Tuesday, March 9, 2010

KEMUNCULAN RAJA NONG CHIK BERSAMA ZULHASNAN RAFIQUE ..........

CAKAP - CAKAP POLITIK @ WILAYAHKINI......
Kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik untuk merasmikan Program Retreat UMNO Bahagian Setiawangsa yang di ketuai Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang bertemakan "Program Pemantapan Politik" (3P) di Janda Baik baru - baru ini mencuri tumpuan ahli - ahli UMNO di Wilayah Persekutuan malah telah menjadi cakap - cakap politik yang cukup panas di Kuala Lumpur ketika ini.
Zulhasnan yang juga merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Raja Nong Chik yang juga merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan kelihatan "mesra" sepanjang majlis tersebut. Ramai yang terkejut melihat senario tersebut.
Raja Nong Chik pula dalam ucapanya menyifatkan telah mengenali Zulhasnan Rafique sejak bangku sekolah lagi dan selalu ke rumahnya di Petaling Jaya dulu dan menganggapnya sebagai adiknya.
Beliau turut memuji dan kagum dengan semangat yang di miliki oleh Zulhasnan walaupun tidak bergelar sebagai Menteri lagi tetapi masih berkerja keras untuk memperkasakan jentera UMNO dan BN di peringkat bahagian dan parlimen.
Katanya, beliau juga mahu menimba pengalaman dari Zulhasnan dalam aspek penyusunan jentera untuk menghadapi PRU yang ke 13 nanti.
Sementara itu, Zulhasnan pula berkata UMNO Bahagian Setiawangsa akan memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Episod terbaru ini di katakan telah menjadi satu "turning point" di UMNO WP ketika ini.
Di antara penceramah lain yang hadir ialah Setiausaha Kerja UMNO Datuk Rauf dan Pengerusi Jasa Datuk Fuad Hassan.

Friday, March 5, 2010

PERLANTIKAN YAHYA GHANI SEBAGAI PENGERUSI BN BATU ; GERAKAN PULA " MENGAMUK ? "

KUALA LUMPUR 5 Mac,
Nama Ketua UMNO Batu Datuk Yahya Mat Ghani sekali lagi menonjol . Kali ini pasal perlantikanya sebagai Pengerusi BN Parlimen Batu yang menyebabkan Gerakan Batu "nak angin dan mengamuk". Jawatan Pengerusi BN Parlimen Batu yang kian lama di sandang oleh Gerakan kini terlepas tangan ke tangan UMNO.
" Mereka kurang aktif. Tumpuan asas kita nak menang pilihanraya kecil atau umum. Yang di lihat sekarang UMNO yang banyak buat kerja. Kita anjur lebih 200 program, dengan memberi bantuan dan khidmat kepada rakyat. Kita turun berjumpa rakyat. Jadi pemimpin kita lihat kita bekerja...bukan saya yang minta jawatan tersebut", kata Yahya Mat Ghani atau di kenali sebagai "Abas Batu".
Pada masa yang sama, ahli - ahli Gerakan pula sudah mula risau apakah kerusi Batu yang di milikinya akan bertukar tangan selepas 22 tahun ? Mereka menyifatkanya sebagai satu tamparan yang cukup kuat. Sila klik, DISINI untuk baca laporan Malaysiakini.
Persoalanya apakah, Gerakan akan terkubur di Wilayah Persekutuan selepas ini ?
Sudah ada ura - ura akan berlaku pilihanraya kecil di Batu kerana kes mahkamah melibatkan Ahli Parlimen PKR Tian Chua. Ada yang kata, pilihanraya kecil hampir pasti akan berlaku. Sekiranya berlaku, siapakah calonya ? UMNO atau Gerakan ?
Kini jawatan Pengerusi BN Parlimen Batu di sandang oleh bekas Ahli Parlimen Batu Datuk Ng Lip Yong. Di fahamkan Gerakan mahu menamakan Pengerusi Gerakan Batu Lim Si Pin yang sebagai calon dan juga Pengerusi BN Batu.
" Pada saya, kalau UMNO jadi calon, agak berat nak menang sebab pengundi cina adalah penentu. Gerakan sendiri pun boleh letak calon. UMNO akan memberi sokongan", kata Yahya Ghani. Sila klik, DISINI untuk baca komen Yahya di Malaysiakini.
Apapun, nama Yahya kini semakin bersinar di kancah politik Kuala Lumpur dalam waktu singkat. Setelah bergelar Ketua Bahagian, di lantik pula sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan baru - baru ini di anugerahkan gelaran " Datuk" bersempena hari Wilayah Persekutuan.

Thursday, March 4, 2010

APABILA SYED MEHDHAR BERCAKAP PASAL KEIKHLASAN.......

" Jawatan menteri bukanlah satu kemestian yang perlu di agihkan kepada Ketua Pemuda tetapi terpulang kepada kebijaksanaan Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat penilaian"
" Oleh sebab itu, soalan biasa yang kita dengar apakah kita menyertai UMNO (Pemuda) kerana mahu kedudukan atau jawatan penting dalam kerajaan? " - Berikut adalah komen Naib Ketua Pemuda UMNO Wilayah Perseketuan Syed Mehdhar Syed Abdullah yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cheras. Sila klik, DISINI untuk baca komenya. Beliau berkata Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia harus membuktikan keikhlasan perjuanganya untuk kepentingan rakyat dan bukanya ghairah menagih jawatan dalam kabinet.

WEE CHOO KEONG PUN NAK KELUAR ?

KUALA LUMPUR, 4 Mac
Ada ura - ura yang mengatakan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong juga akan keluar dari Pakatan Rakyat ? Berita ini semakin luas terbesar setelah tiga wakil rakyat dari PKR keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi Anggota Bebas. Macam - macam berita yang di sebarkan mengenai masa depan Wee di PKR ketika ini.Pada PRU yang ke 12, Wee Choo Keong yang juga merupakan pengasas Parti Malaysian Democratic Parti ( MDP) bertanding atas tiket PKR - menewaskan calon BN Datuk Yew Teong Look dengan majoriti yang nipis.
Apakah komen Wee Choo Keong ? sila klik DISINI. Sementara itu, Wilayahkini dengar Wee Choo Keong juga agak " Fed up" dengan perkembangan yang melanda Pakatan Rakyat ketika ini.