KUALA LUMPUR -- Setelah 3 mesyuarat bahagian daripada 13 mesyuarat bahagian pergerakan Pemuda UMNO dari Wilayah Persekutuan telah bersidang , kedudukan pencalonan
menampakkan keputusan seri dimana tiga calon utama untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO telah mendapat satu pencalonan setiap seorang di Wilayah Persekutuan.Pemuda Setiawangsa mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir, Pemuda Cheras mencalonkan Datuk Seri Khir Toyo manakala Pemuda Bandar Tun Razak pimpinan Rizalman pula mencalonkan Khairy Jamaluddin.
Hujung minggu ini pula lima lagi Pemuda Bahagian dari Wilayah Persekutuan akan bersidang iaitu, Batu, Kepong , Segambut, Wangsa Maju dan Titiwangsa.
Walaupun Mukhriz Mahathir telah layak bertanding jawatan Ketua Pemuda setelah mendapat pencalonan yang mencukupi namun, gerakan untuk mendapatkan pencalonan semakin hangat dan sengit kerana bagi membuktikan kebolehan diri masing - masing dari segi kekuatan dan populariti.Di Wilayah Persekutuan juga dikatakan penyokong - penyokong Mukhriz , Khairy dan Khir Toyo telah turun padang habis - habisan untuk mendapatkan pencalonan.
PEMUDA WANGSA MAJU DAN NORZA
Apa yang menarik, minggu ini juga Pemuda Wangsa Maju dibawah pimpinan Ketua Pemudanya yang tersohor Datuk Norza Zakaria akan bersidang.Kita nantikan siapakah pilihan mereka ? Khairy , Mukhriz ataupun Khir Toyo.
Apakah Norza akan berjaya mendapatkan pencalonan bagi Khairy Jamaluddin ataupun Norza akan dimalukan sekali lagi macam insiden usul tak percaya dulu?