Monday, June 30, 2008

EPISOD TERKINI UMNO TITIWANGSA : POLITIK ALA WAYANG KULIT DI HOTEL CORUS ARAHAN SULEIMAN MOHAMAD ? ATAU DLL...........?

Episod terkini - UMNO Titiwangsa di Hotel Corus , Jalan Ampang bagaikan satu majlis pementasan drama " Selamatkan UMNO Titiwangsa atau karier politik Suleiman Mohamad? " Begitulah reaksi yang diterima oleh Wilayahkini.Apakah PANDORA BOX UMNO Titiwangsa akan dibuka kali ini ? Calon BN dan UMNO yang tewas di Parlimen Titiwangsa, Datuk Aziz Jamaluddin bersedia lawan " Warlord UMNO Titiwangsa - Suleiman Mohamad ?" Apa pula masa depan Johari Ghani ? Apakah agenda majlis perjumpaan di Hotel Corus atas nama " Perjumpaan Kelab Veteran Titiwangsa ?". KLIK DISINI untuk membaca laporan khas Wilayahkini !
UPDATE TERKINI 1/7/2006 : Ulasan WILAYAHKINI di ruangan komen !

SATU LAGI TSUNAMI POLITIK DI MALAYSIA ?

Isu melibatkan tuduhan meliwat-- Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menjadi satu lagi kejutan politik negara malah menjadi kejutan politik dunia kerana ianya berlaku secara tiba - tiba.Sepertimana yang dikomen oleh beberapa pihak- kita perlu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat intipati laporan tersebut sama ada benar ataupun tidak.Memang kita tidak dapat menafikan , insiden tersebut telah merancakkan lagi suasana politik negara ketika dan disaat Anwar melaungkan dengan lantang diseluruh negara malahan seluruh dunia bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada bulan September nanti.Sebelum dan selepas PRU begitu hebat, Anwar Ibrahim berkempen diseluruh pelusuk negara tanpa sebarang sekatan dan masalah.Apabila berita mengenai laporan Polis ( tuduhan meliwat) tersebar mengenainya- tiba2 beliau berkata nyawanya terancam dan meminta bantuan perlindungan kedutaan Turki. Apakah Malaysia ini sebuah negara pengganas sampai nywanya terancam dan meminta bantuan kedutaan asing? Memang satu alasan yang tidak munasabah dan tidak logik dan sukar diterima.Satu lagi perkara yang menyebabkan rakan - rakan media dan teman -teman blogger kurang puas hati ialah " Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu berdepan dengan pihak media dalam kesemua sidang akhbar sehingga hari ini ? Kenapa perlu menghantar wakil dan isterinya? Sekiranya sehingga minggu lepas beliau kerap berjumpa dengan media untuk memberikan komen - komen politik negara dari masa ke semasa, tetapi kenapa kali ini beliau lari dari pandangan media ? Kenapa beliau begitu gentar sekali berdepan dengan media ?Kita tidak boleh menutup mulut orang bercakap, meghentikan penyebaran sms mahupun menidakkan spekulasi di media dan juga blog.Pihak polis perlu menyegerakan siasatan dan mengumumkanya dengan segera sebelum satu lagi tsunami politik meletup di Malaysia !
SILA BACA http://www.rockybru.blogspot.com/ dan http://www.chunwai08.blogspot.com/ - Untuk loporan yang menarik dan gambar- gambar terkini !
Terimkasaih: Gambar dari Rocky Bru

APABILA GAMBAR - GAMBAR PERSONAL DIMASUKKAN KE DALAM BLOG DAN FACEBOOK.....

Episod terbaru melibatkan Anwar Ibrahim membuatkan seluruh negara tergamam.Semua bercakap mengenai laporan tersebut.Malah ramai dikalangan kita sudah mula meramalkan laporan tersebut mengikut persepsi masing - masing.Justeru itulah, Wilayahkini berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan kadar yang segera sebelum ianya di manipulasi dengan lebih kuat lagi.Namun disebalik isu ini pegajaran yang dapat dipelajari ialah - penyebaran gambar- gambar yang diambil dengan tokoh - tokoh tertentu disebarkan melalui internet boleh mengundang pelbagai spekulasi dan andaian.Diharap pemimpin - pemimpin utama negara lebih berhati - hati dalam isu pengambilan gambar - gambar seperti ini.Segalanya bermula dari gambar untuk kenangan - tetapi akhirnya apabila sesuatu isu tertimbul ianya didedahkan. Sepatutnya gambar - gambar seperti ini perlu disimpan dalam album untuk kenangan dan bukanya mendedahkan di khalayak umum - dalam facebook ataupun blog persendirian kerana ianya melibatkan pemimpin2 utama negara!

Thursday, June 26, 2008

PERJUANGAN POLITIK NAJIB YANG BEGITU BERAT SEKALI .....

TERKINI DARI DEWAN RAKYAT : 30/6/2008-- Semua Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat meninggalkan dewan ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberikan ucapan penjelasan - tambahan mengenai pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 9.Semua anggota pembangkang keluar dari dewan membantah tindakan Speaker membenarkan Timbalan Perdana Menteri berucap.Ini merupakan kejadian pertama dalam dewan melibatkan semua ahli parlimen pembangkang keluar dewan -- Laporan Wilayahkini

TERKINI 29/6/2008-- Kenyataan Najib undang teka - teki politik - tulisan Datuk Hishamuddin Aun( Ketua Pengarang NSTP ) - SILA KLIK DISINI
Laporan -Terdahulu --
Hampir kesemua akhbar tempatan nasional hari ini memaparkan berita utama mengenai kenyataan tegas dan lantang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tudahan akuan bersumpah penulis blog Malaysia Today - Raja Petra ( RPK ). Memang minggu ini merupakan satu minggu yang paling berat kepada Datuk Seri Najib apabila setiap kali menghadapi pihak media massa.Semalam Datuk Seri Najib lantang menyuarakan tuduhan RPK adalah " SAMPAH & PEMBOHONGAN BAGI MENJATUHKAN IMEJNYA".Beliau juga menyifatkan tuduhan RPK terhadap isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai satu pembohongan bagi memburukkan imej politiknya.Najib juga tidak menafikan bermotif politik dengan menjawab" Saya tidak nampak alasan lain kenapa dakwaan tersebut ditimbulkan". Selang dua hari berita mengenai tuduhan tersebut mendapat liputan utama dada akhbar tempatan yang turut mempaparkan gambar Najib dalam keadaan yang kurang ceria. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tuduhan RPK memang meragukan pelbagai berat kerana satu tuduhan yang paling berat.Kita nantikan siasatan pihak polis.




Wednesday, June 25, 2008

ABDULLAH AHMAD BADAWI - PEMIMPIN PEMBAHARUAN ALA REFORMASI NEGARA?

Konsep dan pendekatan " ala pembaharuan reformasi" yang diterapkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja telah menjayakan visi merakyatkan negara malah dilihat telah mencorakkan satu gaya kepimpinan yang baru sepertimana menjadi pilihan rakyat.Sejauh mana pendekatan ala reformasi Pak Lah mencapai impian dan realitinya? Pendekatan reformasi politik UMNO meletakkan Pak Lah sebagai pemimpin tersohor ? serta banyak lagi kupasan menarik.SILA KLIK DISINI untuk membaca laporan khas Wilayahkini mengenai PENDEKATAN ALA PEMBAHARUAN REFORMASI KUATKAN KEPIMPINAN ABDULLAH AHMAD BADAWI !

WEE CHOO KEONG - PEMIMPIN ANTI KAUM 1 ......

Apabila kerajaan negeri Selangor dan Perak mengumukan hasrat untuk memboikot akhbar Utusan Malaysia hanya dengan satu alasan iaitu Utusan Malaysia memainkan isu perkauman, Wilayahkini telah menerima beberapa reaksi daripada beberapa pembaca termasuk, sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat begitu serius dengan masalah perkauman mereka sepatutnya memecat Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong yang bertanding diatas tiket PKR kerana tindakanya yang memainkan isu perkauman di Wangsa Maju dalam isu penjaja sehingga menyebabkan penjaja melayu dan india begitu marah kerana Wee Choo Keong cuba memecahbelahkan hubungan baik diantara kaum yang wujud sekian lama di Wangsa Maju.Kemarahan penjaja melayu membara sehingga mereka bertemu dengan Wee Choo Keong dan melepaskan geram mereka.Masalah tersebut kini terus menjadi isu utama kerana kali ini Wee Choo Keong mengabaikan bahasa tamil dan pengundi india dilaman blognya kerana tiada tulisan tamil.Masyarakat india yang mengundinya kini begitu kecewa dengan tindakan Wee Choo Keong yang menjadi dalang utama kepada keruntuhan semangat perpaduan kaum di Wangsa Maju. Wahai pemimpin PKR dimana justifikasi anda ? Pecat segera Wee Choo Keong sekiranya anda betul - betul tekankan semangat perpaduan kaum.LAGI BERITA MENGENAI WEE CHOO KEONG AKAN MENYUSUL - WEE CHOO KEONG ANTI KAUM 2 TERMASUK BEBERAPA PENDEDAHAN MENGENAI PEMIMPIN ANTI KAUM TERSEBUT !

ISMALINA ISMAIL AKHIRNYA UMUM HASRAT BERTANDING JAWATAN KETUA PUTERI NASIONAL - BAGAIMANA REAKSI DI WP ?

Sepertimana yang dilaporkan oleh Wilayahkini sebelum ini akhirnya Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia.Beliau mengumumkanya di Kedah malam semalam selepas merasmikan satu majlis Puteri Kedah bagi pihak Ketua Puteri Datuk Noraini.Mungkin keputusan Ismalina untuk mengumumkan hasratnya di Kedah ada hikmahnya yang tersendiri.Dengan penawaran Ismalina tersebut, ianya juga telah menamatkan pelbagai spekulasi dan andaian dimana sebelum ini ada wujud kata- kata Ketua Puteri WP Azlinda Rashad juga dikatakan berminat untuk bertanding.Kini selepas pendedahan rasmi Ismalina tersebut Wilayahkini juga telah menerima banyak respons daripada beberapa pihak.Adakah Ismalina akan mendapat " backing " yang kuat dari bahagian - bahagian di WP iaitu negerinya sendiri? Bagaimana pula reaksi ahli - ahli Puteri WP mengenai hasrat Ismalina yang juga merupakan Ketua Puteri Wangsa Maju dan Exco Puteri UMNO Malaysia.Untuk rekod pada pemilihan yang lepas Ismalina mendapat tempat keenam untuk jawatan Exco Puteri.Kini bagaimana peluangnya? Apapun Wilayahkini ingin mengucapkan tahnniah keapada Ismalina Ismail kerana berani kerana benar. RENCANA KHAS MENGENAI PELUANG ISMALINA AKAN MENYUSUL !

Monday, June 23, 2008

DI MANA INTEGRITI KHALID IBRAHIM ?

Pegawai Kanan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim- Yahya Shahri digantung kerja ( SILA KLIK DISINI )selama 2 bulan.Yang peliknya , Menteri Besar Selangor yang mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menafikan sama sekali pegawainya terlibat dengan kes penyalahgunaan kuasa beberapa kali sebelum ini tetapi malam semalam Tan Sri Khalid menghantar sms mengenai pengantungan kerja Yahya kepadanya.Apa sudah jadi dengan Tan Sri Khalid yang lantang bercakap mengenai integriti dan rasuah ? Inikah cara pentadbiran anda dalam tempoh masa 103 hari dalam pemerintahan.
Selain isu Pegawai Kananya, satu lagi isu yang meletup ialah duit sumbangan syarikat swasta untuk sambutan ulangtahun 100 hari Pakatan Rakyat telah dimasukkan ke dalam akaun PKR.Perkara ini diakui sendiri oleh Khalid Ibrahim - SILA KLIK DISINI .Isu kemasukan wang sumbangan ke akaun PKR tidak disenangi oleh banyak pihak khususnya parti komponen PKR yang lain.Akhirnya kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat mulai menyakiti hati rakyat. P/S : Gambar Yahya dan Khalid

BEKAS MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN , TAN SRI ISA BEBAS DARI POLITIK WANG SELEPAS 3 TAHUN !

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Naib Presiden UMNO Tan Sri Isa Samad hari ini bebas sepenuhnya daripada kes penggantungan keahlianya daripada UMNO ekoran daripada kes politik wang pemilihan UMNO pada tahun 2004 dimana beliau meraih tempat pertama iatu mendapat 1507 undi bagi jawatan Naib Presiden UMNO.Keahlian UMNOnya digantung pada tahun 2005 dimana beliau terpaksa kehilangan jawatan Naib Presiden dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Kini Tan Sri Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dipetik berkata sedang memikirkan langkah seterusnya selepas ini.Apakah Tan Sri Isa, 58 tahun akan kembali aktif dalam politik UMNO? Adakah beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden kali ini ?

YB WEE, DI MANA BAHASA TAMIL ?

PERHATIAN :
Ahli Parlimen Wangsa Maju yang Wee Choo Keong telah menukar laman webnya ke http://www.weechookeong.wordpress.com/
Wilayahkini menerima emel dari pembaca yang kesal dengan tindakan Wee Choo Keong yang sering berkata memperjuangkan nasib semua bangsa di Wangsa Maju tetapi dimana bahasa tamil dalam muka depan blognya yang berbunyi- YangBerkhidmat,to Serve, ada bahasa cina tetapi tiada bahasa tamil ?

APA SUDAH JADI DENGAN DBKL ? JANGAN SUSAHKAN RAKYAT ......

Apa hal dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) ? Ketika mereka hangat menyebarkan kempen gaya hidup sihat di Kuala Lumpur tetapi masih tidak prihatin dengan masalah orang ramai sampai tiada bekalan elektrik tiga minggu berturut- turut di Pusat Komuniti Taman Lembah Kiara Taman Tun Dr. Ismail. Tiga minggu berturut- turut ? Satu perkara yang perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak atasan DBKL.Nampak macam satu masalah remeh - temeh tetapi cuba kita fikirkan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang tidak dapat meneruskan aktiviti mereka tanpa bekalan elektrik.Untuk laporan yang lanjut - SILABACA LAPORAN INI

Friday, June 20, 2008

APABILA KU LI DAN MUKHRIZ BERKEMPEN DI KL....

Keadaan politik Wilayah Persekutuan menjadi perhatian apabila, calon Presiden UMNO sepanjang masa Tengku Razali Hamzah dan calon Ketua Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir berkempen di Wilayah Persekutuan selang dua hari yang lepas.Yang peliknya ialah kedua majlis perjumpaan tersebut berhubung kait rapat dengan UMNO Bahagian Titiwangsa. Majlis perjumpaan Ku Li diatur oleh sebuah cawangan di bahagian Titiwangsa manakala majlis perjumpaan Mukhriz pula dirancang oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa ( anak kepada Datuk Seri Suleiman Mohamad -Ketua Bahagian Titiwangsa ) UPADATE TERKINI : Sumber juga mengesahkan, jemputan untuk majlis bersama Ku Li dikeluarkan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa.Memang pelik tetapi itulah benar.Rata - rata beberapa ahli UMNO Titiwangsa juga mempersoalkan tindakan pucuk pimpinan tertinggi bahagian yang cuba bermain politiking disebalik tabir.Adakah Datuk Seri Suleiman menyokong Ku Li bertanding jawatan Presiden disebalik tabir? Ketika inilah, sudah ada suara - suara dibahagian mahukan perubahan diperingkat pucuk pimpinan tertinggi bahagian Titiwangsa.

JAWATAN KETUA WANITA : HANYA BANDAR TUN RAZAK SOKONG SHAHRIZAT? BAGAIMANA YANG LAIN ?

Setiausaha Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Salmah Pin dengan lantang menyuarakan Tan Sri Rafidah Aziz perlu memberi ruang dan peluang kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO WP untuk memimpin Wanita UMNO Malaysia sekaligus membolehkan proses peralihan kuasa berjalan dengan sistematik tanpa sebarang pertandingan.Salmah yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bandar Tun Razak berkata , tsunami politik baru - baru ini telah memberikan mesej bahawa Wanita UMNO Malaysia juga mahukan perubahan.Ramai berpendapat sudah tiba masanya bagi Shahrizat memimpin Wanita UMNO Malaysia tetapi pada masa yang sama Rafidah juga dikatakan lebih sesuai memimpin Wanita UMNO untuk sepenggal lagi kerana beliau menang pada PRU baru - baru ini.Di manakah suara Ketua - Ketua Wanita lain di WP kepada Shahrizat ? Adakah hanya Bandar Tun Razak berdiri teguh dibelakang Shahrizat?

Wednesday, June 18, 2008

NASIB PM DAN BN DI TENTUKAN PADA 23 JUN ?

UPDATE TERKINI- BN MEMBUAT KEPUTUSAN , TIADA TINDAKAN AKAN DIAMBIL TERHADAP SAPP BUAT KETIKA INI DAN IANYA TERTAKLUK KEPADA KEADAAN SEMASA SELEPAS MINGGU DEPAN !
Nasib Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan ditentukan pada 23hb Jun ini ? Dimana parti SAPP iaitu salah sebuah parti komponen BN dari Sabah yang mempunyai 2 Ahli Parlimen akan membawa usul tidak percaya keatas Perdana Menteri di Parlimen pada hari pertama Dewan Rakyat di mulakan Isnin depan. Timbul pelbagai persoalan dan andaian termasuk , apakah usul tersebut akan dibenarkan ? sekiranya dibenarkan siapa - siapa yang akan berpaling tadah kepada BN dan PM dan siapa pula akan terus berdiri teguh dibelakang PM dan BN? Baca juga kupasan dari Datuk Wong Chun Wai - Ketua Pengarang Star dilaman blognya.KLIK DISINI .Kini semua tumpuan ditumpukan kepada semua ahli - ahli parlimen dari UMNO di Sabah mengenai reaksi mereka terhadap senario terbaru politik di Sabah bagaikan satu kejutan besar politik di Sabah. Kita tunggu dan lihat !

RAFIDAH DAN SHAHRIZAT MAIN WAYANG LAGI ! RAFIDAH TEAM UP DGN HALIMAH SIDIQUE ? SHAHRIZAT TEAM UP DGN AZALINA?

BERITA TERKINI MENGENAI WANITA UMNO - Selepas beberapa hari lepas Wilayahkini memaparkan berita mengenai kemungkinan Ketua Wanita UMNO WP Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan bertanding jawatan Ketua Wanita, semalam berita tersebut dibongkarkan dalam sidang media Wanita UMNO Malaysia selepas mesyuarat Wanita UMNO Malaysia dimana Shahrizat berkata ada yang akan mencabarnya dan Rafidah pula berkata sedia mempertahankan jawatanya.Kata Shahrizat, ada suara - suara dalam wanita UMNO yang mengatakan dia akan dicabar.Siapa yang nak cabar ? Wilayahkini mendapat maklumat Datuk Halimah Sidique sudah bersedia untuk mencabarnya.Wilayahkini juga difahamkan sekiranya jawatan Shahrizat dicabar, beliau dijangka akan bertanding jawatan Ketua Wanita.Apa yang pelik ialah, kedua - dua teraju utama wanita itu masih lagi main drama kerana masing - masing tidak mahu berterus terang mengenai keikhlasan hati mereka.Sepertimana yang dilaporkan sebelum ini Datuk Seri Azalina Osman juga telah bersedia untuk bertarung jawatan Naib Ketua Wanita.Sepertimana yang kita sedia maklum Datuk Halimah Sidique adalah orang kuat Rafidah manakala Azalina memang menjadi " orang paling tidak tidak disuka oleh Rafidah sampai tidak mahu iktiraf Azalina sebagai ahli wanita UMNO".Azalina dikatakan lebih rapat dengan Shahrizat. ( gambar muka depan Utusan hari ini mengenai komen Rafidah dan Shahrizat )

Tuesday, June 17, 2008

TUTUP LAMPU DAN AIRCOND !

Tutup lampu dan aircond ketika makan tengahari - arahan Datuk Bandar Kuala Lumpur.SILA KLIK DISINI

APA SUDAH JADI KL ? GAMBAR KOLEKSI PERIBADI JADI BAHAN PEGIKLANAN YANG MENJOLOK MATA.DI MANA TINDAKAN DBKL ?

Apa sudah jadi di Kuala Lumpur ?Gambar- gambar koleksi perkahwinan yang sepatutnya menjadi koleksi personal menjadi bahan pegiklanan di perhentian bas di beberapa lokasi utama di Kuala Lumpur yang menjadi kemarahan orang ramai kerana terlalu menjolok mata.Inikah dikatakan Kuala Lumpur kearah bandaraya kelas pertama?Paling memeranjatkan sekali ialah, iklan tersebut dimemaparkan gambar anak kepada pemilik Syarikat Parisign Marketing Sdn Bhd- iaitu Syarikat yang mengendalikan konsesi perhentian bus di sekitar Kuala Lumpur.Wilayahkini yang menerima beberapa emel dan gambar dari para pembaca mempersoalkan niat syarikat tersebut yang tidak bertanggungjawab sehingga menyalahgunakan peluang yang telah diberikan oleh DBKL. Sungguh memalukan dan mengecewakan.Adakah DBKL akan membiarkan gambar - gambar yang perlu ada dirumah dihiasi di sekitar Kuala Lumpur suatu hari nanti? Dimanakah garis panduanya? Dimanakah Justifikasinya? Sila pula baca Laporan THE STAR - KLIK DISINI UPDATE TERKINI -- Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Bakaruddin Osman mengarahkan DBKL untuk tarik balik semua iklan tersebut dengan serta merta di kesemua 18 lokasi perhentian bus !

Monday, June 16, 2008

SARAVAVAN vs WEE CHOO KEONG - BABAK 2

AHH,, Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, dulu bertikam lidah, kini nampak bersemangat untuk merapatkan semula hubungan dengan Timbalan Menteri WP Datuk .Saravanan di satu majlis basmi denggi dikawasan parlimen Wangsa Maju ahad lepas yang dirasmikan oleh Saravanan. Berita lanjut dari Wartawan Wilayahkini akan menyusul.

Friday, June 13, 2008

APABILA TUN MAHATHIR BERCAKAP MENGENAI MASA DEPAN UMNO........

Memang pelik tetapi benar.Begitulah dapat disimpulkan apabila bekas Perdana Menteri Malaysia dan bekas Presiden UMNO Tun Dr.Mahathir Mohamad bercakap mengenai MASA DEPAN UMNO-SILA KLIK DISINI. Segala hujah - hujah yang diketegahkan bukan sesuatu yang baru dan beliau juga telah mengulanginya beberapa kali sebelum ini.Tun yang baru - baru ini membuat kejutan dengan memecat dirinya sendirinya sebagai ahli UMNO sudah mula bercakap mengenai masa depan UMNO.Marilah kita sama- sama renungkan masa depan UMNO menjelang pemilihan parti tahun ini.Apa yang yang telah diutarakan oleh boleh dijadikan bahan rujukan ? ataupun kritikan ? Tepuk dada tanya selera !

SHAHRIZAT TANDING KETUA WANITA ? AZALINA NAIB ?

WILAYAHKINI difahamkan kesemua bahagian Wanita di Wilayah Persekutuan akan mencalonkan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia bagi menyelamatkan karier politiknya? Shahrizat yang juga merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia yang sebelum ini telah menyatakan tidak akan melawan bosnya Tan Sri Rafidah Aziz ( yang baru mendapat gelaran Tan Sri ) dijangka akan membuat kejutan melalui suntikan semangat daripada Wanita UMNO WP yang diterajuninya.Selepas tewas di Lembah Pantai, walaupun Shahrizat dilantik sebagai Penasihat Khas PM ( Wanita ) namun penampilan Shahrizat banyak terbantut dan beliau perlu mencari jalan untuk menyelamatkan karier politiknya dengan hanya satu cara - bertanding jawatan Ketua Wanita.Sumber juga memberitahu bahawa pasangan Shahrizat untuk jawatan Naib Ketua Wanita ialah - Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Osman? LAGI BERITA AKAN MENYUSUL !

Tuesday, June 10, 2008

ASTAMAN : PANTANG DICABAR DI WANGSA MAJU ?

Wilayahkini menerima satu kepastian yang boleh dipercayai yang mengatakan bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz dikatakan tidak sama sekali akan berundur dari rancanganya untuk menawan semula jawatan Ketua Bahagian Wangsa Maju walaupun menerima beberapa tentangan.Difahamkan Astaman mendapat backing yang kuat daripada Pergerakan Puteri, Pemuda , Wanita dan juga dari beberapa pemimpin tertinggi di peringkat bahagian termasuk dari Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wngsa Maju Datuk Zainal Nazeri dan Astaman juga yakin akan mendapat pencalonan yang lebih tinggi dari cawangan - cawangan untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian kali ini.

MINDA WILAYAHKINI : PUTERI WP- SIAPA LEBIH LAYAK DAN BERANI ?

MESEJ DARI WILAYAHKINI - Ahli - ahli Puteri WP mahukan satu kepastian dan bukanya satu andaian ataupun spekulasi.Siapakah lebih berani ? Ismalina atau Azlinda? Jangan meranakan semua ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan.Umumkan segera rancangan Puteri UMNO WP ! Untuk berita selanjutnya SILA KLIK DISINI

Saturday, June 7, 2008

KONVENSYEN MIC WP ESOK - MIC WP LEBIH LANTANG DAN EFESYEN DI BAWAH SARAVANAN? ADA RESOLUSI DAN UCAPAN PANAS ESOK?

Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan akan mengadakan konvensyenya di Kuala Lumpur dalam satu suasana yang paling berbeza kali ini dimana walaupun tuntutan MIC WP selama ini untuk mendapatkan satu kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan tidak berhasil tetapi perlantikan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan telah memberi satu lembaran sejarah baru kepada MIC WP dan juga kepada ahli - ahlinya.MIC WP juga kini di lihat lebih bersemangat setelah mendapat suntikan semangat yang di luar jangkaan tersebut.Kini semua tumpuan tertumpu ke arah M.Saravanan yang juga merupakan Ketua Penerangan MIC Pusat setelah kesemua pemimpin utama MIC tumbang pada tsunami PRU baru - baru ini.MIC Wilayah Persekutuan juga dijangka akan meluluskan resolusi menyokong kepimpinan Pengerusi BN WP Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan juga akan memberi amaran keras kepada beberapa ahli parlimen pembangkang di KL yang cuba memainkan sentimen perkauman dan juga sentimen politiking yang kuat.Saravanan yang kini dilihat sebagai salah seorang pemimpin lantang dalam MIC juga difahamkan akan memberikan satu ucapan yang pedas dan lantang kali ini.Baru - baru ini ada juga ura- ura mengatakan Saravanan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden ? Pada sudut yang lain pemerhati politik juga menantikan pengumuman dari Saravanan siapakah tiga kambing hitam yang berada dalam MIC? Konvensyen kali ini juga akan menjadi satu "turning point" bagi karier politik Saravanan, kerana beliau akan pertama kali berucap sebagai Ahli Parlimen dan juga Timbalan Menteri. Pada masa yang sama, M.Saravanan juga telah menjadi pemimpin pertama dari MIC membuka laman blognya dalam alam media siber untuk mengemukakan pandangan dan juga mendengar masalah rakyat dan juga ahli - ahli MIC. Layari laman blognya di http://www.msaravanan68.blogspot.com/ dan http://www.msaravanan.com/



POLITIK TERKINI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA WILAYAHKINI - SEMAKIN PANAS DAN MEMUNCAK SEPERTI KENAIKAN HARGA MINYAK !

Bahang pemilihan UMNO diperingkat bahagian semakin hangat sepertimana kenaikan harga minyak baru - baru ini khususnya di Wilayah Persekutuan sudah ada pelbagai gerakan dan percaturan mula dilakukan di bahagian - bahagian yang tertentu melibatkan peringkat Puteri, Pemuda , Wanita dan juga di peringkat G7 termasuk di jawatan tertinggi bahagian.Sudah ada ura- ura akan ada beberapa buku mengenai pemimpin tertentu akan dikeluarkan bersifat dalil , surat layang , blog dan strategi yang lain.Wilayahkini juga difahamkan beberapa bahagian telah dikategorikan kawasan panas.Kedengaran juga ada juga beberapa bekas pemimpin yang pernah tewas diperingkat bahagian, pemimpin yang kena gantung telah mula mengatur langkah yang drastik untuk menawan semula tempat mereka.Pemilihan peringkat cawangan dijangka akan menjadi destinasi yang penting bagi mereka dan pemimpin - pemimpin tertentu sudah mula berkempen dengan pemimpin- pemimpin cawangan.Wilayahkini juga difahamkan akan ada beberapa kejutan di Wilayah Persekutuan kali ini.Wilayahkini akan mengupas kedudukan terkini di Bahagian Lembah Pantai minggu depan dimana menyaksikan semula penampilan Datuk Raja Nong Chik?Bagaimana pula percaturan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Yusri Ahmad kali ini ? Selepas Shahrizat Abdul Jalil tersungkur di Lembah Pantai - apakah pintu Shahrizat tertutup di Lembah Pantai ? Bagaimana pula peluang Datuk Shahrir yang dikenakan penggantungan? NANTIKAN LIPUTAN DARI WILAYAHKINI bertajuk UMNO LEMBAH PANTAI BERTAMBAH ROMANTIK !

Friday, June 6, 2008

PENGERUSI GERAKAN WP KATA - GERAKAN TUNDUK KEPADA UMNO

Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan Datuk Dr.Tan Kee Kwong yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Segambut selama dua penggal dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Kopersai dan Wilayah DIGANTUNG dari Gerakan hari ini kerana menerima jawatan sebagai Pengerusi Task Force Pakatan Rakyat Selangor bertindak kurang ajar selepas menikmati segala kemudahan dari kerajaan BN selama ini dengan mengeluarkan kenyataan - GERAKAN TUNDUK KEPADA UMNO dan MEMPERTIKAIKAN UMNO.Untuk berita lanjut SILA KLIK DISINI
Tan Kee Kwong dilihat bertindak sebagai TIDAK BER -TAN - GUNGJAWAB dan membuktikan dirinya sebagai seorang yang gilakan kuasa tetapi berlakon atas slogan DEMI RAKYAT.Tan digantung hari ini.SILA KLIK DISINI .Pada masa yang sama beberapa pemimpin berkata masanya sudah tiba Gerakan dibubarkan di Wilayah Persekutuan?

Wednesday, June 4, 2008

PEMUDA UMNO PUTRAJAYA - Datuk K lawan Datuk A !

Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid bakal ditentang oleh mantan Ketua Pemuda Putrajaya Datuk Khairun Aseh menjelang pemilihan Pemuda Bahagian pada bulan Oktober nanti. SILA KLIK DISINI Datuk Khairun Aseh juga telah melancarkan blognya sendiri untuk mengerakkan strateginya. SILA KLIK DISINI .Datuk Ahmad Zaki yang juga merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri juga dikatakan bakal calon untuk jawatan Ketua Pemuda WP?

Monday, June 2, 2008

WEE CHOO KEONG MAIN SENTIMEN PERKAUMAN DAN DI DESAK MINTA MAAF !

Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dikecam hebat kerana mempermainkan isu perkauman di parlimen Wangsa Maju dan cuba memecahbelahkan hubungan perpaduan kaum yang erat dikalangan penduduk Wangsa Maju.Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan hari ini mendesak Wee Choo Keong meminta maaf dengan segera. Untuk berita lanjut SILA KLIK DISINI .Pada masa yang sama, Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel daripada penduduk Wangsa Maju dimana mereka kesal dengan tindakan Wee , yang lebih suka mementingkan kepentingan politik dan peribadi berbanding kepentingan rakyat jelata di Wangsa Maju.
UPDATE TERKINI - Timbalan Menteri WP Datuk M.Saravanan meminta Wee Choo Keong meminta maaf secara terbuka manakala Pengerusi PPPMWP Baharim pula berkata, Wee Choo Keong perlu letak jawatan sekiranya gagal berbuat demikian dan pihaknya akan membawa perkara tersebut kepada pengetahuan SPR dan Perdana Menteri.