Wangsa Maju ( Wilayahkini ) -- Harapan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian menerima tamparan awal yang hebat apabila mesyuarat cawanganya Taman Setapak Indah Fasa Satu terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.Mesyuarat tersebut yang berlangsung hari ini hanya dihadiri seramai 68 ahli.Cawangan tersebut yang mempunyai seramai 281 ahli.Walaupun, mesyuarat tersebut akan ditunda untuk satu tarikh yang lain, peristiwa tersebut dikatakan telah memberi implikasi yang tidak baik kepada kepimpinan Zainal Nazeri selaku Pemangku Ketua Bahagian dan juga Ketua Cawangan- dan lebih - lebih lagi Zainal bercadang bertanding jawatan Ketua Bahagian.
Wilayahkini juga difahamkan, pembabatalan mesyuarat cawangan Zainal Nazeri juga telah menjadi bahan percakapan utama ahli - ahli UMNO di Wangsa Maju dan Wilayah Persekutuan yang mula mempertikaikan kredibiliti Zainal Nazeri.Sekarang, ada pula cakap - cakap yang mengatakan Zainal akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian sekaligus membuka ruang kepada bekas Ketua Bahagian Datuk Astaman Abdul Aziz untuk menerajui semula Wangsa Maju. Di satu sudut yang lain pula, penyokong - penyokong Datuk Shafie Abdullah pula yakin beliau akan menang kali ini.
" Apa yang berlaku hari ini memang cukup memalukan kepada UMNO Wangsa Maju kerana ianya menunjukkan kelemahan UMNO di bahagian ini sedangkan beliau merupakan Pemangku Ketua Bahagian", kata seorang pemimpin UMNO Wangsa Maju dalam emelnya ke Wilayahkini malam tadi.