Tuesday, July 14, 2009

100 HARI PERTAMA RAJA NONG CHIK SEBAGAI MENTERI WP ; MAMPUKAH WP BANGKIT SEMULA ?

KUALA LUMPUR Julai 14
Analisis Berita Wilayahkini
Apabila Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, ramai tertanya - tanya siapakah beliau. Ia kerana dalam dunia politik walaupun memegang jawatan Ketua Bahagian Lembah Pantai, namun Raja Nong Chik tidaklah begitu menonjol. Bagaimanapun semua itu hanya menjadi catatan, apa yang lebih penting ialah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau sebagai Menteri. Ini adalah mukadimah yang tersiar dalam Mingguan Malaysa baru - baru ini. Klik DISINI
Semalam akhbar Star pula dalam ruangan Star Metro pula menyiarkan wawancara Raja Nong Chik menjelang seratus harinya dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Dalam wawancara tersebut Raja Nong Chik menjawab pelbagai isu termasuk mengenai insiden " Menghina Kaum Wanita yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo ' Lo Ghazali baru - baru ini, insiden kebakaran di Kampung Kerinchi, Insiden Setinggan di Jinjang, mengenai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Dalam soalan pertama yang diajukan mengenai "What di you like and dislike most about being FT Minister" , Raja Nong Chik jawab "I like dealing with the rakyat but not the politcs". katanya. Sila klik disini -100 days at the helm untuk membaca wawancara penuh Raja Nong Chik.
Mungkin seratus hari pertama ini dapat menguji tahap kepimpinan seseorang pemimpin. Sifat dan juga caranya. Raja Nong Chik dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Raja Nong Chik seorang Ketua Bahagian biasa. Beliau diangkat sebagai seorang Senator, Menteri, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dengan sekelip mata atas tiket politik juga melalui parti UMNO. Suka tak suka, segalanya bermula dari politik dan tamat juga digelanggang politik. Baru - baru ini, semasa berucap di majlis perjumpaan dengan NGO - NGO India , Raja Nong Chik berkata KPI nya ialah menang semula Wilayah Persekutuan dari pihak pembangkang. Ini juga melibatkan politik.
Riwayat politik BN di Kuala Lumpur kini berada ditanganya. Mungkin TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi UMNO dan BNWP atas dasar membantu melancarkan pergerakan politik di Wilayah Persekutuan yang terlalu kuat "politicking dan Warlordnya". Kerana sebab itulah ,orang Wilayah sendiri tak dapat peluang jadi Pengerusi Perhubungan. Akhirnya orang Johor pula terpaksa "duduk dan jaga " WP.
Hanya Zulhasnan Rafique ( Setiawangsa ) menjadi wakil tunggal BN dan UMNO di KL manakala Tengku Adnan di Putrajaya manakala Yusuf Mahal di Labuan. Wilayah Persekutuan meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 Parlimen), WP Putrajaya (1Parlimen) dan WP Labuan(1Parlimen).
Zulhasnan Rafique yang juga menang sebagai Ahli MT UMNO pada pemilihan UMNO lepas telah digugurkan dari jawatan Kabinet. Tengku Adnan yang disebut - sebut akan ambil alih tempat Zulhasnan Rafique di kabinet kerana kepimpinanya yang tajam dan berani juga tak kesampaian mencapai hasrat tersebut walaupun bergelar "YB Putrajaya". Akhirnya Tengku Adnan dapat juga jadi Setiausaha Agung UMNO dan BN. Itupun kami dengar ramai tak suka dan tak puas hati.
Kenapa begini ? Kita kena sokong orang WP masih dapat mempertahankan jawatan Setiausaha Agung UMNO dan BN, kata seorang pemimpin UMNO dari WP kepada Wilayahkini.
Sekiranya dulu semasa menjadi Menteri WP dan Pengerusi BN dan UMNO, Zulhasnan Rafique dikritik kerana kegagalan BN mempertahankan kerusi di Kuala Lumpur oleh beberapa pemimpin UMNO sendiri, kini bola berada di kaki Raja Nong Chik, Syed Ali Alhabshee - Setiausaha UMNO WP, Dr. Shafie Abdullah - Ketua Penerangan UMNO WP dan juga beberapa pemimpin UMNO lagi untuk memperkukuhkan lagi UMNO dan BN WP. Mereka sedang diawasi dan juga diperhatikan. Masing - masing ada KPI mereka sendiri . Jangan kita nak buang masa untuk buat bising dan buat " media statement " untuk isu - isu lain. Jagalah isu - isu di Lembah Pantai , Cheras, Bandar Tun Razak dan kawasan - kawasan lain yang kuatnya pengaruh pembangkang. Gunakan jawatan yang diberikan untuk " suarakan nasib warga kota di Kuala Lumpur". Banyak sangat isu di Kuala Lumpur. Barulah kita dapat bangkit. Kalau kita sibuk dengan isu nasional aja, tak perlu lah jadi pemimpin di KL, kata pemerhati politik di Kuala Lumpur.
Walaupun dalam tempoh seratus hari ini, Raja Nong Chik telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan termasuk keretanya disepak ketika membuat lawatan kebakaran di Kampung Kerinchi baru - baru ini, tetapi beliau memang seorang pemimpin yang rajin turun padang selaras dengan konsep Rakyat Di Dahulukan , Pencapaian Di Utamakan. Beliau lebih menumpukan isu - isu mengenai kebajikan rakyat di Wilayah Persekutuan. Walaupun bergelar sebagai Ahli MT, beliau tetap mendahulukan rakyat dan isu - isu di KL dan bukan seperti segelintir pemimpin yang bersikap "retorik" - banyak bercakap.
Sekiranya dulu Zulhasnan Rafique berani berdepan dengan Pakatan Rakyat di Parlimen mahupun digelanggang politik tapi Raja Nong Chik pula cuba elakkan elemen "Konfrantasi dan politik " dengan wakil Pakatan Rakyat di KL.
Sebagai Wakil Kerajaan , Raja Nong Chik mempunyai tugas dan tanggugjawabnya. Manakala sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh Rakyat Zulhasnan, Tengku Adnan dan Yusuf Mahal pula boleh memainkan peranan masing - masing sepertimana dulu Zulhasnan dan Tengku Adnan mengegarkan Parlimen dengan hujah - hujah mereka.

Saturday, July 11, 2009

PAK LAH HADIR MAJLIS UMNO CHERAS : DULU KENA PULUN ; SEKARANG DI PUJI DAN DI ANGKAT ; SAYA BUKAN AHLI UMNO YANG BEKU KATA SYED ALI !

KUALA LUMPUR Julai 11
" Petang tadi ( beberapa jam sebelum majlis bermula ), saya ada menerima pesanan sms , bunyinya begini : "Kenapa Pak Lah sudi hadir pada majlis anjuran UMNO Cheras, sedangkan Syed Ali adalah antara pemimpin UMNO yang lantang menegur dan mengkritik kepimpinan Pak Lah".
Pada malam ini, biarlah saya jelaskan, bahawa hubungan saya dengan Pak Lah sudah lama terjalin, terlalu akrab, seperti seorang ayah dan anak. Malah Pak Lah juga sudah sinonim dengan UMNO Bahagian Cheras. Terimakasih Pak Lah kerana sudir hadir bersama kita pada malam ini.
Memang saya pernah menegur dan mengkritik kepimpinan Pak Lah, tetapi kritikan saya itu dibuat dengan niat yang bersih , telus dan ikhlas. Saya kasihkan Pak Lah dan sayangkan UMNO. Saya tegur Pak Lah pada suatu ketika kerana Pak Lah adalah Presiden parti saya, Perdana Menteri kita . Begitulah intipati ucapan Ketua UMNO Cheras , Datuk Syed Ali Alhabshee di Majlis " Sejunjung Kasih Setulus Ingatan " anjuran UMNO Cheras di Hotel Nikko Malam tadi. Nak baca ucapan penuh Syed Ali , sila klik -umno bahagian cheras: Saya bukan ahli UMNO yang beku dan ikut telunjuk ' - Syed Ali
Ramai juga tertanya - tanya dengan kehadiran Pak Lah ke majlis tersebut malam tadi kerana Syed Ali memang lantang mengkritik kepimpinan Pak Lah selepas PRU yang ke 12. Malah beliau turut menyuarakan proses Peralihan Kuasa diadakan pada bulan Disember lepas dan banyak komen - komen lagi. Salah satu dari komen beliau, klik DISINI. Namun Syed Ali kini sudah menjelaskan segala - galanya. Itu adalah hak beliau dan pandanganya.
Tahnniah juga kepada UMNO Cheras yang berjaya menganjurkan dua buah majlis di Hotel betaraf lima bintang walaupun keadaan ekonomi tak berapa baik dalam masa yang terdekat ini.Baru - baru ini sambutan 15 thn UMNO Cheras yang dihadiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sudah 15 tahun Cheras sudah berada di bawah kuasa pembangkang, Kita harap, suatu hari nanti Cheras boleh dimiliki oleh BN.
(NOTA : Gambar kenangan Pak Lah bersama Syed Ali , di suatu majlis dulu )

PUTERI KENA SEDIA HADAPI CABARAN - ZAUYAH ZAINUDDIN !

KUALA LUMPUR Julai 6
Ketua Puteri UMNO Bandar Tun Razak Zauyah Zainuddin yang juga merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyarankan kepimpinan di peringkat puteri perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang dan memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan.
" Mereka perlu lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara dan memikirkan kebaikan dan kesanya dimasa akan datang. Selain itu, sebagai wanita masa ini mereka sering dibebani dengan banyak perkara terutamaya masalah rumah tangga sekaligus menyebabkan mereka wajar memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan", katanya.
Katanya, cabaran yang dihadapi oleh Puteri secara umumnya amat besar dan mereka perlu bijak menangani dalam apa jua situasi. - Sumber akhbar Sinar Harian ( 6hb Julai 2009 )
( Gambar diatas - dimajlis Jasamu Di Kenang , anjuran Puteri UMNO Bandar Tun Razak baru - baru ini, yang turut dihadiri oleh bekas Ketua Puteri Nasional Datuk Noraini dan juga bekas Naib Ketua Puteri WP Datin Seri Ismalina. Majlis tersebut berkonsepkan "ala bollywood" )

Thursday, July 2, 2009

INSIDEN KEBAKARAN DI KAMPUNG KERINCHI ; MACAM - MACAM TERJADI ; KERETA MENTERI WP DISEPAK ; LAPORAN POLIS TELAH DI BUAT ; DI MANA TAHAP KESELAMATAN ?

KUALA LUMPUR Julai 2
INSIDEN 1
Sejak dua hari lepas Kuala Lumpur panas mengenai insiden kebakaran di Kampung B , Kampung Kerinchi yang terletak dibawah Parlimen Lembah Pantai. Kejadian tersebut melibatkan empat keluarga. Namun disebalik insiden tersebut telah berlaku beberapa insiden - insiden panas. Dikatakan kereta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik diketuk dan di ditendang oleh beberapa orang ketika beliau turun padang melawat mangsa kebakaran.
Berikutan dengan insiden tersebut Raja Nong Chik yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai telah membuat laporan polis.
Raja Nong Chik dipetik berkata, pada hari kejadian, beliau turun padang melawat kawasan kejadian dan menawarkan bantuan kepada semua mangsa, tetapi pelawaan itu ditolak secara kasar oleh seorang mangsa yang kemudianya turut menyepak pintu keretanya.
" Saya sudah melaporkan perkara itu kepada polis dan ingin menegaskan bahawa pada masa rakyat menghadapi bencana, kerajaan tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih", katanya. Sila klik - Berita Harian Online , untuk berita selanjutnya.
INSIDEN NO 2
Selepas insiden tersebut, semalam Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pula turun padang bersama Raja Nong Chik, Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk melawat mangsa kebakaran serta untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Namun majlis tersebut juga menjadi kecoh buat seketika, apabila seorang wanita menjerit kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan tindakan penyerahan bantuan pada hari itu tidak adil , ketika Rosmah melawat mangsa kebakaran itu, semalam.
Mengulas mengenai isiden tersebut, Raja Nong Chik berkata sepertimana yang dilaporkan di Akhbar Sinar Harian hari ini "Pada majlis sumbangan barangan keperluan pada malam hari kejadiaan, suaminya tidak mahu menerima sumbangan yang diberikan di Pejabat UMNO Bahagian dan Pegawai saya sudah tawarkan rumah kepada dia tetapi di menolak. Apa boleh kita buat kalau dia tak nak rumah. Dalam masalah ini, soal politik tidak timbul. Saya difahamkan dia orang kuat pihak sana (pembangkang). Sekarang ini kalau dia datang, kita akan bagi.Tapi hari ini mungkin suami tak nak tapi isteri nak", katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Ahmad Fuad Ismail ketika ditanya berhubung dakwaan penduduk bahawa kebakaran itu sengaja dicetuskan DBKL, bagaimanapun beliau menafikan perkara berkenaan.
"Itu dakwaan dosa besar. Kalau ada bukti tidak apa, tapi ini tidak ada bukti".
Selain sumbangan RM 1, 000 daripada BAKTI, keluarga yang terlibat turut menerima sumbangan RM 1, 000 dari Yayasan Wilayah Persekutuan dan dari DBKL sebanyak RM 836 setiap keluarga.
Rosmah juga menasihatkan penduduk yang masih tinggal di kawasan setinggan supaya berpindah ke penempatan baru yang disediakan kerajaan kerana kawasan itu lebih selesa dan selamat.
Kehadiran Rosmah juga tidak dijangka oleh beberapa mangsa kebakaran. Ternyata mereka begitu gembira dengan kehadiran beliau untuk melawat mereka sambil menghulurkan bantuan.
Sementara itu, Wilayahkini turut menerima beberapa emel dari pembaca yang nyata begitu marah dengan kejadian tersebut. Mereka berkata, kerajaan BN sentiasa menghulurkan bantuan tanpa pilih kasih kepada semua orang tetapi ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, kata mereka.

Wednesday, July 1, 2009

ISU KAMPUNG PADANG BALANG : RAJA NONG CHIK ARAH DATUK BANDAR TURUN PADANG DAN BUAT SESSI PERTEMUAN !

KUALA LUMPUR Julai 1
"HANYA SALAH FAHAM" , kata Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin berhubung isu Kampung Padang Balang .
Menurut Raja Nong Chik , pihaknya telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur agar mengadakan sessi pertemuan dengan penduduk dan badan bukan kerajaan ( NGO) bagi menjelaskan isu ini.
" Sebagai sebuah kampung tradisi diatas tanah rezab Melayu, kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib penduduk. Apa juga pandangan dan permintaan mereka akan diambil kira.
Kami tidak mahu ada kampung - kampung Melayu tercicir dalam usaha - usaha pembangunan yang dilakukan, sama seperti Kampung Baru", ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, kenyataan Datuk Bandar sebenarnya bukanlah merujuk kepada penduduk kampung berkenaan tetapi kampung - kampung lain yang berdekatan seperti Kampung Puah dan Kampung Chubadak. Sila klik -Utusan Malaysia Online - Kota , untuk baca berita selanjutnya. Kita tunggu reaksi Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Ahmad Fuad yang dikatakan seorang yang - berwawasan.