Thursday, October 16, 2008

WILAYAH PERSEKUTUAN JADI PINTU GERBANG POLITIK PANCING UNDI DAN PENCALONAN ?

" Kini, ketika musim pemilihan, ramai pihak yang mengintai peluang mendapatkan pencalonan dari 13 bahagian UMNO dan bagi sesetengah pihak, Wilayah Persekutuan dilihat sebagai penyelamat kepada beberapa calon untuk mendapatkan undi dan pencalonan".Selepas Cheras , empat lagi bahagian dari Wilayah Persekutuan akan bersidang hujung minggu ini ( 19hnb Okt ) - Kepong, Segambut, Bandar Tun Razak dan Kepong. Malah kebangkitan semula bekas Ketua UMNO Wangsa Maju dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz selepas dibebaskan dari penggantungan kes politik dikatakan telah merancakkan suasana pemilihan pemilihan di Wangsa Maju. Pengorbanan Datuk Suhaili Abdul Rahman semasa PRU ke 12 untik Datuk Yusuf Mahal, juga di sifatakan tidak berbaloi. Ikuti analisis Berita Harian mengenai UMNO Wilayah Persekutuan hari ini.Sila klik -- Berita Harian Online.

14 comments:

azz said...

apa kah pengorbanan itu.. kurang jelas la.. boleh bagi clue sikit

Anonymous said...

Orang Labuan lebih tahu apa yang sebenarnya berlaku. Bukan PENGORBANAN Suhaili utk melepaskan bertanding sebagai calon PRU 12, sebenarnya dia mati-mati mahu jadi calon, tetapi TIDAK TERPILIH. Adalah dusta dan pembohongan besar kalau Suhaili kata itu adalah pengorbanannya... Itu cumalah alasan utk memutup MALU kerana tak terpilih... Tanyalah Menteri Wilayah dan orang tertentu kalau nak tahu kedudukan yg sebenar..

Anonymous said...

untuk pengetahuan, bukan setakat isu calon saja satu pengorbanan. tanya bendahari umno labuan, tanya pengerusi pilihanraya labuan, tanya ketua - ketua markas pilihanraya labuan sewaktu pru12 yang lepas. berapa datuk yussof keluar duit dan berapa datuk suhaili sumbangkan duit? kalau datuk suhaili bertindak boikot datuk yussof, atau tidak mahu ikut campur dalam pru12, silap2 poster pun tak mampu print.

sulaiman sujud mengejar datuk suhaili kehulu kehilir meminta dana untuk kempen pilihanraya. tanya berapa ratus ribu datuk suhaili keluar, berapa sen datuk yussof keluar.

mengenai calon, kalau bukan kerana harris tan tidak mahu dicalonkan, sudah tentu datuk yussof berputih mata. umum tahu harris tan lebih layak jadi calon dari datuk yussof. cuma harris tan tidak mahu memperjudikan nasibnya di asian supply base. apa yang datuk yussof ada? duit subkontraktor pasar 4.5 juta pun tak nampak kemana dia belanjakan. jangan jangan habis semua dilaburkan ke puteri ambanknya

selama ini yang menaikkan datuk yussof pun bukan orang lain. datukship yang dipegangnya sekarang ini pun dicadangkan oleh datuk suhaili kepada tun khalil, kerana mahu umno labuan dipandang tinggi, dari ketua, timbalan hingga naib berpangkat datuk. jawatan timbalan presiden pl pun datuk suhaili yang bagi, supaya dia dapat bagi anak bini dia makan, dan tidak mengharap sepenuhnya terhadap kontrak.

cuba senaraikan projek datuk yussof yang "bersih"? semua rugi, semua dia tipu orang... kawan rapat sendiri pun dia tipu. apa jadi dengan projek ferri datuk yussof? mana perginya partner beliau mr. chin? kalau rajin pergi cari di miri atau perth, tanya berapa dia tertipu oleh datuk yussof? masih ingat ferri harapan? masih ada kerja kerja dibuat di pasar besar baru labuan? cuba sekali sekala lalu di jalan utama jaya, lihat apa jadi tapak pasar labuan yang dibuat beliau.

sekarang apa yang datuk yussof buat untuk menghargai orang - orang yang membuatkan beliau naik, secara langsung atau tidak? harris tan dituduh mensabotaj pru12, datuk suhaili dituduh menaja calon bebas, sulaiman sujud yang menebalkan muka meminta sedekah untuk kempen beliau langsung tidak dipandang, malah anak datuk yussof sendiri siap menghantar sms mengatakan kononnya kerana beliau rumah tangga mereka (datuk yussof) porak peranda. datuk isli yang membantu beliau berkempen, menyediakan markas bukan saja dituduh, malah diadukan kepada umno pusat dengan benda benda karut. lihat pencalonan cawangan pantai (kawasan isli), datuk yussof masih dicalonkan timbalan walaupun umum tahu datuk yussof seorang penderhaka.

sebelum ini beliau dikatakan pernah berjuma pm mengugut kalau kes beliau disiasat bpr, beliau akan bertindak masuk pkr. apa ni? ini kah orang yang hendak dijadikan ketua umno labuan? cuba korek2 di labuan.net ruangan forum, ada satu hamba allah terdengar datuk yussof bercakap di telefon dengan seseorang yang antara perbualan datuk yussof berbunyi "kita ikut siapa yang jadi pemerintah". inikah nilai orang yang setia kepada umno? beranggapan kalau dsai jadi pm, beliau sedia melompat ke pkr? salah seorang orang kanan beliau pernah dengan bangganya mengatakan datuk yussof menawarkan diri kepada pkr untuk melompat parti dengan nilai 40 juta. diulangi, menawarkan diri, bukan ditawarkan... ish ish ish mungkin beliau perlu 40 juta tu untuk topup hutang2 beliau, termasuk mr. eric, subkontraktor pasar labuan yang ditipunya 4.5 juta tu.

datuk yussof tahu batas batas kuasanya sebagai yb. ada banyak perkara yang diluar bidang kuasa beliau, tapi untuk menjaga hati macai -macainya, beliau sanggup dianggap bodoh, buat juga benda yang bukan bukan. entahlah, sama ada buat buat bodoh, atau memang bodoh. contohnya pertengahan tahun ini, berbelas kontraktor - kontraktor yang pro datuk yussof menyerbu jkr bila tahu ada projek keluar, dengan harapan mereka boleh bolot kesemuanya... sayangnya mereka terpaksa balik dengan tangan kosong dan malu bila diberitahu projek - projek tersebut dipohon ketika era datuk suhaili, maka beliau yang akan menguruskannya... kes ketua ketua kampung, satu malaysia tahu lantikan ketua ketua kampung adalah bidang kuasa pbt, kalau di labuan, ianya dalam bidang kuasa perbadanan labuan. datuk yussof tanpa malu menghantar senarai ketua ketua kampung baru kepada perbanan labuan untuk dilantik?? wah, cantiknya muka. berapa tahun jadi timbalan pengerusi pl pun masih tidak tahu protokol? makan gaji buta ka?dia sepatutnya tahu yang itu adalah diluar bidang kuasa beliau... yb, yb. habis semua kuasa dilabuan ni kau nak bolot? sudahla melobi ke wilayah untuk jawatan presiden pl tidak dilayan, ni siap hantar petisyen lagi ke pm, minta beliau dilantik menggantikan datuk suhaili sebagai presiden pl. cukup -cukup lah tu yb.. macam tahu saja dia ni cuma yb satu pengal, berabis nak melobi jawatan, nak kumpul harta.

Anonymous said...

cara berkempen datuk yusuf tidak seperti seorang Yang Berhormat

Anonymous said...

cukuplah saudara ku semua,jangan telanjangkan orang hanya untuk mengatakan mereka tidak betul semuanya ,ingat kita sebagai hamba kepada Allah semuanya ada kekurangan,kita tidak perlu terlalu emosi..walaupun yang hendak bertanding itu kawan yang ada kena mengena dengan kita,renung sekejap masa tawa hilai Dato Suhaili bersama Dato Yusuf semasa berkawan dulu,keduanya saling percayai satu sama lain,hormat menghormati,malah saling bantu membantu..Pengorbanan Dato Suhaili tidak kurang hebatnya seperti pemimpin lain diLabuan ,untuk sudi Dato Yusuf menjadi Timbalan Ketua Bahagian kepadanya pada ketika yang belum terkenalnya Dato Yusuf ketika itu, tidakkah itu satu pengorbanan,Kepada Dato Yusuf menawar diri untuk memimpin parti Keramat juga bukan satu yang menyalahi peraturan,atas alasan kehendak akar umbi tidak mengapa silakan...Yang perlu dato berdua redakan ialah kurangkan ketengaan .Malu wahai Dato berdua..Gelaran yang sedang dipakai DiIstana diambilnya bukan ditepi jalan...cukuplah bertandinglah dengan sihat.kerana Dato berdua masih sihat..pencacai-pencacai yang berbagai gelaran sedang berada dibelakang mengatur adu dumba samada bergelaran Dato atau Haji muhasabahlah barang sekejap..semua anda berdekah ketawa dibelakang...kerana menjadikan dua tokoh dato tak ubah pelakon wayang .

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat anda di atas tu. Bertanding Ketua Bahagian tu hak bagi sesiapa yang layak, jadi janganlah kerana ada pertandingan merebut Ketua Bahagian, maka orang2 Labuan serta Pemimpin di pulau kecil ini bertelagah.. Biarlah bertanding secara aman dan anggaplah itu sebagai satu cabaran utk memperbaiki diri,dan bukan utk memburukkan lawan.. Bertandinglah secara adil & saksama.,insyallah kalah menang tu tidak akan mengugat umno labuan, kalau pemimpin2 mereka matang,jujur,ikhlas dan amanah.. Kalau betul Suhaili banyak membantu/korban utk Yusuf, usahlah dibangkit2 kalau pertolongan itu ikhlas, biar ALLAH saja membalasnya. amin.

Anonymous said...

salam Takziah diucapkan kepada Datuk Astaman diatas pemergian anakanda Sara Aziz yang telah pergi meninggalkan kita semua. - Al Fatihah -

Anonymous said...

teruknya orang yang jadi pemimpin dalam umno..kalau ada yg kaya dan berduit, orang lain jangan mimpi la nak berlawan agaknya.

Anonymous said...

Salam tambuakar.

Setahu saya, peruntukkan untuk belanja kempen Pilihanraya yang lalu, UMNO Pusat telah serahkan wang secara terus kepada semua UMNO Bahagian di Parlimen yg terlibat, iaitu melalui akaun UMNO Bahagian masing-masing dan bukannya terus ke tangan calon itu sendiri. Walaupun calon tersebut, adalah dari parti UMNO.

Calon Pilihanraya harus merujuk kepada Ketua UMNO Bahagian dan seluruh AJK UMNO Labuan pun mesti diberitahu berapakah jumlahnya (berbeza-beza jumlahnya mengikut kepeluan Bahagian/Parlimen terlibat)wang yang diterima serta bilakah wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun.

Yang pasti, peruntukkan tersebut bukannya eksklusif untuk pengetahuan Ketua Bahagian, Setiausaha & Bendahari sahaja.

Perbetulkan saya jika maklumat ini tidak benar.

Anonymous said...

naH,atutah udaku bepadah mun kan tau lebih kanjut lawat labuankini.blogspot.com disana ada pro suhaili nganya!!!
mampus awng meet uncle shah kana blame!!hahahaha!!! anitah politk wang2...
cni ,aku puji pasal ada pro dan kontra...

Anonymous said...

#&^$*&#^$#&^ !!!! what???

Anonymous said...

dATO yUSUF NAK BERTANDING INI ADALAH MEREBUT KETUA UMNO BAHAGIAN LABUAN.TAK PERLULAH BAWA KESANA KEMARI KAKI PUKUL,BERBADAN BESAR,PERHATI ORANG SEPERTI MAHU MAKAN,IMEJ MAHU DIJAGA BAH...JIKA MAHU JUGA PAKAI KAKI PUKUL BAWA SAJA KETAPAK PROJEK TERBENGKALAI SURUH MEREKA JAGA BESI2 JGN DICURI ORANG..MAAF YE JANGAN PUKUL SAYA...

Anonymous said...

Lambat laun, kebenaran akan diketahui juga. Tuhan tu maha adil, sekarang siapa yang kena "amaran". Kalau tak buat salah, takkan kena tindakan,.. kan Dato Suhaili, Dato Unus, & Ahli PAS Hj Alias.

Anonymous said...

Ahli Pas berkawan sama Datuk Yunus Datuk Suhaili ? hebat Pemimpin ini sama orang PAS pun bolih berkawan bermaana tidak suka bermusuhlah pemimpin ini.