Monday, April 14, 2008

NAJIB TAK LAYAK JADI PM - KATA ANWAR ! KEJUTAN DI KAMPUNG BARU !



" Najib - Prime Minister ini Waiting? " sama sekali tak layak , kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Black 14 di Kampung Baru malam tadi.Beliau turut mengkritik bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menyalahgunakan kuasa dan sudah mulai takut dengan keadaan politik semasa negara.
Pada masa yang sama, walaupun pihak polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak hadir ke majlis tersebut lebih 20 ribu orang membanjiri perkarangan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi sehingga seluruh Kampung Baru kelam kabut malam tadi.Satu lagi kejutan telah dicipta di Kampung Baru oleh Anwar Ibrahim.
Sementara itu, kenyataan Datuk Seri Abdullah Badawi semalam bahawa , beliau akan mempertahankan jawatan Presiden parti pada pemilihan bulan Disember nanti telah membuatkan pelbagai pihak tidak senang hati.
Sekiranya pada tahun 1987 Tun Mahathir Mohamad mengalami nasib yang sama dalam UMNO dan boleh bertahan kenapa tidak Pak Lah? kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada Wilayahkini.

No comments: