Wednesday, April 30, 2008

MALAY MAIL WAJAH BARU DENGAN LEBIH TAJAM DAN TERBUKA ? TIDAK LAGI DIBAWAH NSTP !

Wajah baru akhbar Malay Mail akan menemui para pembaca Lembah Klang dengan imej dan pendekatan baru pada 5hb Mei ini, dimana akhbar tersebut akan dilancarkan semula oleh pihak pengurusan yang baru.Kini Malay Mail (MM) yang lebih dikenali sebagai PAPER THAT CARES akan berfungsi secara berasingan ( Neutral) dan bukan lagi dibawah kumpulan NSTP.
Justeru itu, mulai hari ini akhbar MM tidak berada di pasaran dan akan menemui para pembaca pada 5hb Mei nanti dengan satu konsep yang cukup mengancam serta kembali dengan trend asalnya "evening paper" bukan lagi diterbitkan waktu pagi. Sila baca laporan Rocky Bru ESCAPE FR JLN RIONG
JANGAN SALAHKAN SAYA , kata Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali yang juga mengumumkan perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi BN Cheras- Laporan dipetik dari Malaysiakini. Untuk laporan lanjut sila baca

Tuesday, April 29, 2008

BILA SELESA AMBIL PELUANG DAN BILA SUSAH AMBIL KESEMPATAN TIKAM DARI BELAKANG --INILAH WATAK SEBENAR INSAN YANG BERNAMA SYED ALI AL HABSHEE !


Inilah sikap dan perwatakan sebenar, pemimpin yang bergelar dirinya sebagai Ketua UMNO Cheras merangkap Pemimpin Syok Sendiri iaitu YB Senator Datuk Syed Ali Al Habshee.Bila UMNO dalam keadaan senang dan selesa dia akan gunakan segala peluang dan kesempatan yang ada dan bila UMNO susah dan bermasalah, dia akan ambil kesempatan untuk menikam dari belakang. Inilah dikatakan pemimpin ala "lalang".

Apabila bila ditanya, beliau akan berkata "akar umbi", tetapi beliau sendiri tidak tahu apa perasaan dan isi hati diperingkat akar umbi kerana mereka juga sudah bosan dan muak dengan sikap dan perwatakan seperti pemimpin seperti Syed Ali ini yang langsung tidak berjasa untuk agama dan masyarakat , selain berselindung dibelakang Yayasan Pendidikan Cheras.Wilayahkini membongkarkan sikapnya pemimpin syok sendiri dalam siaran berita pada 2 minggu lepas yang bertajuk S Y E D A L I P E M I M P I N S Y O K S E N D I R I
Hari ini BERITA HARIAN dalam loporanya dipetik berkata " Tindakan Syed Ali tidak ubah seperti apa yang dikatakan oleh blog Wilayahkini sebagai pemimpin syok sendiri", kata Dato Suhaili. Semenatara itu, Suhaili juga mendesak Syed Ali meletakkan jawatanya sebagai Ketua UMNO bahagian Cheras kerana gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sehingga tiga pilihanraya umum yang lepas jumlah pengundi UMNO semakin berkurangan untuk BN.
Beliau juga menasihatkan Syed Ali supaya jangan suka ambil kesempatan kerana pada PRU ini pun, Syed Ali tidak bantu calon BN parlimen Cheras dan beliau berada di Pulau Pinang kebanyakan waktu. "Dulu UMNO kuat, sekarang pun tapi selepas PRU ini cuma ada sedikit masalah yang dapat diperbetulkan tapi pemimpin seperti Syed Ali ambil kesempatan hentam Pak Lah di media asing Aljazeera dan minta PM letak jawatan.Inikah sikap pemimpin UMNO?Dulu beria - ria sangat nak mengunakan Pak Lah ( lihat gambar) sekarang ada masalah sikit nak hentam.Inilah Syed Ali", katanya lagi.

Monday, April 28, 2008

SYED ALI PEMIMPIN SYOK SENDIRI --- BERIKAN KOMEN ANDA !


Ketua Penerangan UMNO WP Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata Ketua UMNO Cheras sbg PEMIMPIN SYOK SENDIRI.Apakah pendapat dan komen anda ? Sila berikan komen anda secara terbuka dan WILAYAHKINI berharap segala komen dan pendapat diberikan adalah pendirian para pengirim.
Suhaili yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan mengkritik sikap Datuk Syed Ali ( Ketua UMNO Cheras) yang suka bertindak bersendirian untuk syok sendiri apabila bila ada kesempatan, katanya kepada sidang media khas di Kuala Lumpur hari ini.( gambar).
Beliau juga membidas Syed Ali yang bagaikan lalang yang suka ambil kesempatan untuk memberikan kenyataan media yang mungkin bagi dirinya begitu popular tetapi bagi kami ianya menunjukkan sikap dan perwatakan Syed Ali yang sebenar." Bila selepas PRU baru - baru dia hentam Pak Lah dan memintanya letak jawatan di media asing Aljazeera dan bermacam lagi", katanya lagi. SILA RUJUK BERITA DIBAWAH UNTUK berita SELANJUTNYA.....

SYED ALI DI BIDAS DAN DI GELAR PEMIMPIN SYOK SENDIRI !

UPDATE TERKINI ISU UMNO CHERAS -Ketua Penerangan UMNO WP Datuk Suhaili Abdul Rahman hari ini membidas Ketua Bahagian Cheras sebagai "PEMIMPIN SYOK SENDIRI" dan berkata majoriti bahagian di WP menyokong penuh kempimpinan Datuk Seri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi UMNO WP. Beliau juga memberi amaran kepada Syed Ali supaya jangan melaga- lagakan Zulhasnan Rafique dan Tengku Adnan untuk kepentingan politik diri sendiri.
Suhaili berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang penuh dengan wartawan di Hotel Seri Pacific KL hari ini dengan ditemankan dengan beberapa ketua bahagian termasuk Setiausaha Badan Perhubungan UMNO WP Senator Datuk Ridhuan Hamid.
Suhaili yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata, sebaliknya Syed Ali yang perlu meletak jawatan ekoran kegagalanya menerajui UMNO bahagian Cheras. sila baca MAJORITI SOKONG ZULHASNAN !

Sunday, April 27, 2008

SATU LAGI SIKAP KEPONDANAN SYED ALI ! KALI INI HISHAMUDDIN, ZAID IBRAHIM JADI MANGSA!

OLEH : Wartawan Wilayahkini
Satu lagi sikap kepondanan Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Al Habshee yang lebih terkenal dengan jolokan " Pemimpin Syok Sendiri" dikalangan ahli - ahli UMNO dilihat hari ini apabila dia menjerit bagaikan dewan mesyuarat runtuh kononya ingin menjadi penyelamat UMNO ketika berucap di EGM UMNO Cheras hari ini.
Antara lain dalam ucapanya Syed Ali turut membidas tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein Onn yang meminta maaf mengenai berhubung " ISU KERIS".Syed Ali yang berkata HISHAM TELAH MENJATUHKAN MARUAH ORANG MELAYU. Dia juga yang sebelum ini dengan lantang menunjukkan sikap kepondananya sebelum ini dengan memberi wawancara kepada media asing Aljazeera , yang meminta Pak Lah letak jawatan turut mendesak Pak Lah segera melantik Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri- SEGERAKAN PROSES PERALIHAN KUASA.
Syed Ali turut meminta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique meletak jawatan ekoran kekalahan BN di KL pada PRU baru - baru ini dan mensyorkan pelakon watak utama klip rakaman video- V.K.LinganmTengku Adnan Tengku Mansor dilantik sebagai Pengerusi UMNO WP yang baru.
Beberapa pemimpin UMNO WP berkata, inilah sikap dan perwatakan sebenar Syed Ali.Suka mengkritik dan bermain politik untuk syok sendiri .Apa jasa dia kepada UMNO? Dia hanya suka mengkritik macamlah dia tu baik sangat? kata mereka.Dulu dia hentam, Lembaga Disipilin - dia di maafkan setelah meminta maaf, kemudian baru - baru ini dia hentam Pak Lah , bidas sistem kuoata dan macam - macam lagi tetapi apa peranan dan jasanya untuk BN bagi menawan semua Parlimen Cheras? , kata mereka.
UMNO tidak rugi apa - apa sekiranya pemimpin seperti ini letak jawatan ataupun dipecat kerana pemimpin seperti inilah yang boleh menjatuhkan UMNO dan bukanya boleh menaikkan undi UMNO." Dia memang tidak ikhlas .Hanya suka ambil kesempatan bila ada ruang.Inilah dikatakan sikap kepondanan", kata mereka lagi.
KENAPA KU NAN ? Semua orang tahu, isu Tengku Adnan yang memainkan watak utama dalam klip rakaman Video V.K.Lingam telah mencetuskan pelbagai konterversi daripada pelbagai pihak dan Syed Ali mahukan cadangan nama Ku Nan. " Adakah beliau mabuk akal", kata seorang pemimpin bahagian WP dalam emelnya ke Wilayahkini.

Saturday, April 26, 2008

TIDAK PUAS HATI DENGAN DBKL ? DBKL PERLU PERUBAHAN? YANG SEDAP DAN YANG TAK SEDAP PASAL DBKL ?

BARU- baru ini banyak isu yang melibatkan DBKL menjadi perbincangan hangat dan panas dikalangan warga kota Kuala Lumpur sehingga mereka lantang menyuarakan DBKL punca utama BN kalah 10 kerusi parlimen di Kuala Lumpur pada pilihanraya umum baru - baru ini.Namun, disebalik itu, banyak juga jasa DBKL untuk warga kota Kuala Lumpur selama 50tahun Malaysia Merdeka. WILAYAHKINI ingin membuka FORUM PEMBACA dalam bentuk komen, cadangan, kritikan dan sebagainya SECARA TERBUKA.Luahkan perasaan anda secara terbuka.
APA YANG TAK SEDAP DI DENGAR PASAL DBKL ?APA YANG SEDAP DI DENGAR PASAL DBKL ?APA KOMEN ANDA? Hantarkan komen - komen anda dibawah atapun boleh emel kami.WILAYAHKINI akan cuba mendapatkan bantuan daripada DBKL untuk menjayakan misi ini - khususnya dalam bentuk "followup" mengenai komen - komen yang diterima !

Friday, April 25, 2008

NORZA TERSUNGKUR LAGI ....NORZA TIDAK DILANTIK SEMULA SEBAGAI SETIAUSAHA POLITIK KPD MENTERI KEWANGAN KE 2 !

Setelah dua hari lepas WILAYAHKINI memaparkan berita mengenai Ketua Pemuda Wangsa Maju yang juga Ketua Pemuda WP, Datuk Norza Zakaria akan team dengan Azman di Wangsa Maju, Norza Zakaria menerima satu lagi tamparan hebat di dalam karier politiknya apabila beliau TIDAK DILANTIK SEMULA DAN DIGUGURKAN SEBAGAI SETIAUSAHA POLITIK KPD MENTERI KEWANGAN KE 2, TAN SRI NOR YACOB. Sebaliknya, muka baru Zainuddin Ismail dilantik ke jawatan tersebut yang dipegangnya sepenggal lalu. Norza yang terlalu menonjol sehingga membuatkan pelbagai pihak tidak duduk senang dgn perwatakanya ketika menjadi Set Pol kepada Nor Yacob , kini dikatakan begitu terdesak apabila namanya digugurkan.Sumber politik berkata , nama Norza tak lepas kerana pelbagai sebab.Ada yang sebut kes ACA lah dan macam bermacam lagi.Tapi kita tunggu penjelasan Norza selepas ini.

Norza yang sebelum ini membuat kenytaan media bahawa beliau sedia menjadi orang tengah untuk membincangkan kes KETUANAN MELAYU baru - baru ini turut dikecam hebat kerana semasa PRU baru - baru ini beliau dikatakan langsung tidak tunjukkan muka di Wangsa Maju dan bahagian2 lain di WP sehingga jentera yang digempar - gempurkan sebagai Pemuda Gerak Gempur tak Gempur langsung. Mereka berpendapat pemimpin seperti Norza tidak layak untuk menjadi orang tengah.Mereka berkata " Bahagian sendiri pun tak boleh jaga nak jaga negara konon". Malah pemimpin utama parti pembangkang juga telah menolak cadangan tersebut.Setelah namanya digugurkan sebagai calon di WP, NS dan Melaka pada PRU baru - baru ini, kini namaya digugurkan pula sebagai Set Pol tetapi rakan karibnya Datuk Reezal Marican dilantik semula sebagai Setiausaha Politik ( Set Pol ) PM untuk penggal kedua. Apakah Norza juga akan mencari kepastian hidup selepas ini, kita tunggu dan lihat.

TANGKAP TIKUS -- RM 100, RM 2, RM 1 MENANTI ANDA !

BERITA BAIK ...menanti penduduk sekitar Wangsa Maju. Tangkap tikus anda dapat hadiah wang tunai RM 100 hingga RM 2. Program anjuran MCA Bahagian Wangsa Maju dgn kerjasama DBKL ini hanya untuk penduduk sekitar Wangsa Maju sahaja, kata Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look. Baca berita ini RESIDENTS UP IN ARMS AGAINST RODENT MENACE. Ketika orang sibuk cakap pasal politik semasa, tindakan MCA Wangsa Maju bersama rakyat mengambil usaha menangkap tikus bagi mengatasi masalah tikus, sesuatu program yang menarik perhatian pelbagai pihak. Walapun Yew Teong Look gagal mempertahankan kerusi parlimen Wangsa Maju dengan majoriti tipis 150 undi sahaja,tetapi Yew yang kelihatan lebih sibuk dan aktif di Wangsa Maju berbanding dengan , Ahli Parlimen yang disifatkan kurang ajar, pembohong dan kurang bermoral - Wee Choo Keong dari PKR.

KES BEKAS MENTERI RABA MERABA PELAYAN HOTEL - POLIS AKAN SOAL SIASAT BEKAS MENTERI TERSEBUT! DI MANA MORAL BEKAS MENTERI TERSEBUT ?

Lagi berita mengenai bekas menteri meraba , mencabul seorang pelayan di sebuah hotel yang terkemuka di KL di Cigar Room.Hari Ketua Polis KL Datuk Mohamad Sabtu Osman berkata pihak polis akan meneruskan siasatan terhadap laporan tersebut termasuk menyoalsiasat bekas menteri tersebut walaupun pelayan wanita tersebut telah menarik kes tersebut semalam.Sila baca laporan POLICE NOT DROPPING THE MOLEST CASE .Apa yang Wilayahkini ingin menarik perhatian disini laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24hb April 2008 memetik "menurut Datuk Datuk Muhammad Shafee, wanita itu juga mengaku mengenali bekas menteri itu sejak lima tahun lalu dan sepatutnya telah biasa dengan cara individu berkenaan" MANAKALA laporan The Star pada hari yang sama memetik "When he ( the Ex Minister) jokes, he sometimes likes to touch my sholder or arms ", she said ( The woman )
Sungguh melucukan dan memeranjatkan sama sekali kerana seorang yang bergelar menteri ( sekarang baru tak dilantik semula sebagai menteri ) boleh berkelakuan sedemikian di khalayak ramai. Di manakah moral seorang yang berjawatan tinggi dalam kabinet Malaysia sebelum ini kerana bekas menteri tersebut dikatakan memang merupakan "regular customer disana" sejak lima tahun yang lepas. Inikah cara pemimpin kita dalam kerajaan dan UMNO, tanya seorang pemimpin kanan UMNO dalam emelnya ke Wilayahkini. Beliau juga menyambut baik kenyataan pihak polis untuk meneruskan siasatan tersebut, kerana katanya " Kita tidak mahu aksi - aksi drama minggu ini dalam kes tersebut dengan aksi lapor kemudian tarik balik" !

Wednesday, April 23, 2008

AH, GARA - GARA RABA MERABA PUNGGUNG WANITA, NAMA SEORANG BEKAS MENTERI JADI PANAS di KL ! LATEST - WANITA TERSEBUT TARIK BALIK LAPORAN!


UPADATE TERKINI INSIDEN CIGAR ROOM YANG PANAS DI KL- PELAYAN WANITA TARIK BALIK LAPORAN POLIS....

Bekas Menteri tersebut dikatakan telah berjaya menyelesaikan masalahnya dengan melantik peguamnya yang juga seorang peguam yang ternama di Malaysia yang bernama Datuk S , sehingga wanita tersebut menarik balik laporan tersebut terhadap bekas Menteri tersebut yang dikatakan telah pulang dari London pagi ini.SAH-- Wanita tersebut telah menarik balik laporan tersebut.Cuma apa yang kami ingin katakan disini, semasa jadi Menteri atau tak jadi Menteri ker, janganlah bersikap terlalu angkuh dan ego.Kuala Lumpur ini kecil sangat.Semua orang memerhatikan anda.Walapun berita mengenai bekas Menteri tersebut tidak mendapat liputan muka depan akhbar - akhbar tempatan hari ini, dan hanya disiarkan dalam muka dalam tanpa menyebut namanya ,namun semua orang sudah tahu siapakah bekas Menteri tersebut dan namanya.Namanya juga telah tercemar.Bagaimana ahli keluarganya akan menangani isu seperti ini nanti di khalayak ramai.Bekas Menteri itu juga perlu ingat bagaimana untuk menjaga moral dan imejnya.Pada masa yang sama, Wilayahkini juga menerima berita bahawa bekas Menteri tersebut bercita - cita untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO Disember nanti.Kami nak bisik- bisik dekat rakan- rakan bekas Menteri tersebut..berhati- hatilah selepas ini kerana anda juga sedang diperhatikan ....BERITA SEBELUM INI DIBAWAH......


Seorang bekas Menteri yang menang pada pilihanraya umum baru-baru ini, dengan majoriti yang banyak tetapi namanya digugurkan sebagai Menteri pada saat - saat terakhir dikatakan menerima satu lagi tamparan hebat dalam karier politiknya apabila seorang pelayan hotel membuat laporan polis , bahawa bekas Menteri tersebut meraba - raba punggunya. Lucu tapi benar.Inilah berita yang paling panas di KL pada ketika ini.Berita ini bukan sahaja telah memadamkan kehangatan pemilihan parti tetapi isu - isu semasa politik negara.SILA BACA LAPORAN INI-- PANAS - PANAS MACAM GORENG PISANG, daripada teman blogger www.amnomore.blogspot !!
Terimakasih : Gambar Agendadaily

Tuesday, April 22, 2008

NORZA ZAKARIA TEAM UP DGN ASTAMAN DI WANGSA MAJU ?


Ekoran daripada berita Wilayahkini yang melaporkan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju yang Datuk Astaman Abdul Aziz yang juga merupakan bekas Ketua UMNO bhgn Wangsa Maju sebelum ini dan digantung keahlian kerana politik wang akan bertanding kembali sebagai Ketua Bahagian Wangsa Maju, pelbagai cerita - cerita baru telah keluar. Kononya Astaman belum dapat clearance daripada pengantungan , tidak sesuai lagi Wangsa Maju dan UMNO Wangsa Maju menolaknya.

Pada satu sudut lain pula , Ketua Pemuda Wangsa Maju Datuk Norza Zakaria dikatakan sedang melakukan usaha untuk membawa kembali Astaman untuk menumpaskan Datuk Zainal Nazeri yang kini menjadi Pemangku Ketua Bahagian.Norza yang dikatakan telah hilang peluang untuk dilantik semula sebagai Setiausaha Politik kpd Menteri Kewangan Ke 2, dikatakan sedang melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan riwayat politiknya di Wangsa Maju walaupun beliau tidak mendapat layanan yang mesra di bahagianya sendiri khususnya dikalangan pemudanya sendiri.Adakah MT telah melepaskan Astaman daripada pengantunganya? Mungkin Astaman atau kawan baiknya Tengku Adnan boleh menjawab persoalan ini.Selain Astaman, dua lagi ketua bahagian di WP yang mengalami nasib yang sama ialah, Ketua UMNO bhgn Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.
WEE CHOO KEONG, Pls ,Pls don't interfere , says The Star. Wee, should mind his own business, courtesy from http://www.ackwhy.blogspot.com--Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang hanya menang dgn 150 undi, di kecam dan di kritik hebat hari ini.Sila baca dan nyatakan komen - komen anda !

Monday, April 21, 2008

MENARIK DI WILAYAH KINI MINGGU INI..........

Laporan menarik ......WEE CHOO KEONG KENA TEMPIAS, SIAPA PU3 WP YANG ADA GAYA DAN SYLE? RIBUT DI WANGSA MAJU, SEGAMBUT KECOH ? jangan lupa baca ........

ZULHASNAN- 3 PAKATAN RAKYAT- 0 !



Banyak diperkatakan dan dikupas mengenai senario politik WP khususnya di Kuala Lumpur selepas pada pilihanraya umum lepas yang baru - baru ini.Walaupun, Wilayah Persekutuan dibawah pemerintahan kerajaan persekutuan kemenangan 10 orang ahli parlimen pembangkang telah memberikan satu " turning point" dalam sejarah Kuala Lumpur. Menteri WP, Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang seorang sahaja menang di KL iaitu di parlimen Setiawangsa menjadi tumpuan ramai termasuk daripada pakatan pembangkang.

Ada yang melihat peranan Zulhasnan Rafique di WP sebagai Menteri WP bertambah panas dengan kemenangan 10 orang ahli parlimen daripada pembangkang.Namun, Zulhasnan Rafique membuka gelanggang walaupun keseorangan dengan menjemput kesemua ahli parlimen untuk mengadakan 3 majlis perbincangan termasuk bersamanya , kedua bersama Datuk Bandar dan yang ketiga majlis perundingan meja bulat yang berlangsung minggu lepas.Salam dan gelanggang yang dibuka oleh Zulhasnan Rafique begitu menarik sekali walaupun beliau keseorangan tetapi ahli - ahli parlimen daripada pembangkang bertindak biadab dan kurang ajar dengan menonjolkan perwatakan sebenar mereka pada majlis perundingan meja bulat sehingga pelbagai pihak mengkritik pihak pembangkang kerana gagal mengunakan peluang yang diberikan oleh Zulhasnan dan Kementerian WP. Kini nasib sudah bertukar arah.Zulhasnan dilihat sebagai hero dengan kemenangan 3-0.Ahli Parlimen Segambut sendiri mengakui " Zulhasnan Rafique merupakan contoh yang terbaik dalam laporanya di akhbar Sinar Harian bertarikh 20hb April. Manakala Ahli Parlimen Wangsa Maju pula dalam blognya sebelum ini pernah berkata " Zulhasnan seorang yang mesra". Sepertimana Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR, penubuhan Kementerian WP adalah bidangkuasa kerajaan persekutuan dan yang penting ialah kerjasama untuk berkerja bersama.

ZULHASNAN RAFIQUE TABAH , TENANG DAN BERANI ?


"ZULHASNAN RAFIQUE Menteri WP & bekas juruterbang TUDM itu mampu menghadapi keadaan dengan tenang, tabah dan berani" -- oleh Hassan Mohd Nor( Pengarang Mingguan Malaysia dalam recana ) update TERKINI-- Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel mengenainya dan kami akan siarakan surat pembaca yang terbaik mengenai seorang Ahli UMNO dan juga pandangan kami di Wilayahkini !!

Sunday, April 20, 2008

PUTERI WILAYAH -- SIAPA LAYAK ? SEMAKIN PANAS DI WP !


Ketika cakap - cakap mengenai pemilihan UMNO masih panas walaupun pemilihan hanya akan diadakan pada penghujung tahun perkembangan semasa politik Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dikatakan juga dijangka akan menarik perhatian.Sudah ada cakap - cakap di akar umbi mengatakan peranan yang dimainkan oleh Ketua Puteri UMNO Wangsa Maju Datin Ismalina Ismail , yang juga merupakan Naib Ketua Puteri UMNO WP telah menghidupkan riwayat dan masa depan Puteri UMNO di WP. Apakah pula percaturan Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Haslinda Rashad menjelang pemilihan parti nanti ? Apakah pula gerak - gerak yang akan dilakukan oleh Ismalina Ismail yang sentiasa kelihatan ceria di mana - mana majlis? Adakah lebih ramai Puteri dari WP akan menawarkan diri bertanding ke peringkat Nasional? Dengar - dengar cerita beberapa Puteri dari bahagian Segambut, Kepong, Cheras , Batu dan Setiawangsa sedang teropong peluang mereka untuk bertanding Exco Puteri Malaysia.

UPDATE TERKINI

Wilayahkini menerima satu lagi emel berkata Ismalina dijangka akan bertanding untuk jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia.Dia juga dikatakan akan memilih beberapa Pu3 WP untuk bergandingan denganya untuk jawatan exco.Siapa yang berada di senarai beliau? Sementara itu, beberapa Pu3 WP juga dikatakan tengah mencari restu dgn pemimpin bahagian masing - masing untuk bertanding jawatan exo.TETAPI ada juga yang menyebut Pu3 perlu lebih menarik , cantik dan elegant." Tak payah pakai beg LV, Coach atau Prada tapi cantik , menarik dan elegant dari segi penampilan dan kerja", kata seorang Ketua Pu3 yang kami kenali.

Saturday, April 19, 2008

WEE CHOO KEONG UNDER FIRE !


" Among themselves there seems to be no cohesion.Wangsa Maju MP Wee Choo Keong placed banners thanking the voters on his constituency with only the PKR and PAS logos while the DAP logo was missing. Where is the spirit of Pakatan Rakyat that they are talking about?" , STAR reports today -- followup from WILAYAHKINI reports on that earlier this week. DONT BE RUDE

Friday, April 18, 2008

AH, RATU BOLLYWOOD KITA BACK INTO ACTION !


Ah, selepas dua hari lepas Wilayahkini memaparkan berita di mana Ratu Bollywood kita? oppsss...maaf Penasihat Khas PM untuk Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga macam Menteri dan bukanya Menteri YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ( Kena check boleh panggil YB atau Ybhg atau lebih tinggi lagi dgn Pak Lah atau Kak Jean ) hari ini tampil memberi kenyataan media yang pertama selepas dilantik ke jawatan tersebut sejak bulan lepas. Beliau berkata KEPENTINGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM DIAMBIL KIRA.Golongan bollywood juga jangan risau kerana anda juga dalam kategori bukan islam. Nantikan BSC-TALK bertajuk Shahrizat bebs....di Wilayahkini dalam minggu ini....

ARROGANT AND RUDENESS............OPP MPs



Opposition MPs being arrogant, says Datuk M.Saravanan
"Rubbish", says Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
DBKL, sleeping beauty, says Cheras MP Tan Kok Wai
Where my free parking ? ask Segambut MP Lim Lim Eng.Waste of time says Labuan Chairman Datuk
Suhaili Abdul Rahman and CREDIT goes to the Minister Zulhasnan Rafique, who sat throughout the nine meeting , leaving only for and hour-long lunch. READ MORE

AHLI PARLIMEN YANG KURANG AJAR , BIADAB DAN ANGKUH !

Biadab, Angkuh , Kurang Ajar -beginilah dapat digambarkan sifat segelintir ahli - ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat khususnya anggota parlimen Segambut, Wangsa Maju, Cheras dan Bukit Bintang ketika diberi peluang untuk menyampaikan hujah - hujah mereka dalam bentuk cadangan - cadangan yang konkrit untuk memperbaiki sistem penyampaian di DBKL pada Mesyuarat Perundingan Meja Bulat yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan di Hotel Istana Kuala Lumpur semalam.
Mesyuarat tersebut yang diadakan untuk memberi peluang dan platform kepada semua ahli - ahli parlimen di WP menyaksikan beberapa ahli - ahli parlimen yang disebut diatas menjadikanya sebagai pentas permainan politik sandiwara mereka yang jelas menunjukkan sikap dan perwatakan mereka yang angkuh dan biadap di depan Menteri Wilayah Persekutuan yang begitu tenang dan berani menyaksikan segala aksi mereka yang begitu tidak bermoral.Ramai peserta yang hadir tidak puas hati dengan tindakan mereka.Mereka diberi peluang untuk bersuara walaupun WP dibawah pemerintahan kerajaan persekutuan.Amat jelas mereka ini, tidak berniat baik tetapi mahukan konfrantasi politik.Diharap , Kementerian WP supaya tidak bersabar lagi.Peluang telah diberikan tetapi ada segelintir dari mereka memang tak bermoral. Jangan tunggu lagi..lanyak mereka habis - habisan terhadap Wee Choo Keong - yang merupakan Ahli Parlimen yang tidak bermoral langsung.Mari kita sama- sama turun padang bertindak keatas orang seperti Wee ini.Sekarang sudah sampai masa untuk bertindak.Kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique Wilayahkini ingin ucapkan tahnniah dan syabas diatas sikap keterbukaanya , walaupun WP diperintah oleh BN. Wee dan ahli - ahli parlimen yang tidak bermoral yang lain contohilah Nurul Izah, Tian Chua, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr.Tan Seng Giaw !!

ZULHASNAN RAFIQUE TUNJUK DASAR TERBUKANYA !


Zulhasnan Rafique berani dan pantang dicabar-Oleh Ahmad Zaini Kamarulzaman( Pengarang Berita Berita Harian )

Wednesday, April 16, 2008

WEE CHOO KEONG MALUKAN DAP ! PENGUNDI WANGSA MAJU MARAH DENGAN SIKAP ANGKUH WEE CHOO KEONG! DI MANA SEMANGAT PAKATAN RAKYAT?



Ahli Parlimen undi Pos Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang menag dgn majoriti 150 undi buat hal lagi.Kali ini dia menerima tamparan hebat daripada pakatanya sendiri apabila dia tidak menyenaraikan logo DAP dalam Banner Terimakasih yang dipasang di kawasan Danau Kota - tempat yang menjadi perhatian orang ramai- LIHAT GAMBAR SEBELAH
Ramai penyokong berbangsa cina yang mengundinya atas dasar sayangkan DAP amat terkilan dan kecewa dengan tindakan biadap Wee Choo Keong yang tidak mengiktriraf peranan DAP- yang juga memainkan peranan yang penting untuk menentukan kemenaganya di Wangsa Waju walaupun di merupakan calon lompatan dari luar kawasan.Apakah Wee Choo Keong, ingin menafikan semangat Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur sedangkan dia selalu bercakap besar dan bersifat angkuh?Ramai rakyat yang mengundinya di Wangsa Maju sudah mula kecewa dengan sikapnya yang suka pentingkan diri sendiri dan terlalu politiking, dan bukanya mahu berkhidmat untuk rakyat. Tindakan Wee Choo Keong juga menunjukkan , dia masih berdendam dengan DAP akibat insiden dulu apabila dia keluar dari DAP dan menubuhkan parti MDP.Pada PRU baru - baru ini dia diberikan peluang bertanding atas tiket PKR.Mungkin pemimpin PKR seperti Tian Chua dan orang kuat DAP di KL, Tan Kok Wai dan Teresa Kok dapat memberi penjelasan mengenai beberapa tindakan Wee yang kurang disenangi oleh rakyat tempatan serta penduduk Maju sendiri. Wilayahkini telah menyiarkan beberapa laporan mengenai Wee termasuk :
WEE CHOO KEONG MEGHASUT RAKYAT LAGI-dimana Wee Choo Keong sendiri menerima kritikan dan teguran daripada rakyat di Wangsa Maju dan dia terpaksa menjelaskanya dalam ruangan komenya.Boleh baca di www.weechookeong.blogspot.com.
WEE CHOO KEONG MENCABAR PERLANTIKAN DATUK BANDAR DIBUAT OLEH YANG DI- PERTUAN AGONG? dan SURAT TERBUKA UNTUK WEE CHOO KEONG .Apa yang diharapkan ialah Wee dapat berkerja untuk rakyat sepertimana yang dilakukan oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju,Yew Teong Look- walaupun tewas tetapi dia dinampak lebih kerap turun padang jika dibandingkan dengan Wee yang suka banyak bercakap dan menghasut rakyat .Kita juga berrharap Wee Choo Keong berhenti bermain politik dan mula menumpukan usaha untuk berkhidmat untuk rakyat.Wilayhkini ucap terimakasih kepada pengundi Wangsa Maju yang emel gambar tersebut kepada kami!!

DI MANA RATU BOLLYWOOD KITA ?



Dimana Ratu Bollywood kita? Ikuti perkembangan menarik - SEMBANG BSC-- daripada team Wilayahkini mengenai Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang macam kejab ada , kejab tak ada selepas PRU baru - baru ini.Namun, kehilanganya menjadi misteri.
SEMBANG BSC merupakan ruangan baru yang akan diperkenalkan oleh Wilayahkini dengan paparan menarik yang ekslusif.-- Jangan lupa untuk membaca ! SEMBANG BSC atau BSC TALK juga akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris untuk golongan glam !


UPDATE TERKINI.....Kami menerima emel dan juga comment dari seorang pembaca yang mengatakan bahawa Datuk Seri Shahrizat yang juga Penasihat Khas Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bertaraf Menteri , macam Menteri tapi tak boleh masuk kabinet menghadiri mesyuarat Wanita BN di Kuala Lumpur semalam dan telah mencadangkan bahawa nama bosnya - Rafidah Aziz perlu dimasukkan semula dalam kabinet.Wilayahkini ada juga cerita menarik dari wartawan kami dalam ruangan BSC TALK - SEMBANG BSC mengenai Shahrizat Jalil.Nantikanya.......jangan lupa untuk bacanya.......







Tuesday, April 15, 2008

WEE CHOO KEONG MENGHASUT RAKYAT LAGI !

" Sebagaimana diketahui umum, DBKL adalah tidak efesyen tetapi masih bangga dengan prestasi mereka.Patutkah rakyat Kuala Lumpur mengadakan satu perhimpunan aman di hadapan Bangunan DBKL yang terletak di Jalan Raja Laut untuk menunjukkan kepada Datuk Bandar dan Datuk Bandar Boneka ( Menteri WP) supaya sedar bahawa mereka adalah memelihara kepentingan rakyat dan bukanya untuk menunjuk - nunjuk? " beginilah bunyi kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju yang menang dengan majoriti 150 undi di Wangsa Maju di blognya.
Jelas menunjukkan Wee Choo Keong sekali lagi menghasut rakyat untuk membuat perhimpunan.Sebelum ini Wee Choo Keong mencabar Yang Di Pertuan Agong dengan mempersoalkan perlantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur.Pada 1hb April yang lepas dia telah membuat satu lagi kenytaan media di Malay Mail yang dipetik berkata dia akan mendapatkan rakyat untuk melantik Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Sebagai Ahli Parlimen, walaupun menang dengan undi yang rendah, banyak kenyataan Wee bersifat hasutan.Persoalanya kenapa laporan Polis tidak dibuat terhadapnya?

Monday, April 14, 2008

DATUK ASTAMAN KEMBALI KE WANGSA MAJU ?




Tidak banyak berita kedengaran mengenai bekas Ahli Parlimen Titiwangsa dan juga bekas Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz.Sejak digugurkan daripada menjadi calon, Datuk Astaman nampak tidak banyak berbeza malah beliau masih giat aktif di Titiwangsa meneruskan perjuanganya melalui Yayasan Pendidikan Titiwangsa yang diilhamkanya serta Persatuan Bola Sepak Titiwangsa yang juga di mulakanya.
Selepas PRU, Yayasan Pendidikan Titiwangsa dilihat telah menjalankan beberapa program yang melihatkan kekuatan Astaman di Titiwangsa walaupun digugurkan sebagai calon.Walaupun ramai berkata penguguran Astaman sebagai calon kerana politik wang yang menyebabkan dirinya kehilangan jawatan Ketua Bahagian Wangsa Maju namun ada yang melihat penguguran Astaman satu lagi konspirasi politik di bahagian Titiwangsa.
Namun Astaman dijangka kembali aktif dalam politik dengan menawarkan diri sebagai calon untuk jawatan lama - Ketua UMNO Bhgn Wangsa Maju.Astaman dikatakan mendapat backing yang kuat daripada rakan karibnya Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini sudah menjadi Setiausaha Agung UMNO.Astaman juga dikatakan mahu menghidupkan kembali karier politiknya di bahagian lamanya di Wangsa Maju.
Perkembangan terbaru ini telah menyebabkan ada beberapa pihak yang sebelum ini bermimpi untuk menjadi Ketua Bahagian di Wangsa Maju kurang senang dan tidak selesa.Datuk Zainal Nazeri yang juga Pemangku Ketua Bahagian yang sudah syok menjadi Pemangku Ketua Bahagian dikatakan sudah mencari team baru untuk berentap dengan Astaman.Ada pihak pula berkata, Zainal Nazeri akan beri laluan kepada Astaman dan beliau hanya akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagian.
Perkembangan terkini menunjukkan ahli - ahli UMNO mahu Astaman kembali sekaligus memimpin bahagian tersebut kerana masalah dalaman UMNO Wangsa Maju semakin serius sehingga nampak sangat pada pilihanraya umum baru - baru ini.
Apakah nasib pemimpin yang suka bersuara seperti Datuk Shafie selaku Naib Ketua Bahagian? Siapakah regunya kali ini? Apakah Datuk Norza Zakaria akan bertanding jawatan Ketua Bahagian ataupun berentap dengan Datuk Shafie atau mengintai peluang Timbalan Ketua Bahagian? Inilah diantara persoalan yang bertiup kencang di Wangsa Maju ketika ini.
Datuk Norza pula yang sedang cuba menyelamatkan karier politiknya dikatakan akan berpakat dengan Datuk Astaman untuk melakukan sesuatu di Wangsa Maju kali ini.

-- gambar diambil ketika Datuk Astaman di majlis Jelajah Malaysia - sukan berbasikal dimana beliau menjadi tunggak utama disebalik penganjuranya--


NAJIB TAK LAYAK JADI PM - KATA ANWAR ! KEJUTAN DI KAMPUNG BARU !



" Najib - Prime Minister ini Waiting? " sama sekali tak layak , kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Black 14 di Kampung Baru malam tadi.Beliau turut mengkritik bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menyalahgunakan kuasa dan sudah mulai takut dengan keadaan politik semasa negara.
Pada masa yang sama, walaupun pihak polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak hadir ke majlis tersebut lebih 20 ribu orang membanjiri perkarangan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi sehingga seluruh Kampung Baru kelam kabut malam tadi.Satu lagi kejutan telah dicipta di Kampung Baru oleh Anwar Ibrahim.
Sementara itu, kenyataan Datuk Seri Abdullah Badawi semalam bahawa , beliau akan mempertahankan jawatan Presiden parti pada pemilihan bulan Disember nanti telah membuatkan pelbagai pihak tidak senang hati.
Sekiranya pada tahun 1987 Tun Mahathir Mohamad mengalami nasib yang sama dalam UMNO dan boleh bertahan kenapa tidak Pak Lah? kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada Wilayahkini.

UMNO TITIWANGSA TERUS PANAS? JO GHANI JADI TUMPUAN ?


OLEH : WILYAH KINI
Apa sudah jadi di Titiwangsa? Wilayakini menerima banyak juga emel dan juga komen - komen, tetapi atas beberapa sebab , beberapa komen terpaksa di hold dulu kerana terlalu sensitif.Apapun, Wilayahkini tetap akan mempertahankan berita mengenai sabotaj di Parlimen Titiwangsa pada PRU baru - baru ini.
Kita tunggu sahajalah pengumuman Perdana Menteri mengenai 14 Kawasan Parlimen yang dikatakan Perdana Menteri dan juga tindakan Lembaga Disipilin UMNO selepas ini.Mungkin calonya, Datuk Aziz Jamaluddin boleh menceritakan segala - galanya , melalui Wilayahkini ataupun hantar emel kepada kami.
Bagi cerita UMNO pula, sekiranya ahli - ahli UMNO ingin menyalahkan kempimpinan Pak Lah dan juga mendesaknya supaya melepaskan jawatan, dimanakah pernanan bahagian UMNO? Kalau secara logiknya semua Ketua Bahagian dan juga Pengarah Jentera Pilihanraya juga perlu memikul tanggungjawab bersama untuk meletak jawatan.
Bagi Parlimen Titiwangsa pula, sudah tiba masanya bagi Drs.Suleiman Mohamad untuk memikirkan proses peralihan di bahagianya sendiri kerana ahli - ahli UMNO masih kecewa kerana kita tumpas dan tersungkur dikawasan kita sendiri - Kampung Baru.Inilah keperitan yang terpaksa ditelah oleh ahli - ahli UMNO di Titiwangsa.
Masanya sudah tiba bagi Bahagian Titiwangsa untuk memberi ruang dan peluang kepada Datuk Johari Ghani untuk meneruskan perjuangan parti dan bangsa di Titiwangsa-- inilah cakap- cakap yang kedengaran di Titiwangsa.
Tetapi ada pula pihak yang mahukan Drs.Suleiman bertindak segera untuk mengambil keputusan yang drastik untuk menyelamatkan bahagianya.
Beberapa pemimpin di UMNO Titiwangsa juga dikatakan sedang mengatur strategi menjelang pemilihan Bahagian pada bulan September nanti.Ada juga suara - suara mahu Datuk Aziz Jamaluddin bertanding salah satu jawatan tertinggi parti diperingkat bahagian.
Kenapa UMNO tewas di Titiwangsa? inilah persoalan yang perlu dijawab sekarang.Gempa bumi bagaikan sudah hampir pasti meletup.Kita tunggu perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Saturday, April 12, 2008

HAPPY TAMIL NEW YEAR 2008 !


Wilayahkini team wishes Hindu readers Happy Tamil New Year 2008.

Pasukan kerja Wilayahkini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca beragama Hindu.

ZULHASNAN RAFIQUE TURN TO BE FIGHTER ?


FT Minister Zulhasnan Rafique was once known to be cautious when talking to press and preferred not to be make statements deemed controversial.But after the first meeting with 10 opposition MPs, there is a noticeble change in him and to find out more pls read--COMMENT: A start full of promise for the city, by Minderjeet Kaur( NSTP Senior Journalist )

Friday, April 11, 2008

KAMARUDIN AMBOK MENCARI KEPASTIAN HIDUP ?


Gambar menunjukkan betapa gemuruh dan lantangnya pemimpin No 2 UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Kamaruddin Ambok ketika merasmikan kononya Gerak Gempur Pemuda BNWP dibawah pimpinan Datuk Norza Zakaria semasa pilahanraya umum baru - baru ini.
Datuk Kamarudin Ambok selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP, Ketua UMNO Bahagian Segambut, Pengerusi Gapem WP dan juga mempunyai beberapa jawatan yang lain. Karier politik Kamarudin Ambok mula bersinar apabila Datuk Seri Zulhasnan Rafique dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP pada tahun 2006 dan beliau turut dilantik oleh Pak Lah sebagai orang no 2 di WP.Zulhasnan juga dikatakan telah banyak memberikan peranan yang penting kepada Kamaruddin sehingga melantiknya sebagai Pengerusi Gapem, Pengerusi Konvensyen Islam Hadhari Peringkat WP, Pengerusi Majlis Sambutan Nur Ramadhan, Pengerusi Penganjur Konvensyen UMNO - memperkasa melayu bandar dan juga banyak tugasan utama yang lain.Ketika Kamarudin menjadi Ketua Penerangan UMNO sebelum ini dibawah kepimpinan Tengku Adnan , ketokohan dan ketrampilan Kamarudin Ambok tidak nampak sama sekali.Namun dibawah gandingan Zulhasnan Rafique, beliau dilihat begitu terserlah dengan tugas dan tanggugjawabnya.Namun sejak kebelakangan ini Kamaruddin nampak begitu menyepi bagaikan mencari kepastian hidup? Malah Wilayahkini juga ada menerima sms bahawa beliau juga mempunyai blog tersendiri yang dimulakan pada tahun 2005 atas nama www.kamarudinambok.blogspot.com tetapi tidak diupdate langsung.
Kamaruddin juga menjadi penerima sulung gelaran Datuk dikalangan orang UMNO pada majlis anugerah pengurnian pingat sempena hari WP yang julung kali diadakan pada bulan Fenruari yang lepas.Ramai melihat gelaran tersebut satu penghormatan tertinggi kepadanya.
Wilayahkini akan cuba mendapatkan beberapa perkembangan menarik mengenai Datuk Kamarudin Ambok dalam masa terdekat ini bagi menjawab segala spekulasi dan emel yang diterima mengenainya.

JUMPA DI MAHKAMAH ! TIADA MAAF BAGIMU !


Jumpa dimahkamah ! Itulah jawapan yang diberikan oleh Akhbar Siasah kepada Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor ekoran daripada penerbitan berita " UMNO : Anda Butakah Melantik Tengku Adnan? " dalam siaran muka depanya baru - baru ini.Berita tersebut boleh didapati di http://siasahdaily.blogspot.com/2008/03/umno-anda-butakah-melantik-tengku-adnan.html.

Berikutan berita tersebut, Tengku Adnan meghantar surat saman kepada Siasah Daily (http://www.siasahdaily.blogspot/) supaya meminta maaf dalam tempoh 48 jam namum Siasah Daily telah memberikan jawapan kepada Tengku Adnan - Jumpa Dimahkamah.Sila baca laporan ini http://siasahdaily.blogspot.com/2008/04/kita-jumpa-di-mahkamah.html.

Laporan Siasah Daily juga telah membongkarkan pelbagai isu - isu yang menarik mengenai Tengku Adnan yang juga menjadi watak utama dalam klip Video V.K.Lingam.Banyak pihak juga mempersolakan bagaimana beliau diberikan peluang untuk bertanding di Parlimen di Putrajaya sekali lagi? Bukan sahaja itu, bagaimana beliau boleh dilantik jadi Menteri sebelum ini? Paling memeranjatkan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO baru - baru ini.Apa sudah jadi dengan UMNO?

GEMPA BUMI DI UMNO TITIWANGSA?


Ekoran daripada pendedahan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO mengenai sabotaj dikalangan ahli - ahli UMNO di sesetengah bahagian menyebabkan UMNO kalah telah mengundang pelbagai persepsi dan juga persoalan.Tidak terkecuali di Wilayah Persekutuan dimana nama Parlimen Titiwangsa juga dikatakan berada dalam 14 senarai Bahagian yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru - baru ini.

Walaupun PM belum lagi mendedahkan senarai 14 kawasan parlimen tersebut, tetapi nama Parlimen Titiwangsa dikatakan hampir pasti berada dalam genggaman Perdana Menteri.Pada pilihanraya umum baru - baru UMNO gagal mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa yang menjadi kubu kuat yang melambangkan kekuatan kuasa melayu di Kuala Lumpur khususnya Titiwangsa melambangkan Kampung Baru.Calon UMMO, Datuk Aziz Jamaluddin yang juga merupakan AJK Bahagian Titiwangsa dan juga Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru tewas dengan calon PAS Dr.Lo Lo.Kekalahan di Titiwangsa dikatakan berpunca daripada tindakan sabotaj ahli - ahli UMNO sendiri.

Dimana kekuatan sebenar Datuk Seri Dr.Suleiman Mohamad yang dikatakan begitu berpengaruh di UMNO Titiwangsa dan kononya boleh menentukan kemenangan calon UMNO? Ada juga pelbagai pihak mula mempersoalkan komitmen yang telah ditunjukkan oleh DRS.Suleiman Mohamad ketika pihanraya umum baru - baru ini.Siapakah yang menjadi dalang atau pemimpin disebalik tabir yang menyuruh ahli - ahli untuk mengundi calon Pas? Betulkah ramai pemimpin UMNO di Titiwangsa kurang puas hati dengan tindakan pucuk pimpinan tertinggi di bahagian termasuk calonya sendiri? Inilah dinatara persoalan yang menjadi perbualan hangat ketika ini di kalangan ahli - ahli UMNO di WP dan juga Titiwangsa.

Disebalik kehangatan tersebut, ada pula yang mempertikaikan peranan yang telah dimainkan oleh Pengarah Jentera Pilihanraya BN Titiwangsa - Datuk Johari Ghani yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Titiwangsa.Johari Ghani yang lebih dikenali sebagai Jo KFC dikatakan tidak bersungguh - sungguh sehingga menyebabkan jentera UMNO dan BN lemah.Pengundi - pengundi melayu di Kampung Baru yang sebelum ini yang akur dengan UMNO akhirnya berpaling tadah dengan UMNO kerana politiking yang cukup tajam dikalangan pemimpin UMNO Titiwangsa.Akhirnya yang menjadi mangsa , Datuk Aziz Jamaludin dan juga UMNO.Kerusi parlimen Titiwangsa menjadi perhatian ramai apabila penyandangya Datuk Astaman digugurkan dan beberapa nama menjadi sebutan ramai termasuk nama Senator Datuk Kamarudin Ambok, Ketua Pemuda Titiwangsa Ahmad Zuhri Idris, Datuk Johari Ghani dan Datuk Seri Suleiman sendiri berminat untuk bertanding kembali. Drs.Suleiman sendiri dikatakan memang telah mengidamkan untuk bertanding kembali.

GEMPA BUMI DI UMNO TITIWANGSA BILA - BILA MASA?

Pemerhati politik berkata, kalau ungkapan tsunami dikaitkan dengan keputusan PRU baru - baru ini , di UMNO Bahagian Titiwangsa pula Gempa Bumi dijangka meletup pada bila - bila masa dan sudah ada suara - suara diperingkat akar umbi supaya Drs.Suleiman akan dicabar pada pemilihan bahagian tahun ini.Dan Datuk Johari Ghani yang dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat dibahagian tersebut dijangka akan mencabar Drs.Suleiman kali ini.Johari Ghani dijangka akan berpakat dengan teman istimewanya Datuk Astaman Abdul Aziz untuk menumbagkan Drs.Suleiman Mohamad.- Inilah cakap - cakap yang kedengaran selain sabotaj pilihanraya umum baru - baru ini.

Selain itu, Astaman Abdul Aziz yang digantung daripada UMNO dijangka akan memulakan perjuangan politiknya di Bahagian Titiwangsa dengan gandingan mantap beberapa pemimpin tempatan di Titiwangsa.Astaman dikatakan tidak mahu ke Wanga Maju dan mahu meneruskan karier politiknya selepas pengantunganya tamat di Titiwangsa kerana beberapa sebab.Astaman juga dikatakan mendapat backing yang kuat daripada Tengku Adnan - Setiausaha Agung UMNO.

CITY HALL UNDER FIRE !

WHY CITY HALL ? WHY CITY HALL IS FUZZY? two interesting comments from blogger ackwhy. Please read is comments at http://ackwhy.blogspot.com/2008/04/why-city-hall.html -Why City Hall ? another one at http://ackwhy.blogspot.com/2008/04/why-city-hall-is-fuzzy.html - Why City Hall Is Fuzzy?
Also clik on www.ackwhy.blogspot.com for interesting updates and news on KL also FT.Well done ACK.Pls carry on yr good job.Wilayah Kini teams wish u all the best.

Tuesday, April 8, 2008

UPDATE TERKINI DI WILAYAH KINI !

BERITA YANG AKAN MENYUSUL SELEPAS INI :
- Gempa bumi di UMNO Titiwangsa
- UMNO Segambut cabar Kamarudin Ambok
- Buktikan saya ada rasuah ? - Datuk Bandar KL
- Sarawanan bertindak balas
- Tengku Adnan terlepas?
- Jangan lupa untuk membacanya-

SYED ALI MAHU PM DAN TUM M BERTEMU TAPI PADA MASA YANG SAMA HENTAM PAK LAH BERUNDUR DI AL - JAZEERA !

Ketua UMNO Cheras Syed Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu membawa pasukan Majlis Tertinggin UMNO bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan kemelut UMNO. -http://www.malaysiakini.com/news/81035.Pada masa yang sama Syed Ali yang boleh dikatakan pempimpin"bertopengkan Glamour dan Syok sendiri" membuat temuramah dengan ALJAZERA bahawa Pak Lah perlu letak jawatan dan pelbagai tuduhan yang lain. Beberapa pemimpin UMNO berpendapat Syed Ali ini tak layak langsung bercakap mengenai UMNO kerana dia hanya suka mencari publisti murahan.
Tuduhan Syed Ali terhadap Pak Lah di sebuah media asing memang sudah melampau dan boleh dianggap biadap sangat.Kita tengok sekiranya UMNO akan mengambil tindakan disiplin terhadapnya atau tidak.
KAMI SUDAH MENDAPATKAN PITA RAKAMAN MENGENAI KOMEN SYED ALI MENGENAI KEPIMPINAN PAK LAH - DAN AKAN SIARKANYA DALAM WILAYAH KINI DALAM MASA SEHARI DUA INI.

Saturday, April 5, 2008

WEE CHOO KEONG MENCABAR PERLANTIKAN DATUK BANDAR DI BUAT OLEH YANG DI- PERTUAN AGONG?

" WEE CHOO KEONG JUGA MEMBERITAHU AHLI - AHLI PARTI PEMBANGKANG TURUT MENCADANGKAN PEMILIHAN LANGSUNG DATUK BANDAR KUALA LUMPUR DAN BUKAN MELALUI PERLANTIKAN YANG DI- PERTUAN AGONG"--Kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju yang disiarkan oleh Malaysia Kini semalam- www.malaysiakini.com/news/80887. Komen tersebut merupakan diantara perkara yang telah dibangkitkan oleh Wee Choo Keong semasa majlis sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan semalam.

Sebelum ini, Wee juga ada pernah membuat kenyataan di akhbar Malay Mail bahawa beliau akan memulakan kempen tandatangan dengan warga kota supaya - jawatan Datuk Bandar dipilih melaui kaedah pemilihan dan bukanya perlantikan.

"Peranan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai ibu negara, Akta Ibukota Persekutuan 1960 ( AKTA 190 ), telah diadakan khusus untuk memastikan perjalanan pengurusan dan pentadbiran pihak berkuasa tempatan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akta ini dengan jelas juga telah memperuntukan bahawa PERLANTIKAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR dan AHLI LEMBAGA PENASIHAT BANDARAYA KL DILANTIK OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG".-- Kenyataan tersebut jelas menunjukkan kuasa sepenuh perlantikan Datuk Bandar KL adalah dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong.

Persoalan yang ditimbulkan sekarang -- Seolah - olah Wee Choo Keong mencabar perlantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong.Ini merupakan satu tindakan yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa kerana kita tidak boleh mencabar Yang Di Pertuan Agong secara terbuka di media massa.Kami juga difahamkan sidang media bersama parti pembangkang panas apabila seorang wartawan bertanya kepada Wee " Adakah anda mencabar Yang Di Pertuan Agong ?"

Kami juga menerima emel bahawa laporan polis akan dibuat terhadap Wee kerana membuat perbuatan menghasut, tetapi kami belum menerima sebarang kepastian. Kita tunggu dan lihat perkembangan tersebut.

Wee yang memenagi kerusi parlimen Wangsa Maju dengan hanya 150 majoriti , lantang menyuarakan tidak akan hadir akhirnya hadir juga ke pertemuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan setelah diarahkan oleh Datin Seri Wan Azizah.

TERIMAKASIH -- Gambar Malaysiakini

"PEMIMPIN SYOK SENDIRI- -SYED ALI KATA UMNO CHERAS BUAT AGM KHAS 27 APRIL"

Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Ali tidak langsung mempedulikan saranan Badan Perhububungan UMNO Wilayah Persekutuan mengenai ketetapan yang diambil oleh UMNO WP dimana menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk membuat sebarang keputusan terakhir mengenai sistem pencalonan kuota dan EGM.

Syed Ali yang lebih dikenali pemimpin "syok sendiri" dikalangan ahli UMNO berkata, keputusan tersebut dibuat kerana UMNO Cheras kononya mahukan sistem pemilihan yang terbuka dan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu dipertandingkan.Syed Ali ini , yang kalau bercakap dinding pejabat UMNO bahagian Cheras pun boleh runtuh ini, bukanya seorang pemimpin yang betul - betul berjuang untuk parti , agama dan negara malah seorang pemimpin yang terkenal untuk kepentingan diri sendiri.Jasanya kepada UMNO hanya mengkritik pucuk pimpinan bagi mendapatkan publisiti murahan.Apakah jasanya kepada UMNO? Beliau berselindung dibawah Yayasan Pendidikan Cheras - kononya memperjuangkan nasib para pelajar yang cemerlang.Setakat beri sumbangan kepada pelajar cemerlang dgn mengunakan duit bukanya satu jasa.Tanyalah penduduk - penduduk di Cheras perangai Syed Ali ini.UMNO tidak rugi langsung sekiranya orang seperti Syed Ali disingkirkan daripada UMNO kerana tiada apa - apa kebaikan daripadanya untuk parti .Hanya keburukan.Dia merupakan golongan pelampau yang suka mengunakan peluang.Bagi kepimpinan tertinggi UMNO, mesyuarat agung bahagian Cheras pada 27 April tidak akan memberi apa - apa kesan kepada parti.Orang seperti Syed Ali inilah menjadi penderhaka kepada bangsa melayu sendiri.

Pemimpin seperti Syed Ali inilah yang boleh meniupkan semangat keburukan kepada parti dan negara.Pada masa yang sama kita juga mahu dengar komen yang akan diberikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Kamaruddin Ambok mengenai isu ini ? Sebelum ini Pengerusi UMNO WP Datuk Seri Zulhasnan Rafique telah berkata bahawa UMNO WP menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan mengenai isu kuota dan EGM.

Kepada Syed Ali - Sembayanglah Kamu , Sebelum Kamu di Sembayangkan .Sementra itu, WILAYAH KINI akan membuat beberapa laporan panas mengenai Syed Ali - jangan lupa untuk mengikuti perkembanganya.

Friday, April 4, 2008

WHO IS THE BOS ? AHHH.....KENA LAGI....

Kami menerima satu lagi emel yang menarik mengenai tajuk" What So Important Who is The Boss? " Untuk maklumat lanjut sila klik www.ackwhy.blogspot.com !

7 AHLI PARLIMEN HADIR ! TAK PANAS, CUMA PC PEMBANGKANG YANG PANAS! ZULHASNAN TENANG DAN RELAX!

TERKINI : Seramai 7 orang Ahli Parlimen daripada parti pembangkang hadir pada pertemua dengan Menteri Wilayah Persekutuan hari ini di Bangunan DBKL bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari.Mesyuarat tersebut yang menjadi perhatian semua pihak termasuk pihak media berjala dengan lancar dan Zulhasnan Rafique yang merupakan calon tunggal dari BN yang menang di WPKL nampak tenang dan berkeyakinan apabila berdepan dengan barisan pembangkang.Sebelum ini wujud pelbagai spekulasi yang mengatakan pihak pembangkang akan memboikot mesyuarat tersebut dimana melibatkan kredibiliti Zulhasnan sendiri sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong yang lantang mengkritik pertemuan tersebut dan berkali - kali memberi pengakuan tidak akan hadir ke mesyuarat tersebut hadir juga akhirnya.Selain Wangsa Maju, turut hadir ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Lembah Pantai, Bukit Bintang, Seputeh, Cheras dan Segambut.Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula menghantar wakilnya kerana berada di Ipoh untuk tugasan penting. Laporan - Laporan menarik akan menyusul kemudian -- oleh Wilayah Kini

Tuesday, April 1, 2008

NO FIREWORKS ........

Parti PPP Wilayah Persekutuan hari membuat kenyataan yang keras
bahawa tidak ada sebarang fireworks berhubung penjumpaan Menteri Wilayah
Persekutuan dengan barisan Ahli Parlimen Pembangkang di KL seramai
10 orang pada Jumaat ini.Ikuti laporanya di www.pppwp.com.my WP juga berkata semua pihak supaya menilainya dalam sudut yang lebih
postif kata , Pengerusinya, A.Chandrakumanan, kepada Wilayah Kini hari ini.

MENARIK DAN HANGAT ! 10 vs 1 !

Meyuarat suaikenal bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dengan kesemua Ahli - Ahli Parlimen dari parti pembangkang dijangka menarik perhatian dan kesemua Ahli Parlimen pembangkang - seramai 10 orang dijangka hadir.
Wilayahkini mengalu - alukan komen anda dalam bentuk emel dan juga komen biasa.!!!