UPDATE TERKINI : Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dikatakan telah menemui hampir semua perwakilan pemuda UMNO dari seluruh Malaysia dan dikatakan boleh memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sila klik DISINIBERITA SEBELUM INI...........
KUALA LUMPUR -- Bahang pemilihan pucuk pimpinan tertinggi di UMNO khususnya di peringkat Pemuda UMNO Malaysia dikatakan sudah sampai ke tahap yang sungguh mencemaskan walaupun ada tiga bulan lagi untuk tempoh mengundi.Sekiranya dulu nama Datuk Mukhriz Mahathir dijulang sebagai pilihani no 1 , tetapi kini cakap -cakap politik sudah mula dilihat memihak kepada Datuk Seri Khir Toyo manakala nasib Khairy Jamaluddin dikatakan masih samar - samar lagi. Namun dikatakan , Khairy akan bangkit semula dalam saat -saat terakhir sebelum pemilihan parti.
Yang paling menarik sekali ialah , siapakah yang menjadi pilihan perwakilan dari Wilayah Persekutuan kali ini ? KJ ? Mukhriz atapun Khir Toyo ?
Beberapa pemimpin Pemuda yang ditemui oleh Wilayahkini berpendapat " memang terlalu awal untuk diramalkan peluang ketiga - tiga mereka.Kerana ini baru masuk pusingan awal. Kita perlu tunggu sanpai beberapa pusingan lagi".
Ada pula yang berpendapat , aliran tunai semakin tinggi dan ianya bergantung kepada cara dan strategi yang digunakan.
" Jangan kira mengenai pencalonan.Sekiranya Pemuda Titiwangsa dan Pemuda Putrajaya mencalonkan Muhkhriz , tidak semestinya mereka akan mendapat undi. Sama juga bahagian - bahagian lain di Wilayah Persekutuan " , kata seorang bekas Ketua Pemuda Bahagian kepada Wilayahkini.
Namun, difahamkan diatas kertas menyaksikan peluang Mukhriz Mahathir dikatakan amat cerah mendominasi undi - undi dari perwakilan Wilayah Persekutuan . Kali ini Wilayah Persekutuan menyaksikan 10 bahagian telah menerima kepimpinan bari diperingkat Pemuda. Apakah pandangan dan citarasa mereka ?