Sunday, May 18, 2008

HARAP BERSABAR - NASIB KU NAN AKAN DI TENTUKAN SELEPAS SIASATAN PEJABAT AG, KATA PM

Kedudukan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN akan ditentukan selepas Pejabat Peguam Negara selesai menjalankan siasatanya,kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Presiden UMNO. Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan daripada pelbagai pihak mengenai kedudukan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung UMNO yang dikaitkan di dalam rakaman Video VK.Lingam.
Pelbagai pihak menyuarakan , Tengku Adnan perlu letak jawatan supaya ianya tidak menjejaskan imej UMNO dan BN ketika siasatan dijalankan oleh pejabat Peguam Negara nanti.Ku Nan yang digugurkan dari Menteri Pelancongan dalam kabinet baru selepas PRU, dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN bagi menggantikan Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang meletak jawatan pada bulan Mac yang lepas.

1 comment:

Anonymous said...

Tengku Adnan should resign n leave his political carrier.PM should seriously consider tengku Adnan's appointment in Umno becaus he wil b a black point in umno.So PM Who s on the seat beside u in the Umno bench.