Friday, April 4, 2008

7 AHLI PARLIMEN HADIR ! TAK PANAS, CUMA PC PEMBANGKANG YANG PANAS! ZULHASNAN TENANG DAN RELAX!

TERKINI : Seramai 7 orang Ahli Parlimen daripada parti pembangkang hadir pada pertemua dengan Menteri Wilayah Persekutuan hari ini di Bangunan DBKL bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari.Mesyuarat tersebut yang menjadi perhatian semua pihak termasuk pihak media berjala dengan lancar dan Zulhasnan Rafique yang merupakan calon tunggal dari BN yang menang di WPKL nampak tenang dan berkeyakinan apabila berdepan dengan barisan pembangkang.Sebelum ini wujud pelbagai spekulasi yang mengatakan pihak pembangkang akan memboikot mesyuarat tersebut dimana melibatkan kredibiliti Zulhasnan sendiri sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong yang lantang mengkritik pertemuan tersebut dan berkali - kali memberi pengakuan tidak akan hadir ke mesyuarat tersebut hadir juga akhirnya.Selain Wangsa Maju, turut hadir ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Lembah Pantai, Bukit Bintang, Seputeh, Cheras dan Segambut.Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula menghantar wakilnya kerana berada di Ipoh untuk tugasan penting. Laporan - Laporan menarik akan menyusul kemudian -- oleh Wilayah Kini

No comments: