Wilayahkini telah menerima beberapa emel daripada beberapa ahli yang begitu berminat menyertai Pergerakan Puteri tetapi niat mereka terbantut apabila dihalang oleh penyandang Ketua Puteri di cawangan - cawangan yang tertentu.
Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan segera - UMNO khususnya Puteri UMNO dikatakan akan kehilangan ramai remaja dan boleh mendorong mereka menyertai parti pembangkang.
"Kenapa kita nak halang ahli - ahli baru yang muda, berkaliber dan berpendidikan di peringkat cawangan? Inilah yang menyebabkan ramai remaja sudah bosan dengan perangai segelintir pemimpin Puteri UMNO dan tidak berminat menyertai UMNO kerana penampilan mereka disekat di peringkat akar umbi", kata seorang pengirim emel kepada Wilayahkini.
Wilayahkini juga telah memulakan siasatan mengenai aduan tersebut - dan kami berharap para pembaca juga dapat berkongsi pandangan dalam isu ini.Anda ada maklumat? Sila emel kepada dan hantar komen.
Wilayahkini juga difahamkan "insiden sekatan" ini berlaku kerana - penyandang Ketua - Ketua Puteri di cawangan tertentu tidak mahu jawatan mereka di cabar atau dirampas oleh calon - calon baru ? Apa nak jadi ? Nampak gaya pemimpin tertentu di peringkat Puteri di WP juga sudah pandai " bermain silat sepertimana berlaku di peringkat bahagian".