Thursday, November 27, 2008

KEMPEN TIMBALAN PRESIDEN SEMAKIN PANAS DI WP ; 13 BAHAGIAN DI WP JADI SASARAN ; ALI RUSTAM "POPULAR" DI WP ? MUHYIDDIN TERTINGGAL ?

KUALA LUMPUR -- 13 Bahagian di Wilayah Persekutuan sudah menjadi sasaran bagi penyokong - penyokong dan juga agen - agen calon Timbalan Presiden menjelang pemilihan UMNO mac tahun depan.
Wilayahkini difahamkan Datuk Seri Ali Rustam dikatakan mendapat sokongan yang kuat di Wilayah Persekutuan berbanding dengan dua calon lain iatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhamad Taib. Malah dengar juga cerita - cerita yang mengatakan team Muhyiddin Yassin begitu risau dengan perkembangan tersebut.
Ketika ini, banyak pendekatan dan cara yang digunakan untuk mendekati para perwakilan di Wilayah Persekutuan , mahupun G7 ataupun G6.
Namun, kumpulan G7 dikatakan menjadi sasaran utama mereka. Ramai perwakilan di Wilayah Persekutuan pula dikatakan begitu " selesa" dengan cara Ali Rustam ?
Dari segi pencalonan pula, Ali Rustam mendapat pencalonan daripada Bandar Tun Razak, Kepong, Batu, Lembah Pantai , Setiawangsa dan Segambut.
Manakala Muhyiddin pula mendapat pencalonan dari Cheras, Titiwangsa, Labuan, Cheras, Bukit Bintang, Wangsa Maju dan Putrajaya. Muhamad Taib pula hanya mendapat satu pencalonan dari Seputeh.
Pencalonan yang diterima dari bahagian Setiawangsa yang diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan bahagian Segambut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Senator Datuk Kamaruddin Ambok dikatakan memberi suntikan semangat yang kuat kepada Ali Rustam.

7 comments:

mySacRedHeaRt said...

popular popular jgak tpi jgn sampai terleka dengan permainan pihak lawan..salah langkah jatuh tersembam..
hati hati memilih kawan, kelak kita yang diancam...sentiasalah dekati perwakilan bukan sekadar maser pertandingan jer, pas abis terus dilupakan..
wilayah kini hanya boleh jadi medan perjuangan ataupun medan perteligkahan org diluar sana..pelayar2 yang bijak budiman lah yang menentukannya.. kita hanya menyaksikannya dari jauh..

Anonymous said...

Mainan KP hati2. Semua nak selamat diri dan pacing.

bungaraya said...

Selalu saya ingatkan dalam blog saya maupun komen-komen yang saya luahkan dalam blog kawan-kawan yang lain, bahawa inilah ketikanya para perwakilan dan Calon yang bertanding khasnya Ali Rustam, Muhamad Taib dan Muhyiddin...Jangan sesekali bermain RASUAH. Tunjukkan integriti anda didalam usaha untuk menjadi pemimpin no. 2 UMNO.
Senang cakap tetapi kedang tidak serupa bikin.

Anonymous said...

Salam kepada semua...

Saya tidak tahu kenapa bahagian2 di Wilayah Persekutuan ini memilih Ali Rustam...
Apa kelebihan beliau? Beliau boleh diharapkan ke?

Bagi saya, Ali Rustam tidak sesuai digandingkan dengan Najib... Saya tidak rasa mereka dapat menjalankan tugas dengan cekap apabila digandingkan nanti...

Kalau kita lihat di antara 3 calon timb. presiden itu, Tan Sri Muhyiddin yang layak dapat kerusi itu... beliau lebih berwibawa, cekap dan matang dari segi idea... Beliau juga pandai bertutur dan berucap berbanding dengan 2 orang calon itu...

Cuba kita lihat sewaktu RTM 1 menjemput DS Ali Rustam untuk menjawab pertanyaan tentang Melaka sebagai tapak warisan baru2 ini... Beliau dapat menjawab tetapi kalau kita dengar jawapan yang diutarakan, jawapan itu tidak lah professional...
Saya cakap begitu kerana jawapan yang diberikan itu macam jawapan budak sekolah... sedangkan beliau seorang ahli parlimen dan seorang yang sudah lama dalam dunia politik ini tetapi kenapa begitu?

Perkara ini menunjukkan bahawa kewibawaan DS yang belum cukup lagi untuk menjawat jawatan ini... Bukan tidak ada tetapi belum cukup lagi...

Saya harap semua di sini terutama perwakilan dapat memikirkan tentang perkara ini...

Saya tahu mungkin ada orang kuat DS Ali Rustam yang akan membaca comment di sini, jadi saya ingin meminta maaf sekiranya anda terasa...
Tetapi apa yang saya comment di sini ialah realiti nya ... Saya juga ingin andan membuka fikiran dan terima apa yang dikatakan ini satu nasihat kepada semua...

Terima kasih... Salam...

Anonymous said...

BUNGARAYA BERDURI.
Kepada Tanpanama diatas ni,
Satu ketika dulu semua orang sayang sama DSAI. Sebab apa?
Sebab beliau bijak berpidato dan dengan pidato yang diberikan DSAI telah memikat ramai dikalangan kita yang jatuh sayang kepada beliau dan berharap beliau akan menjadi Pengganti kepada TDM selaku PM Malaysia. Ingat tak? Sekarang apa dah jadi?
Oleh itu jangan menilai Ali Rustam dengan kelemahan beliau dalam berpidato semata. Lihat juga negeri Melaka dalam masa beliau menajdi CM nya. Sehingga ini seingat saya belum ada satu isu besar yang menyebabkan beliau terpaksa dibawa ke Pusat. Sejarah juga membuktikan Muhyiddin dibawa balik kePusat kerana isu Penjualan Tanah kepada tycoon dari Singapura.

Anonymous said...

Tapi saya pertikaikan kredibilti Ali rustam kerana isu BAbi di melaKA PUN BELIAU TAK BERANI PERTAHANKAN org melayu inikan pula perjuangkan org melayu seMalaya.
Aku rasa tak patut lawan muhyidin kerana beliaulah org yg telah mengadaikan masa depan apabila meminta paklah letak jawatan .
TApi Ali rustam ni disokong oleh Budak2 Belia4B. Belia4b org suruh utk majukan belia tapi sibuk hal politik....

Anonymous said...

Salam kepada semua...

Kepada orang yang tak ada nama tetapi nak kata saya yang tak bernama,

Siapa kata DSAI tidak mampu sekarang ini... Kita lihat berapa ramai telah berubah pandangan kepada PKR... Kebanyakan tempat PKR bertanding dan DSAI turun padang untuk berkempen pada masa yang sama dia berceramah dan akhirnya apa yang jadi pada PRU12... Saya tak pasti lah bagaimana tafsir nya tapi apa yang anda komen sebenar nya macam anda ada kat negara lain dan macam tak boleh terima kenyataan apa yang jadi pada PRU12...
Bukan saya sokong pembangkang, saya ini berfahaman kerajaan tetapi ini kenyataan nya...

Siapa kata kalau kita pandai bertutur/berpidato tidak mempengaruhi... Sebenarnya perkara seperti ini menunjukkan kewibawaan kita dan dan mengikut pada kajian psikologi yang dilakukan pakar2 motivasi kita termasuklah Fadhilah Kamsah, perkara ini membuktikan kewibawaan seseorang...
Bukan sahaja kewibawaan tetapi apa yang saya komen sebelum ini bagaimana jawapan yang diberikan itu tidak setaraf dengan pangkat orang nya... ini menunjukkan beliau tidak mempunyai idea yang matang dan tidak mampu jawab secara professional...
Kalau kita tengok Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang ini menjadi menteri, bagaimana dia berjaya nya dan beliau juga boleh menyumbangkan idea yang lebih mantap...
Saya yakin beliau dapat memajukan lagi dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti...
Kalau idea, cara cakap dan jawapan macam budak sekolah, macam mana nak mengembalikan balik kepercayaan rakyat kepada parti...
Cuba fikirkan, kalau orang yang tidak mampu keluarkan idea yang matang ini dipilih oleh perwakilan, apa yang akan jadi pada PRU13 nanti... fikirlah sedikit...

Sebab itu lah saya cakap, DS Ali Rustam bukan tidak ada kewibawaan itu tetapi tidak cukup untuk menyandang jawatan itu... Ada yang lebih layak berbanding beliau...
Semua ada pandangan masing2... Tetapi saya beri pandangan saya ini untuk anda semua fikirkan...

Kepada semua perwakilan, pilih lah orang yang paling layak untuk duduk di kerusi Timb. Presiden ini dan bukan sahaja duduk tetapi dapat menjalankan tugas dengan baik...

Terima kasih... Salam...