Tuesday, February 19, 2008

APA SUDAH JADI DI KL? TANDA JALAN RAYA DALAM TIGA BAHASA DI PASANG DAP! DBKL TIDOR KER?


GAMBAR - GAMBAR MENUNJUKKAN TANDA JALAN DALAM KETIGA BAHASA DAN JUGA GAMBAR TERESA KOK BERSAMA DUA AHLI PARLIMEN DAP YANG LAIN.....
Kuala Lumpur -- Ketika negara tengah panas dengan kempen pilihanraya Kuala Lumpur dikejutkan dengan papan tanda jalan raya dengan tiga bahasa iaitu "Bahasa Melaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil" yang dikatakan tanda jalan raya MUHIBAH oleh DAP.DAP bertindak memasang tanda jalan raya khas yang disediakan oleh parti tersebut di sekitar kawasan Parlimen Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras yang di Ketua oleh Ahli Parlimen Seputeh , Teresa Kok bersama dua ahli Parlimen DAP.
Difahamkan mereka tidak puas hati dengan tanda jalan raya yang dipasang oleh pihak berkuasa dalam bahasa malaysia dan juga dengan tulisan rumi disekitar kawasan Parlimen Seputeh, Bukit Bintang dan Cheras.
Mereka bertindak memasang tanda jalan khas dalam ketiga - tiga bahasa sebagai tanda bantahan.Difahamkan selain bahasa malaysia, tulisan rumi disediakan bagi memudahkan pelancong arab. Difahamkan DAP telah memasang tanda jalan ketiga - tiga bahasa tersebut dengan membuat sendiri tanda tersebut - di lebih 10 buah lokasi.
Apa sudah jadi dengan DBKL? Orang tengah sibuk nak pasang poster , mereka pulak dah mula pasang tanda jalan ikut kemahuan mereka sendiri.Kalau tak puas hati laporkanlah dengan pihak berkuasa dengan cara yang betul.Jangan angkat undang - undang ikut pilihan mereka.Mereka kenalah patuhilah undang - undang negara.Ini baru pasang tanda jalan.Esok ntah apa lagi mereka nak pasang?
Mana pergi Datuk Bandar Kuala Lumpur dan wakil DBKL ? Mereka tengah tidor ker ? Bukalah mata sikit dan tengok sendiri apa yang berlaku di sekitar KL.Kalau kita bantai, mereka kecil hati.Buatlah kerja.
Tetapi beberapa emel yang diterima menyokong tanda jalan raja dalam ketiga - tiga bahasa tersebut.

Sunday, February 17, 2008

TITIWANGSA - ZUHRI ATAU KAMARUDDIN?

Kuala Lumpur-- PERKEMBANGAN TERKINI DI TITIWANGSA.Penyandang Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz hampir pasti digugurkan.Beberapa nama yang dikaitkan bagi pengganti Astaman ialah, Ketua Pemuda Titiwangsa merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO WP, Zuhri Ahmad Idris, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Senator Datuk Kamaruddin Ambok dan Timbalan Ketua Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Ghani.
UMNO Titiwangsa telah menetapkan resolusi bahawa mereka tidak mahu calon luar kawasan , calon lompatan ataupun calon yang tak berkredibiliti.Astaman gagal memenuhi harapan mereka kerana terlibat dengan politik wang sehingga menyebabkan kredibilitinya terjejas teruk.Astaman juga calon kawasan- Ketua UMNO Wangsa Maju yang kini digantung keahlianya kerana politik wang.
Ada juga ura - ura yang mengatakan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa yang telah menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa selama empat penggal tak puas lagi dan mahu kembali aktif dalam politik.Apapun peluang Zuhri dan Kamaruddin dikatakan terbuka.Di lihat atas kertas Zuhri dikatakan mempunyai kelebihan kerana calon tempatan Kampung Baru.

Saturday, February 16, 2008

DATO S.VIJAYARATNAM DI SEGAMBUT , DR TAN DI HANTAR KE KEPONG!


Kuala Lumpur - Satu lagi kejutan di WP.Naib Presiden Parti Gerakan Datuk S.Vijayaratnam yang juga merupakan bekas Senator dan Setiausaha Parlimen akan bertanding di kawasan Parlimen Segambut menggantikan Pengerusi Gerakan WP Datuk Dr.Tan Kee Kwong yang juga penyandang di Segambut.Sebelum ini Dr.Tan yang dikatakan hampir pasti digugurkan kerana menyokong team bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Kerk Choo Ting pada pemilihan parti dua tahun lepas, diberikan peluang terakhir untuk menyelamatkan karier politiknya di kawasan maut - Kepong.

Pemilihan Dato Vijayaratnam dianggap satu kejutan kerana pertama kali seorang calon dari keturunan kaum india akan bertanding di Wilayah Persekutuan dan juga di Gerakan selepas Datuk Dominic Puthuchery yang kali terakhir mewakili Gerakan di Parlimen.Apakah nasib Dr.Tan selepas ini ? Apakah berjaya beliau menewaskan orang kuat DAP, Dr.Tan Seng Giaw di Kepong? Apakah akan berlaku kejutan di Kepong kali ini?

Seorang lagi calon Gerakan di WP, Ng Lip Yong dijangka akan mengekalkan kerusinya di Batu.

SEGAMBUT - DATO DR S. VIJAYARATNAM

KEPONG- DATO DR.TAN KEE KWONG

BATU-DATO NG LIP YONG

PANAS ! EMPAT PENJURU DI BUKIT BINTANG!


TERKINI-Merujuk kepada laporan Wilayah Kini Ketua Pembangkang DAP Lim Kit Siang menyifatkan " Traditional DAP stronghold Bukit Bintang has become DANGER seat.
Ikuti laporanya , klik :
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/293411/1/
LAPORAN TERDAHULU WILAYAH KINI--
Kuala Lumpur -- Maklumat terkini mengesahkan pertandingan Empat Penjuru di Parlimen Bukit Bintang yang dianggap kawasan panas dan perhatian di WP.Sumber MCA juga mengesahkan Senator Datuk Dr.Lee Chong Meng hampir pasti akan bertanding kali kedua kali ini untuk BN selepas tidak terpilih bertanding pada pilihanraya umum yang lepas.


Lee yang lebih dikenali sebagai panggilan " Dr Haiwan" dikatakan cukup bersemangat untuk bertanding kali ini sehingga dikatakan sedia berundur dari arena politik sekiranya tidak terpilih kali ini.BN di wakili oleh seorang calon wanita pada pilihanraya umum 2004.


Lee dijangka akan berentap dengan penyandang wakil DAP Fong Kui Lun dan dua calon Bebas popular dengan nama Bukit Bintang, Billi Lim dan bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang dan seorang peguam terkemuka Wee Choo Keong.Wee berjaya memecahkan undi pembangkang pada pilihanraya umum 2004.DAP terselamat pada pilihanraya umum yang lepas dengan majoriti 304 dalam drama pengiraan semula yang diadakan selepas hari pengundian.


Seperti kata kawan - kawan Bukit Bintang Nampak Selamat Tapi Tak Selamat.Nampak Macam Fong Kui Lun tapi bukan dia!! Siapa lagi?Tunggulah kita tengok reaksi orang kuat DAP dan Wee !




Tuesday, February 12, 2008

ELECTION OH ELECTION! P


  1. TERKINI : ELECTION 8HB MAC !
  2. NOMINATION : 24HB FEB
Selepas Pak Lah menafikan pembubaran Parlimen akan diadakan pada 13hb Feb, berita yang terbaru yang diterima Parlimen di Bubar pada 22hb Februari selepas sembahyang jumaat dan semua persediaan sedang diatur untuk Sidang Akhbar.
Ikuti beberapa perkembangan yang menarik dalam Wilayah Kini
Termasuk : DALAM MASA TERDEKAT INI......
Calon - Calon yang berpotensi di Titiwangsa?
1. Senator Datuk Kamaruddin Ambok?
2. Datuk Azim?
3. Zuhri Ahmad Idris?
4. Datuk Aziz Jamaluddin
5. Datuk Astaman - DI KEKAL? TERSUNGKUR?

KEADILAN BERTANDING 4 KAWASAN DI WP!

Kuala Lumpur - Parti Keadilan Rakyat Malaysia mengesahkan akan bertanding 4 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan- WANGSA MAJU, BATU, BANDAR TUN RAZAK DAN LEMBAH PANTAI.
Ketika Nurul Izzah hampir pasti bertanding di Lembah Pantai manakala Keadilan dijangka meletakkan tokoh korporat yang juga merupakan Bendahari Parti Keadilan, Tan Sri Khalid Ibrahim di Bandar Tun Razak.Seorang lagi pemimpin Keadilan Tian Chua pula dijangka sekali bertanding di Batu manakala Dr.Sanusi Osman yang bertanding di Lembah Pantai pada pilihanraya lepas dijangka bertanding di Wangsa Maju.
Sumber politik juga memberitahu Parti Keadilan, dijangka menumpukan parlimen Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.- Laporan oleh Wartawan Wilayah Kini

NURUL IZZAH CONFIRM BERTANDING DI LEMBAH PANTAI!

Kuala Lumpur- Selepas WILAYAH KINI membongkarkan berita , anak Anwar Ibrahim , Nurul Izzah dijangka akan mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Lembah Pantai , Malaysia Kini juga telah memberikan laporan yang sama , serta mempastikan berita tersebut.
Untuk laporan lanjut sila klik www.malaysiakini.com/news/77930

Monday, February 11, 2008

SHAHRIZAT VS NURUL IZZAH DI LEMBAH PANTAI?




Kuala Lumpur- Berita yang terkini dari Parti Keadilan Rakyat mengambarkan bahawa anak bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, NURUL IZZAH , 27 tahun sudah bersedia untuk menentang Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihanraya umum yang akan datang.

Parti Keadilan juga berpendapat Nurul Izzah merupakan calon yang paling sesuai sekali untuk diketengahkan untuk menentang Shahrizat Abdul Jalil dan Nurul juga dikatakan mempunyai potensi yang cukup tinggi dalam usianya yang muda ini.Manakala di satu sudut lain pula Shahrizat dikatakan sudah bersiap sedia untuk menentang sesiapa sahaja di Lembah Pantai walaupun senarai calon belum di pastikan lagi.Baru - baru ini Shahrizat naik angin apabila ditanya oleh media bahawa beliau dikatakan akan bertanding di Putrajaya bagi mencari kawasan selamat.Walau - apapun sejarah sebelum ini telah membuktikan bahawa Shahrizat telah menempuh pelbagai cabaran besar pada pilihanraya umum yang lepas di Parlimen Lembah Pantai.Pada pilihanraya umum lepas Shahrizat menewaskan calon Keadilan Dr Sanusi Osman dengan majoriti undi sebanyak 15,294.
Di Lembah Pantai jumlah pengundi merangkumi 53%melayu, 25%Cina dan 20%India.Pengundi India dan Cina mempunyai pengaruh yanh kuat menentukan kemenangan seseorang calon di Lembah Pantai.

Saturday, February 9, 2008

NORZA LARI KE MELAKA ? BERTANDING DI BUKIT KATIL?


Gambar " Mingguan Malaysia" Hari Ini bertarikh 10 Februari, ketika Datuk Norza Zakaria merasmikan Jentera BN Bukit Katil( Melaka) semalam.Gambar tersebut mempunyai pelbagi reaksi dan persepsi.
Tiba - tiba dari WP sebagai Ketua Pemuda WP , Norza lari Melaka?Ikuti berita hangat mengenainya daripada pasukan siasatan pakar dalaman Wilayah Kini dalam waktu terdekat ini.
LATEST--Datuk Norza Zakaria yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO WP merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,Datuk Seri Hishamuddin, telah mula mengatur langkah yang drastik untuk bertanding di luar kawasan KL selepas banyak dilema yang dihadapinya di WP sendiri termasuk bahagian sendiri dibawah pimpinannya, Wangsa Maju telah membuat resolusi undi tidak percaya terhadapnya.Selepas itu beliau terpaksa berhempas pulas untuk menangkis segala episod politik tersebut sehingga Pemuda UMNO WP dibawah Naib Ketua Pemudanya Ahmad Zuhri Idris membuat resolusi menyokong kepimpinan Norza Zakaria, yang kini dilihat sebagai Ahli Politik UMNO yang cukup mewah dengan hanya menjadi Set Pol kpd Menteri Kewangan Kedua.
Setelah imejnya tercalar di WP, Norza yang sebelum ini dikaikan sedang melobi Parlimen Titiwangsa terpaksa melupakan WP, dan mencari kawasan baru sehingga ke Melaka.Dikhabarkan beliau telah mendapat restu daripada Datuk Seri Ali Rustam( Ketua Menteri Melaka Merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia).Apapun apa pula pandangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam hal ini? Kita ikuti perkembangan menarik dari masa ke semasa di Wilayah Kini!

SURAT TERBUKA KEPADA RAJA PETRA DARIPADA SEORANG BEKAS EDITOR!

Salam Perjuangan,
Saya merupakan salah seorang pengikut RPK yang ada ketikanya mempertahankan beberapa fakta yang diutarakan dalam penulisanya walaupun pada ketikanya ada bantahan daripada pelbagai pihak.
Sebagai seorang bekas wartawan dan editor yang tidak mempunyai kuasa saya, selalu tekankan kepada fakta yang benar, telus dan berwibawa kerana kita tidak mahu rakyat terkeliru atau dikelirukan.Kita juga tidak mahu rakyat hilang kepercayaan terhadap penulis - penulis blog.
Apabila RPK, ditahan polis untuk siasatan , saya dan rakan - rakan saya begitu tersentuh dengan insiden tersebut sehingga berdiri tegug dibelakang RPK.
Saya dan rakan- rakan saya berjuang untuk kebenaran dan kami langsung tidak mahu dikongkong oleh BN ataupun pembangkang.Mana - mana pihak buat salah kami tegur tetapi segala teguran dan kritikan perlu ada asas yang serta bukti yang kukuh.Kita tak boleh ikut syok orang - orang lain kerana mereka mungkin mempunyai agenda yang tersirat dan tersurat.
RPK, Berbalik kepada komen mengenai rencana " Sultan Zulhasnan" yang kami rasakan langsung tidak ada asas serta kaitan dengan Datuk Seri Zulhasnan.Kami juga telah memberikan alasan - alasan yang kukuh untuk mempertahankan hujah - hujah kami tersebut.Kami tidak mahu seorang pemimpin melayu yang benar - benar ikhlas yang berjuang demi kebenaran seperti Zulhasna Rafique dijadikan bahan berita yang tidak berasas langsung oleh segelintir kumpulan serpihan.Di harap RPK dapat memahaminya.
Kami juga telah mendapati bahawa Zulhasnan Rafique tidak menjadi Menteri Wilayah Persekutuan ketika proses tender tersebut.Yang penting sekali hanya Datuk Bandar mempunyai kuasa untuk memberikan kontrak di DBKL sebagai Pengerusi Tender Board dan di Kementerian pula ianya dibawah tanggungjawab KSU.Tetapi yang paling memeranjantkan siasatan kami dengan DBKL dan Kementerian WP, ketika itu Zulhasnan tidak menjadi Menteri WP.
Satu lagi perkara ialah, kesemua empat Ketua Bahagian yang dinamakan RPK - Bukit Bintang, Kepong, Seputeh dan Segambut juga menafikan menerima tender tersebut.Mereka juga terkejut dengan dakwaan RPK tersebut.Siasatan Wilayah Kini dengan sembilan syarikat yang menerima tender tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan empat ketua bahagian tersebut.
Satu lagi perkara yang menjadi perhatian ialah, kesemua sembilan projek yang dinamakan oleh RPk telah dibuat dengan proses tender mengikut undang - undang yang sedia ada.Yang dapat pun orang melayu kita.Mereka dapatpun dengan saluran yang betul.Kenapa kita sukar untmemahaminya? Lebih baik RPK check dengan DBKL atau Kementerian WP untuk mengetahui kebenaranya kerana saya pun penat untuk hujahkanya lagi.
Lagi satu perkara RPK, jumlah keseluruhan nilai projek kalau dikira mengikut posting ialah RM 500 million bukanya RM 700 million.
Kenapa kita nak buat tuduhan melulu?Apa pula kaitan penipuan Datuk Azim dengan Zulhasnan?Sekiranya SEMUA ORANG UMNO ATAU PEMIMPIN UMNO DI WP BUAT SALAH ATAU PENYELEWANGAN , SEMUA TANGGUNGJAWAB MEREKA DAN KESALAHAN MEREKA PERLU DI PIKUL ZULHASNAN RAFIQUE? tak masuk akal lah, RPK.
Jangan kaitkan masalah personal seseorang dengan orang lain pulak.Salah.Salah sama sekali.Tuhan tidak akan memaafkan kita.Azim juga merupakan Bendahari Agung UMNO malaysia, jawatan yang lebih tinggi daripada Zulhasnan di Heiraki Kabinet UMNO Malaysia.Kenapa tak kaitkan Azim kroni Pak Lah atau TPM ? Come onlah bro, Kita perlu realistik sikit dalam menangani hal seperti ini.
Dalam rencana Sultan Zulhasnan -- tiada isu yang kukuh.Jangan tuduh sebarangan.Kenapa tak tanya dengan kesemua ketua - ketua bahagian ataupun rakan - rakan lain sebelum release tat " Untrue" story?
Harap kita sama - sama perbetulkan berita tersebut demi masa depan para bloggers .Kami tidak mahu bloggers ini dicap sebagai penipu.Kita buat kritikan sekiranya ada asas yang kukuh , tidak kira siapa pun.
Saya tidak mahu kita di label sebagai 70% salah 30% betul.
Kami berharap kita sama- sama perjuangkan keadilan dengan cara yang betul dan benar.
Pls clear the issue, bro.

Terimakasih,
Salam Perjuangan - Wilayah Kini

DR LOLO BERTANDING DI TITIWANGSA?

Kuala Lumpur-- Berita yang baru diterima.Orang kuat PAS Dr.Lolo telah berada di kawasan Titiwangsa sekaligus menguatkan spekulasi bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Titiwangsa menentang calon BN.
Di satu sudut yang lain pula, spekulasi bakal calon BN untuk Parlimen Titiwangsa semakin hangat dimana beberapa nama - nama telah dikatakan dalam peringkat akhir termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP, Senator Datuk Kamarudin Ambok, Bendahari UMNO Datuk Azim Zabidi dan juga Ketua Pemuda Titiwangsa Ahmad Zuhri Idris.Namun pemerhati politik juga berpendapat mungkin ada kejutan pada waktu terakhir sepertimana tahun 2004.Penyandang Datuk Astaman pula yang digantunh keahlian UMNOnya kerana terlibat dalam kes politik wang pula juga bertaruhkan nasibnya kali ini sekali lagi.

AZIM TERLIBAT PENIPUAN?

Kuala Lumpur -- Bendahari Agung UMNO Datuk Azim didakwa terlibat dalam kes penipuan saham berjumlah RM 1, 318,000 sepertimana yang dilaporkan oleh Raja Petra dalam MALAYSIA TODAY HARI INI. Untuk berita lanjut sila klik http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2535/46

TUDUHAN RPK : TIADA ASAS! SATU TOHMAHAN!

Kuala Lumpur-- Keempat empat Ketua UMNO Bahagian yang disebut oleh Raja Petra dalam rencana mendapat kontrak baru - baru ini terkejut dan menafikan sama sekali mendapat tender tersebut ataupun nama mereka ada dalam senarai sembilan buah syarikat yang mendapat tender tersebut yang berjumlah RM 500 million secara keseluruhan dan bukanya RM 700 milion secara keseluruhan.
Mereka berempat, Ketua UMNO Bahagian Segambut Datuk Kamarudin Ambok, Ketua Bahagian Kepong Datuk Rihuan Hamid, Ketua Bahagian Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid dan Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Azim kecewa dan dukacita dengan tuduhan liar yang dilemparkan Raja Petra dalam rencana tersebut yang tekah mendakwa Datuk Seri Zulhasnan telah memanipulasi kontrak tersebut untuk diberikan kepada mereka berempat.
Bukan Sahaja kami tidak terlibat ataupun menerima tender tersebut malah ianya tiada kaitan langsung dengan Zulhasnan Rafique kerana ketika beliau masih belum menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, kata Datuk Kamaruddin Ambok , ketika duhubungi oleh Wilayah Kini melalui telefon.
Kami ada bukti yang kukuh untuk dikemukakan bahawa ianya merupakan tuduhan liar untuk mencemarkan nama baik seorang pemimpin melayu yang yang ikhlas dan benar seperti Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
" Kenapa Raja Petra tidak menghubungi kami ataupun DBKL ,mahupun Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan kepastian?", katanya lagi.
Beliau juga berharap Raja Petra sebagai seorang penulis yang berwibawa dapat memperbetulkan kenyataanya dalam tulisanya.
Malah kesembilan syarikat melayu yang telah mendapat tender tersebut juga telah melalui proses yang betul.

Friday, February 8, 2008

SIAPA DIKEKAL, DIGUGUR DAN MUKA BARU DI WP?

Kuala Lumpur-- Suasana pilihanraya semakin dekat.Walaupun tarikh parlimen bakal dibubarkan masih menjadi rahsia namun detik - detik pembubaran semakin dirasakan.Ketika semua negeri sedang membuat pelbagai persiapan bagi mengharungi cabaran arus pilihanraya yang ke 12, Wilayah Persekutuan juga menjadi perhatian umum dan pemerhati politik.



Baru - baru ini ketika merasmikan Jentera Pilihanraya BNWP, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melahirkan rasa puas hatinya dimana beliau di petik berkata

"BNWP dibawah kepimpinan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berada ditahap yang terbaik untuk menempuh cabaran pilihanraya umum yang akan datang", katanya.



BN mengusai 9 Kerusi Parlimen di WP --SETIAWANGSA, WANGSA MAJU, BATU, SEGAMBUT, TITIWANGSA, BANDAR TUN RAZAK, LEMBAH PANTAI,PUTRAJAYA DAN LABUAN.



Manakala parti pembangkang , DAP pula menguasai 4 Kerusi Parlimen -- Kepong, Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras.



BNWP mengariskan 2 VISI dan MISI Utama kali ini. 1- Mempertahankan kesemua kesembilan kawasan parlimen yang dimenanginya pada pilihanraya umum yang lepas. 2- Merampas semula kawasan - kawasan pembangkang khususnya dua kawasan dimana BN tewas dengan majoriti undi yang nipis pada pilihanraya umum yang lepas - Bukit Bintang dan Kepong.



Pada masa yang sama , pelbagai spekulasi telah ditimbulkan mengenai calon di WP, Siapakah bakal digugurkan , Siapa dikekalkan dan Siapa muka - muka baru yang akan ditampilkan kali ini?

Monday, February 4, 2008

PPP WP KATA NO FIREWORKS !

Kuala Lumpur-- Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan hari ini menyangkal sebarang menyuarat panas berhubung perjumpaan Menteri Wilayah Persekutuan dengan 10 Ahli Parlimen dari parti pembangkang ahad ini.Beliau membantah laporan sebuah akhbar dengan kenytaan membuat kenyataan NO FIREWORKS....sila baca www.pppwp.com.my untuk keterangan selanjutnya.