Wednesday, October 29, 2008

ANALISIS SETIAWANGSA : KEMENANGAN UNTUK SEMUA ? HALIM TETAP UNGGUL ; FAUZI MENANG BERGAYA !

ANALISIS Wilayahkini
SETIAWANGSA -- Datuk Abdul Halim Samad berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa menewaskan Shuib Ibrahim dalam satu pertandingan satu lawan satu yang disifatkan paling sengit. Halim mendapat 159 undi manakala Shuib Ibrahim pula mendapat 125 undi.
Kemenangan Halim disifatkan sebagai kemenangan untuk semua di Setiawangsa kerana beliau dilihat sebagai seorang pemimpin senior yang berpengalaman dan sentiasa hormat kepada pucuk pimpinan parti.
Sementara itu Bendahari Bahagian Datuk Fauzi Zahari menang bergaya dalam saingan empat penjuru bagi merebut jawatan Naib Ketua Bahagian . Fauzi yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mendapat 152 undi manakala mantan Ketua Pemuda Setiawangsa Datuk Izuddin Ishak mendapat 74 undi manakala Ahmad Yamin 44 undi dan Zainal Abidin 20 undi. Walaupun, sebelum ini ada pelbagai desas - desus bahawa jawatan Naib Ketua Bahagian begitu sengit tetapi pemerhati politik berpendapat perwakilan menunjukkan mesej yang jelas mengenai pemimpin pilihan mereka.
Malah keputusan pemilihan di Setiawangsa juga menunjukkan rata - rata calon yang bertanding bagi dua jawatan berjaya diberi peluang untuk menduduki sekurang - kurangnya satu jawatan.Manakala ada calon yang berkebolehan diberikan mandat untuk menduduki AJK bahagian dan juga G7.
Muner Nasution pula mendapat undi yang tertinggi (199 undi ) bagi AJK Bahagian manakala bekas Naib Ketua Bahagian Kapten ( B ) Rapli Jusoh mendapat undi yang tertinggi ( 165 undi ) bagi G7.
Kemenangan Rapli Jusoh dengan kelebihan undi yang tertinggi bagi G7 juga menunjukkan perwakilan dari Setiawangsa tetap memberikan peluang kepada mantan Naib Ketua Bahagian tersebut untuk meneruskan karier politiknya , walaupun beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Ketua Bahagian kali ini.
Daripada berita - berita yang kami dengar dan diterima , perwakilan Setiawangsa menolak sama sekali pemimpin yang angkuh serta terlalu agresif tanpa sebab demi masa depan UMNO Setiawangsa. Wilayahkini juga difahamkan, keputusan Pemuda, Puteri dan Wanita dua minggu lepas, juga telah mencerminkan " cita rasa" pilihan pemimpin yang dikehendai di peringkat bahagian.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique pula mendapat undi yang tertinggi bagi pencalonan majlis tertinggi parti. Ali Rustam pula, mendapat undi yang tertinggi bagi pencalonan Timbalan Presiden dengan menerima 120 undi manakala Muhyiddin Yassin mendapat 62 undi manakala Muhamad Taib menerima 14 undi.

11 comments:

Anonymous said...

mesti arahan sultan nie

Anonymous said...

ochalitiTok Nujum memang menyokong penuhlah Dato Zulhasnan menang dalam MKT, memang kalau ikut tilikan Tok Nujum, Dato Zulhasnan boleh menang tanpa perlu menggunakan Dato Halim melobi dengan Dato Seri Najib (Bakal Presiden Parti). Kalaupun Dato Zulhasnan minta Dato Halim melobi nama dia menang MKT, Tok Nujum tilik-tilik Dato Halim bukan melobi Dato Zulhasnan tapi melobi projek mega akan datang dengan Dato Seri Najib ("MASSSSYOOOOOK")

Apapun Tok Nujum pelik gak, mana-mana Tok Nujum pergi, semua orang kata Dato Halim sebenarnya KALAH!!! Tok Nujum pun 3 hari 3 malam menilik , memang ada benarnya!!! Yang peliknya kenapa balaci SHUIB semua kecut perut, tak de telur, banghal, bangang, bodoh "unta padang pasirpun tak begitu bodoh macam anta semua" tak mahu buat PROTES. Tok Nujum ada lah jumpa dengan pemerhati dari UMNO IPOH TIMUR, dia kata sebenarnya dalam dewan kira undi SHUIB MENANG, bukan dato halim. Segumpal undi SHUIB dah diikat dan digantikan supaya SHUIB kalah. Permainan politik la tu, lagipun Tok Nujum dapat tahu PAK LAH Setiausaha UMNO Bhgian bagi taklimat cara pengiraan undi kepada perwakilan kata kalau 1 kotak yang rosak, kotak-kotak lain boleh di kira, hanya buang kotak yang rosak saja. Tapi lain jadi kat dalam dewan pengiraan undi, bila 1 kotak rosak SEMUA DIKIRA ROSAK DAN TIDAK DIKIRA UNDINYA. Hampir 1200 lebih undi rosak. Tok Nujum bukan perwakilan hari tu tapi ada perwakilan yang cakap, dia kata kalau kumpulan Dato Halim kalah, dia akan buat PROTES pasal perkara ni, pasal apa yang PAKLAH , SETIAUSAHA BHGN SETIAWANGSA bagi taklimat kat perwakilan tak sama dengan apa yang dilakukan oleh WAKIL yang mengira undi hari mesyuarat tu...
Padahal semua perwakilan dah setuju dan dengar taklimat PAKLAH tu.. Tok Nujum rasa kena ambik perhatian jugak kes ni, sebab kalau tak takut-takut , perwakilan yang dah menang tu bukan mandat semua perweakilan yang hadir. kalau ada timbul nanti masa di Persidangan UMNO Malaysia , boleh jadi TAK SAH mesyuarat MAC 2009 ni.
jadi mungkin gak peluang PAH LAH BADAWI untuk KEKAL jadi PRESIDEN PARTI SEUMUR HIDUP, sebab bila TAK SAH Mesyuarat Mac 2009 ni, maka Najib pun tak de peluang la.
Tok Nujum jumpa dengan sebahagian calon yang bertanding di bahagian setiawangsa , pandangan mereka yang berpengalaman ni kalau PROTES dibuat pasal kesalahan teknikal diatas MAKA Mesyuarat pemilihan semula semua jawatan di bahagian ini kena buat balik.

Tok Nujum nak tunggu dan lihat apa akan jadi.. masa ni la nak tengok PENYOKONG-PENYOKONG SHUIB berani bersama dia atau LARI ANAK KEPADA DATO HALIM YANG DITABALKAN MENANG.

Tok Nujum apapun tak de kepentingan apapun, cuma nak lihat dalam parti ada telusnya, jujurnya, amanahnya.

Anonymous said...

Harap Wilayahkini dapat siasat perkara Nujum diatas.Betul ker ?

Anonymous said...

Shuib memang angkuh dong.Dia terlalu yakin untuk menang.Tapi janganlah terlalu yakin.Saya pun tak suka Halim tapi cara Shuib silap.Akhirnya termakan diri sendiri.Nak cakap kat dia tapi dia tak dengar.Apa mau biki.Lu fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Kami dah bosan dengan S/U Bahagian tu. Kalau KB nak bertahan lama, tolonglah campak SU tu dulu.. Pejabat Bhg tu dah nak kena 'spring cleaning' balik dah tuh... its about time!!!

Anonymous said...

Betul lah... saya memang sokong semua di atas.

Saya ni bukannye rapat sgt ngan si Shuib ni tapi tahulah sedikit sebyk tentang credibiliti beliau. Angkuh atau tidak susah nak kata tapi sepanjang "meneropong" beliau dari jauh.. orangnye berhati bersih dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Mungkin sikap berterus terang dan tidak bermuka-muka beliau di salah erti. wallahualam.

Apa pun saya ada juga mendengar desas desus kuat tentang kebenaran cerita Tok Nujum. Al-kisahnye, Ketua Bahagian pun bersekutu dgn setiausaha bahagian main peranan dalam kekalahan si Shuib ni. Maklumlah masing-masing tamak dan banyak simpan rahsia. Gali sana tutup sini, gali sini tutup sana!

Dengar cerita geng shuib mmg tgh kumpul bukti nak buat protes. Tapi ada kemungkinan juga Shuib dah jauh hati dengan ketelusan parlimen setiawangsa. Apa pun bersabar lah ye. Berjuang lah untuk agama, bangsa & negara.
Yang benar tetap akan mendapat kebenarannye satu hari nanti.

Anonymous said...

Betullah tu, kalau rasa dah boring dengan UMNO Setiawangsa yang 'pentingkan kuasa dan ketamakan' .... nak jaga sangat Ketua Bhg tu, boleh jumpa saya.

Saya ada borang tukar parti.... kita sokong PKR lagi baik, sebab PKR terbuka kepada sesiapa sahaja. Tidak ada sekat-menyekat antara satu sama lain.

www.16sep08.blogspot.com

Anonymous said...

Zulhasnan tu tak lama dah, dah nak terlungkup... insya-Allah Pilihan Raya ke13 nanti, calon PKR akan duduk di kerusi Setiawangsa tu. Takde hal.

Shuib kalau nak jadi calon PKR pun, kami sanggup sediakan kerusi dan sokongan, asalkan kita leburkan kesombongan orang-orang UMNO nie

sahabat gunung said...

Pada hari ini, parti dan bangsa kita, untuk sekalian kalinya sedang mengharungi arus dan gelombang perubahan yang telah menimbulkan berbagai-bagai ramalan dan spekulasi. Ada orang meramalkan, di dalam dan di luar negara, kononya cabaran-cabaran yang kita hadapi sekarang akan menyebabkan yang retak menjadi belah dan yang genting akan putus. Sebagai jawapan terhadap ramalan dan spekulasi itu, biarlah dengan lantang kita tegaskan di sini, bahawa kita tidak rela melihat parti kita berpecah-belah, kita tidak akan membiarkan yang retak menjadi pecah dan kita tidak akan membiarkan yang genting menjadi putus.

Sebaliknya, dengan semangat carik-carik bulu ayam dan biduk berlalu kiambang bertaut, kita akan mengembalikan perpaduan dan keutuhan parti kita, UMNO. Dan serentak dengan itu, kita akan membuktikan bahawa ramalan-ramalan dan spekulasi negatif tidak akan berlaku. Dengan semangat dan harapan sedemikian itulah maka selagi nyawa dikandung badan, selagi darah terus mengalir, hidup dan mati kita adalah perjuangan atas nama UMNO. Perjuangan kita adalah untuk agama, bangsa dan negara yang tercinta. Ini selaras dengan konsep pengabdian diri seorang hamba kepada Allah Yang Maha Kaya. Ingatlah, perjuangan kita adalah total dan menyeluruh.

Kita berjuang untuk menjamin ketuanan Melayu kekal di tanahair yang merdeka. Kita berjuang untuk memastikan bangsa Melayu terus dihormati dan terus disegani di serata dunia. Dan kita berjuang untuk memastikan bangsa Melayu, tidak akan malu mengakui dirinya Melayu, di bumi tumpah darah tercinta ini. Kepada diri kita masing-masing, marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita bahawa kita tidak ada pilihan lain kecuali mengembalikan dan meningkatkan perpaduan demi kemantapan politik dan keutuhan kuasa bangsa Melayu.

Sedarlah...sedarlah...sedarlah, bahawa maju-mundur, kaya miskin dan hina-mulianya bangsa itu terletak di tangan kita sendiri. Jika kita masih tak sedar diri lagi, kita akan dipijak, kita akan ditindas... lihatlah apa yang berlaku pada adik-adik kita di UiTM, lihatlah apa akan jadi setelah kuasa Melayu diganggu-gugat. Hak dan kepentingan kita juga mahu dirampas, kuota di UiTM mahu dirobak-robek, mahu dibuka kepada bukan Bumiputera semata-mata mahu menjaga hati dan perasaan bangsa lain, yang telah memberikan kuasa kepada mereka yang sangat dahagakan kuasa dan pangkat. Apa akan jadi, kepada anak cucu kita di kemudian hari, kalau hari ni baru menang beberapa negeri pun, tempat di mana anak-anak bangsa kita menuntut pun hendak dipergadaikan, apa akan jadi jika kita terus alpa dan lalai mempertahankan maruah dan hak bangsa kita.

Jangan sampai satu hari nanti.... `Itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan’. Watak-watak Melayu dipersendakan dengan Pak Kadok, Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai dan Mat Jenin. Lalu bangsa Melayu akan menjadi terlalu merendah diri dan hilang keyakinan diri. Sebahagian besar bangsa Melayu akan mengalah dan menerima hukum alam bahawa rezeki secupak tidak mungkin jadi segantang. Bangsa Melayu akan dicemuh sebagai melukut di tepi gantang yang kehadirannya tidak membawa erti. Bangsa Melayu akan digambarkan berdiri tidak sama tinggi, memiliki kail sejengkal yang tidak upaaya mengduga lautan dalam. Negaranya kaya namun hasilnya di kaut orang.

”Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang .....”

Dengan terbuktinya ramalan-ramalan negatif itu tidak berlaku dan dengan kesedaran perjuangan bangsa tidak akan kita gadaikan, marilah kita bersama-sama menyalakan terus obor cita-cita dan perjuangan serta mengibarkan panji-panji kemenangan. Kepada seluruh bangsa Melayu, marilah kita ingatkan kembali bahawa UMNO adalah dahan teguh tempat berpaut, tanah pejal tempat berpijak. UMNO telah melaksanakan tanggungjawab sejarahnya kepada bangsa Melayu. UMNO akan mara dan terus mara menjunjung dan menatang kedaulatan dan maruah bangsa. UMNO akan mara dan terus mara menjunjung dan menatang keluhuran dan kesucian agama Islam. UMNO akan mara dan terus mara menyalakan terus obor cita-cita dan perjuangan serta mengibarkan panji-panji kemenangan.

Siramilah perjuangan UMNO dengan nilai dan makna yang dapat menyentuh nadi dan hati generasi anak-anak muda di semua peringkat. Perlengkapkanlah diri kita hingga sampai menjadi pemimpin contoh di kalangan generasi muda. Bersuaralah dengan tegas dan berani untuk menjadi juru bicara kepada aspirasi rakyat. Golongan muda dalam UMNO perlu dibimbing dan diasuh dengan akidah, moral, sahsiah, keperibadian, pengetahuan dan kemahiran mereka hingga sampai ke tahap menjadi wira dan srikandi negara, sebagai barisan pelapis negara berwibawa dan unggul untuk meneruskan wawasan dan wadah perjuangan bangsa.

Buktikanlah kesungguhan dan komitmen kepada parti, agama, bangsa dan negara walaupun kita tidak diberikan jawatan di dalam parti mahupun kerajaan. Jika kuat, bantulah yang lemah. Jika kaya, bantulah yang miskin. Jika berilmu, didiklah mereka yang masih cetek pengetahuan. Jika alim, bimbinglah yang jahil. Masa dan ketika untuk kita mengambil alih pimpinan parti di peringkat mana sekalipun, masanya akan sampai. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Berpandulah kepada budaya bangsa, naik berjinjang, turun bertangga. Usah dijolok buah di pohon, bila masak gugurlah sendiri.

Anonymous said...

amboi panjang betul kutbah sahabat kita ni. tapi betula lah tu.. saya sokong 100%

Anonymous said...

Tok nujum tak kan tak bolih tilik yang su bhg mesti cari jalan kalahkan si shub dengan apa jua cara halal atau haram.Sebab nya shuib dah janji akan bongkar segala cerita mungkar di bahagian.Si kuda tua tu pulak nak tunjuk pada najib yang di masih di kehendaki dibahagian bolih minta jadi menteri atau pulun projek mega .Umno ranap dia apa pedulidia pun dah tua kubur dah kata mari. Tak puas puas dengan duniawi.