Wednesday, April 23, 2008

AH, GARA - GARA RABA MERABA PUNGGUNG WANITA, NAMA SEORANG BEKAS MENTERI JADI PANAS di KL ! LATEST - WANITA TERSEBUT TARIK BALIK LAPORAN!


UPADATE TERKINI INSIDEN CIGAR ROOM YANG PANAS DI KL- PELAYAN WANITA TARIK BALIK LAPORAN POLIS....

Bekas Menteri tersebut dikatakan telah berjaya menyelesaikan masalahnya dengan melantik peguamnya yang juga seorang peguam yang ternama di Malaysia yang bernama Datuk S , sehingga wanita tersebut menarik balik laporan tersebut terhadap bekas Menteri tersebut yang dikatakan telah pulang dari London pagi ini.SAH-- Wanita tersebut telah menarik balik laporan tersebut.Cuma apa yang kami ingin katakan disini, semasa jadi Menteri atau tak jadi Menteri ker, janganlah bersikap terlalu angkuh dan ego.Kuala Lumpur ini kecil sangat.Semua orang memerhatikan anda.Walapun berita mengenai bekas Menteri tersebut tidak mendapat liputan muka depan akhbar - akhbar tempatan hari ini, dan hanya disiarkan dalam muka dalam tanpa menyebut namanya ,namun semua orang sudah tahu siapakah bekas Menteri tersebut dan namanya.Namanya juga telah tercemar.Bagaimana ahli keluarganya akan menangani isu seperti ini nanti di khalayak ramai.Bekas Menteri itu juga perlu ingat bagaimana untuk menjaga moral dan imejnya.Pada masa yang sama, Wilayahkini juga menerima berita bahawa bekas Menteri tersebut bercita - cita untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO Disember nanti.Kami nak bisik- bisik dekat rakan- rakan bekas Menteri tersebut..berhati- hatilah selepas ini kerana anda juga sedang diperhatikan ....BERITA SEBELUM INI DIBAWAH......


Seorang bekas Menteri yang menang pada pilihanraya umum baru-baru ini, dengan majoriti yang banyak tetapi namanya digugurkan sebagai Menteri pada saat - saat terakhir dikatakan menerima satu lagi tamparan hebat dalam karier politiknya apabila seorang pelayan hotel membuat laporan polis , bahawa bekas Menteri tersebut meraba - raba punggunya. Lucu tapi benar.Inilah berita yang paling panas di KL pada ketika ini.Berita ini bukan sahaja telah memadamkan kehangatan pemilihan parti tetapi isu - isu semasa politik negara.SILA BACA LAPORAN INI-- PANAS - PANAS MACAM GORENG PISANG, daripada teman blogger www.amnomore.blogspot !!
Terimakasih : Gambar Agendadaily

3 comments:

Anonymous said...

bekas menteri tu dari pahang ke? yang ada janggut ke? nama dia start dari j ke?

Tun Teja said...

alamak! ini dah terang lagi disuluh ni kalau dah berani kasi clue..heheheh
apa2 pun, insaf lah, byk lagi kerja lain yang boleh dia buat selain dari meraba pungkok orang.. ish ish ish

milasha said...

Siapa dia ? Sampai gitu 2 ? Takkan desperate cam tu kot?