Saturday, June 19, 2010

KE MANA ARAH NORZA SELEPAS INI ?

KUALA LUMPUR 19 Jun,
Sejak bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dibebaskan dari tuduhan memberi suapan untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan supaya mengundinya untuk pemilihan UMNO dua tahun lalu, ramai kaki UMNO sudah mula meramalkan apakah hala tuju Norza selepas ini dalam skop politik UMNO dan Bahagian.
Norza yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UNNO dikatakan akan kembali mencuba nasib selepas ini. Malah beliau dikatakan antara calon "favourite" di Wangsa Maju selepas Datuk Shafie Abdullah . "Saya hanya ingin berehat seketika sebelum memikirkan perjalanan seterusnya dalam bidang politik. Sekiranya saya kembali ke kancah politik selepas ini, saya akan lebih berhati - hati agar pisang tidak berbuah dua kali "katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
" Tuduhan sebagai pemimpin UMNO yang disyaki terlibat dalam politk wang nyata telah dibersihkan bukan sahaja oleh Lembaga Disiplin parti tetapi juga mahkamah" katanya lagi.
Ramai yang turut meramalkan Norza yang baru berusia 43 itu akan kembali menjadi salah seorang pemimpin yang menjadi tumpuan di Wilayah Persekutuan selepas ini ketika UMNO WP berada dalam keadaan yang lesu.

Saturday, June 5, 2010

ISU KAMPUNG BARU SEMAKIN PENING .........

KUALA LUMPUR 19 Jun,
Kata orang kerana " Mulut Badan Jadi Binasa" . Begitulah yang dapat kita simpulkan disebabkan mulut Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik isu Pembangunan Semula Kampung Baru semakin kucar - kacir dan ibarat dah macam jadi macam rojak . Segalanya bermula dari komen Raja Nong Chik berhubung kenyataanya mengenai formula 60 : 40. Sila baca kenyataanya di sini -mStar Online : Kampung Baru Mungkin Dibuka Untuk Bukan Melayu Tingkat Potensi Pembangunan.Selepas dikecam teruk , kononya atas nama " damage control " Raja Nong Chik mengadakan perjumpaan dengan semua NGO ( Perkasa) termasuk anak - anak watan Kampung Baru dimana katanya semua penduduk telah bersetuju untuk pelan pembangunan Kampung Baru tetapi disebalik kenyataanya itu penduduk Kampung Baru tak puas hati dengan pendirian Raja Nong Chik , Mereka kata " dengarlah suara kami ". Ada yang tanya apa sudah jadi dengan Volume 4 Pelan Pembangunan Kampung Baru dalam Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 yang dicadangkan pada tahun 2008 sebelum ini (seperti dalam gambar)? Apa pula janji - janji sebelum ini ? Apa pula jadi dengan perbincangan yang diadakan banyak kali sebelum ini ? Kenapa UMNO WP macam tak ada pendirian dan nampak lesu aja dalam isu penting seperti ini ?
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula mahu berjumpa dengan penduduk Kampung Baru untuk mencadangkan satu pelan baru. " Kita akan jelaskan bagaimana hendak tentukan tanah milik Melayu di Kampung Baru tetap di miliki oleh orang Melayu. Dalam masa sama pulangan yang mereka peroleh sesuai dengan harga pasaran", katanya. Macam - macam cerita dah mula keluar masuk ketika ini. Ada kata sokong, ada yang membantah manakala ada pula masih marah dengan pendirian Kementerian Wilayah Persekutuan.

Friday, June 4, 2010

" KG BARU OH KG BARU ; " RAJA NONG CHIK DAH JADI MACAM FLIP FLOP MENTERI WP KOT ? "

Oleh : Wartawan Wilayahkini
KUALA LUMPUR 4 Jun ,
Isu Kampung Baru kembali panas. Kali ini komen Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang mencadangkan formula 60 : 40 , dimana katanya pemberian 40 % kepada bukan melayu dijamin tidak akan menjejaskan hak pemilikan tanah orang melayu. Komen itulah buatkan " orang naik angin".
Segala - galanya muncul setelah Raja Nong Chik mengadakan perjumpaan dengan lebih 1, 000 pemilik waris tanah di Kampug Baru di PWTC baru - baru ini.
Katanya Walaupun kuota 40 % daripada kawasan 122.9 hektar itu dicadangkan dibuka kepada kaum lain apabila dibangunkan kelak , orang melayu dipastikan tetap menjadi keutamaan.
Dalam tempoh 24 jam kemudian Raja Nong Chik yang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP itu berkata pulak " Pemberian kuota 60 : 40 hartanah di Kampung Baru Belum Muktamad selepas diasak oleh pelbagai pihak. Persoalanya kenapa munculnya konsep 60 : 40 itu dari mulut Raja Nong Chik sebelum ini ? Idea siapa tu ? Itulah pasal orang kata Raja Nong Chik dah jadi macam " Flip - Flop Menteri WP " ketika ini.
APA KOMEN ORANG LAIN TERHADAP FLIP FLOP MENTERI WP ITU ?
" Saya harap cakap - cakap hendak memperuntukan atau membenarkan bukan melayu memiliki 40 % hartanah dalam pelan pembangunan Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar". - Kekalkan Kg Baru Milik Eksklusif Melayu, kata Datuk A. Kadir Jasin . Klik DISNI .
40 % amat tingggi kata Perkasa, sila klik disini -Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri , untuk baca laporan selanjutnya.
" Jadi , berdasarkan maklum balas setakat ini, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu sedar sekarang bahawa tidak semudah berjalan di taman. Pentadbiran sebelum ini pun dah mencubanya", Kata Rocky Bru. Klik DISINI .
Raja Nong Chik Pengkhianat Melayu, kata Anak Kuala Lumpur. Klik DISINI .
Kampung Baru Mesti Kekal Milik Melayu, kata Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo Ghazali. Sila klik DISINI - Menteri Halang WP Wakil Rakyat Titiwangsa dari bercakap isu Kg Baru > "Inilah sikap Menteri low class", kata Lo ' Lo. Baca komen tersebut di SINI .
"Kampung Baru hak milik orang melayu jadi sesekali jangan melibatkan kaum lain jika kerajaan mahu bangunkanya. Raja Nong Chik diminta lebih berhati - hati mengeluarkan kenyataan berhubung pelan cadangan Kampung Baru jika melibatkan penglibatan kaum lain. Kita tidak mahu kenyataan itu dikeluarkan jika untuk kepentingan politik", kata Yang Di Pertua Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) Perlis - Utusan Malaysia 1hb Jun 2010.
"Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu ( Mas) Kampung Baru menolak cadangan pemberian 40 % kepada bukan melayu. Mas akan merujuk perkara ini kepada Sultan Selangor", kata Setiausaha Kehormat Mas Shamsuri Suradi - Utusan Malaysia 1hb Jun 2010.
Persoalanya : Kenapa pemimpin - pemimpin UMNO dari WP mendiamkan diri dalam isu ini ? Inikah yang dikatakan kononya mahu memperkasakan melayu bandar ?

Wednesday, June 2, 2010

" BUAT APA SAYA JADI HIPOKRIT " - LEMAN

KUALA LUMPUR , 2 Jun
" Selagi saya menjadi Ketua Bahagian, tentunya Timbalan dan Naib Ketua Bahagian Titiwangsa yang berpotensi menjadi calon yang tidak akan dikenali dikalangan pengundi sebaliknya akan hanya dikenali oleh warga UMNO kira - kira 5, 500 orang dan BN saja.
Buat apa saya jadi hipokrit, sedangkan saya sudah 23 tahun menyandang jawatan itu tanpa pernah sekalipun dicabar. Saya tidak kesal, malah bangga membuat keputusan ini kerana ia berasaskan kajian dan visi saya untuk merampas semula Parlimen Titiwangsa pada pilihanraya akan datang" kata Datuk Seri Suleiman Mohamad . Sila klik disini - Berita Harian Online Ketua UMNO Titiwangsa letak jawatan , untuk baca laporan selanjutnya.
APA KATA ORANG LAIN PULAK ?
"Pengunduran Suleiman Mohamad dari jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa sesungguhnya memeranjatkan dan dan di luar dugaan. Saya mendapat khabar itu dengan rasa terkejut dan sama sekali tidak menduga beliau mengambil keputusan tersebut sewaktu UMNO khususnya di Wilayah Persekutuan sedang berhadapan dengan pelbagai dugaan", kata Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee.
Untuk rekod , di blog Syed Ali juga , Pengendali blog tersebut turut menjawab satu tuduhan yang dilemparkan oleh seorang pembaca dalam ruangan komen di Wilayahkini baru - baru berhubung laporan Suleiman Mohamad. Sila klik DISINI, untuk baca laporan sepenuhnya.