Monday, February 11, 2008

SHAHRIZAT VS NURUL IZZAH DI LEMBAH PANTAI?




Kuala Lumpur- Berita yang terkini dari Parti Keadilan Rakyat mengambarkan bahawa anak bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, NURUL IZZAH , 27 tahun sudah bersedia untuk menentang Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihanraya umum yang akan datang.

Parti Keadilan juga berpendapat Nurul Izzah merupakan calon yang paling sesuai sekali untuk diketengahkan untuk menentang Shahrizat Abdul Jalil dan Nurul juga dikatakan mempunyai potensi yang cukup tinggi dalam usianya yang muda ini.Manakala di satu sudut lain pula Shahrizat dikatakan sudah bersiap sedia untuk menentang sesiapa sahaja di Lembah Pantai walaupun senarai calon belum di pastikan lagi.Baru - baru ini Shahrizat naik angin apabila ditanya oleh media bahawa beliau dikatakan akan bertanding di Putrajaya bagi mencari kawasan selamat.Walau - apapun sejarah sebelum ini telah membuktikan bahawa Shahrizat telah menempuh pelbagai cabaran besar pada pilihanraya umum yang lepas di Parlimen Lembah Pantai.Pada pilihanraya umum lepas Shahrizat menewaskan calon Keadilan Dr Sanusi Osman dengan majoriti undi sebanyak 15,294.
Di Lembah Pantai jumlah pengundi merangkumi 53%melayu, 25%Cina dan 20%India.Pengundi India dan Cina mempunyai pengaruh yanh kuat menentukan kemenangan seseorang calon di Lembah Pantai.

No comments: