KUALA LUMPUR April 5,
Ketua UMNO

Wangsa Maju , Datuk Shafie Abdullah (
gambar)yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju. Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look yang juga merupakan Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan. Pada PRU yang ke 12, Yew Teong Look tewas kepada Wee Choo Keong dari PKR. Perlantikan Shafie dikatakan telah memberi satu tamparan yang kuat kepada Yew Teong Look di Wangsa Kerana beliau memang mengidamkan kawasan tersebut untuk penggal yang ketiga.Dengan perlantikan tersebut sudah ada ura - ura kerusi Wangsa Maju akan dikembalikan semula kepada UM

NO ?
JAYANTHI DI SEGAMBUTManakala di Segambut pula, Jayanthi Devi Balaguru(
gambar) dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Segambut. Perlantikanya mengejutkan pelbagai pihak di Kuala Lumpur kerana julung kalinya seorang wanita dilantik ke jawatan tersebut. Jayanthi juga merupakan Setiauasaha Wanita Parti Gerakan Malaysia.
Jayanthi yang juga Pengerusi Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan dikatakan bakal diturunkan sebagai calon BN di Segambut pada PRU yang ke 13 nanti ?
ZULHASNAN KEKAL DI SETIAWANGSASEMENTARA itu, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique telah dilantik semula sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Setiawangsa.