Friday, February 8, 2008

SIAPA DIKEKAL, DIGUGUR DAN MUKA BARU DI WP?

Kuala Lumpur-- Suasana pilihanraya semakin dekat.Walaupun tarikh parlimen bakal dibubarkan masih menjadi rahsia namun detik - detik pembubaran semakin dirasakan.Ketika semua negeri sedang membuat pelbagai persiapan bagi mengharungi cabaran arus pilihanraya yang ke 12, Wilayah Persekutuan juga menjadi perhatian umum dan pemerhati politik.



Baru - baru ini ketika merasmikan Jentera Pilihanraya BNWP, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melahirkan rasa puas hatinya dimana beliau di petik berkata

"BNWP dibawah kepimpinan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berada ditahap yang terbaik untuk menempuh cabaran pilihanraya umum yang akan datang", katanya.



BN mengusai 9 Kerusi Parlimen di WP --SETIAWANGSA, WANGSA MAJU, BATU, SEGAMBUT, TITIWANGSA, BANDAR TUN RAZAK, LEMBAH PANTAI,PUTRAJAYA DAN LABUAN.



Manakala parti pembangkang , DAP pula menguasai 4 Kerusi Parlimen -- Kepong, Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras.



BNWP mengariskan 2 VISI dan MISI Utama kali ini. 1- Mempertahankan kesemua kesembilan kawasan parlimen yang dimenanginya pada pilihanraya umum yang lepas. 2- Merampas semula kawasan - kawasan pembangkang khususnya dua kawasan dimana BN tewas dengan majoriti undi yang nipis pada pilihanraya umum yang lepas - Bukit Bintang dan Kepong.



Pada masa yang sama , pelbagai spekulasi telah ditimbulkan mengenai calon di WP, Siapakah bakal digugurkan , Siapa dikekalkan dan Siapa muka - muka baru yang akan ditampilkan kali ini?

No comments: