Friday, February 27, 2009

BULAN MAC SUDAH SAMPAI ; DETIK - DETIK YANG DI TUNGGU - TUNGGU KIAN MENGHAMPIRI ; SIAPA PILIHAN KITA ?

KUALA LUMPUR 27 Feb 2009 -- Esok kita sudah sampai penghunjug bagi bulan Februari. Bulan Februari sepertimana yang ketika ketahui umum cukup istimewa kerana hanya ada 28hari. Menjelang hari ahad ini, kita akan melangkah ke bulan Mac yang ditunggu - tunggu oleh pelbagi pihak bukan sahaja rakyat tempatan malah seluruh dunia. Bulan Mac bakal menyaksikan pemilihan paling mencabar dalam sejarah UMNO selepas tahun 1987 walaupun jawatan Presiden tak ada pertandingan. Satu lagi yang ditunggu - tunggu ialah Proses Peralihan Kuasa antara Pak Lah dan Najib. Isu Peralihan Kuasa ini masih menjadi bahan cerita yang paling panas di Malaysia.Bukan sahaja dikalangan pemimpin UMNO dan BN malah turut di perkatakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Ramai pihak sudah meramalkan, bulan Mac bakal menjadi satu bulan yang paling mencabar dan akan ada beberapa kejutan politik dalam UMNO dan juga dalam politik negara . Isu Perak dan pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau , Bukit Gangtang dan Bukit Lanjan juga dijangka meletup pada bulan Mac. Proses kempen bagi pemilihan UMNO juga dikatakan akan panas dan " swing " habis - habisan pada bulan Mac. Seorang penulis hari ini , menyatakan -- "pilihlah pemimpin yang dikehendaki oleh negara dan bukanya untuk diri sendiri. Beliau turut berkata pemimpin yang dipilih perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia dan bukanya setakat 2, 500 perwakilan UMNO sahaja". Sila klik - The New Straits Times Online......., untuk membacanya.

Thursday, February 26, 2009

ISU PPSMI - SAMAD SAID TEKAD PERJUANG BAHASA MELAYU !

KUALA LUMPUR 26 Feb 2009 --Begitulah luahan perasaan Tokoh Sasterawan Negara yang tersohor Datuk A.Samad Said dalam isu berhubung pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ). Beliau juga menafikan dirinya diperalatkan oleh pihak pembangkang dalam usahanya untuk memperjuangkan Bahasa Melayu. Sila klik - Berita Harian Online , untuk berita penuh mengenai komen Samad Said berhubung isu tersebut.
TERKINI : PIBG Seluruh Negara Bantah PPSMI , sila klik DISINI
PPSMI -Nak Debat apa lagi tanya Hisham , sila klik DISINI
Laporan polis Gapena terhadap Kementerian Pelajaran bermotif politik , sila klik DISINI

Tuesday, February 24, 2009

NORZA ZAKARIA " BREAK THE SILENCE " ; NORZA NAFI BERI RASUAH ; " SAYA HANYA BANTU SIASATAN SPRM ", KATA NORZA ; APA KATA SPRM ?

KUALA LUMPUR -- "Selain profil politik, saya adalah penyandang kerusi ahli MT.Jasa saya begitu banyak kepada parti dengan pelbagi cara selain daripada kedudukan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan", begitulah kata - kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria kepada pihak media yang dipetik dari akhbar Berita Harian hari ini setelah sebulan membisu berhubung isu siasatan SPRM .
Norza yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO secara perlantikan menafikan beliau terlibat dalam rasuah politik, sebaliknya mendakwa hanya membantu siasatan SPRM.
Disebalik kenyataan Norza itu, sumber SPRM pula dipetik berkata, SPRM mempunyai "kes kuat" dan boleh mendakwa Norza, kata sumber tersebut yang dipetik dari akhbar NST siaran hari ini. Untuk berita selanjutnya, sila klik- The New Straits Times Online........ .
Malah Norza berkata, dakwaan terbabit dalam rasuah sehingga beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya itu bertujuan menjatuhkan maruah dan menjejaskan peluangnya pada pemilihan parti pada bulan depan.
Dalam komenya di Berita Harian , Norza juga dipetik berkata beliau bukan ahli politik yang kurang berpengalaman dan tidak pernah berjasa sehingga terpaksa mengunakkan taktik kotor untuk mencapai kemenangan.

Monday, February 23, 2009

SATU LAGI LAMAN BLOG BARU DI KUALA LUMPUR ; UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN !

KUALA LUMPUR 24 Feb 2009 -- UMNO Cawangan Gombak Selatan yang berada dibawah Bahagian Wangsa Maju telah melancarkan lam blog mereka baru - baru ini. Wilayahkini ingin mengucapkan syabas dan tahnniah kepada kepimpinan UMNO Cawangan Gombak Selatan dibawah kepimpinan Abd Razak Muhamad (gambar) yang telah mengambil satu inisiatif yang cukup bermakna demi memperkasakan lagi UMNO dan juga suara orang melayu ini di Wilayah Petsekutuan. Sila klik DISINI , untuk melayari laman blog UMNO Cawangan Gombak Selatan.

cakap- cakap politik : ASTAMAN ABDUL AZIZ DARI WANGSA MAJU ...KINI HENDAK KE MANA ?

KUALA LUMPUR 23 Feb 2009 -- Setelah dikecewakan di UMNO Wangsa Maju , bekas Ahli Parlimen Titiwangsa dan Mantan Ketua Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Abdul Aziz kini pula mengharapkan " kejutan politik " apabila menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Astaman merupakan antara 4 calon dari Wilayah Persekutuan yang layak bertanding untuk jawatan MT pada bulan depan - sepertimana yang telah diumumkan oleh Ibupejabat UMNO minggu lepas.
Selain Astaman , calon - calon lain yang layak untuk bertanding bagi jawatan MT dari Wilayah Persekutuan ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Ketua Pemuda UMNO WP Datuk Norza Zakaria dan Ketua Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee.
Astaman yang dibebaskan semula dari penggantungan kes politik wang selepas tiga tahun baru - baru ini, merancang kembali untuk kembali aktif dalam arena politik melalui usahanya merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Beliau dikatakan begitu yakin untuk menang tapi harapanya dikatakan berkecai apabila Datuk Zainal Nazeri membuat keputusan dramatik dalam tempoh masa 24 jam apabila menarik diri dari bertanding jawatan Ketua Bahagian.Usahanya untuk menjadi Timbalan Ketua Bahagian Wangsa Maju juga berkecai. Ramai juga binggung kenapa Astaman bertanding jawatan Timbalan dan bukanya Ketua Bahagian?
Kini Astaman yang dilihat masih aktif dengan Yayasan Pendidikan Titiwangsa dan juga program - program lain , sekali lagi mempertaruhkan nasibnya dalam UMNO. Apakah nasib Astaman selepas ini ?
Wilayahkini akan mengupas calon - calon dari WP yang bertanding MT dari masa ke semasa. Apa kata Orang lain ?Perwakilan Awasi Calon Ini. SIAPA ??? sila klik DISINI ; Seorang Sahaja Terselamat di WP . SIAPA ??? sila klik DISINI
( Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel dan juga pandangan ( ramai yang menyokong) dari beberapa pihak apabila kami membuat link kepada dua blog lain dalam perenggan Apa Kata Orang Lain. Walaupun ianya merupakan satu pendekatan "link" yang biasa dilakukan oleh ramai pengendali blogger tapi dalam hal ini Wilayahkini diserang oleh beberapa pihak kerana membuat link tersebut walaupun ianya bukanya merupakan pandangan Wilayahkini.Bagi kami, sebagai sebuah saluran media alternatif, secara kebetulan hari ini genap SETAHUN blog Wilayahkini dilancarkan.Kami telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan sehingga menjadikan Wilayahkini sebagai sebuah blog yang dikenali ramai.Alhamdulilah, Wilayahkini , kini sudah hampir mencecah 1million hits dalam tempoh setahun ini. Berbalik kepada perkara diatas, biarlah para pembaca setia kami yang menilainya. Walaupun ianya bukan pandangan Wilayahkini tetapi ada segelintir pihak mengkritik Wilayahkini dalam ruangan komen blog link tersebut.Kami tahu apa yang kami buat.Apabila dipuji mereka senyap. Tetapi ini belum ada pandangan dari Wilayahkini lagi. Kerana orang lain kritik kami pula dijadikan sasaran.Kenapa ? Tunggulah.Kami akan jawab. Wilayahkini tidak gentar.Kami akan jawab dalam bentuk yang lebih mencabar lagi sekiranya pendekatan "link" juga dijadikan bahan politik. Jangan ingat Wilayahkini boleh dijadikan "bahan usikan" dengan sengaja.Kami pun tahu, apa yang berlaku dan apa kebenaranya.Salam Perjuangan kepada semua pembaca yang telah menyokong Wilayahkini sepanjang setahun yang lepas dan juga yang menyokong Wilayahkini dalam isu ini. Salam - DARI WILAYAHKINI )

Saturday, February 21, 2009

SUDAH CONFIRM ; DUA CALON DARI WP REBUT JAWATAN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA ; KURANG MOLEK ?

KUALA LUMPUR 21 Feb 2009 -- SUDAH SAH, dua calon dari Wilayah Persekutuan akan bertembung bersama empat calon yang lain bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan parti bulan depan. Sepertimana yang kita ketahui Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail akan bertanding jawatan Ketua Puteri . Seorang lagi calon yang turut mencuba nasib ialah Saarah Ali Bashah dari Bahagian Seputeh.
Calon - calon yang lain yang turut menawarkan diri bagi jawatan Ketua Puteri ialah Shahaniza Shamsuddin, Rosnah Abdul Rashid, Bibi Sharliza dan Azalina Mehtab.Perwakilan Puteri pula berpendapat penampilan Saarah hanya sekadar untuk bertanding sahaja tetapi nampak " kurang molek " apabila dua calon dari negeri yang sama bertanding bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Apakah cabaran yang dilalui oleh Puteri UMNO selepas PRU yang ke 12 ? - Ikuti wawancara khas Wilayahkini bersama Ketua Puteri Labuan - esok.

WANITA SUDAH KEMBALI PANAS ; RAFIDAH DAN SHAHRIZAT SEDIA BERENTAP ; WANITA WP AKAN SOKONG KETUA MEREKA ?

KUALA LUMPUR 21, Feb 2009 -- Sekiranya semalam Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak bertentang mata tapi hari ini kedua - dia mereka bertembung antara satu sama lain di Alor Setar dalam satu majlis memperkenalkan calon - calon Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Rafidah dan Shahrizat dilihat bersalaman antara satu sama lain selepas diminta oleh pihak media walaupun disebalik kepanasan politik Wanita UMNO Malaysia yang kini semakin panas selepas - sejuk seketika.

Ketika Rafidah yang dilihat agak "cemas dan huru hara" sikit ekoran daripada tindakan drastik Shahrizat untuk berentap denganya bagi jawatan Ketua Wanita, di satu sudut lain pula , Shahrizat yang juga Ketua Wanita Wilayah Persekutuan nampak tenang dan cool .
" Kalau kalah , tidak menjadi kudis bagi saya.Ini lumrah dalam politik.Saya pernah tewas sekali dulu...saya Ketua...orang cabar saya pertahan saja", kata Rafidah hari ini di Alor Setar. Sila klik - mStar .
Shahrizat pula yakin perwakilan cukup matang untuk memilih calon bagi memimpin pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Sementara itu, dua orang kanan Rafidah dari Wilayah Persekutuan- Datuk Faridah ( Ketua Wanita Cheras ) dan Datuk Azizah Samad ( Ketua Wanita Seputeh ) dijangka akan berkerja keras memastikan kemenangan Rafidah kali ini. Apakah undi untuk Shahrizat akan pecah di negerinya sendiri ?
UNDI WILAYAH MACAM MANA ?
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan ramai perwakilan dari Wilayah Persekutuan akan "go all out " untuk Shahrizat kali ini. Mereka mahu memastikan kemenangan Shahrizat. Ketua Wanita Bandar Tun Razak, Salmah Pin yang juga merupakan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Wilayah Persekutuan yang akan bertanding bagi jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia dijangka akan mengemudi pasukan Shahrizat di Wilayah Persekutuan. Salmah juga dilihat salah seorang pemimpin wanita UMNO yang cukup berdedikasi dan bakal dilantik sebagai Ketua Wanita WP sekiranya Shahrizat menang jawatan Ketua Wanita.Apakah akan ada pengumuman rasmi dari Wanita WP untuk menyokong Ketua mereka Shahrizat selepas ini ? ataupun mereka akan terus berdiam diri ?
( Gambar sidang akhbar semalam tanpa Shahrizat ...... )

Wednesday, February 18, 2009

PAK LAH JADI RESIGN KER ?

Kuala Lumpur 18 Feb 2009 -- "Pak Lah jadi resign ker ? " begitulah bunyi sms yang diterima oleh salah seorang penulis di Wilayahkini hari ini. Ketika menjelang bulan Mac ini sudah ada macam - macam cerita mengenai "Peralihan Kuasa". Ada yang masih tidak percaya Pak Lah akan melepaskan jawatanya sepertimana yang telah dijanjikan sebelum ini. Malah semasa majlis pembukaan rasmi sessi Parlimen 2009, Yang Di Pertuan Agong juga telah merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada Pak Lah dan baginda berharap proses Peralihan Kuasa antara Pak Lah dan Naijb akan berjalan dengan lancar. Kini , dalam suasana politik negara yang begitu panas , macam - macam cerita yang diungkitkan mengenai isu Peralihan Kuasa. Apakah yang akan berlaku pada bulan Mac , tetap akan berlaku , kata seorang penganalisis politik kepada Wilayahkini. Kini tumpuan negara tertumpu kearah pemilihan UMNO. Yang pasti, Datuk Seri Najib sudahpun menjadi Presiden UMNO secara tidak rasmi dan akan dinobatkan secara rasmi pada bulan Mac nanti. Sangsi Pak Lah tidak akan lepaskan jawatan PM ? Sila klik - mStar , untuk berita selanjutnya. Pakatan Rakyat pula dikatakan akan membawa usul menyokong Pak Lah meneruskan tanggungjawabnya sebagai PM di parlimen.

Monday, February 16, 2009

GARA GARA GAMBAR BOGEL ; POLITIK NEGARA TERUS JADI PANAS !

TERKINI : Walalupun Elizabeth Wong dikatakan telah melahirkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Exco dan juga ADUN Bukit Lanjan sebelum ini , namun dikatakan beliau akan tidak akan letak jawatan sebagai ADUN . Macam - macam cerita yang kita sudah dengar dalam insiden ini. Beliau dikatakan akan lepaskan jawatanya sebagai Exco sahaja. Namun kedudukanya dikatakan hanya akan diputuskan minggu depan. Sementara itu, hari ini bekas teman lelaki Elizabeth pula memberi keterangan kepada pihak polis. Sila klik DISINI
Kita juga faham akan fenomena ataupun dilemma yang dilalui oleh Elizabeth ketika ini dan telah diterjemahkanya pada sidang akhbar semalam.
BERITA SEBELUM INI........

KUALA LUMPUR 16 Feb 2009 -- Politik negara dikejutkan dengan gara - gara gambar bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong. " Saya mangsa gambar separuh bogel ", kata Elizabeth. Bekas Menteri Besar Selangor , Datuk Seri Khir Toyo pula mendesak Elizabeth Wong meletakan jawatanya.Ketika ini pihak polis sudah memulakan siasatanya dan suspeknya juga sudah dikenalpasti.
Elizabeth juga berkata, penerbitan gambar ataupun video yang dimaksudkan itu merupakan " serangan dengki", terhadap beliau. Kes ini semakin panas. Laporan lanjut , klik - mStar !

Friday, February 13, 2009

BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT GANTANG : PENAMAAN CALON - 29Mac ; MENGUNDI - 7 Mac ; UJIAN GETIR BAGI NAJIB SELEPAS JADI PM ?

KUALA LUMPUR 13 Feb 2009, -- SPR memutuskan pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau - Kedah dan Parlimen Bukit Gantang - Perak, diadakan secara serentak. Penamaan Calon : 29hb Mac 2009 ; Hari Mengundi : 7hb April 2009.
Ini bermakna, penamaan calon berlangsung sehari setelah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Presiden UMNO selepas perhimpunan agung UMNO dan pengundian pula berlangsung ketika dibawah kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula dikatakan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dalam satu " peralihan kuasa " yang telah dirancang sebelum ini pada 31hb Mac 2009.
Ini bermakna, pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang dijangka menjadi ujian paling getir bagi Najib setelah beberapa hari menjadi Perdana Menteri.
ADA USUL MAHUKAN PAK LAH TERUS JADI PM DARI PAKATAN ?
Di sebalik itu, ada pula ura - ura yang mengatakan Pakatan Rakyat yang sebelum ini yang begitu agresif untuk membawa usul tidak percaya kepada kepimpinan Pak Lah dikatakan akan membawa usul undi percaya kepada terhadap Pak Lah untuk terus menjadi Perdana Menteri selepas 31hb Mac. Sila klik DISINI, untuk berita selanjutnya.

Wednesday, February 11, 2009

SIKAP kebiaDAPan KARPAL SINGH ; HANTAR BANTAHAN ANDA DI WILAYAHKINI !


" Saya tidak akan minta maaf ", kata Karpal Singh. Sikap kebiaDAPan Karpal Singh semakin hari semakin melampui batasnya. Kenapa kerajaan masih berdiam diri ? Kenyataan Karpal Singh begitu kurang ajar dan menyakitkan hati . Ramai yang mahu kerakyataan Karpal ditarik balik. Sila klik -Siapa itu Karpal Singh? — Dr Novandri Hasan Basri . Kemukakan bantahan anda di Wilayahkini. Wilayahkini melancarkan kempen menentang sikap kebiDAPan Karpal Singh. Daulat Tuanku ...Daulat Tuanku....Daulat Tuanku....

Tuesday, February 10, 2009

PEMUDA UMNO WP & SELANGOR GEGARKAN IBU KOTA PAGI TADI ; kebiaDAPan KARPAL SINGH : AMARAN PEMUDA - MINTA MAAF SEGERA KALAU TIDAK...........

KUALA LUMPUR, 10 Feb 2009 -- Lebih 800 ahli daripada Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Selangor hari ini dengan lantang bersuara dan mendesak supaya Pengerusi DAP Karpal Singh supaya meminta maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan secepat mungkin .Kalau tidak mereka akan membuat demontrasi setiap hari dihadapan pejabat Karpal Singh di Jalan Pudu. Mereka juga melaungkan sifa-sifat kebiaDAPan Karpal Singh dengan begitu bersemangat sekali. Lauangan mereka bagaikan mengegarkan suasana di ibu kota awal pagi tadi. Mereka mula berkumpul dihadapan Menara Maybank di Jalan Tun Perak seawal lapan pagi lagi. Kemudian mereka bergerak menuju ke pejabat Karpal Singh di Jalan Pudu dengan melaungkan " Daulat Tuanku". Semua yang hadir mengikat reben warna kuning. Mereka juga dengan kuat dan lantang bersuara...tangkap...tangkap...tangkap Karpal.
Keadaan menjadi lebih cemas dan panas apabila mereka menghampiri pejabat guaman Karpal Singh di Jalan Pudu.Namun keadaan begitu terkawal.Anggota FRU dan polis berjaya mengawal keadaan dengan baik.
Namun pasukan Pemuda UMNO WP dan Selangor gagal menyampaikan memorandum empat muka surat kepada Karpal Singh sebaliknya mereka memasukkanya dibawah pintu masuk pejabat Karpal Singh.
KARPAL TAK akan MINTA MAAF ?
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan Karpal Singh bertekad tidak akan meminta maaf dan masih berpegang dengan pendirianya. Karpal juga dikatakan menyalahkan pihak polis yang membenarkan demontrasi diadakan sampai ke pejabatnya.
Sementara itu, seorang rakan dari Pemuda UMNO memberitahu Wilayahkini bahawa, Pemuda UMNO WP akan terus mendesak demi mempertahankan raja - raja melayu dan juga bangsa melayu.
Daulat Tuanku... Daulat Tuanku..
( Gambar majlis pagi tadi )

PUTERI SETIAWANGSA CUCI KERETA UNTUK KUMPUL DANA KEMANUSIAN PALESTIN !

SETIAWANGSA, 10 Feb 2009 -- Ketika banyak pihak mengambil pelbagai langkah dan usaha untuk membantu mengumpul derma untuk Dana Kemanusian Palestin , Pergerakan Puteri UMNO Setiawangsa mengambil satu langkah yang cukup berbeza dimana mereka menjalankan program " MENCUCI KERETA " bagi mengumpul dana untuk tabung Kemanusian tersebut. Ketua Puteri UMNO Setiawangsa Seri Wani Sabtu berkata, kerja amal dijalankan dari 9 pagi hingga 5 petang dimana melibatkan 30 ahli puteri UMNO yang turun padang untuk mencuci kereta. Program tersebut turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa. Program mencuci kereta tersebut, berjaya mengumpul RM 2, 000.

Thursday, February 5, 2009

PERMAINAN TAMAT ; SULTAN TIDAK BERKENAN BUBAR DUN PERAK ; SELAMAT JALAN BUAT NIZAR ; BN KEMBALI MASUK GELANGGANG DI PERAK !

KUALA LUMPUR , 5 Feb 2009 -- Segala teka teki dan permainan politik tarik tali diantara BN dan Pakatan Rakyat tamat juga akhirnya apabila SULTAN PERAK TIDAK BERKENAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DIBUBARKAN DAN MENITAHKAN MB DAN ECXO LETAK JAWATAN SERTA MERTA. Dengan ini, disahkan BN akan ambil alih kerajaan negeri Perak yang hanya mampu berahan selama 11 bulan selepas PRU yang ke 12 Mac lepas. Dengan keputusan tersebut, permainan politik Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tamat juga akhirnya selepas , pelbagai episod panas di Perak sejak dua hari yang lepas . Kini gelanggang politik Perak kembali ke tangan BN. Persoalanya siapa Menteri Besar Perak yang baru ? Tapi senario politik di Perak masih lagi tegang , dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan menghadiri satu majlis perhimpunan besar bersama para penyokongnya di Perak malam ini.

Sunday, February 1, 2009

PINGAT HARI WP : AZIM DAPAT " DATUK SERI " ; RIDHUAN HAMID DAN SYED ALI DAPAT " DATUK" ; HAMIZAH PULA TERIMA "KMW" ! !

KUALA LUMPUR 2 Feb 2009 -- Bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang yang juga Bendahari UMNO WP Datuk Seri Abdul Azim Zabidi menerima gelaran " Datuk Seri " (SMW ) manakala Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Ketua UMNO Kepong Senator Datuk Ridhuan Hamid dan Ketua UMNO
Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Habshee menerima gelaran "Datuk" ( PMW). Beberapa penerima pingat yang lain termasuk Setiausaha UMNO Setiawangsa , Abdullah Mat ( JMW), Ketua Wanita UMNO Setiawangsa Hairunnisha Bivee ( JMW), Ketua Wanita Labuan, Aini Safar (KMW), Ketua Wanita Titiwangsa, Hafsah Abdul Rahman ( KMW ), Ketua Puteri UMNO Putrajaya Hamizah Zawawi ( KMW), Abdul Aziz Jasin , Pengerusi Tetap UMNO Bandar Tun Razak ( KMW ), Adnan Mudzi dari UMNO Lembah Pantai, Ketua Wanita Putrajaya Sadiah Bakar ( KMW ) dan ramai lagi. Turut menerima KMW ialah Lamat Basar dari UMNO Segambut dan Ghazali Samsuddin dari UMNO Wangsa Maju.
( gambar : Azim, Ridhuan, Syed Ali, Abdullah Mat dan Hamizah )