KUALA LUMPUR 5 Sept,Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee kecewa dengan sikap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri.
Mengulas perkembangan isu terbaru mengenai isu kepala lembu di Seksyen 23 , Shah Alam, beliau agak kecewa dengan kenyataan Hishamuddin yang dilihat tidak begitu sensitif terhadap perasaan umat Islam.
" Dalam isu ini , kenapa reaksi Hishamuddin berbeza? seolah - olah kerajaan lebih utamakan sensitiviti kaum india, orang Islam yang berarak bawa kepala lembu sebabnya nak dirikan kuil di kawasan 90% Melayu, tak sensitif ke ", tegasnya. Sila klik
DISINI, untuk baca komen lengkap.
Sementara itu, rakan blogger
Saudara Rahman Hashim pula mengulas mengenai isu yang sama. Beliau berkata
" Minta tolong jangan nyalakan api perkauman. Kalau nak berunding mengenai isu Kuil Hindu Seksyen 23 Shah Alam itu, mengapa masih ada dikalangan kita yang menampakkan kebencian terhadap agama lain? Boleh tak jangan aibkan UMNO sehingga parti melayu ini terjebak dengan emosi perkauman ?", katanya. Sila klik
DISINI , untuk baca komen Rahman Hashim di
Locengwangsa.Sementara itu, di Danau Kota Wilayahkini difahamkan ada sebuah Kuil Hindu dan sebuah Surau yang jaraknya hanya 500meter sahaja sekian lama sambil di kelilingi oleh kondominium mewah . Saya nampak disana, Kuil dan Surau bagaikan " adik beradik " dan cukup aman penduduk di sana.