Saturday, February 9, 2008

TUDUHAN RPK : TIADA ASAS! SATU TOHMAHAN!

Kuala Lumpur-- Keempat empat Ketua UMNO Bahagian yang disebut oleh Raja Petra dalam rencana mendapat kontrak baru - baru ini terkejut dan menafikan sama sekali mendapat tender tersebut ataupun nama mereka ada dalam senarai sembilan buah syarikat yang mendapat tender tersebut yang berjumlah RM 500 million secara keseluruhan dan bukanya RM 700 milion secara keseluruhan.
Mereka berempat, Ketua UMNO Bahagian Segambut Datuk Kamarudin Ambok, Ketua Bahagian Kepong Datuk Rihuan Hamid, Ketua Bahagian Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid dan Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Azim kecewa dan dukacita dengan tuduhan liar yang dilemparkan Raja Petra dalam rencana tersebut yang tekah mendakwa Datuk Seri Zulhasnan telah memanipulasi kontrak tersebut untuk diberikan kepada mereka berempat.
Bukan Sahaja kami tidak terlibat ataupun menerima tender tersebut malah ianya tiada kaitan langsung dengan Zulhasnan Rafique kerana ketika beliau masih belum menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, kata Datuk Kamaruddin Ambok , ketika duhubungi oleh Wilayah Kini melalui telefon.
Kami ada bukti yang kukuh untuk dikemukakan bahawa ianya merupakan tuduhan liar untuk mencemarkan nama baik seorang pemimpin melayu yang yang ikhlas dan benar seperti Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
" Kenapa Raja Petra tidak menghubungi kami ataupun DBKL ,mahupun Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan kepastian?", katanya lagi.
Beliau juga berharap Raja Petra sebagai seorang penulis yang berwibawa dapat memperbetulkan kenyataanya dalam tulisanya.
Malah kesembilan syarikat melayu yang telah mendapat tender tersebut juga telah melalui proses yang betul.

No comments: