KUALA LUMPUR 5 Nov,Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Wangsa Maju Ramli Abdul Manan dituduh di Mahkamah Sesyen disini hari ini terhadap pertuduhan memberi rasuah RM 1,000 kepada Ketua Cawangan Taman Melati sebagai dorongan supaya beliau dicalonkan untuk layak bertanding jawatan ahli jawatankuasa bahagian itu tahun lalu.
Ramli Abdul Manan , 50 , mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan wang suapan kepada Amir Saad, 50, di Dewan Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak pada 8 Nov, 2008.
Beliau didakwa mengikut seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.
Jika disabitkan, Ramli boleh dipenjara sekurang - kurangnya 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan berkenaan. Timbalan Pendakwa Raya meminta mahkamah menetapkan jaminan RM 5,000 dengan seorang penjamin.
Ramli yang tidak diwakili penguam merayu agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan beliau tidak berkerja.
Hakim mentapkan jaminan sebanyak RM 2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Disember untuk sebutan semula kes - Bernama.