Saturday, May 31, 2008

POLITIK UMNO WANGSA MAJU - ZAINAL NAZERI YANG BERGELAR Z-ASTAMAN NAZERI !

Perkembangan politik di Bahagian Wangsa Maju menyaksikan Pemangku Ketua Bahagiannya Datuk Zainal Nazeri hampir disahkan akan memberi laluan kepada bekas Ketua Bahagian Wangsa Maju yang telah mendapat kebebasan penggantunganya dari kes politik wang - Datuk Astaman Abdul Aziz untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian dan Zainal Nazeri pula akan sekali lagi mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Bahagian.Ramai ahli -ahli UMNO Wangsa Maju juga mahukan Naib Ketua bahagian Datuk Shafie untuk memaklumkan pendirianya sama ada akan mengekalkan jawatan Naib Ketua Bahagian atau bertanding jawatan Ketua Bahagian.
UPDATE TERKINI- Rata- rata ahli UMNO Wangsa Maju juga dikatakan sudah muak dengan politiking yang masih tidak ada penyelesaian di Wangsa Maju bagaikan sudah kena sumpah.Pada masa yang sama, sumber - sumber memberitahu Wilayahkini bahawa sudah ada unsur politik wang yang kuat menular di Wangsa Maju menjelang mesyuarat cawangan pada bulan depan.

Friday, May 30, 2008

UMNO BUKIT BINTANG - EPISOD AZIM vs RAOF BERULANG ?

Sudah hampir pasti bekas Ketua Pemuda Bukit Bintang Datuk Raof Yusuf yang gagal dalam pertarungan merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang dengan Datuk Abdul Azim Zabidi pada pemilihan yang lepas akan sekali lagi berentap dengan Bendahari Agung UMNO tersebut kali ini. Pada pemilihan bahagian yang lepas Azim menerima 14 pencalonan manakala Raof pula 13 pencalonan. Semasa pemilihan Azim yang kini merupakan Bendahari UMNO WP berjaya mendapat 138 undi manakala Raof mendapat 78 undi.Pemerhati polotik juga berpendapat pertandingan kali ini juga dijangka sengit dan difahamkan Raof telah mengatur beberapa strategi yang tajam untuk menawan Bukit Bintang.

KETUA PUTERI - WP vs PAHANG ?

WILAYAHKINI menerima info bahawa,Naib Ketua Puteri Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Yusuf dijangka berentap dengan Shahaniza Samsuddin -Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia untuk jawatan Ketua Puteri Malaysia bagi menggantikan Datin Noraini. Ketua Puteri WP Azlinda Rashad yang sebelum ini dikatakan berminat untuk menawarkan diri untuk jawatan Ketua Puteri dikatakan menerima respons yang tidak mengalakkan sehingga ahli - ahli puteri Wilayah Persekutuan berkata, Azlinda macam pemimpin bersifat - Kejab Ada Kejab Tak Ada dan mereka mahu Ismalina meneruskan perjuanganyya.Kami juga mendengar ahli - ahli Puteri WP akan mengadakan mesyuarat dalam sama terdekat ini berhubung perkara tersebut.Rata - rata daripada pandangan yang diterima oleh Wilayahkini mendapati diemel , Ismalina dilihat lebih ketrampilan untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Malaysia.

TAN KEE KWONG yang TIDAK BER TAN- GUNGJAWAB dan GILA KUASA.BUBAR SAHAJA GERAKAN DI WP ?

Kesediaan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan DATUK DR.TAN KEE KWONG menerima tawaran sebagai Pengerusi Task Force - berkaitan tanah di Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat atas alasan berkhidmat untuk rakyat jelas menunjukkan sifat sebenar TAN KEE KWONG yang TIDAK BER TAN- GUNGUNGJAWAB dan pentingkan diri sendiri.Dimanakah keikhlasan dan kesetiaan beliau kepada BN selama ini semasa dipilih menjadi Ahli Parlimen Segambut selama dua penggal dan sebagai Timbalan Menteri selama sepenggal.
Ketika berada di BN, beliau menikmati segala kemudahan , kesejahteraan dan kebahagian tetapi apabila BN mengalami sedikit masalah Tan Kee Kwong telah menunjukkkan siapa dirinya yang sebenar- pemimpin yang pentingkan diri sendiri.Pengamal politik pula berpendapat masanya sudah tiba Gerakan dibubarkan di WP sedangkan semua mengetahui parti Gerakan di WP memang tiada kekuatan tetapi mempunyai dua parlimen- Segambut dan Batu.Mereka juga mendesak Tan yang gila kuasa untuk letak jawatan , tanpa tunggu arahan dan sebagainya kerana masyarakat sudah benci dengan tindak tanduknya.Gerakan memang tidak mempunyai asas yang kuat di Wilayah Persekutuan tetapi mereka lupa , BN tetap memberikan dua buah kerusi di WP, sedangkan MIC yang begitu kukuh di WP tidak mempunyai sebarang kerusi di WP.

Wednesday, May 28, 2008

SIAPA LAGI SELEPAS EZAM MASUK UMNO ? ANWAR IBRAHIM ?

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat dan juga bekas Setiausaha Politik Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim- Ezam Mohd Nor hari ini dengan rasminya mengumumkan menyertai UMNO kembali dan penyertaan Ezam telah mengandaikan pelbagai spekulasi dalam kancah politik negara yang kini berada dalam keadaan memuncak ketika ini.Penyertaan Ezam juga merupakan satu kejutan politik dimana pemerhati politik juga sudah mula meramalkan pelbagai spekulasi termasuk, siapa lagi akan menyertai UMNO selepas ini ? Anwar Ibrahim ?

Tuesday, May 27, 2008

PUTERI WP - SIAPA LEBIH GLAMOUR DI WP ? AZLINDA ATAU ISMALINA ? KEDUA - DUA BERTANDING JAWATAN KETUA PUTERI MALAYSIA?

SEMAKIN PANAS ! Begitulah reaksi yang diterima oleh Wilayahkini mengenai perkembangan terkini mengenai Puteri UMNO WP menjelang pemilihan parti di mana pemimpin No 1 dan No 2 Puteri UMNO WP , AZLINDA RASHAD dan DATIN ISMALINA ISMAIL dikatakan sudah mengintai peluang untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Nasional. Diantara Azlinda dan Ismalina - SIAPA YANG LEBIH GLAMOUR DI WP ? sudahkah mereka berdua mendapat restu daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Datuk Seri Zulhasnan Rafique? IKUTI KUPASAN MENARIK dari Wartawan Wilayahkini.

Monday, May 26, 2008

ISU KECOH DI DBKL : SARAVANAN KECAM WEE CHOO KEONG ! JANGAN MAIN POLITIK DENGAN SAYA !

Ekoran insiden kekocahan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju , Wee Choo Keong jumaat lepas di bangunan dan lanjutan kepada berita Wilayahkini mengenai berita tersebut, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan dengan lantang memberi amaran keras kepada Wee Choo Keong jangan main politik dengan saya dan hentikan demontrasi berbentuk kepentingan politik.
" Selaku Ahli Parlimen Wangsa Maju sekiranya ada sebarang masalah berkaitan dengan penduduk Wangsa Maju , beliau kena datang berbincang sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju dan bukanya bawa semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkumpul di DBKL.Ini bukan cara kita.Saya bantah keras. Mereka kena belajar hormat - menghoramati antara satu sama lain", kata Saravanan.
Sekiranya penduduk tidak puas hati dengan cara DBKL mereka boleh jumpa pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan dan bukanya berteriak dan memekik dihadapan pejabat dengan membawa banner dan sebagainya, katanya lagi.
BERITA WILAYAHKINI sebelum ini SILA KLIK DI SINI

PASUKAN BOLA KUALA LUMPUR - PEMAIN TIDAK PUAS HATI DENGAN SIKAP PENGURUS PASUKAN !

Ekoran daripada berita Wilayahkini mengenai prestasi buruk pasukan bolasepak Kuala Lumpur di kancah Liga Malaysia tahun ini dan juga ada kedengaran laporan ACA akan dibuat terhadap pengurusan KLFA minggu lepas, akhbar NST semalam di ruangan sukan melaporkan - PLAYERS UNHAPPY WITH KLFA MANAGEMENT
Dalam laporan tersebut beberapa pemain juga mengkritik kepimpinan Pengurus Pasukan Kuala Lumpur Datuk Izuddin Ishak yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa.Pada masa yang sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin juga berkata, FAM akan bertindak melalui ACA sekiranya ada laporan rasmi.Kita tunggu episod yang seterusnya selepas ini di mana Wilayahkini akan update dari masa ke semasa.Wilayahkini juga mengalu - alukan sebarang laporan daripada pemain melalui emel kepada kami.

Friday, May 23, 2008

DBKL KECOH .....TIMBALAN MENTERI WP DI SERGAH ......!

DBKL kecoh.Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan di sergah ( Ambush) oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju , Wee Choo Keong dan Ahli Parlimen Bagan Serai ( kedah ) S.Gopalakrishnan.Orang ramai kesal dengan tindakan pembangkang.Keadaan terus menjadi kecoh dan tidak terkawal.Bangunan DBKL di Jalan Raja Laut buat kali pertama dilihat menjadi medan perperangan dari perkarangan DBKL hingga ke bilik mesyuarat di tingkat 3 .APA SUDAH JADI??
Para wartawan yang hadir juga terkejut dan kecewa melihat insiden tersebut !
BACA LAPORAN KHAS WILAYAHKINI DI SINI dan untuk UPDATE terkini sila klik disini

Thursday, May 22, 2008

LAPORAN ACA TERHADAP PASUKAN BOLA SEPAK KUALA LUMPUR ?

Berita yang diterima oleh Wilayahkini.Kami mendapat berita bahawa ada laporan akan dibuat kepada ACA mengenai prestasi buruk pasukan bolasepak Kuala Lumpur pada Liga Perdana Malaysia setelah banyak duit dilaburkan.Ikuti perkembangan TERKINI mengenai berita tersebut dalam masa yang terdekat ini.Wilayahkini juga sedang dalam usaha untuk mendapatkan kepastian mengenai berita tersebut termasuk mengenai beberapa laporan.IKUTI LAPORAN LANJUT DI WILAYAHKINI........UPDATE TERKINI - beberapa pemain dan juga pegawai juga dikatakan kecewa dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur.Laporan lanjut MENYUSUL MINGGU DEPAN.........

SPECIAL REPORT : PAK LAH DILEMMA or MALAY DILEMMA ?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi DILEMMA - PARTY or COUNTRY? click HERE for more news !
Dilemma Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ini.Parti atau negara? Kupasan yang menarik untuk dibaca dan direnungkan bersama.Sila hantar komen anda !
UPADATE TERKINI daripada rakan - ABDULLAH,MAHATHIR, Najib atau ANWAR ? Baca Di Sini

Tuesday, May 20, 2008

PARLIMEN PANAS :ZULHASNAN RAFIQUE SERANG BALIK SAMPAI PEMBANGKANG AKUR !

Parlimen panas hari ini apabila tiba giliran Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique menggulung perbahasan mewakili Kementerian Wilayah Persekutuan.Walaupun diasak dengan pelbagai soalan- lebih 30 soalan, Zulhasnan kelihatan tenang menjawab segala persoalan dengan tepat dan padat sehingga beberapa Ahli Parlimen pembangkang terpaksa akur kepada kepantasan dan kecekapan Zulhasnan . Beliau juga mengambil masa selama 2 jam - satu jangka masa yang panjang setakat ini di Parlimen untuk jawab segala persoalan. Beliau juga dengan lantang menyuarakan KEMENTERIAN WP TIDAK AKAN DI BUBARKAN.
Zulhasnan Rafique merupakan wakil tunggal BN di WP dimana 10 kerusi lagi di KL di kuasai oleh Pakatan Rakyat. Selain Zulhasnan di Setiawangsa, BN menang di Putrajaya dan Labuan.
UPDATE TERKINI - Baca Di Sini -- SYABAS DATUK SERI daripada http://www.ackwhy.blogspot.com/

PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI TUN M DAN KOMEN ANDA ?

Perkembangan terkini mengenai Tun Mahathir keluar dari UMNO di www.chunwai08.blogspot.com dan juga yang terkini - BACA DI SINI

APA PENDAPAT ANDA ? Berikan komen - komen anda secara terbuka kepada Wilayahkini .Apakah tindakan Tun akan membawa malapetaka kepada UMNO? Hantarkan rencana juga kepada kami.Kami akan siarkan !

UMNO SEMAKIN PARAH ? Kata Anwar Ibrahim

UMNO SEMAKIN PARAH , AHLI - AHLI UMNO PERLU SERTAI PKR atau PAKATAN RAKYAT KATA , Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini. SILA BACA DI SINI

Monday, May 19, 2008

HAPPY WESAK DAY ! SELAMAT HARI WESAK !

WILAYAHKINI ingin mengucapkan SELAMAT HARI WESAK kepada semua pembaca . Selamat Bercuti dan Salam Bahagia !
( TERIMAKASIH- GAMBAR NST )

KOMEN ANDA MENGENAI PELAN DRAFT KUALA LUMPUR 2020 ..?

WILAYAHKINI ingin membuka ruang kepada para pembaca untuk memberikan komen - komen secara terbuka dan bernas mengenai Pelan Draft Kuala Lumpur 2020 yang kini dipamerkan selepas 26thn kepada orang ramai untuk memberikan reaksi dan komen.APA YANG MENARIK ? DAN APA YANG TIDAK MENARIK ? Sila hantar komen anda ke WILAYAHKINI.
Pada masa yang sama orang ramai boleh juga menghantar komen - komen, pendapat dan cadangan secara rasmi atau kemukakan bantahan mengenai draft tersebut di laman rasminya di --klcityplan2020.dbkl.gov.my .Cepat , jangan tunggu lagi, hantar komen anda dengan segera !

Sunday, May 18, 2008

LABUAN SOKONG PAK LAH NO 1 & NAJIB NO 2 ! LABUAN TENANG ??

UMNO Bahagian Labuan yang diketuai oleh Datuk Suhaili Abdul Rahman tampil menjadi bahagian pertama di WP,menyuarakan pencalonan kepada Presiden Parti Datuk Seri Abdullah untuk jawatan Presiden dan Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan Timbalan Presiden.
Suhaili yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, dengan lantang menyuarakan hasrat tersebut dalam komenya di sebuah akhbar tempatan hari ini dan sekali lagi menyuarakan pendekatan EGM hanya membuang masa.Suhaili yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan dan bekas Ahli Parlimen Labuan merupakan diantara pemimpin lantang menentang tindak tanduk Syed Ali Al Habshee yang berwatakan sebagai Pemimpin Syok Sendiri dan meminta Syed Ali meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Cheras.
BAGAIMANA POLITIK TERKINI DI LABUAN ?
Pada masa yang sama, Wilayahkini juga difahamkan Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuff Mahal yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Labuan akan menentang Datuk Suhaili untuk jawatan Ketua Bahagian.Namun keadaan dijangka tenang pada saat akhir, kata seorang ahli UMNO.
Apapun kelantangan Suhaili yang berasaskan isu yang kukuh termasuk kesanggupanya mengundur diri bertanding pada PRU baru - baru demi isteri yang tercinta telah membuatkan imej Suhaili menjadi seorang pemimpin yang berkarisma dan berwibawa di WP ketika ini.Suhali juga dilihat seorang pemimpin yang setia kepada perjuangan parti dan kepimpinanya.

HARAP BERSABAR - NASIB KU NAN AKAN DI TENTUKAN SELEPAS SIASATAN PEJABAT AG, KATA PM

Kedudukan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN akan ditentukan selepas Pejabat Peguam Negara selesai menjalankan siasatanya,kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Presiden UMNO. Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan daripada pelbagai pihak mengenai kedudukan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung UMNO yang dikaitkan di dalam rakaman Video VK.Lingam.
Pelbagai pihak menyuarakan , Tengku Adnan perlu letak jawatan supaya ianya tidak menjejaskan imej UMNO dan BN ketika siasatan dijalankan oleh pejabat Peguam Negara nanti.Ku Nan yang digugurkan dari Menteri Pelancongan dalam kabinet baru selepas PRU, dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN bagi menggantikan Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang meletak jawatan pada bulan Mac yang lepas.

Friday, May 16, 2008

KES VIDEO VK LINGAM --- APA PENDAPAT ANDA ?

Kita masih ingat lagi beberapa insiden - insiden yang menarik sepanjang perbicaraan Suruhanjaya Di Raja mengenai Video rakaman VK.Lingam termasuk kenyataan Datuk Tengku Adnan yang mendakwa VK.Lingam mabuk.Kini segala - galanya sudah terjawab. Siapa yang mabuk sebenarnya?Kabinet telah bersetuju laporan tersebut di jual kepada orang ramai termasuk mengarahkan Pejabat Peguam Negara memulakan siasasatan segera terhadap beberapa individu utama yang terlibat dalam pita rakaman tersebut.Semuanya sudah sampai ke penghujung.APAKAH PENDAPAT ANDA ? Sila baca laporan kami dibawah, sebelum ini !

KABINET SETUJU PEJABAT PEGUAM NEGARA SIASAT WATAK UTAMA KES VK.LINGAM TERMASUK TENGKU ADNAN. AHHHH,, Apakah nasib Tengku Adnan selepas ini ?

Sepertimana yang telah dilaporkan oleh Wilayahkini sebelum ini,apakah nasib Setiausaha Agung UMNO dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas ini ? selepas kabinet bersetuju kepada cadangan Suruhanjaya Di Raja membenarkan Pejabat Peguam Negara menyiasat beberapa watak utama dalam kes rakaman Video VK.Lingam hari ini termasuk Tengku Adnan Tengku Manor, Tan Sri Vincent Tan, Eusoff Chin, Ahmad Fairuz dan Tun Dr.Mahathir.
SILA BACA LAPORAN - Malaysiakini

Hari ini akhbar NST dan Berita Harian memaparkan laporan melibatkan Tengku Adnan di muka depan yang telah mengundang pelbagai spekulasi mengenai kedudukan Tengku Adnan selepas ini ?
Kabinet juga telah bersetuju untuk mendedahkan laporan tersebut kepada rakyat untuk membacanya. Sepertimana laporan WILAYAH KINI SEBELUM INI, apakah tindakan Perdana Menteri terhadap Tengku Adnan mengenai kedudukanya sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN dan juga Ahli Parlimen Putrajaya? Akan ada satu lagi kejutan selepas ini ? Sementara itu ramai pihak berpendapat wajar Tengku Adnan letak jawatan sehingga siasatan selesai - APAKAH PENDAPAT ANDA ? BERSETUJU ? TIDAK BERSETUJU ?

Wednesday, May 14, 2008

SYED ALI KATA MEMANG ADA PEMIMPIN DUA WAJAH TAPI SYED ALI PULA BERAPA WAJAH TANYA PARA PEMBACA ?

Ketua UMNO Bahagian Cheras yang lebih dikenali sebagai PEMIMPIN SYOK SENDIRI, Syed Ali Al Habshee berkata, MEMANG ADA PEMIMPIN DUA WAJAH, kepada Malaysia Kini. BACA LAPORANYA DI SINI .Wilayahkini menerima beberapa emel mengenai berita tersebut dimana mereka bertanya siapa sebenarnya PEMIMPIN DUA WAJAH ? Syed Ali dikatakan mempunyai lebih dari DUA WAJAH. Wilayahkini akan mengupas mengenainya.Jangan lupa untuk membacanya. Apakah pendapat anda mengenai kenyataan Syed Ali tersebut?

HARAP MAAF....,,, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan....! APA HAL PULAK DENGAN PU3 UMNO WP ?

AH, Pelik tapi benar- HARAP MAAF, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan.Beginilah respons yang diterima apabila Wilayahkini menelefon pejabat Puteri UMNO Wilayah Persekutuan untuk bertanya beberapa perkara.Tetapi yang pelik pula, nombor telefon dan alamat tersebut masih tertera di laman web Puteri UMNO Malaysia.Apa nak jadi? Jangan pula Puteri WP juga nak jadi macam Pemuda UMNO WP? Ramai puteri - puteri baru sudah mula mengeluh mengenai situasi tersebut.
Apakah perkembangan terkini di Puteri WP? Azlinda Rashad gagal jadi Ketua Puteri yang terbaik? Datin Ismalina Ismail dikatakan calon prospek? Bahagian - bahagian panas di WP ? Ramai Puteri bermimpi untuk jadi Exco Puteri Malaysia dan Naib Ketua Puteri WP? Siapa dapat ?

Tuesday, May 13, 2008

PM MAHU PEMUDA UMNO MAIN PERANAN PENTING ! BAGAIMANA PULA DI WP? PW HANYUT BEGITU SAHAJA ?

Ketika berucap di majlis sambutan Ulangtahun yang ke 62 di PWTC baru - baru ini, Presiden Parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan lantang telah mengingatkan Pergerakan Pemuda dan Puteri perlu memainkan peranan yang penting untuk memantau golongan muda supaya mereka tidak hilang keyakinan terhadap UMNO.Implikasinya telah jelas dapat dilihat pada pilihanraya umum baru - baru ini.
Bagaimana pula di Wilayah Persekutuan ?Wilayahkini telah memaparkan banyak berita sebelum ini mengenai Pergerakan Pemuda UMNO WP yang kini sudah kehilangan arah selepas PRU baru - baru ini dan juga peranan PW dikritik semasa PRU kerana gagal memainkan peranan yang penting .Kita perlu ingat, ramai pemuda di Kuala Lumpur sudah hampa dengan perwatakan PW yang senyap tanpa sebarang tindakan untuk memperjuangkan nasib pemuda bandar. Apa sudah jadi ? 3 bulan tidak ada sebarang mesyuarat? PW jadi macam pelarian ? inikah nasib kami kata seorang Pemimpin Pemuda Bahagian dalam emelnya kepada Wilayah Kini .
Wilayahkini juga telah menyiarkan banyak pandangan mengenai Pemuda WP , yang diharap dapat memulihkan semula imej PW.Sesuatu perlu dilakukan segera- diharap PW di peringkat bahagian dapat bertindak.Wilayahkini berharap berita ini dapat memberikan satu peringatan terakhir kepada PW untuk kembali ke perjuangan asal parti !

Sunday, May 11, 2008

GAJI SHAHRIZAT RM 33, 727 dan 20 sen SEBULAN WALAUPUN TIDAK JADI MENTERI TETAPI SEBAGAI PENASIHAT KHAS PM !

Wow, Ratu Bollywood Barisan Nasional yang juga merupakan Penasihat Khas Perdana Menteri ( Hal Ehwal Wanita) yang bertaraf Menteri tapi bukan Menteri YBHG Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil (Opss kena tanya dgn Kak Jean- mengenai status YB atau YBHG?) dikatakan menerima gaji bulanan sebanyak RM33,727 dan 20 puluh sen Malaysia atau RM 404, 726 dan 40sen Malaysia untuk SETAHUN sebagai Penasihat Khas PM. Memang cukup lumayan- dahlah kalah pilihanraya di Lembah Pantai tetapi lantik semula sebagai - kononya sebagai Penasihat Khas PM jaga Hal Ehwal Wanita disaat- saat terakhir tapi masih dapat menikmati semua layanan yang istimewa sebagai seorang Menteri, cuma beliau tak dapat masuk mesyuarat kabinet sahaja. Memang satu layanan cukup istimewa untuk meningkatkan lagi imej wanita di Malaysia. Apa pula peranan Datuk Ng Yen Yen sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga ? Kita harap tidak akan ada pertandingan gusti wanita nanti. Apa pun tahnniah kepada Kak Ijat kita....oppsss maaf ..tidak boleh panggil kak lagi.... Shah Bebs...Panggilan Terbaru yang kami dengar di BSC...APA PENDAPAT ANDA ?

LOMPAT SI KATAK LOMPAT ? SIAPA NAK LOMPAT ? DARI MANA NAK KE MANA ?

Ketika UMNO nampak meriah tapi tak berapa meriah sepertimana dijangkakan sambutan ulangtahunya yang ke 62 di PWTC hari ini, WILAYAHKINI menerima satu emel yang mengatakan minggu depan ada KEJUTAN dimana beberapa ahli parlimen dari BN khususnya dari UMNO akan lompat dari parti dan menyertai Pakatan Rakyat.Memang agak sukar untuk mengesahkan kebenaran berita tersebut tetapi agar sukar juga untuk menafikanya - berikutan komen - komen daripada Anwar Ibrahim baru - baru ini yang begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan.
Pada masa yang sama , sumber megesahkan kawalan ketat juga telah dikenakan terhadap semua ahli - ahli parlimen BN khususnya dari Sabah.Apakah ini satu lagi perang psikologi dari Anwar Ibrahim untuk memberi tekanan kepada BN dan Pak Lah? Pada satu sudut yang lain pula sumber berkata, Anwar Ibrahim pula yang kini dalam tertekan dengan polemik yang berlaku di Pakatan Rakyat khususnya melibatkan tingkah laku parti DAP. Anwar dikatakan risau Perak akan jatuh ke tangan BN semula. Kita tunggu dan lihat !

Saturday, May 10, 2008

KES RAKAMAN VIDEO KLIP V.K.LINGAM - PERMAINAN TAMAT ! SIAPA YANG AKAN DIKENAKAN KAD MERAH DAN KAD KUNING ? BAGAIMANA NASIB KU NAN?

Ah, Suruhanjaya Di Raja akhirnya telah menyampaikan hasil siasatan laporan mengenai kes rakaman klip Video V.K.Lingam kepada Yang Di Pertuan Agong. Banyak pihak sudah meramalkan pelbagai spekulasi ekoran daripada hasil siasatan tersebut - lebih2 lagi laporan tersebut bersifat memang CORECT...CORECT...CORECT......
Pemerhati politik juga sudah mula membincangkan dan meramalkan apa yang akan berlaku kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan watak utama dalam kes rakaman tersebut. Adakah Setiausaha Agung UMNO tersebut yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dan Ahli Parlimen Putrajaya akan terlepas ? atau tersepit? inilah kata - kata yang hangat menjadi tajuk perbualan.

Thursday, May 8, 2008

PENCARIAN PEMIMPIN PEMUDA DI WP BERMULA !

PENCARIAN PEMIMPIN PEMUDA BERMULA, tulisan dan pandangan Razlan Rafii( Pemuda UMNO Seputeh )di laman blognya. Razlan juga biasa menulis komenya di blog ini.WILAYAHKINI ingin menegaskan disini bahawa segala pandangan tersebut adalah komen - komen dan pandangan peribadi Razlan untuk menaikkan semula imej Pemuda WP.Wilayahkini mengalu- alukan pandangan secara terbuka mengenai rencana tersebut ataupun emel kepada kami.Kami akan siarkan!- Pengarang Wilayahkini

UMNO WANGSA MAJU - 3 PILIHAN CALON JADI PERTARUHAN ? ASTAMAN, ZAINAL, SHAFIE DAN SHAHBUDIN JADI PERHATIAN !

Fenomena politik di Wangsa Maju semakin panas dan menarik menjelang mesyuarat agung cawangan - cawangan yang akan bermula pada bulan depan dimana sudah ada desakan diperingkat cawangan - cawangan supaya menamakan pencalonan beberapa pemimpin tertinggi bahagian sebagai calon utama bagi menerajui UMNO Bahagian Wangsa Maju pada pemilihan bahagian pada bulan oktober nanti.
Berikut adalah senarai nama - nama yang menjadi perbualan hangat di Wangsa Maju mengikut tiga pilihan utama: PILIHAN 1 - Ketua: Datuk Astaman , Tim: Datuk Zainal Nazeri, Naib: Shahbudin Husin. PILIHAN 2- Ketua: Datuk Zainal Nazeri, Tim : Datuk Astaman, Naib : Datuk Shafie.PILIHAN 3- Ketua: Datuk Shafie, Tim : Datuk Zainal Nazeri, Naib: Shahbudin Husin.
Shahbudin Husin yang juga merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Wangsa Maju dilihat sebagai satu calon yang popular diperingkat bahagian ketika ini.Rata - rata , ahli - ahli Wangsa Maju mahu melihat UMNO Wangsa Maju kembali dilihat sebagai satu bahagian yang lebih mantap selepas ini kerana Wangsa Maju selalu dilihat bahagian yang penuh konterversi.
Turut menarik perhatian ialah apakah percaturan politik Datuk Astaman kali ini di Wangsa Maju selepas bebas dari penggantunganya? Ada pula meramalkan gandingan Astaman - Zainal akan mengegarkan bahagian manakala di satu sudut yang lain akar umbi mahu Datuk Shafie, yang juga merupakan Set Pol TPM untuk mengambil- alih kepimpinan bahagian kali ini.



DESAKAN SUPAYA PEMUDA UMNO MALAYSIA CAMPUR TANGAN SELESAI KEMELUT PEMUDA WP ! APA PENDAPAT ANDA ?

WILAYAHKINI telah menerima pelbagai respons yang cukup menarik mengenai berita yang melibatkan Pergerakan Pemuda UMNO WP - Apa yang hebat ? dan Apa yang tidak hebat ? ( Seperti dibawah ). Wilayahkini juga sedang mengambil beberapa langkah untuk memulihkan semua imej Pergerakan Pemuda UMNO WP demi kebaikan bersama serta anak - anak melayu di KL.Sebelum Wilayahkini membuat rumusan , ada beberapa emel yang dihantar kepada kami MENCADANGKAN supaya PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA CAMPUR TANGAN MENANGANI ISU INI TERMASUK MENGADAKAN SATU MESYUARAT KHAS BERSAMA SEMUA KETUA - KETUA PEMUDA BAHAGIAN DI WP DENGAN SEGERA.Apa pendapat anda? Berikan Komen Anda ! Wilayahkini akan mendapatkan respons daripada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.Kami juga berharap Ketua - Ketua Pemuda Bahagian juga dapat bersuara dalam hal ini !

Tuesday, May 6, 2008

BAHAGIAN - BAHAGIAN PANAS ! PEMUDA WP - APA YANG HEBAT DAN APA YANG TIDAK HEBAT ?

Menjelang pemilihan bahagian pada bulan oktober nanti,beberapa bahagian di WP dikatakan hangat dan panas. Ini termasuk bahagian Segambut, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Cheras, Suputeh, Wangsa Maju dan Setiawangsa.
Disamping tarik menarik untuk jawatan tertinggi bahagian, kempen juga panas diperingkat Pemuda, Puteri dan Wanita. WILAYAHKINI akan memaparkan berita - berita menarik mengenai perkembangan tersebut dari masa ke semasa.Pada masa yang sama, pihak yang ingin menyampaikan berita, input dan info boleh emel kepada kami ataupun hantar komen seperti biasa. Bukan setakat itu sahaja, ada beberapa pemimpin WP juga dikatakan sedang intai peluang untuk bertanding MKT kali ini.
Kami juga menerima banyak komen dan emel mengenai kepimpinan Pemuda di WP yang semakin pupus dan layu.Di harap , pemimpin Pemuda WP tampil untuk memberikan pandangan demi memulihkan imej pemuda WP.

PEMUDA WP - APA YANG HEBAT ? APA YANG TIDAK HEBAT ? hantar komen2 anda !

UPDATE TERKINI - Wilayahkini menyambut baik komen- komen yang diterima, sehingga hari ini dan kami mahu lebih banyak respons diberikan sebelum Wilayahkini membuat rumusan penggulungan demi memulihkan semula imej Pemuda UMNO WP-- Pengarang

Monday, May 5, 2008

SAH- ASTAMAN BEBAS DARIPADA PENGGANTUNGAN KES POLITIK WANG !

Berita Terkini - SAH bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman telah mendapat clearance daripada ibupejabat parti ekoran daripada pengantunganya selama 3 tahun - kes politik wang.Dengan perkembangan terbaru ini, ianya menguatkan lagi spekulasi bahawa Astaman yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa akan bertanding semula jawatan Ketua UMNO Wangsa Maju untuk kembali menghidupkan semula riwayat politiknya. Apakah pula nasib dua lagi Ketua Bahagian di WP yang menerima nasib yang sama - iaitu Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Amil Salleh dan juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Shahrir?

Sunday, May 4, 2008

APA SUDAH JADI PASUKAN BOLA SEPAK KL ? ADA SESUATU YANG TAK KENA .............MEMANG TAK KENA...........

Apa sudah jadi dengan pasukan bolasepak Kuala Lumpur ? Sungguh memalukan.Pasukan Kuala Lumpur, yang merupakan salah satu pasukan yang tersohor dalam kancah bolasepak negara kini berada di tempat ke12 (Kedua terakhir) daripada 13 pasukan yang bertanding dalam Liga Premier Malaysia 2008.
Ini merupakan satu prestasi yang paling buruk dalam sejarah bolasepak KL dimana, pasukan KL hampir pasti tersungkur ke Liga FAM musim depan.Tahun ini KL dikatakan, telah membuat penjenamaan baru dengan jurulatih baru, pengurus pasukan baru, pemain baru dan macam - macamlah tapi apa yang berlaku memang pun sesuatu yang cukup baru iaitu- KL TERSUNGKUR , inilah yang baru.Dalam 24 permainan KL hanya dapat menang 3 kali dan kalah 14 kali.Memang memalukan.Apa sudah jadi?

Pelbagai spekulasi yang tertimbul ekoran daripada perkembangan tersebut kerana sehingga ada pihak yang meminta FAM masuk campur untuk mengkaji ada sesuatu yang tak kena? selaras dengan perkembangan semasa bolasepak negara yang dikejutkan dengan insiden rasuah.

Pemerhati bolasepak mahu, semua persatuan negeri disiasat bagi memulihkan insiden rasuah yang telah mencemarkan nama baik sukan bolasepak negara. Sekiranya pasukan seperti, KL PLUS, K.MUDA, FELDA UNITED yang masih baru dalam kancah bolasepak negara boleh mencapai keputusan yang cemerlang - apa sudah jadi dengan KL? Beberapa peminat kuat KL mahukan satu post morterm yang menyeluruh.Tahun ini merupakan satu detik hitam untuk pasukan KL, kata mereka lagi.

Sementara itu, ikuti komen penulis sukan negara yang terkenal RIZAL HASHIM didalam blognya bertajuk KL TERSUNGKUR .

KL pernah melahirkan beberapa pemain popular untuk negara termasuk Subardon Aziz, Sarbegeth Singh, Razip Ismail, Pavalamani, V.Murugan serta pemain import yang popular yang pernah mendominasi KL ialah seperti Fandi Ahmad, Malik Awap dan K.Kannan.
Amat mengecewakan Stadium Persatuan Bola Sepak KL di Cheras kosong dan sunyi sepi. WILAYAHKINI akan buat followup megenai berita ini.

INIKAH PEMIMPIN PILIHAN SYED ALI ? APA SUDAH JADI DENGAN UMNO DAN SYED ALI ?

Ah, WILAYAHKINI menerima satu emel dari pembaca dimana pemimpin tersebut tidak lain tidak bukan pelakon watak utama Video Klip V.K Lingam merangkap Setiausaha Agung UMNO( Untuk saat dan ketika ini) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Pemimpin inilah yang menjadi pilihan Ketua Pemimpin Syok Sendiri WP, YB Senator Datuk Syed Ali Al Habshee untuk memimpin UMNO dan BNWP? Apa sudah jadi dengan Syed Ali ini? Mungkin Syed Ali perlukan bantuan perundingan?
BACA
ALI HABSHEE MAHU KU NAN GANTI ZULHASNAN..? SIAPA KU NAN ??
UMNO dahlah, dikritik habis- habisan kerana melantik Ku Nan sebagai Setiuasaha Agung UMNO, ini pulak nak lantik lagi dia sebagai Pengerusi UMNO WP? Tak ada orang lain ? SILA BACA LAPORAN ...
http://siasahdaily.blogspot.com/2008/03/umno-anda-butakah-melantik-tengku-adnan.html .Ada juga cadangan mengatakan Tengku Adnan lebih baik beralih dari Putrajaya ke Cheras dan mengambilalih bahagian tersebut dan Putrajaya diberikan kepada Datuk Khairuddin, Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya?

MINDA WILAYAHKINI- DRS SULEIMAN BERANI KERANA BENAR !

WILAYAHKINI ingin ucapkan tahnniah dan syabas kepada orang orang lama UMNO WP Datuk Seri Suleiman Mohamad yang bertindak berani kerana benar kerana lantang menyuarakan " Datuk Seri Zulhasnan Rafique merupakan contoh pemimpin terbaik dalam sejarah UMNO WP". Ini merupakan satu kenyataan yang cukup tajam dan bermakna - dari segi pegiktirafan untuk seseorang pemimpin yang datangnya juga bukan daripada calang - calang orang.Suleiman yang disifatkan sebagai "Ironman atau Warlords" UMNO WP.Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BNWP.Kini beliau masih lagi menjadi Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa.
Kenyataan drsatik Suleiman bukan sahaja mematikan isu mengenai tanggugjawab kekalahan PRU di KL perlu dipikul oleh Datuk Seri Zulhasnan Rafique tetapi beliau juga lantang mengkritik perbuatan pemimpin seperti Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Ali Al Habshee (Yang juga Ppemimpin syok sendiri ) akan hanya menghancurkan UMNO, dan menasihatkan Syed Ali supaya menjaga hal ehwal bahagianya sendiri.
Untuk rekod selain Drs.Suleiman, diantara bekas Pengerusi UMNO dan BNWP sebelum ini termasauk, Allayarham Tun Ghafar Baba, Tan Sri Muhammad Taib dan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.
WILAYAHKINI juga cukup terharu kerana seorang pemimpin melayu yang cukup lama dan berpengalaman sanggup tampil untuk memberikan satu komen yang cukup luar biasa yang jarang dilakukan oleh mana- mana pihak yang lain.Suleiman sendiri sebagai seorang bekas Pengerusi mengakui kebenaran tersebut.Memang cukup luarbiasa.Tahnniah Datuk Seri.Inilah semangat Ketuanan Melayu dan Melayu Bersatu.
Ketika ada satu dua pemimpin WP yang takut dengan bayang - bayang sendiri untuk memberikan komen, WILAYAHKINI ingin mengucapkan syabas kepada Suleiman, Datuk Suhaili, Datuk Rahim Baba, Datuk Hisham Abdul Majid, Datuk Ridhuan Hamid, Datuk M.Saravanan,A.Chandrakumanan serta beberapa pemimpin lain yang tampil untuk memberi kenyataan media bagi membuktikan UMNO dan BNWP bukanya berkerja sebagai satu individu malah sebagai satu pasukan.
Bagi WILAYAHKINI sendiri, kami tidak akan teragak- agak untuk memuji usaha - usaha yang baik mahupun daripada BN ataupun pembangkang.Prinsip kami- kepujian perlu sampai pada masanya.Salam - Pengarang Wilayahkini

Saturday, May 3, 2008

PEMUDA WP TIDOR ? TOLONG UPDATE LAMAN WEB ANDA !

Inilah muka - muka yang dikatakan pemimpin utama Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Norza Zakaria.Ketika peranan Pergerakan Pemuda UMNO WP , semasa PRU baru - baru ini masih menjadi tajuk yang hangat dibicarakan , sunggug sedih dan mengecewakan sekali apabila kita melihat lawan web rasmi Pemuda WP di www.pemudawilayah.org, kerana berita terkini dan berita utama laman tersebut memaparkan berita bertajuk INILAH AZAM PEMUDA WP bertarikh 18hb Februari 2008, iaitu berita pelancaran jentera pilihanraya Pemuda WP.Ketika semua sedang sibuk membicarakan mengenai media alteranatif, alam siber, blog dan sebagainya, tindakan Pemuda UMNO WP yang masih lesu dan tidak mengambil tindakan yang drastik untuk memantaunya cukup memalukan.Ini kerana Wilayahkini menerima emel daripada beberapa ahli Pemuda WP yang cukup sedih dengan tindakan tersebut.Mereka mahu Pemuda WP kembali aktif dan turun padang untuk menjayakan visi parti dan juga visi rakyat.
Mereka juga menyeru supaya, lawan web Pemuda UMNO WP diupdate segera dan jangan buang masa bercakap mengenai ketuanan melayu, peralihan kuasa, cakap -cakap kosong yang tidak berfaedah.Pemuda WP diharap dapat tunjukkan satu contoh dan teladan yang terbaik.

KENAPA TIDAK ? ERA BARU UNTUK MEDIA ALTERNATIF - GANDINGAN MANTAP !

Kenapa TIDAK? semalam Wilayahkini menyiarkan berita mengenai Ketua Pengarang Star Datuk Wong Chun Wai mula memasuki arena media alternatif dengan melancarkan blognya bertajuk http://www.chunwai08@blogspot.com/ . Ekoran daripada itu, mungkin ada pihak yang kurang senang dan melontarkan tuduhan menjurus kepada kapasitinya sebagai Ketua Pengarang dan tidak elok sekiranya beliau berblog melalui laman blognya.
Inilah dikatakan sebagai satu pandangan sempit dan kurang rasional.Mereka - mereka ini boleh dikatakan golongan Syok Sendiri.Sebagai seorang Ketua Pengarang untuk akhbar yang Inggeris yang terkemuka di Malaysia penampilan Chun Wai bukan sahaja telah memberikan satu imej baru tetapi satu suntikan baru untuk industri media alternatif( New Media).Pandangan - pandangan beliau sebagai seorang individu akan membantu kita untuk mendapatkan maklumat- maklumat yang lebih berwibawa untuk dibaca.Sekurang - kurangnya - satu blog yang dapat memberikan maklumat, pendapat yang cukup bernas. JANGAN LUPA BACA RUANGAN WILAYAHKINI - HARD TALK MENGENAI ISU INI MINGGU DEPAN!

POLITIK WANGSA MAJU : ZAINAL NAZERI DAN ASTAMAN BERGANDING BAHU DEMI UMNO ?

Kehadiran bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz ke majlis sambutan Maulidur Rasul Wangsa Maju baru - baru ini sebagai tetamu kehormat dan duduk bersebelahan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan cakap - cakap politik di Wangsa Maju dan juga WP.
Walaupun pengantungan Astaman masih menjadi tanya tanya, sumber memberitahu pengantungan Astaman sudah berakhir dan beliau dijangka akan bertanding sekali lagi untuk jawatan Ketua Bahagian, bagi kembali aktif dalam politik termasuk arena UMNO Wangsa Maju.Astaman dilihat sebagai pemimpin yang dapat memberi satu suntikan semangat yang baru di Wangsa Maju.Apa pula nasib Zainal Nazeri? Adakah beliau akan beri laluan kepada Astaman dan hanya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagianya?
Watak - watak yang lain menjadi perhatian di Wangsa Maju ialah Naib Ketua Bahagian Datuk Shafie Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Datuk Norza Zakaria.