Thursday, October 29, 2009

INSIDEN TUMBUK MENUMBUK- DI MESYUARAT PEMUDA UMNO TITIWANGSA MACAM FILEM "BRUCE LEE" ?

EKSKLUSIF @ Wilayahkini
KUALA LUMPUR 29 Okt,
Aduhh, selepas berita lontaran "sms" yang melibatkan pemimpin utama UMNO di WP mengamatkan suasana politik di Wilayah Persekutuan baru - baru, kini Wilayahkini dapat satu lagi berita yang panas, tapi kali ini insiden tumbuk - menumbuk macam filem "Bruce Lee". Wilayahkini dengar berlaku pergaduhan di mesyuarat khas Pemuda UMNO Tiitiwangsa pada 23 Oktober lepas yangmelibatkan Ketua Pemudanya Idham Yasser Suleiman dan Naib Ketua Pemudanya Nazir Hussin. Di fahamkan Idham Yasser yang juga anak kepada Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad dan Nazir Hussin yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat laporan polis berikutan insiden tersebut.
Wilayahkini dengar Nazir Hussin dikatakan telah ditumbuk oleh Idham Yasser Suleiman ketika mesyuarat khas sedang berjalan dan di saksikan oleh barisan AJK Pemuda UMNO Titiwangsa. Namun, Wilayahkini tidak dapat pastikan apa yang sebenarnya telah berlaku kerana macam - macam yang kami dengar ?
Wilayahkini juga difahamkan Nazir Hussin telah dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin UMNO semalam.Apa yang sebenarnya berlaku ? Kenapa sampai nak bertumbuk pulak ? Sementara itu, Datuk Seri Suleiman yang di ibaratkan sebagai Ironman UMNO Wilayah Persekutuan pula pening dengan insiden tersebut ?
Apa nak jadi ? Wilayahkini akan cuba mendapatkan cerita yang sebenar disebalik insiden tersebut kerana kita tidak mahu faktanya dimanipulasikan oleh pihak - pihak yang tertentu. Mungkin, ahli - ahli Pemuda dari Titiwangsa dapat hantar komen mereka. Wilayahkini akan menyiarkan komen anda termasuk dari Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda.

Sunday, October 25, 2009

LONTARAN SMS, CIUM TANGAN , SALAM PERSAHABATAN DAN LAIN - LAIN LAGI PANASKAN POLITIK WP ...........

CAKAP - CAKAP POLITIK @ Wilayahkini
Perkembangan politik Wilayah dikatakan semakin panas ketika ini. Ini semua dikatakan gara - gara letupan sebuah " sms " yang cukup panas melibatkan pemimpin - pemimpin utama di Wilayah Persekutuan. Wilayahkini dengar ramai yang sudah mula bercerita dan berbalas"forward" sms tersebut. Malah cakap - cakap politik juga semakin hangat dikalangan ahli - ahli UMNO di Wilayah Persekutuan. Kami dengar sms tu sampai dah melayang ke seluruh negara ? Betulker ? Nak Baca kandungan sms tersebut ? Sila klik DISINI.
Wilayahkini juga ada menerima kandungan emel tersebut semasa hari perhimpunan agung UMNO minggu lepas. Sejauh mana kebenaranya dan kandunganya - sukar di pastikan namun, beberapa kronologi kandungan sms tersebut boleh membuatkan kita " berfikir " banyak kali .
Sebelum sms ini berterbangan , insiden di Janda Baik semasa retreat UMNO pula menjadi topik panas. Di mana pada majlis tersebut, dikatakan Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi dipanggil untuk bersalam dengan Naib Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Rauf. Manakala , Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik pula mencium tangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Manakala Datuk Seri Zulhasnan Rafique pula dipanggil untuk bersalaman dengan Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee. Sila klik disini - Hurt festers despite Umno hug fest , laporan Malaysian Insider.
Kenapa mereka dipanggil ? Dikatakan untuk menyelesaikan kemelut politik di Wilayah Persekutuan. Dahlah, ramai sangat " warlords " di Wilayah Persekutuan samapi jawatan Pengerusi Perhubungan pun terlepas tangan kat orang Johor.
Siapa mencetuskan masalah di Wilayah Persekutuan ? Dulu dan kini ?
Wilayahkini juga dengar ada pemimpin yang dipanggil untuk berbuat demikian tak berapa puas hati dengan insiden tersebut. Ada pula berpandangan " ini bukan caranya". Ada pula yang kata "kenapa baru nak buat ?" Siapa yang buat hal dulu ? " Macam - macam yang kami dengar.Terpulanglah kepada ahli - ahli untuk menentukanya.
Apakah kemelut politik di Wilayah Persekutuan dapat didamaikan kembali selepas ini selepas insiatif di Janda Baik ?
UMNO WP MAHU WANGSA MAJU DAN BANDAR TUN RAZAK ?
Difahamkan pada retreat tersebut ,UMNO Wilayah Persekutuan telah mengemukakan cadangan supaya Parlimen Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak yang kini diperuntukkan kepada MCA diberikan kepada UMNO kerana majoritinya pengundi melayu.
PERSOALAN yang timbul dan apa komen Wilayahkini ?
Selepas dikemaskinikan pada 30hb Okt 2008......
" Apakah kandungan sms tersebut betul ? Apakah memang betul berlaku sebarang usaha untuk menjatuhkan pemimpin - pemimpin UMNO tertentu di WP ? Apakah ini merupakan satu perbuatan cantas mencantas ? tikam dari belakang ataupun konspirasi ? UMNO pusat perlu siasat SEGERA kandungan sms tersebut dengan serius. Ini kerana berdasarkan banyak komen yang kami terima, isu ini semakin sensasi bukan sahaja di KL tapi di seluruh Malaysia. Kita tunggu dan lihat apakah tindakan dari UMNO pusat selepas ini ?

Thursday, October 22, 2009

AHLI PARLIMEN BATU TIAN CHUA DI DAPATI BERSALAH ; PILIHANRAYA KECIL DI BATU ?

KUALA LUMPUR 22 Okt,
SELEPAS DI KEMASKINIKAN - Tian Chua di jatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3000. Bagaimanapun Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.
ZAID CALON PKR KALAU ADA PRK ?
Sementara itu, sudah ada spekulasi yang kuat yang mengatakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim akan dipilih sebagai calon PKR sekiranya berlaku Pilihanraya Kecil pada suatu masa nanti.
BERITA SEBELUM INI.......
Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang juga merupakan Ketua Penerangan Parti PKR di dapati bersalah oleh mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan mengigit seorang anggota polis dan menghalangnya menjalankan tugas. Sementara itu, hukuman akan dijatuhkan selepas Majistret mendengar rayuan selepas rehat nanti. Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau denda yang dikenakan melebihi RM 2000 maka Tian Chua akan hilang hak kelayakanya sebagai Ahli Parlimen Batu. Apakah akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil ? Kita sama - sama tunggu. Sila klik DISINI, untuk laporan dari Malaysiakini. Untuk rekod, pada PRU yang ke 12, Tian Chua menewaskan calon BN, Lim Si Pin dari Gerakan.

Monday, October 12, 2009

UMNO WP MAHUKAN KERUSI BANDAR TUN RAZAK ? MAJLIS RAYA SYED ABDUL RAHMAN ALHABSHEE GEGARKAN PARLIMEN BTR !

" Semoga Bandar Tun Razak ini kalau ikutnya roh dan semangat Tun Razak itu, jangan lupa bila tiba masanya, kembalikanlah Bandar Tun Razak ini " kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Jamuan Hari Raya 1 Malaysia Bersama Perdana Menteri dan Isteri di perkarangan kawasan perumahan Seri Melaka , Parlimen Bandar Tun Razak Ahad lepas.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee. Di fahamkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang juga merupakan Timbalan Pengerusi UMNO WP tidak hadir tetapi dihadiri oleh orang kuat Wilayah Persekutuan ketika ini iaitu Setiausahanya Datuk Syed Ali Alhabshee. Turut hadir Pemangku Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak.
Majlis tersebut dikatakan telah mengegarkan Parlimen Bandar Tun Razak kerana lebih daripada 10 ribu orang telah berpusu - pusu hadir menjayakan majlis tersebut sambil bersalaman dengan Perdana Menteri dan isterinya.
Ramai yang hadir dikatakan tergamam dengan pengaruh yang dimiliki oleh Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee di Parlimen Bandar Tun Razak.
UMNO WP MAHU KERUSI BTR PADA PRU KE 13 ?
Sementara itu, sudah ada cakap - cakap politik bahawa UMNO Wilayah Persekutuan mahukan kerusi Bandar Tun Razak pada PRU yang ke 13 nanti. Parlimen Bandar Tun Razak kini dimiliki oleh MCA. Pada PRU yang ke 12 lepas, penyandang Datuk Seri Tan Chai Ho tewas ditangan Tan Sri Khalid Ibrahim. Di fahamkan, parlimen Bandar Tun Razak majorotinya pengundi melayu iaiatu seramai 55 %. UMNO juga dikatakan menuntut kerusi Parlimen Bandar Tun Razak kerana majoritinya pengundi melayu di sana. Cadangan tersebut dikatakan telah dikemukakan ke pucuk pimpinan tertinggi parti.
SIAPA CALON UMNO KALAU MENJADI ......
Sudah ada pelbagai ramalan dan desus - desus dimana Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee akan dipilih sebagai calon sekiranya UMNO dapat bertanding di sana. Sebelum ini, ada cerita - cerita politik yang kuat mengatakan Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee akan dipilih sebagai calon UMNO di Bandar Tun Razak sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim letak jawatan sebagai Ahli Parlimen - ekoran dari kes mahkamah dulu. Apakah akan ada kes " lompat kawasan" di Parlimen WP pada PRU yang ke 13 nanti ?
Apapun, mesej PM kepada pengundi ialah - " KEMBALIKAN BANDAR TUN RAZAK ".
(Gambar file , Datuk Seri Najib bersama Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee )

Thursday, October 8, 2009

" KENAPA SAMPAI TIGA WAKIL DARI PARLIMEN BATU ? "

Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat DBKL dipertikaikan ! Kenapa sampai tiga orang dari Parlimen yang sama perlu di lantik ? Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang baru menyaksikan tiga Ketua Bahagian dari Parlimen Batu di lantik ke jawatan tersebut iaitu Ketua UMNO Bahagian Batu Yahya Mat Ghani, Ketua MIC Batu Ramanathan dan Ketua Parti Gerakan Bahagian Batu Lim Si Pin.
Sepatutnya perlu ada wakil - wakil daripada 11 parlimen di Kuala Lumpur. Nampak sangat perlantikan kali ini dipengaruhi unsur - unsur politik.
Ada yang cadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan sepatutnya melantik wakil - wakil di kalangan profesional, wakil persatuan pengguna dan juga wakil - wakil dari NGO supaya nasib rakyat lebih terjamin.
Perlantikan tiga pemimpin dari Parlimen Batu sesuatu yang " luar biasa".
PPP WP Wilayah Persekutuan kecewa kerana masih tidak diberikan peluang walaupun sudah 15 tahun berjuang - melobi untuk jawatan tersebut. Sila klik DISINI, untuk baca reaksi PPP WP.
Sila klik -Mixed reactions to list , untuk baca komen - komen yang diberikan oleh pemimpin masyarakat mengenai perlantikan tersebut di Akhbar Star hari ini.
Sementara itu, ada cakap - cakap di kalangan ahli - ahli UMNO kenapa wakil Pemuda dipinggirkan sedangkan ada ramai pemimpin Pemuda UMNO yang berwibawa di Wilayah Persekutuan ? Sepatutnya Pemuda WP diberikan peluang kali ini kata mereka.
Perlantikan Ketua Wanita Lembah Pantai Datuk Sharifah Aminah dikatakan menggantikan tempat Ketua Wanita Bukit Bintang Marriany Mohammad Yit.
" Kenapa pula wakil dari Lembah Pantai yang perlu diutamakan sedangkan kita ada Menteri dari Lembah Pantai dan Setpolnya juga dari Lembah Pantai " , kata seorang pembaca dalam emelnya ke Wilayahkini. Namun ada yang kata, ia adalah hak mutlak Menteri Wilayah Persekutuan untuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkanya.
Sementara itu , DAP dan PKR dijangka akan melantik dua wakilnya melalui dua kouta yang diperuntukkan kepada negeri Selangor kata Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai. Sila klik DISINI , untuk baca berita tersebut.
( Gambar : Yahya dan Lim Si Pin, Chandrakumanan dan graf dari Akhbar Star )

Tuesday, October 6, 2009

MUSTAPHA, ABAS ( BATU ) DAN SAHARIFAH AMINAH DI LANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENASIHAT DBKL !

KUALA LUMPUR 6 Okt, ( Selepas dikemaskinikan )
Tiga wakil daripada UMNO di Kuala Lumpur telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL kali ini - dimana dua Ketua Bahagian baru telah mendapat mandat tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Seputeh Mustapha Kamal dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL hari ini. Beliau menerima surat perlantikanya dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik pagi tadi. Mustapha menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seputeh setelah menewaskan penyandangnya Datuk Hisham pada pemilihan yang lepas.
Perlantikan beliau sebagai , Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang baru difahamkan melalui kuota yang diperuntukkan kepada UMNO. Beliau yang dikatakan begitu akrab dengan Raja Nong Chik kini dilihat akan memainkan peranan yang penting untuk warga UMNO di Kuala Lumpur dalam menangani permasalahan yang timbul khususnya melibatkan DBKL. Kita tunggu dan lihat .....! Sementara itu, Pemuda UMNO Seputeh mengucapkan tahnniah diatas perlantikan bos mereka- Klik DISINI
Ketua UMNO Batu Yahya Mat Ghani @ Abas turut dilantik sebagai Penasihat DBKL. Abas yang turut menewaskan penyandang Ketua Bahagian Batu Datuk Yusuff Hamid dalam saingan yang penuh dengan pelbagai kontroversi.
Turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL ialah , Ketua Wanita UMNO Lembah Pantai Datuk Sharifah Aminah.
Perlantikan Abas dan Mustapha dilihat sebagai satu episod menarik dalam perkembangan UMNO Wilayah Persekutuan.
Selain Abas, dua lagi Ketua Bahagian dari Batu iaitu - Ketua MIC Bahagian Batu Ramanathan dan Ketua Bahagian Gerakan Batu - Lim Si Pin yang tewas pada PRU yang ke 12 lalu turut dilantik ke jawatan tersebut. Ini bermakna, Batu bakal diwakili tiga orang kuat dari komponen BN.

Monday, October 5, 2009

ISU SURAT : BUKTIKAN ; KU NAN DI CABAR OLEH PAS !

BUKTIKAN ! Naib Presiden Pas , Salahuddin Ayub mencabar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuktikan kesahihan surat fitnah yang didakwanya diedarkan oleh pihak pembangkang. Sila klik -mStar Online : Surat fitnah: PAS cabar Umno buktikan pembangkang terlibat , untuk baca berita penuh. Nampaknya Tengku Adnan pula kini menjadi perhatian di sebalik celah - celah kehangatan kempen PRK Bagan Pinang.

Sunday, October 4, 2009

DR LO ' LO MULA MUNCUL DI KHALAYAK RAMAI !

KUALA LUMPUR 4 Okt,
Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo ' Lo Ghazali kini sudah mula muncul dikhalayak ramai selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara ( IJN ) baru - baru ini. Kemunculan Dr Lo ' Lo juga dikatakan telah menamatkan pelbagai spekulasi yang tersebar cukup kencang sebelum ini dimana beliau dikatakan akan meletakkan jawatanya sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa kerana masalah kesihatan. Beliau menziarahi pelakon terkenal Norlia Ghani ( Joyah )Isnin lepas selepas pelakon itu kematian anaknya , Edi Rizal Ramli yang jatuh dari pangsapuri ketika cuba menangkap pencuri. Baca selanjutnya di blog Dr Lo ' Lo di DISINI.

" SURAT PALSU " KATA TENGKU ADNAN !

KUALA LUMPUR 4 Okt,
Tiba - tiba kempen pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang menjadi panas pula dengan gara - gara kandungan surat palsu yang dikatakan mengunakkan kepala surat rasmi Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kononya ditandatangani oleh beliau. Namun Tengku Adnan telah menafikanya dan berkata ia telah dipalsukan oleh pihak pembangkang.
Antara kandungan surat tersebut ialah " Pihak Majlis Tertinggi UMNO amat dukacita memaklumkan bahawa calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan terpaksa di tolak oleh kerana Presiden parti mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang"
Tengku Adnan memberitahu kepada Bernama bahawa surat berunsur fitnah itu kini sudah diedarkan secara meluas disekitar kawasan Bagan Pinang dalam usaha untuk memecah belahkan UMNO yang dilihat begitu utuh di Bagan Pinang. Baca komen penuh Tengku Adnan -BERNAMA - Tengku Adnan Dedah Pengedaran Surat Palsu Guna Nama Beliau .
Sementara itu, Tengku Adnan juga berkata UMNO akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang - undang terhadap pihak yang mengedarkan surat palsu yang bertujuan memecahbelahkan hubungan antara ibu pejabat UMNO, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan UMNO Bahagian Teluk Kemang khususnya.
" Jangan gunakan cara kotor untuk berkempen... saya ingin menasihatkan mereka supaya kalau nak berkempen, gunakan kaedah yang lebih sihat. Jangan suka memfitnah semata - mata mahu meraih undi untuk sokongan", katanya kepada Mstar hari ini. Sila klik DISINI, untuk baca komenya di Mstar.