

kp sekarang ni main playsave la...
dia menyokong kedua-dua calon kp yg betanding. tapi nampaknya, kp bakal mantan kp ni lebih berat menyokong kearah azizulrahman... kalau tak silap kereta yg baru tu beli skali dgn azizulrahman ke? masyuk tu... tapi wat kering je...?

Anonymous said...

Open house rumah Tun hebat tadi, ramai betul. Mukhriz bila lak?

Siapa pegi Rembau tadi angkat tangan?

Anonymous said...

Kalu Titiwangsa berani berubah, kembalikan bahagian kita Pemuda sebagai Pejuang bangsa yang tulin. Bak kata Mukhriz, kita sebagai golongan pendesak. Cari isu yang strong kita bawak sebagai pembuka mata perjuangan Melayu.

Anonymous said...

Budak-budak aku tengah monitor simpang-simpang utama kat pasar Keramat dan dari belah Mindef nak ikut kete azizul pegi ke mana dari jalan tu . Yang pasti ke Bukit Keramat.

Anonymous said...

siapa bayar kau wahai gang pasar keramat utk buat keje tak berfaedah dan membuang masa tuh?

Anonymous said...

Berani ke umno Titiwangsa ni nak berubah ,cerita berdegar2 tapi diri sendiri tak berubah jugak.
kalau berani tukar dulu pemimpin di Titiwangsa KATA BERANI BERUBAH

Anonymous said...

tak de siapa bayar pun, sambil lepak minum teh tarik , mata melilau gak tengok kat jalan. Ada brader-brader kita yang meniaga tu mata tajam gak.

Anonymous said...

Dah sampai masa kita tengok kekuatan personaliti kedua-dua calon KP kita ni. Sapa mrk sokong kita pun x dapat ape pun. Kita sibuk hentam KB tak tentu pasal!!! kenapa? Dia tak bersalah.

Idham - sepanjang kita kenal beliau, dia agak friendly tapi masa tak pernah tepat ada sikap bossy nya. Dah byk majlis kita tengok sikap sama jee selalu lewat.
Bangun tidur pun lewat. Macamana ni!!

Azizul - agak strict pada masa, maklumlah dia meniaga sendiri.
Ramai tak kenal rapat dgn dia ttp kepala dia best gak. Orang macam takut2 nak lepak dgn dia, mungkin dia berdepan dgn calon popular.

Idham - ramai jentera termasuk org2 bahagian. Masing2 tak tenteram. Ada saja problem dlman, makluman klipping dgn Sham.

Azizul - jentera beberapa kerat. Senyap bergerak tapi malam bergelak. Mengaku tak ada klipping. Kita tengok2 nanti, sapa yang kena!

Idham - cara kempen, buka port sepanjang malam dan rumah ke rumah.
Kekekuatan menyerlah.

Azizul - cara kempen, lompat dari satu lokasi ke lokasi lain, kumpulan kecil. kekuatan tak nampak.

Idham - beliau bekerja dgn SPN, ikut waktu kerja; macamana nak jaga pemuda kita semua nanti. Takkan nak bantu pemuda sebelah malam; mana ada opis buka malam. Tambahan gaji agak cukup untuk keluarga. Macamana nak bantu pemuda. Sekarang kita nampak le dia kaya, belanja sana, buka pot sini; sbb bukan duit dia. Kita pun dpt duit raya 100 sorang, dpt merasa.

Azizul - dia ni meniaga printing sendiri, org meniaga boleh adjust masa untuk pemuda; Rasa2nya dia boleh bantu serba skit. Dia tak bagi duit raya; kering kee atau standby nak letup ...

Idham - adakah dia mampu nak bagi peluang kpd kita? Beliau kurang pengalaman dlm NGO. Mungkin byk ilmu diperolehi dr bapanya dlm politik. Dimana beliau semasa jd NKP.

Azizul- siri kempen dia membayangkan dia mampu nak bagi peluang dan bawa pemuda. Ada pengalaman dgn NGO. Tidak menonjol semasa jadi bendahari pemuda. Asyik duduk dibelakang KP je.


Idham & Azizul - mrk nampak ok je. dua-dua pun sama sahaja. tak de nak bantai beribadi tapi jentera; bukan main lagi.
Politik wang - sendiri tafsir.
Maklumat ini diperlolehi drp rakan2 baik kedua-dua belah pihak. Ada juga yang main byk kolam.

Bak kata Tok Leman - yg menang tak menang semua & yg kalah tak kalah semua. Kita bertanding adik beradik. kekadang bercakar juge.

Ramalan - 50:50

Fikir-fikirkanlah.

Nanti kita usik hal calon NKP pula.

Anonymous said...

betui jugak cakap kau.biarlah kita bertanding cara adik beradik.biarlah perwakilan menilai 22 calon ni.undi rahsia.lu pikir lah sendiri.

Anonymous said...

kesihan sahabat kita yang telah lama dijanjikan dngan bulan dan bintang tapi akhirnya telah dipermainkan oleh sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan janji yang telah bertaut dari tahun 2004...... gandingan dulu tuan haji dengan seseorg dan sekarang nie ibarat menangguk diair yang keruh......setelah org itu bergandingan dengan org lain yang konon nya layak pada jawatan yang dipertandingkan......dah lah tuan hj ditinggalkan, pastu tanpa pengetahuan tuan hj diungkit nya pulak pasal pemberian duit utk tuan hj balik kg sebelum raya nie.....apa nie kawan.........siap dgn memaki hamun lg.........

Anonymous said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......
MAAF ZAHIR BATIN.....................
UNGKAPAN DARI SEORANG JENERAL (konon nyalah....)
" BRO TOLONG CEK KAN GUA, SAPA YANG NAK MANDIKAN GUA G7............." Aik kata JENERAL..... takkan dah goyang kot nak masuk gelanggang........tau pun takut nak kena mandi.......bila musim pertandingan jer muka dia.....collect kat atas, org bawah tak rasa.......baik tak yah bagi UNDI kat dia hahahahahaha.....(hang kata hang teror.........) Dulu blh lah....skrg nie zaman dah berubah, biarlah kami-kami nie yang tentukan......masa anda dah tamat lah bro......Dan sekarang nie kita tukar J ke G hahahaha GENERAL CLERK lah yang paling sesuai utk lu........x pun peringkat umur lu nie dah boleh duduk kat surau dah.....dari lu sibuk brkempen kan org, ada baik nya lu kempen lah hal-hal agama, ingat kan MATI........ SAYA MENYERU PADA SEMUA PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA AGAR KITA BERSAMA-SAMA MANDIKAN FUDIN UNTUK G7.......

Anonymous said...

Korang semua bincang paal Kp dan NKP...macamana Calon G2 Plak....hehehehheheh .... dengar citer pertndingan lagi hebat untuk G2 .. SU Pemuda pun nak pergi .....dengar citer Azmi dan Ajim kuat....jgn terlampau selesa ... nanti makan badan sendiri....

kan ada calon2 lain yang lebih kaliber .... cth macam sharin salim ke....Aznan ke....Hamizi Ke....Sri Noor keeee.....Hj Dzarfan Ke.......

Semoga Semua Berjaya...tahun nie G2 dah jadi G8

maknanya semua calon menang....

Anonymous said...

Fudin puny cerita pun boleh masuk sini ke, maklumah bapak angkat ajim sibuk kempen sana sini ajim je yg layak gi G2 tapi sapa ajim ni dah bertahun aku sambut raya baru tahun ni bagi sms raya. ni mesti calon bermusim nak dapat undi konon.. baik aku undi kat org lain.ooppppsss undi rahsia...

Anonymous said...

memanglah adik beradik, masalahnya maruah besar keluarga nak tergadai kalau kta salah pilih KP Umno Malaysia. Itu penunjuk aras haal tuju kita. Aku x nak orang bawak KJ naik.
Kepada Idham, lepas ni berani berubah punya konsep kita dan kau sokong, kau pun kena berubah lah walaupun kecil macam ie. Datang lambat ke, etc.

Anonymous said...

senang je.sesapa yg dah lama dlm pemuda ttwangsa pasti sedar.selama ni bila ada calon nak jd KP.modal diaorang,kasi chance kat saya untk berbakti memandangkan saya last term dan ada pengalaman.hehe gelak besau aku.lepas jd kp terus hilang dan lari dr anak anak buah,kununnya takut kena try.murah sungguh dan rendah sungguh taraf ahli pemuda.kp last term punya perangai ni dah 10thn berpanjangan cuma KP je lain orang.BERANI BERUBAH(JGN ADA KP LAST TERM).kgemilangan pemuda ttwangsa berakhir ngan red beret.kesimpulannya,kalau idham jd KP and tak perform,next round dia finish,so dia kena jagalah performance dia.kalau azizul jd KP,last term KP la.mungkin ok,tapi biasanya tak ok lah,nothing to loose,a lot to gain.lu pikirlah SENDIRI.

Anonymous said...

Apa persamaan Idham ngan Zuhri. kan dua2 tu pemimpin dan calon warisan, turun temurun. kalau calon ikut sistem beraja biasanyalah jadi raja jelah cuma tahu menghabiskan beras...
Idham nak menguruskan diri sendiri pun belum mampu camne nak uruskan pemuda. Bangun Pagi dan pengurusan masa itu amat penting dalam hidup. kalau yg asas masih belum boleh buat belajar dulu uruskan diri dan masa lepas tu dulu baru fikir camne nak jadi pemimpin.

Anonymous said...

x payahlah kita mempertikaikan rezeki masing2. azizul orang meniaga, dia bekerja keras untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dia meniaga dulu dari kaki lima, dari bawah dan belajar dari susah. Skrg atas segala usaha dia sendiri dan dgn izin Allah sedikit sebanyak dia dah berjaya. Kita patut berbangga dgn kejayaan beliau dan patut bersama2 belajar untuk menjadi berjaya seperti beliau.

Saudara Idham masih bekerja dgn kerajaan dan terikat dgn masa bekerja 9-5 ptg. Mungkin agak sukar untuk beliau menumpukan masa untuk pemuda. dari segi kewangan tak tahulah kekuatan beliau tapi kalau dah boleh bagi duit raya RM 100 setiap perwakilan kira oklah tu kut. dari segi politik warisan, adalah lebih baik kalau idham bertanding KP selepas ayahandanya dah tidak menjadi KB lagi kerana pada masa itu kalau idham menjadi KP, beliau akan lebih berdikari dan dpt membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk dan mendapat restu ayahanda beliau. Lagipun idham ada masa lagi untuk bertanding dimasa hadapan, ada lagi 3 penggal.

Ini semua pandangan peribadi saya, dan saya tidak memandang rendah kepada mana2 pihak dan saya tidak mengutuk mana2 peribadi mereka. Kedua2 calon adalah rakan saya dan saya ingin terus bersahabat selepas 18 oktober. Menang x menang semua, dan kalah x kalah semua.

selamat bersidang.

Selamat bersidang.

Anonymous said...

salam kepada semua ...

Harapan saya agar kemenangan ke atas sdra idham yasser agar kemenangan ini adalah titik mula kepada kebangkitan pemuda di titiwangsa. Bagi peluang ke pada Sdra Idham dulu...coz kesinmabungan ini harus dia kekalkan selama 2 atau 3 penggal beliau dalam pemuda. Baru lah pemuda itu dapat menikmati kepimpinan beliau. Sepatutnya Sebagai NKP ... dialah yang layak untuk memegang jawatan KP tahun 2008 nie... pasal org kata dia makan gaji....cuba kita renung ...tak semua KP bahagian yang lain berniaga...ada yang makan gaji gak...boleh berjaya jugak. Kepinpinan tidak semuanya bergantung pada pulus...tetapi pulus kena ada untuk memimpin...tahulah nanti sdra idham untuk mencarinya...dulu azizul pun kering gak...pls...jgn perkecilkan kemampuan sdra idham ... takut2 nanti lagi hebat dari azizul ... rezeki di tangan tuhan.

semoga perjalanan mesyuarat nanti akan menjadi turning point kpd pemuda titiwangsa.

Anonymous said...

SOKONGLAH PEMIMPIN YANG SEJATI.

TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK SAMADA IDHAM ATAU AZIZUL.

TAPI DARI PENGAMATAN YANG BOLEH DITELITI IDHAM SEPATUTNYA BOLEH JADI KP SEBAB BELIAU ADALAH NKP.

TAPI SEMASA KETIADAAN KP SEKARANG, APA YANG TELAH IDHAM LAKUKAN ????? DIMANA IDHAM BERADA... ADAKAH SIUK DENGAN KERJA SEHARIAN........ KERJA MAKAN GAJI DENGAN MASA YANG TERIKAT BOLEH KE DIA MEMBERI RUANG UNTUK PEMUDA NANTI JANGAN HANYA SETAKAT DIBIBIR YANG MERAH SAJA......
TAPI JIKA TIADA PENGARUH BAPANYA RASANYA IDHAM TAK KEMANAPUN.......

AZIZUL AHLI PERNIAGAAN YANG BERJAYA... SEKARANG BOLEH LAH BAGI MASA DAN RUANG BERJUMPA PEMUDA.... YELAH UNTUK MENDAPAT UNDI .... NANTI APABILA SIBUK DENGAN KERJA YANG PADAT DAN KERJA PERCETAKAN YANG BERTAMBAH.. JIKA JADI KP PROJEK BERTAMBAH SEBAB BOLOT SEMUA KERJA PERCETAKAN. APA AKAN JADI DENGAN PEMUDA ............ ADAKAH DITINGALKAN BEGITU SAHAJA......
KATA-KATA MASA BERKEMPEN INDAH BELAKA UNTUK MEMANCING UNDI....... DARI SEGI KEPIMPINAN AZIZUL MUNGKIN BOLEH SEBAB ADA PEKERJA DIBAWAHNYA.

PARA PERWAKILAN UNDILAH CALON KP ANDA DENGAN BERHEMAH. JANGAN UNDI SETAKAT HULUR DUIT AJE. SEBAB TAK KEMANA. SEORANG PEMIMPIN ITU DAPAT DILIHAT DENGAN PERWATAKAN PERIBADI YANG DIBAWA OLEHNYA.

Anonymous said...

aku nengok episod Babi Negara kat You Tube, memang belum cukup matang. Banyak lagi kena belajar.

Anonymous said...

APA LAH KORANG!! ORG DULU2, BERPOLITIK PUN KERJA JUGAK, ADA YANG JADI CIKGU, D.O, PION, DREBAR AMAN PUN NEGARA SAMPAI SEKARANG.

YANG BUAT JAHANAM UMNO NI ORG MENIAGA, SEBAB CERTITA PROJEK SINI DAN SANA SAMPAI LUPA TETNATNG KHIDMAT

Anonymous said...

Bosanlah layan org mcm kau ni. Bro dulu lainlah.Org macam kau ni yg buatkan melayu terus jadi kuli org cina. kau ni ejen org cina apa tak nak tgk org melayu meniaga.
Negara aman sebab cina semakin kaya tak diganggu melayu yg terus miskin.
Yg tak berkhidmat bukan sebab dia meniaga.Org yg tak meniaga juga ada yg lupa diri.
Dah jadi tradisi kejar jawatan dalam umno utk kejar projek, semua ni kita kena ubah, TQ.

Anonymous said...

Betul tu bro, kita nak lahirkan masyarakat meniaga dikalangan orang Melayu. Masalah nya konsep 'TOTAL SUB WITH FIX PERCENTAGE' itu yang membunuh peluang Melayu yang lain. Yang dapat je kaya seorang.

Patut yang ada kedudukan agihkan komponen sub-sub itu kepada melayu yang lain. Kalau tak dapat semua, setidak-tidaknya bagi ramai melayu kita merasa tempias tu. Tapi tengok jenis projeklah. Takkan projek IT nak bagi kat Pengurus Kantin Sekolah? Kena patut-patut dan pilih yang kompeten gak.

Aku harap lepas ni KP baru dapat senaraikan jumlah peniaga yang terdiri dari pelbagai sektor dalam Titiwangsa. Supaya konsep bantu-membantu itu dapat kita terapkan balik. Agihan dapat secara adil dan menepati keperluan Dasar Pembangunan Negara (DPN). Boleh?

Anonymous said...

Hoi gang pulau.....kau kalau dapat pun senyap!!!
DPN konon.......

Anonymous said...

KWK,
Aku tak pernah dapat, aku tenang hati sebab dan terbukti aku pernah buat dasar macam tu. Aku cuba sedaya upaya cari sub aku orang Melayu selagi mampu. Walaupun kontrak kecil. Kau tu yang tamak haloba ngata orang. Dan tak mau berubah. Amnde la lu mamat KWK!

Boleh buat kalau hendak. Masalahnya tak hendak berusaha buat. Sayang mulut sikit KWK.

Anonymous said...

Salam kawan2 ni kita cita pasal calon KP je ni ape cite tentang calon NKP pulak ye? Takkan tak cite hangat ttg diorg tu mesti hangat gak rasanya. Kawan2 nak tau gak cite Calon2 NKP tu - Norham, Noresham n Nazir.

Anonymous said...

HELLO BRO KAT TITIWANGSA,
BUKAN KE AZIZUL BAWAK DATO KHIR TOYO DGR CITELAH BKN BAWAK KJ DIA PON TAU SIAPA KJ TU.DIA TU BUKANNYA TAKDE AKAL BANDING YG MANE BAGUS DAN TIDAK BRO, TAPI TU LAH KITA NI KADANG2 PANDAI BERCAKAP PASAL HAL ORG, TAPI KITA SENDIRI TAK TENTU ARAH TUJUAN BRO DAN JUGA NAK BERTANDING SBGAI KP KE NKP KE BUKAN PERKARA YG MUDAH DARI SEGI KEWANGAN ,KEMPEN DAN JUGA TAK SEMUA ORG YG BOLEH ATAU BERANI NAK BERTANDING NI BRO, TANGGUNGJAWAB BERAT DAN DARI SEGI SUDUT SEMUANYA BERAT BRO JADI KITA PIKIRLAH SENDIRI SEBELUM NAK MENGATA KE MENGUTUK KE K TKASIH

Anonymous said...

hai hai hai..lama aku tak masuk sini, korang jgn laj terpegaruh dgn mammat ni, dia ada agenda sendiri, gila2 nak calonkan kj pasal aper,kj ni lah yg byk merosakkan umno, takkan kwn2 tak tengok,azizul tu beria2 nak bawa kj sebab ada untung..dpt bisness dari kj, pemuda2 ttwangsa dapat aper..dpt tengok je ler azizul senduk kekayaan,azizul menjanjikan kpd pemuda akan memberi lubang2 berniaga..apa kah ini visi azizul,ini visi kejar kekayaan,ini bukan perjuangan nama nyer,kalu nak tolong pemuda tak pegang jawatan pun boleh tolong..sekira nya ikhlas nak tolong tanpa syarat..entahlah apa nak jadi dgn pemuda ttwangsa, dah tak uummph.dulu aku berasa bangga menjadi ahli pemuda ttwangsa..bila pergi ke negeri lain,sebut saje titiwangsa,pemuda2 negeri lain bertanyakan titiwangsa skrg tak pandang sangat,baru lah aku tahu ketua pemuda titiwangsa dan exco2 12 tahun dulu hebat dlm perjuangan,aku rasa sdra zuhri pun ada masa tu..takkan tak belajar dari abg2 dulu,jgn ingat kita ada duit tak perlu belajar ini semua,bila kita ada pengalaman cara kita memimpin ada baguih la..kalau kp ttwangsa yg baru nanti masih terhegeh2,aku sendiri akan uruskan sahabat2 ku pemuda ttwangsa bergerak untuk perjuangan bangsa melayu..kita sudah tiada masa lagi,bangsa melayu sudah berani mempertikaikan hak org melayu,bangsa lain mengatakan kita org melayu bukan bumiputra,kita pendatang mcm bangsa lain..tak ke celaka namanya..so nak duk diam nak jaga hati bangsa lain..ayuh pemuda berjuang bersama2 demi melayu dan anak2 melayu yg akan datng,jgn kita nanti menumpang di tanah air kita sendiri..salam perjuangan,ini tanah melayu..ini tanah melayu..ini tanah melayu..kita anak melayu..kita anak melayu..bumi ini lah satu2 nya pusaka org melayu di dunia ini. allahhuakbar3

Anonymous said...

Oleh itu UMNO kena berjuang utk semua melayu bukannya melayu UMNO sahaja.
Pulanglah ke pangkal jalan...

Anonymous said...

Didalam setiap pertandingan kita hendaklah saling bersaing, tetapi apa yang terjadi di kawasan ini, SI BAPA yg lebih drpd SI ANAK, INI APA CERITA?
Yang SI ANAK sibuk dok bekerja pagi hingga petang. Dan SI BAPA sibuk dok lobi. Adakah ini permainan yg sihat. Biarlah mereka bertarung, "BEST MEN WIN".
Kita jgnlah terpengaruh dgn kata-kata dari siapa. Cuma kita nilailah sendiri siapa yg layak utk menang. Tolong nilai keupayaan, masa utk mereka berbakti kepada KITA semua. Jgn terpengaruh dgn hasutan dan pertolongan dari mana-mana pihak. Pilihan yang TEPAT menjamin Pemimpin yang KELIBAR.
Wassalam

Anonymous said...

Ada segelintir kp cawangan yg suka lepak dari menghadiri program yg di jln kan oleh pemuda Bahagian n program Umno Bahagian titiwangsa sebelum ini..tiba2 musim pertandingan ini kp2 caw tu bukan main ligat ke sana kesini..senduk la tu..ada juga yg menawarkan diri..mcm ni punya org lu org nak beri undi pastu pegang jawatan..nampak nya duk takuk lama lagi la pemuda ttwangsa..jadi kpd perwakilan pemuda ttwangsa berfikir la sebelum memberi undi kpd calon kp bahagian, calon nkp dan ajk pemuda..jgn biar pemuda bahagian ttwangsa masih duduk kat takok lama..anda la penentu nya hala tuju pemuda ttwangsa bukan kp, bukan nkp, bukan exco2..tanpa pemuda2 caw ni semua takkan jadi...sekian terima kasih

Anonymous said...

fudin la yg suka membuat kelam kabut kpd tititwangsa,bila org lain menawarkan diri untuk bertanding apa2 jawatan di pemuda atau bahagian,konon kena ambil restu nya dan memberi upah kalau tidak sorry la tapi bila dia nak bertanding G7 takda pun hulur,takkan air liur jer, nanti di perhimpunan umno mesia,afudin akan senduk besar,jadi rumusan nya takyah kasi fudin lepas G7,dia ni merosakkan umno la,jasa dia tetap kita kenang,masa dah berubah jenderal kena lah pencen dari jadi kempen manager,beri lah peluang pada org lain pulak.

Anonymous said...

Alhamdulillah...semuanya telah selesai..tahniah kpd yang menang dan tahniah juga kepada yang kalah kerana berani bertanding dalam semangat setia kawan. Seperti kata Dato Sri Ketua Bhg dalam ucapan penangguhan semalan..yang kalah tidak semestinya kalah.Kepada yang menang...satu tanggungjawab yang amat berat menunggu dan yang kalah akan terus bekerjasama dengan kepimpinan yang baru ini.Marilah kita rapat kan barisan dan sama sama berjuang untuk merelisasikan Misi & visi semua pada PRU13 nanti.

Anonymous said...

KITA TIDAK PUNYA MASA!!
Jangan lah kita dibuai perasaan selesa dengan kemenangan kita tempoh hari di masa Pemuda PEMUDA PEMBANGKANG sedang rancak dan egrasif merekrut ahli ahli baru dikalangan pemuda pemuda yang bakal menjadi pemilih dalam PRU13.

KITA TIDAK PUNYA MASA!!
Barisan KEPIMPINAN BARU mestilah bermula dari sekarang merangka dan merangcang strategi lalu bertindak untuk memastikan visi & misi yang di canangkan dimasa berkempen di gerakan dengan kadar segera.

KITA TIDAK PUNYA MASA!!
Kita tidak boleh lagi dilihat 'BERMAIN CARA SELAMAT' demi menjaga hati pihak tertentu. Kita mesti meniup kembali 'GELOMBANG' perubahan bagi mmengembalikan SUARA Pemuda Titiwangsa yang digeruni oleh kawan dan lawan.Bak kata orang 'SEMANGAT KUNYIT'...nampak gebu tetapi mmapu memberi kesan dalam jangka masa panjang.

KITA TIDAK PUNYA MASA!!
Segera lah bertindak..libatkan lah semua KP KP Cawangan dalam segala aktiviti.

SALAM
JALAKLENTENG