Saturday, November 29, 2008

ZAID IBRAHIM HADIR DI KONVENSYEN PKR HARI INI !

KUALA LUMPUR -- Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden SAPP Datuk Yong Tek Lee merupakan diantara tetamu khas yang hadir pada persidangan konvensyen PKR di Shah Alam pagi tadi. Kehadiran Zaid yang juga merupakan bekas Senator , menjadi perhatian pelbagi pihak.
Zaid yang baru - baru ini menerima surat tunjuk sebab dari UMNO kini sudah tentu bakal berdepan dengan satu lagi situasi politik yang cukup berlainan.
( Gambar : Malaysiakini, Zaid dan Yong )

IKLANKAN JAWATAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR KATA KHALID IBRAHIM ; SIAPA GANTI HAKIM ?

KUALA LUMPUR -- Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur di iklankan untuk mencari penggantinya berikutan tempoh Datuk Bandar sekarang Ab Hakim Borhan selama dua tahun bakal tamat pada 11 December depan.
" Sekiranya kerajaan mengambil langkah untuk mengiklankan jawatan tersebut sudah tentu ramai yang akan memohon dan kita boleh memilih calon yang berkelayakan yang terbaik bagi mengisi jawatan tersebut", katanya di Parlimen baru - baru ini.
Kini masa depan Hakim Borhan masih belum diketahui lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai kuasa yang mutlak sama ada untuk untuk mengugurkan Hakim , mengekalkanya ataupun melantik Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru selepas mendapat nasihat daripada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Beberapa nama juga turut dikaitkan dengan pengganti Hakim, termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Bakaruddin Othman , Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ahmad Fuad dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusuff.
Dalam tempoh dua tahun, Hakim dilihat sebagai seorang Datuk Bandar yang " tiada sebarang kontroversi " walaupun beliau dikatakan kurang agresif
Ada yang melihat cadangan Khalid Ibrahim tidak masuk akal dan kurang rasional.Apapun, Kuala Lumpur -- kini semakin panas dengan isu, siapakah bakal Datuk Bandar Kuala Lumpur ?

Thursday, November 27, 2008

KEMPEN TIMBALAN PRESIDEN SEMAKIN PANAS DI WP ; 13 BAHAGIAN DI WP JADI SASARAN ; ALI RUSTAM "POPULAR" DI WP ? MUHYIDDIN TERTINGGAL ?

KUALA LUMPUR -- 13 Bahagian di Wilayah Persekutuan sudah menjadi sasaran bagi penyokong - penyokong dan juga agen - agen calon Timbalan Presiden menjelang pemilihan UMNO mac tahun depan.
Wilayahkini difahamkan Datuk Seri Ali Rustam dikatakan mendapat sokongan yang kuat di Wilayah Persekutuan berbanding dengan dua calon lain iatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhamad Taib. Malah dengar juga cerita - cerita yang mengatakan team Muhyiddin Yassin begitu risau dengan perkembangan tersebut.
Ketika ini, banyak pendekatan dan cara yang digunakan untuk mendekati para perwakilan di Wilayah Persekutuan , mahupun G7 ataupun G6.
Namun, kumpulan G7 dikatakan menjadi sasaran utama mereka. Ramai perwakilan di Wilayah Persekutuan pula dikatakan begitu " selesa" dengan cara Ali Rustam ?
Dari segi pencalonan pula, Ali Rustam mendapat pencalonan daripada Bandar Tun Razak, Kepong, Batu, Lembah Pantai , Setiawangsa dan Segambut.
Manakala Muhyiddin pula mendapat pencalonan dari Cheras, Titiwangsa, Labuan, Cheras, Bukit Bintang, Wangsa Maju dan Putrajaya. Muhamad Taib pula hanya mendapat satu pencalonan dari Seputeh.
Pencalonan yang diterima dari bahagian Setiawangsa yang diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan bahagian Segambut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Senator Datuk Kamaruddin Ambok dikatakan memberi suntikan semangat yang kuat kepada Ali Rustam.

Tuesday, November 25, 2008

KETUA PUTERI LEMBAH PANTAI BARU TETAPKAN TIGA AGENDA UTAMA !

KUALA LUMPUR -- Ketua Pergerakan Puteri UMNO Lembah Pantai Nor Asyikin Jaafar yang berjaya menumbangkan orang kuat puteri UMNO Malaysia Nolee Ashilin bagi jawatan Ketua Puteri baru - baru ini menetapkan tiga agenda utama untuk memperkukuhkan Puteri Lembah Pantai iaitu agenda pilihanraya, memperkukuhkan organisasi puteri di semua peringkat serta membanteras gejala sosial.
Sila klik D I S I N I untuk berita selanjutnya.
Kemenangan Asyikin keatas Nolee yang juga merupakan seorang ADUN dikatakan telah meletupkan suasana di peringkat Puteri Nasional.Kini Nolee sedang bertungkus lumus untuk menang bagi jawatan Naib Ketua Puteri Nasional.
Apakah peluang Asyikin selepas ini di WP ?

Sunday, November 23, 2008

KES POLITIK WANG SEMAKIN PANAS ; APA TINDAKAN SETERUSNYA ?

KUALA LUMPUR -- Macam - macam cerita yang kita dengar mengenai politik wang setiap hari. Malah media massa juga sudah lantang menyuarakan kes mengenai politik wang.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga menyarankan semua orang yang tahu mengenai kes politik wang supaya mendedahkanya di laman blognya baru - baru ini. Tapi ada kes yang dilaporkan pula dikatakan berbentuk fitnah sahaja ? Sila baca - mStar untuk berita selanjutnya !
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad pula hari ini lantang bersuara mengenai RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK , sila klik DISINI.
Bernama pula melaporkan, Badan Pencegah Rasuah negeri Perak telah mengenalpasti beberapa laporan terhadap politik wang dan siasatan sedang dijalankan.

Thursday, November 20, 2008

SHAHRIZAT SUDAH BERSEDIA ; BAGAIMANA PULA WANITA WILAYAH ? FARIDAH DAN AZIZAH SAMAD AKAN BANTU SHAHRIZAT ? SALMAH PIN JADI PERHATIAN DI WP ?

KUALA LUMPUR 20hb , Nov -- Kini segala spekulasi dan ramalan politik mengenai wanita UMNO terjawab akhirnya. Datuk Seri Shahrizat selaku orang no 2 dalam wanita UMNO Malaysia sudah bersedia untuk bertanding jawatan no 1 setelah beberapa episod " yang kurang senang " melanda wanita UMNO baru - baru ini, khususnya melibatkan dirinya. Isu pelan peralihan kuasa terkubur juga akhirnya.
Ketika semua pihak menunggu keputusan Tan Sri Rafidah Aziz , sama ada akan bertanding atau tidak ? Tumpuan juga tertumpu kearah dua orang kuat Rafidah dari Wilayah Persekutuan yang mengepalai senarai kepimpinan tertinggi Wanita UMNO Malaysia.
Ketua Wanita UMNO Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan merupakan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia ( Setiausaha ) dan Senator Datuk Aziziah Samad yang merupakan Ketua Wanita Seputeh pula merupakan Penolong Bendahari ( Bendahari ) Wanita UMNO Malaysia Malaysia. Kedua - dua mereka disifatkan sebagai " orang kanan dan kiri " Rafidah Aziz dalam Wanita UMNO.
Apakah pendirian mereka dalam isu ini ? Apakah mereka berdua akan menyebelahi bos mereka di Wilayah Persekutuan ataupun tidak ? Faridah juga merupakan Naib Ketua Wanita Wilayah Persekutuan.
Apakah Wanita Wilayah Persekutuan akan " go all out " memberikan sokongan kepada Shahrizat ataupun akan ada tangan - tangan tersembunyi menjatuhkanya kali ini ? Ada pula berpandangan, semuanya bergantung kepada keputusan Rafidah Aziz.
SALMAH PIN
Sementara itu, Ketua Wanita Bandar Tun Razak Salmah Pin yang juga merupakan Setiausaha Wanita UMNO Wilayah Persekutuan dilihat sebagai ' orang kepercayaan" Shahrizat di Wilayah Persekutuan .
Malah kepimpinan Salmah Pin yang begitu komited untuk parti, juga mendapat perhatian pelbagai pihak. Salmah di lihat sebagai seorang yang cukup dedikasi dan kuat berkerja demi Wanita UMNO.
Salmah Pin yang bakal bertanding untuk jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia , juga dikatakan salah seorang pemimpin wanita yang perlu diberi perhatian di Wilayah Persekutuan dan juga nasional.
Ketika semua negeri - negeri lain sudah mula bersuara, Di Manakah Suara Wanita UMNO Wilayah Persekutuan ?
( Gambar : Shahrizat dan Rafidah bersama Azizah dan Faridah )

SUDAH DISAHKAN ; SHAHRIZAT UMUM SECARA RASMI BERTANDING KETUA WANITA HARI INI ; APAKAH KEPUTUSAN RAFIDAH SELEPAS INI ?

TERKINI 20hb Nov : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baru sahaja sebentar tadi mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia secara rasmi . Dengan keputusan tersebut, kini isu pelan peralihan kuasa tidak bangkit sama sekali. Kini segala tumpuan tertumpu terhadap Tan Sri Rafidah Aziz, sama ada beliau akan melepaskan jawatanya ataupun mempertahankan jawatanya setelah Shahrizat mengambil pendirian untuk bertanding jawatan Ketua Wanita. Keputusan Shahrizat dilihat satu perkembangan yang cukup dramatik sekali dalam kancah politik Wanita UMNO Malaysia kali ini. Apa seterusnya ?
BERITA SEBELUM INI........
KUALA LUMPUR -- Ketua Wanita Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia akhirnya sudah bersedia untuk mencabar Tan Sri Rafidah bagi merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Shahrizat dijangka membuat pengumuman rasminya Khamis ini.
Penyokong Shahrizat dikatakan begitu bimbang dengan permainan politik Rafidah kerana mereka bimbang Rafidah mempunyai agenda yang tersembunyi dan ianya boleh mengahancurkan karier politik Shahrizat nanti.

Tuesday, November 18, 2008

TAK PERLU MESYUARAT SEMULA : " YES" UNTUK SEPUTEH ; " NO" UNTUK PEMUDA LABUAN ; BATU JUGA TAK PERLU MESYUARAT SEMULA !

KUALA LUMPUR -- Segala ramalan, persepsi dan spekulasi politik Wilayah Persekutuan yang begitu panas sekali baru - baru ini terjawab akhirnya.
UMNO Seputeh Tidak Perlu Bermesyuarat Semula !
Pemuda Labuan diarahkan Bermesyuarat Semula !
UMNO Batu juga Tidak Perlu Bermesyuarat Semula !
Dengan perkembangan terbaru tersebut, kemenangan Mustapha Kamal sebagai Ketua Bahagian Seputeh baru - baru ini adalah SAH. Perkembangan tersebut juga menyaksikan Pemuda, Wanita dan Puteri Seputeh juga tidak perlu bermesyuarat semula.
" Dalam mesyuarat Pengurusan UMNO harui ini, ketetapan mukatamad telah diambil iaitu tidak perlu dibuat semula mesyuarat UMNO Seputeh", kata Mustapha Kamal kepada Utusan .
Mustapha berjaya menewaskan penyandang Datuk Hisham Majid dengan kelebihan 15 undi pada pemilihan yang diadakan pada 26 Oktober lepas.
PEMUDA LABUAN DIARAH MESYUARAT SEMULA
Manakala nasib tidak menyebelahi Pemuda Labuan apabila diarahkan mesyuarat dan pemilihan semula kerana didapati terdapat kesilapan teknikal berkaitan jumlah kertas undi pada mesyuarat yang diadakan pada 1hb November lepas.
Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah mengarahkan Pergerakan Pemuda UMNO Labuan mengadakan semula mesyuaratnya. Pada mesyuarat yang lepas, Tony Noolan menang sebagai Ketua Pemuda setelah mendapat 66 undi , manakala pencabarnya Mohd Rafi Ali Hassan mendapat 32 undi .
BATU JUGA TIDAK PERLU MESYUARAT SEMULA !
Wilayahkini difahamkan mesyuarat Batu juga telah diarahkan supaya tidak perlu bermesyuarat semula. Ini yang berita yang kami terima daripada sumber- sumber yang boleh dipercayai.
Pada pemilihan lepas, Datuk Yusuf Hamid berjaya pertahankan jawatanya dengan kemenangan tipis 5 undi sahaja.

Sunday, November 16, 2008

PUTERI WILAYAH TIDAK BERSATU ? RAMAI NAK TANDING JAWATAN TERTINGGI ? SIAPA BAKAL PEMIMPIN HARAPAN PUTERI DI WILAYAH ? 7 NAMA JADI SEBUTAN ?

KUALA LUMPUR -- " Kenapa Puteri Wilayah Persekutuan Tak Bersatu ? " Inilah soalan yang dilontarkan oleh beberapa pengirim emel kepada Wilayahkini merujuk kepada beberapa berita berhubung Puteri Wilayah di Wilayahkini baru - baru ini. Adakah lontaran tersebut betul ?
Ketua Puteri Wilayah Persekutuan Azlinda Rashad sibuk dengan kempenya bertanding Exco Wanita UMNO Malaysia manakala Naib Ketua Puteri WP , Datin Ismalina pula lebih banyak tertumpu kearah perjuanganya merebut jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Seorang lagi calon dari WP, Saarah pula turut menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri manakala Nolee Ashilin pula nak rebut jawatan Naib Ketua Puteri Malaysia.
Masing - masing sibuk dengan kempen mereka. Nasib puteri - puteri di Wilayah Persekutuan macam mana ? Kenapa ahli - ahli puteri di Wilayah Persekutuan tidak bersatu dibawah satu payung untuk menunjukkan kekuatan kita ? Kenapa ramai sangat wakil Wilayah nak tanding jawatan tertinggi parti ?
Kini banyak harapan disandarkan terhadap beberapa Ketua Puteri Bahagian di Wilayah Persekutuan untuk mencorakkan satu kepimpinan Puteri yang lebih mantap dan efesyen di Wilayah Persekutuan. Beberapa nama yang di sebut - sebut ialah, Nor Asyikin Jaafar ( Ketua Puteri Lembah Pantai ), Azliza Ahmad ( Seputeh ), Seri Wani Sabtu ( Setiawangsa ), Fiona ( Ketua Puteri Segambut ), Norhamiza Zawawi ( Ketua Puteri Putrajaya ) , Zauyah Zainuddin ( Ketua Puteri Bandar Tun Razak ) dan Hazreena Hashim ( Ketua Puteri Batu ). Apa komen ada ?
(Gambar : Azlinda, Zauyah, Hazreena dan Fiona )

Saturday, November 15, 2008

BATTLE OF BATU PART 2 : ADA ATAU TIDAK ?

KUALA LUMPUR -- Pemilihan UMNO Batu yang telah selesai dengan satu aksi - aksi politik yang cukup dramatik masih menjadi perbualan yang hangat di Wilayah Persekutuan.
Wilayahkini difahamkan pemilihan UMNO Batu juga telah mendapat perhatian bahagian - bahagian yang lain dari seluruh negara kerana Batu memang mempunyai simboliknya yang tersendiri dari sejarah politik Wilayah Persekutuan.
Sepertimana yang diketahui umum , Penyandang Datuk Yusuf Hamid berjaya mempertahankan jawatanya dengan kemenangan tipis 5 undi.
Walaupun , Yahya Mat Ghani ( Abas ) tewas , namun hampir 90 % orang - orang Abas dikatakan telah berjaya memenagi jawatan - jawatan lain di bahagian. Kini pula timbul cakap - cakap politik mengenai " pemilihan semula " di Batu ? Sejak beberapa hari yang lepas , Wilayahkini telah mendengar mengenai macam - macam cerita politik mengenai UMNO Batu , khususnya mungkin akan adakah pemilihan semula di Batu ?
Keputusan muktamad dijangka dibuat pada selasa ini. Ada yang meramalkan tiada pemilihan semula , manakala ada pihak pula begitu yakin akan ada pemilihan semula ? Inilah , cakap - cakap politik yang panas di Batu ketika ini.
PEMUDA BATU BUAT LAPORAN POLIS
Malah Wilayahkini juga hampa sendikit apabila beberapa pihak yang cuba menjadikan Wilayahkini sebagai platform untuk melepaskan geram dengan menghantar komen - komen yang berbentuk fitnah serta keceman peribadi terhadap pihak -pihak tertentu dalam ruangan KOMEN Wilayahkini dalam isu pemilihan melibatkan UMNO Batu.
Pergerakan Pemuda UMNO Batu juga telah membuat laporan Polis terhadap komen - komen yang disiarkan oleh di Wilayahkini.
Ketua Pemuda UMNO Batu , Azniee Abdullah berkata, pihaknya mendapati bahagian komen ruangan dalam laman web berkenaan ( Wilayahkini ) terdapat beberapa kenyataan yang didakwa berunsir fitnah dan berniat jahat terhadap individu dalam jawatankuasa pergerakan itu.
Wilayahkini juga hampa kerana, kebebasan bersuara yang diberikan dilaman blog ini telah disalahgunakan oleh pihak - pihak tertentu. Jadikanlah Wilayahkini sebagai laman blog untuk berkongsi maklumat , idea serta cetusan pendapat yang bernas demi kebaikan kita bersama.
Dilema Pemuda Batu : Penglibatan Golongan Muda, sila klik D I S I N I
Kita juga berharap barisan kepimpinan Pemuda UMNO Batu akan dapat memberikan satu imej baru kepada UMNO Batu sepertimana dulu.Kami juga berharap, semua pihak dapat berkerjasama antara satu sama lain demi memperjuangkan nasib dan bangsa kita.
Salam Perjuangan dari kami - Pengarang Wilayahkini.
(Gambar daripada Pemuda IKS Batu - Terimakasih )

Friday, November 14, 2008

DILEMMA PUTERI DI WILAYAH : RAMAI SANGAT CALON DARI WILAYAH NAK TANDING JAWATAN UTAMA PUTERI MALAYSIA ; ADA YANG TAK KENA !

KUALA LUMPUR -- Setelah dua wakil daripada Wilayah Persekutuan bakal turun ke gelanggang bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, seorang lagi calon dari UMNO Seputeh Saarah Ali Bashah juga turut bakal mencuba nasibnya bagi jawatan Ketua Puteri Malaysia setelah mendapat dua pencalonan untuk melayakkanya bertanding.
Bagi jawatan Ketua Puteri , seseorang calon hanya memerlukan " dua " pencalonan untuk bertanding. Tidak mungkin penampilan Saarah bakal mengugat peluang Datin Ismalina Ismail tetapi disebabkan kedua - dua mereka dari negeri yang sama mungkin boleh menyebabkan sesuatu yang tidak " kena" nanti.Undi mungkin "berpecah" ?
Sarah yang merupakan bekas Ketua Puteri Taman OUG , Bahagian Seputeh dikatakan akan meneruskan niatnya untuk bertanding kali ini selepas hampa pada pemilihan yang lepas.
" Kenapa perlu dua orang dari Wilayah Persekutuan nak bertanding jawatan Ketua Puteri ? Kenapa kita tidak bersatu dan tunjukkan kekuatan kita ? Dahlah jawatan No 2 puteri pun ada wakil dari Wilayah Persekutuan. Kalau ramai dari Wilayah nak tanding, susah nak cari peluang ni...", kata seorang perwakilan puteri dari Wilayah Persekutuan kepada Wilayahkini.
NOLEE PULA NAK TANDING NAIB
Exco Puteri UMNO Malaysia, Nolee Ashilin Radzi dari Puteri Lembah Pantai pula menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Puteri. Nolee yang juga seorang ADUN, kalah dalam usahanya untuk merebut jawatan Ketua Puteri Lembah Pantai minggu lepas.
Apakah Saarah akan mengubah fikiranya dan menyatakan sokonganya kepada Ismalina Ismail ?
Sementara itu calon Ketua Puteri , Ismalina Ismail pula berkata " Kepercayaan Anda Tidak Akan Di Sia - Siakan", Klik D I S I N I
(Gambar Ismalina bersama Datuk Noraini ; Saarah ; Nolee Ashilin )

Thursday, November 13, 2008

POLITIK LEMBAH PANTAI TAK SELESAI LAGI ? YUSRI KECEWA DENGAN TUDUHAN RAJA NONG CHIK ; YUSRI NAK BUAT LAPORAN POLITIK WANG PULAK !

LEMBAH PANTAI -- Bekas Pemangku Ketua UMNO Lembah Pantai Yusri Ahmad yang gagal mempertahankan jawatanya baru - baru ini kecewa dengan kenyataan Datuk Raja Nong Chik yang mendakwa kepimpinanya gagal mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihanraya umum yang ke 12 baru - baru ini. Pada masa yang sama Yusri juga berkata pihaknya akan mengahantar aduan berserta bukti kepada Lembaga Disiplin dan Badan Percegah Rasuah ( BPR ) berhubung terdapatnya amalan politik wang dalam kalangan perwakilan dan calon yang bertanding pada pwmilihan kali ini.
" Kita minta mereka melakukan siasatan.Setiap perwakilan hendaklah disiasat dan semasa penyiasatan ini, mereka hendaklah mengangkat sumpah bahawa mereka tidak menerima sebarang pemberian wang", katanya kepada Akhbar Sinar Harian bertarikh 13 November , hari ini.
Pada pemilihan UMNO Lembah Pantai yang berlangsung minggu lepas, Raja Nong Chik berjaya merampas semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.Yusri mendapat 91 undi manakala Raja Nong Chik pula mendapat 174 undi. Kemenangan besar Raja Nong Chik tidak memberikan kejutan kerana ramai pihak sudah meramalkanya.
Yusri berkata lagi, " Namun demikian , saya cukup kecewa dengan kenyataan Raja Nong Chik yang seolah - olah mempersalahkan pimpinan saya punca kekalahan BN pada pilihanraya.Saya ingin bertanya, dimana beliau ketika kempen pilihanraya tersebut ? "
" Sebagai bekas Ketua Bahagian ketika itu, saya harap beliau berinisiatif untuk berbincang dengan kepimpinan apa yang harus dilakukan".
Pada pilihanraya lepas, Shahrizat Abdul Jalil gagal mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai ditangan anak Anwar Ibrahim, Nurul Izah.
Manakala Wilayahkini difahamkan, sudah ada usaha - usaha di peringkat bahagian untuk ketengahkan nama Raja Nong Chik sebagai calon BN di parlimen Lembah Pantai Parlimen diatas kapasitinya sebagai Ketua Bahagian selepas ini. Apakah Shahrizat terpaksa mencari kawasan baru ? Kekalahan Yusri juga dikatakan akan memberi tamparan hebat kepada Shahrizat di Lembah Pantai selepas ini ?

CARA RAFIDAH BAGAIKAN " GERTAK " SHAHRIZAT ? WANITA WILAYAH MAHU SHAHRIZAT CABAR RAFIDAH ; SAH SHAHRIZAT CABAR RAFIDAH ?

EKSKLUSIF Wilayahkini -- Wilayahkini difahamkan Shahrizat Abdul Jalil akan mencabar Rafidah kerana sudah tidak tahan lagi dengan karenahya. Shahrizat difahamkan akan mengumumkan keputusanya pada masa yang singkat ini. Apakah ianya akan menjadi kenyataan ? Wanita Wilayah Persekutuan dan Wanita Sabah sudah lantang bersuara yang mahukan kepimpinan Shahrizat sebagai Ketua dan Kamilia sebagai Naib Ketua Wanita. Kamilia juga telah mengumumkan pendirianya untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita. BERITA SEBELUM INI... ( Hantar Komen atau kenyataan anda kepada wilayahkini@gmail.com bersama gambar anda ; Ianya akan disiarkan di Wilayahkini.Kami berharap, Ketua - Ketua (wanita )Bahagian di Wilayah Persekutuan dapat tampil untuk menyuarakan pandangan mereka kepada Ketua mereka. Terimakasih - Pengarang Wilayahkini )
----------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR -- Ramai ahli - ahli wanita di Wilayah Persekutuan mahukan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mencabar Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketuia Wanita kerana ramai beranggapan cara Rafidah bagaikan " mengertak" Shahrizat Abdul Jalil.
Beberapa ahli - ahli Wanita yang Wilayahkini temui dari Wilayah Persekutuan ,tidak mahu Shahrizat supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Rafidah kerana tidak banyak bezanya antara 3 hingga 6 bulan. Mereka juga risau tindakan membisu Datuk Kamilia Ibrahim (gambar ) boleh memerangkap Shahrizat kerana sehingga hari ini Kamilia belum mengumumkan hasratnya untuk tarik dari daripada bertanding jawatan Timbalan Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Bagi jawatan Naib Ketua Wanita , Shahrizat mendapat 113 pencalonan manakala Kamilia pula mendapat 54 pencalonan.
Ramai yang berpandangan kenapa Rafidah bermain politik dalam isu Kamilia tetapi dalam isu Shahrizat pula beliau mengemukakan bermacam - macam hujah.Malah majlis sidang akhbar semalam juga dijadikan sebagai platform untuk mengkritik Shahrizat.
Apakah Shahrizat akan ubah fikiran ? Setelah mendapat 73 pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita , Shahrizat perlu fikir masak - masak kerana cadanganya untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasa di tolak oleh Rafidah dan Exco Wanita yang bermesyuarat semalam.
Ramai juga berpandangan , sekiranya Shahrizat mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Wanita , sudah tentu nama Rafidah " tenggelam" begitu sahaja.

Tuesday, November 11, 2008

UMNO SEPUTEH : MESYUARAT SEMULA ATAU TIDAK ? KEPUTUSAN MUKTAMAD SELESA DEPAN !

BERITA TERKINI : 12hb Nov, Mesyuarat Pengurusan UMNO menangguhkan keputusan berhubung isu UMNO Seputeh ke minggu depan, 18hb Nov untuk keputusan muktamad.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk menangguhkanya ke minggu depan, kata satu sumber kepada Wilayahkini hari ini. BERITA SEBELUM INI......
KUALA LUMPUR -- Keputusan sama ada UMNO Bahagian Seputeh perlu bermesyuarat semula atau tidak ? akan diputuskan esok oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Difahamkan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Kamaruddin Ambok telah menolak cadangan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menghantar surat bahawa tidak perlu diadakan mesyuarat semula.
Isu UMNO seputeh ini menjadi "kelam kabut" apabila UMNO Wilayah Persekutuan telah mengarahkan mesyuarat semula semula di peringkat bahagian, wanita , puteri dan pemuda minggu lalu. Manakala , Ibu Pejabat UMNO menerusi Tengku Adnan pula, menerusi satu lagi suratnya pada 5hb November pula memaklumkan kesemua mesyuarat bahagian berkenaan yang diadakan pada 26 Oktober lalu, adalah sah dan tidak perlu diadakan mesyuarat semula.
Pada pemilihan bahagian Seputeh yang lepas, penyandang Ketua Bahagian Datuk Hisham Majid tewas 15 undi dengan Mustapha Kamal. Ketua Puteri dimenangi oleh Azliza Ahmad, Ketua Pemuda pula di menangi oleh Razlan manakala Ketua Wanita pula dimenangi oleh Senator Azizah Samad tanpa bertanding.
Pernyokong Mustapha Kamal yang mendapat " backing" yang kuat daripada Tengku Adnan begitu yakin supaya tidak perlu diadakan mesyuarat semula.
Pemilihan Seputeh menjadi kecoh apabila cawangan Goodwood telah dibatalkan pendaftaran pertubuhan ( ROS ).

Monday, November 10, 2008

KETUA PUTERI LEMBAH PANTAI : KEKALAHAN NOLEE BUAT RAMAI TERKEJUT ; SYIKIN KETUA PUTERI BARU !

KUALA LUMPUR -- ADUN Tualang Sekah dan Exco Puteri UMNO Malaysia serta calon Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Nolee Ashilin tewas dalam usahanya untuk merebut Ketua Puteri Lembah Pantai dengan Nor Asyikin Jaafar yang juga merupakan AJK Puteri Lembah Pantai.
Kekalahan Nolee dikatakan mengejutkan pelbagai pihak di seluruh negara khususnya dikalangan ahli puteri yang lain , namun di Lembah Pantai dikatakan lain pula ceritanya kerana kekalahnya memang sudah dijangka awal kerana faktor "luar kawasan " . Namun Puteri Lembah Pantai tetap mencalonkan Nolee untuk jawatan Naib Ketua Puteri Malaysia. Bagi jawatan Naib Ketua Puteri pula dimenangi oleh Nor Faizah Moh Sani. Untuk berita Puteri Lembah Pantai sila klik, D I S I N I

BUKIT BINTANG : ZAINAL MENANG TIMBALAN ; RAUF NAIB KETUA ; BUKIT BINTANG CALON MUHYIDDIN !

BUKIT BINTANG -- Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian.Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula dimenangi oleh Zainal Rafique dalam pertembungan satu lawan satu menentang Noor Mustafa. Zainal mendapat 105 undi manakala Mustafa mendapat 94 undi. ( 3 undi rosak )Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian pula dimenangi oleh Datuk Abdul Rauf dengan mendapat 105 undi. Manakala bekas Ketua Pemuda Bukit Bintang Baderisham pula mendapat 83 undi manakala seorang lagi calon Yahya Ariffin mendapat 10 undi.( 4 undi rosak).UMNO Bukit Bintang pula mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Azim juga merupakan Bendahari UMNO Malaysia dan Wilayah Persekutuan.

SHAHRIZAT AKUR JUGA AKHIRNYA ; PELAN PERALIHAN KUASA KETUA WANITA KEKAL JUN 2009 !

KUALA LUMPUR -- TIADA PERUBAHAN ! PELAN PERALIHAN KUASA KEKAL JUN 2009 ! - begitulah keputusan yang telah dibuat oleh Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akur dengan keputusan tersebut.
Semalam Shahrizat dalam satu kenyataan akhbarnya memohon Tan Sri Rafidah Aziz mempercepatkan pelan peralihan kuasa dari Jun ke Mac.
Namun, hari ini Shahrizat terpaksa akur juga dengan pelan peralihan kuasa sepertimana yang ditetapkan dulu iatu Jun 2009.

RAJA NONG CHIK RAMPAS SEMULA JAWATAN KETUA BAHAGIAN LEMBAH PANTAI ; MENANG BESAR KE ATAS YUSRI AHMAD !

LEMBAH PANTAI -- Mantan Ketua UMNO Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik berjaya dalam usahanya merampas semula takhta UMNO Lembah Pantai apabila berjaya menewaskan Pemangku Ketua UMNO Lembah Pantai Yusri Ahmad dengan majoriti yang besar.
Raja Nong Chik mendapat 174 undi manakala Yusri mendapat91 undi.
Bagi jawatan Timbalan pula dimenagi oleh Ikhsan ( 138 undi ) dan Naib Ketua pula dimenangi oleh Azuz ( 123 undi ).
Kemenangan Raja Nong Chik memang telah dijangka oleh pelbagai pihak kerana Yusri dikatakan " kurang cukup kuat " untuk menentang Raja Nong Chik.UMNO Lembah Pantai pula mencalonkan Datuk Seri Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden.

WANGSA MAJU ; SHAFIE MENANG TANPA BERTANDING ; ASTAMAN KALAH ; KENAPA ZAINAL TARIK DIRI DI SAAT TERAKHIR ?

WANGSA MAJU -- Sepertimana yang dilaporkan oleh Wilayahkini sehari sebelum pemilihan UMNO Bahagian Wangsa Maju , akhirnya memang SAH , Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri memberikan laluan mudah kepada Datuk Shafie Abdullah.
Datuk Zainal Nazeri Zainuddin tarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Bahagian bagi memberikan laluan kepada
Shafie yang dilihat begitu kental di Wangsa Maju untuk berjaya menang tanpa bertanding sekaligus menafikan segala andaian politik di Wangsa Maju.
Namun penarikan diri Zainal Nazeri 24 jam sebelum pertandingan masih menjadi "misteri".Ramai penyokong - penyokong Zainal dikatakan kecewa dan marah dengan tindakan drastik yang dibuat oleh Zainal pada saat terakhir , ketika semua perancangan telah dibuat untuk merebut jawatan Ketua Bahagian. Ada pihak pula , menyifatkan apa yang berlaku di Wangsa Maju bukanya satu kejutan politik tetapi dilabelkan sebagai strategi politik.
ASTAMAN KALAH
Bekas Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz juga tewas dalam perebutan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju dimana beliau hanya mendapat 107 undi manakala pencabarnya Jaafar Ariffin pula mendapat 153 undi. Apakah dengan kekalahan tersebut, karier politik Astaman akan berakhir ? Untuk rekod, Astaman telah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi.
Bagi jawatan Naib Ketua pula dimenangi oleh Hamdan Moh Yusuf dengan mendapat 160 undi manakala Zainuddin Othman mendapat 105 undi.
Wangsa Maju turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden.Berita sebelum ini dibawah.........

Saturday, November 8, 2008

DRAMA POLITIK WANGSA MAJU : ZAINAL NAZERI TARIK DIRI 24 JAM SEBELUM PERTANDINGAN ? SHAFIE MENANG TANPA BERTANDING ;

KUALA LUMPUR -- Dalam tempoh masa 24 jam , sebelum berlangsunya persidangan UMNO Bahagian Wangsa Maju di PWTC pagi ini, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri Zainuddin dikatakan telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Bahagian.Beliau dijangka mengumumkan keputusanya secara rasmi pada pagi ini ketika berucap merasmikan persidangan UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Difahamkan dengan keputusan yang penuh dramatik tersebut, Datuk Shafie Abdullah dijangka akan dinobatkan sebagai Ketua UMNO Wangsa Maju yang baru tanpa bertanding.Shafie yang juga merupakan penyandang Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Wilayahkini difahamkan keputusan Zainal Nazeri untuk menarik diri dalam tempoh masa 24 jam, sebelum pemilihan diadakan telah menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi politik bukan sahaja di Wangsa Maju malah di Wilayah Persekutuan.

Friday, November 7, 2008

AHLI PARLIMEN LABUAN YUSSOF MAHAL BUKA LAMAN BLOG SENDIRI ; MAHU DEKATI RAKYAT !

KUALA LUMPUR -- Ahli Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal yang tewas kepada Datuk Suhaili Abdul Rahman dalam pemilihan Ketua UMNO Labuan baru - baru ini telah melancarkan laman blognya sendiri bagi mendekati rakyat Labuan dengan lebih dekat lagi.
Yussof Mahal dalam perutasan pelancaran blognya berkata " Tujuan mempuyai blog bukanlah untuk penyebaran atau pengaduan maklumat yang tidak bertapis dan tidak beretika, tetapi ianya harus digunakan sebagai satu saluran alternatif". Yussof Mahal , kini dikatakan sudah menumpukan sepenuh perhatian untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada warga Labuan selepas tewas dalam usahanya untuk merebut jawatan Ketua Bahagian Labuan.Sila klik D I S I N I .

Thursday, November 6, 2008

CAKAP - CAKAP POLITIK : SETIAWANGSA - SHUIB, LEBAI YANG MALANG !

SETIAWANGSA -- Sepertimana yang kita semua ketahui Datuk Abdul Halim Samad berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa baru - baru ini walaupun menerima tentangan daripada Shuib Ibrahim. Abdul Halim Samad mendapat 159 undi manakala Shuib Ibrahim yang dikatakan terlalu ghairah dan angkuh untuk menang akhirnya tersungkur dengan mendapat 125 undi.
"Shuib buat - buat terkejut.Tak boleh terima bahawa dia boleh kalah kepada Halim. Kalau dia menjangka dengan memberikan wang kepada perwakilan boleh buat dia menang besar, Shuib sekali lagi melalukan kesilapan dan Shuib sepatutnya, kalaulah dia merasakan dirinya lebih hebat dari Halim, dia sepatutnya kenal yang mana penyokongnya, yang mana penyokong Halim dan yang mana hanya ambil upah dari Shuib tetapi tidak memberikan undi.
Banyak faktor yang perlu Shuib ambil kira.Pertama Shuib tidak kenal diri sendiri.Shuib sepatutnya mengukur baju di badan sendiri ataupun mencari cermin untuk melihat apakah dia sebenarnya ada aura untuk jadi Timbalan Ketua Bahagian.
Sikap Shuib memperalatkan Zainal Abidin, Izuddin Ishak dan Yamin - calon Naib Ketua , akhirnya membunuh Shuib sendiri dan sikap khianat kepada Zainal dan Izuddin Ishak akhirnya memakan dan membunuh segala strategi Shuib Ibrahim".- dari blog Budak Kuala Lumpur
Shuib kena banyak belajar dari politik.... Klik D I S I N I untuk membaca satu analisis politik yang bertajuk SETIAWANGSA : SHUIB, LEBAI YANG MALANG,daripada blogger Budak Kuala Lumpur.

GARA - GARA SEBUAH CAWANGAN TERBATAL PENDAFTARAN ; UMNO SEPUTEH DI ARAH BERSIDANG SEMULA AHAD INI ; KUMPULAN MUSTAPHA KATA TAK PERLU !

BERITA 1 -SAH ! Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Seputeh termasuk PUTERI , PEMUDA DAN BAHAGIAN diarahkan untuk bersidang semula pada hujung minggu ini kerana gara - gara sebuah cawangan yang terbatal pendaftaranya di ROS telah menghantar perwakilan pada mesyuarat yang bahagian yang diadakan baru - baru ini. Dengan arahan tersebut, semua keputusan pemilihan di peringkat puteri , pemuda dan bahagian di BATALKAN dan perlu diadakan pemilihan semula.Pergerakan Puteri dan Pemuda akan bersidang semula pada 8hb November di PWTC manakala Bahagian pula akan bersidang semula pada 9hb November di tempat yang sama. Ini adalah ARAHAN yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
BERITA 2 -TAK PERLU MESYUARAT SEMULA, kata Kumpulan Mustapha Kamal.Mereka difahamkan telah menemui Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Ini yang kami dengar.Mustapha Kamal yang menang pada pemilihan yang lepas baru - baru ini dikatakan telah merancang "sesuatu". Apakah mereka akan memboikot mesyuarat semula pada ahad ini ?
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan pula, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung baru - baru ini, telah memberi kuasa penuh untuk setiap Badan Perhubungan Negeri untuk menyelesaikan dan juga menangani segala permasalahan mengenai pemilihan di peringkat bahagian di negeri masing - masing menerusi Jawatankuasa Pengurusan Badan Perhubungan Negeri masing - masing.
Wilayahkini difahamkan politik Seputeh menerima tamparan yang hebat apabila sebuah cawangan yang berstatuskan " batal pendaftaran di ROS " telah menghadiri persidangan Pemuda, Puteri dan Bahagian . Politik Seputeh kini sudah di ibaratkan sebagai "nila setitik rosak susu sebelangga".
Pada pemilihan bahagian yang diadakan minggu lepas, Mustapha Kamal berjaya menewaskan penyandang Ketua UMNO Bahagian Datuk Hisham Abdul Majid dengan kelebihan 15 undi . Bagi Jawatan Ketua Pemuda pula dimenangi oleh Razlan manakala bagi Ketua Puteri pula dimenangi oleh penyandang Ketua Puteri Azliza Ahmad. Kedua - dua mereka menerima saingan satu lawan satu manakala jawatan Ketua Wanita pula dipertahankan tanpa bertanding oleh Senator Datuk Azizah Samad.
Wilayahkini juga dengar pihak pengurusan UMNO Bahagian Seputeh dibawah kepimpinan Datuk Hisham Majid sedang mengatur segala perancangan untuk mengadakan "mesyuarat semula " pada hari Ahad ini sepertimana di arahkan oleh Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Tuesday, November 4, 2008

POLITIK WANGSA MAJU : TAHUN 2008 AKAN MENCARI SATU KEPASTIAN POLITIK ATAUPUN PERMAINAN "KOLAM" DITERUSKAN ? SHAFIE ATAU ZAINAL ? SIAPA LEBIH HEBAT ?

WANGSA MAJU -- Persidangan UMNO Wangsa Maju yang dijadualkan Sabtu ini ( 8hb Nov ) di PWTC dijangka akan menarik perhatian pelbagai pihak kerana beberapa sebab :
1. Pertembungan satu lawan satu diantara Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri Zainuddin dan Penyandang Naib Ketua Bahagian Datuk Shafie Abdullah dimana Sahafie juga merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri ( Bakal Perdana Menteri ) di Kementerian Kewangan.
2. Penampilan semula Datuk Astaman Abdul Aziz ke kancah politik Wangsa Maju setelah selesai penggantunganya kerana kes politik Wang. Astaman Abdul Aziz yang sebelum ini merupakan mantan Ketua Bahagian Wangsa Maju dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa akan bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Astaman juga dikatakan mengidamkan jawatan Majlis Tertinggi dan sudah menawarkan diri untuk bertanding. Sehingga kini Astaman dilaporkan telah mendapat 15 pencalonan dan telah layak untuk bertanding.
3. Isu sms panas di Kuala Lumpur baru - baru ini, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin UMNO dari Wangsa Maju yang dikatakan terlibat dengan politik wang. sms tersebut juga menyertakan sekali nombor laporan aduan yang telah dibuat kepada BPR dan kenapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini .
4. Majlis rumah terbuka hari raya Datuk Shafie baru - baru ini telah dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO termasuk bosnya Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Muhamad Taib, Datuk Seri Zulhasnan Rafique , pencabarnya Datuk Zainal Nazeri dan ramai lagi , sehingga mendapat liputan media yang luas. Apakah kehadiran mereka memberikan " endorsement" kepada Shafie ataupun sekadar memancing pencalonan ?
5. Dikatakan pilihan Ketua Pemuda Datuk Shafie telah tewas. Apakah ianya akan memberi kesan kepada pemilihan bahagian ?
6. Walaupun Zainal Nazeri dilihat seorang yang lebih " pasif " , apakah beliau akan berjaya mencipta sesuatu kejutan politik di Wangsa Maju ?
( Gambar di rumah terbuka Datuk Shafie baru - baru ini. DAN Gambar Datuk Astaman dan Zainal Nazeri )

GANDINGAN 3M ( MUHYIDDIN, MOHD ALI RUSTAM DAN MUHAMAD TAIB ) MENJADI PILIHAN SAMA RATA DARI SEGI PENCALONAN TIMBALAN PRESIDEN DI WP !

KUALA LUMPUR -- Bahagian - bahagian di Wilayah Persekutuan nampaknya telah memberikan pencalonan yang " sama rata " kepada ketiga - tiga calon yang bertanding Timbalan Presiden, walaupun ada yang lebih dan ada yang kurang.Pemerhati politik berpendapat , yang penting ketiga - tiga tokoh utama UMNO tersebut mendapat pengiktrafan dari segi pencalonan dari Wilayah Persekutuan. Berikut adalah senarai pencalonan :
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Cheras, Titiwangsa, Labuan
DATUK SERI ALI RUSTAM
Setiawangsa, Segambut, Bandar Tun Razak, Kepong, Batu
TAN SRI MUHAMAD TAIB
Seputeh
Empat bahagian lain di WP iaitu -Bahagian Wangsa Maju, Lembah Pantai Bukit Bintang dan Putrajaya akan bersidang hujung minggu ini dimana pencalonan dari bahagian Putrajaya yang dipimpin oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dijangka menjadi perhatian. Apakah Wangsa Maju akan mencalonkan Ali Rustam ataupun Mat Taib ? Lembah Pantai pula hampir pasti dikatakan akan mencalonkan Ali Rustam. Bahagian Bukit Bintang pula yang diketuai oleh Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Azim Zabidi pula akan berpihak kepada siapa ? Daripada empat bahagian tersebut , apakah Ali akan dapat dua dan Muhamad Taib dapat dua ?

Monday, November 3, 2008

SUHAILI GEGARKAN LABUAN DENGAN KEMENANGAN BESAR PERTAHAN JAWATAN KETUA BAHAGIAN ; POLITIK LABUAN BAGAIKAN " YANG MAHAL MENJADI MURAH" ; SELEPAS INI ?

Labuan -- Ketua UMNO Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman meranapkan karier politik Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuff Mahal yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan dengan kemenangan besar dalam pertembungan satu lawan satu yang disifatkan sebagai "gegaran politik Suhaili" di Labuan malam tadi.
Seluruh Labuan menantikan keputusan tersebut sehingga malam tadi bagaikan menantikan keputusan pilihanraya umum kerana ianya melibatkan dua personaliti yang paling penting di Labuan - Suhaili dan Yusuf Mahal. Kemenangan besar Suhaili, iaitu dengan kelebihan 70 undi, bukan sahaja membuktikan kekuatan Suhaili di menguasai UMNO Labuan. Paling mengecewakan Yusuff Mahal ialah pasukanya semua tumpas bagi semua jawatan yang ditandingi termasuk pemeriksa kira - kira.
Suhaili yang baru kehilangan isterinya Datin Fatimah Wanchi yang meninggal dunia pada 28hb Oktober lepas, nampak tenang tetapi bersemangat kuat untuk menempuh segala cabaran yang mendatang khususnya hanya selepas beberapa hari sahaja setelah isterinya meninggal dunia.
Sebelum ini pun, ramai pemerhati politik telah menasihatkan Yusuf Mahal supaya beliau memberi tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab barunya sebagai Ahli Parlimen Labuan dan mempertahankan jawatan Timbalalan Ketua Bahagian yang disandinginya ketika itu.Kini nasi sudah menjadi bubur.Yusuff sebagai Ahli Parlimen Labuan kehilangan segala - galanya dalam UMNO.Apakah tindakan sterusnya yang akan diambil oleh Yusuf MahaL selepas inil ? Apakah beliau akan berdamai ataupun meneruskan karier politiknya tanpa jawatan dalam UMNO? Apakah Suhaili akan memberikan sedikit ruang untuk "berteduh" bagi Yusuff di UMNO Labuan selepas ini ?
LETAK JAWATAN ?
Malam tadi sudah ada ura - ura yang kuat yang mengatakan Yusuf Mahal mungkin meletakkan jawatanya sebagai Ahli Parlimen Labuan namum, Wilayahkini mendapati ianya hanya khabar - khabar angin yang bersifat "kenakalan" sahaja.
Suhaili mengorbankan jawatan Ahli Parlimen Labuanya kepada Yusuf Mahal pada PRU 12 baru - baru ini demi isterinya, -- kerana isterinya berada dalam keadaan koma dan beliau membuat keputusan untuk mengorbankan karier Ahli Parlimen Labuanya demi isterinya yang tercinta.Namun hanya tiga hari sahaja berlalu, isterinya meninggal dunia, kini Suhaili bangkit semula untuk meneruskan karier politiknya .
KEPUTUSAN PENUH
Datuk Suhaili Abdul Rahman - 129 undi
Datuk Yusuf Mahal - 59 undi
TIMBALAN KETUA
Datuk Yunus Kurus - 130 undi
Datuk Harun Pudin - 58 undi
NAIB KETUA
Bashir Alias - 134 undi
Pungut Ibrahim - 54 undi
Sementara itu, Labuan pula mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden. Untuk rekod pasukan Suhaili juga menguasai Pergerakan Pemuda .Pergerakan Pemuda UMNO mencalonkan Datuk Seri Khir Toyo, Wanita mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil manakala Puteri mencalonkan Datin Ismalina Ismail.
Sila klik SINI, untuk beberapa berita lain dari sahabat Wilayahkini , iaitu Labuankini.

Sunday, November 2, 2008

PENCALONAN TIMBALAN PRESIDEN SEMAKIN MENCEMASKAN BAGI MUHYIDDIN YASSIN ; ALI RUSTAM KEJAR DARI BELAKANG DAN PERLU 8 SAHAJA LAGI ; MAT TAIB 26 !

KUALA LUMPUR -- Politik UMNO semakin hari semakin mencemaskan khususnya bagi jawatan Timbalan Presiden apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam kian menghampiri garisan penamat untuk mendapat pencalonan mencukupi bagi melayakkanya bertanding jawatan Timbalan Presiden .Sehingga pukul 4 petang tadi, Ali Rustam sudah mendapat 31 pencalonan. Beliau hanya memerlukan 8 pencalonan lagi dan pemerhati politik berpendapat Ali dijangka akan mendapat beberapa penacalonan pada lewat petang nanti.
Tan Sri Muhamad Taib pula sudah mendapat 26 pencalonan manakala Tan Sri Muhyiddin pula telah mendapat 74 pencalonan sehingga pukul empat tadi. Mesyuarat Labuan yang sedang berlangsung juga dijangka akan mencalonkan Ali Rustam.

DRAMA POLITIK BATU ; PASUKANYA MENANG , ABAS SEORANG TERSUNGKUR ; 5 UNDI CUKUP BAGI YUSUF HAMID ? TITISAN AIR MATA DAN MACAM - MACAM ......

TERKINI 10HB Nov 2008 : Wilayahkini memang kecewa kerana ada segelintir pengulas dan pembaca yang mungunakan laman blog Wilayahkini untuk mengecam antara satu sama lain serta untuk fitnah individu yang tertentu. Banyak kali, kami di Wilayahkini telah memberikan amaran dan teguran.Kami juga memberikan peluang yang sama rata kepada semua pengulas untuk memberikan komen masing - masing bagi memberikan peluang untuk semua menyatakan komen mereka. Inilah dikatakan " keadilan " untuk semua , namun ada segelintir pihak yang menjadikan blog ini untuk membuat kecaman dan kritikan peribadi. Kenapa kita tidak mahu jadikan blog untuk menukar pandangan yang membina. Kami juga menyambut baik dengan tindakan yang telah diambil Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu terhadap komen - komen yang yang berbau fitnah dengan membuat laporan Polis. Sekiranya para pengulas komen terus bersikap begini, kami di Wilayahkini perlu mempertimbangkan semula berita - berita mengenai UMNO Batu selepas ini.Namun, setelah melihat keadaan semasa dan nasihat tidak diendahkan ,kami telah memutuskan MULAI HARI INI, semua komen - komen yang dihantar AKAN DI TAPIS sebelum dipaparkan kerana kebebasan dan keadilan yang diberikan disalah gunakan oleh pihak- pihak tertentu.
______________________________________________________________
KUALA LUMPUR -- Dewan PWTC Kuala Lumpur petang semalam menyaksikan drama politik UMNO Batu yang boleh disifatkan paling mencemaskan, mendebarkan dan menyedihkan. Ada yang sampai menitiskan air mata kerana calon pilihan mereka kalah.

Sepertimana yang dilaporkan Wilayahkini sebelum ini, persaingan antara penyandang Ketua UMNO Batu , Datuk Yusuff Hamid dan Yahya Mat Ghani ( Abas ) berlangsung dalam satu suasana yang begitu sengit dan mendebarkan. Apabila berita mengenai beberapa calon - calon utama daripada pasukan Abas menang untuk jawatan tertinggi bahagian termasuk Timbalan Ketua Bahagian serta semua jawatan - jawatan lain - tersebar melalui sms, ramai sudah menjangka kemenangan Abas sudah hampir pasti.Namun, ramalan sms tidak berpihak kepada Abas apabila keputusan rasmi diumumkan.Ianya bagaikan satu kejutan.Ada yang tidak dapat menahan perasaan sehingga menitiskan air mata.Sebelum mesyuarat ditangguhkan , ramai pula yang kelihatan sudah meninggalkan dewan persidangan. Tiba - tiba dewan persidangan pula kelihatan sunyi.
ABAS TENANG
Abas pula kelihatan tenang dan menerima keputusan pemilihan walaupun tewas hanya dengan 5 undi. Apabila penyokong - penyokong bagaikan tidak percaya dengan kekalahan Abas kerana semua calon - calon lain di kemnya telah menang , Abas dipetik berkata " Kita selalu mimpikan yang indah, tapi kalau ini kenyataanya, kita nak buat macam mana ? " Abas juga kelihatan menenangkan beberapa penyokongya yang kelihatan tidak dapat perasaan masing - masing.Inilah politik Batu.Semua ada !
KISAH PELIK TAPI BENAR , sila klik DISINI
Yusuf Hamid mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memperbetulkan dan juga memperkasakan kembali UMNO Batu selepas ini. Yusuff juga harus menerima realiti yang sebenar, bahawa hanya Abas seorang sahaja yang tewas tetapi pasukanya tetap menang untuk jawatan - jawatan utama yang lain di bahagian.Ini juga boleh disifatkan - kemenangan untuk Abas juga.
KEPUTUSAN PENUH :
Datuk Yusuff Hamid - 128 undi
Yahya Mat Ghani ( Abas ) - 123 undi
TIMBALAN KETUA BAHAGIAN
Ramlan Salleh - 157 undi
Johari Md Isa - 94 undi
UMNO Batu juga turut mencalonkan Datuk Seri Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden. Diharapkan dengan selesainya pemilihan UMNO Batu, ahli - ahli UMNO di Batu akan berkerja sebagai satu pasukan dan memperkukuhkan semula UMNO Batu dan menjadikan UMNO Batu sebagai sebuah bahagian yang terbilang di Wilayah Persekutuan seperti masa dulu.

Saturday, November 1, 2008

YUSUF HAMID PERTAHAN JAWATAN DENGAN KEMENANGAN TIPIS 5 UNDI !

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Batu Datuk Yusuf Hamid mempertahankan jawatanya dengan kemenangan tipis 5 undi. Yusuf mendapat 128 undi manakala pencabarnya Yahya Mat Ghani ( Abas ) mendapat 123 undi dalam saingan yang paling sengit di persidangan UMNO Batu yang diadakan di PWTC hari ini.