Friday, February 13, 2009

BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT GANTANG : PENAMAAN CALON - 29Mac ; MENGUNDI - 7 Mac ; UJIAN GETIR BAGI NAJIB SELEPAS JADI PM ?

KUALA LUMPUR 13 Feb 2009, -- SPR memutuskan pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau - Kedah dan Parlimen Bukit Gantang - Perak, diadakan secara serentak. Penamaan Calon : 29hb Mac 2009 ; Hari Mengundi : 7hb April 2009.
Ini bermakna, penamaan calon berlangsung sehari setelah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Presiden UMNO selepas perhimpunan agung UMNO dan pengundian pula berlangsung ketika dibawah kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula dikatakan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dalam satu " peralihan kuasa " yang telah dirancang sebelum ini pada 31hb Mac 2009.
Ini bermakna, pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang dijangka menjadi ujian paling getir bagi Najib setelah beberapa hari menjadi Perdana Menteri.
ADA USUL MAHUKAN PAK LAH TERUS JADI PM DARI PAKATAN ?
Di sebalik itu, ada pula ura - ura yang mengatakan Pakatan Rakyat yang sebelum ini yang begitu agresif untuk membawa usul tidak percaya kepada kepimpinan Pak Lah dikatakan akan membawa usul undi percaya kepada terhadap Pak Lah untuk terus menjadi Perdana Menteri selepas 31hb Mac. Sila klik DISINI, untuk berita selanjutnya.

4 comments:

Anonymous said...

sekarang ni peluang 50/50 buat BN dan PR sebab masing-masing ada yang benda rakyat tak suka.hal yang terjadi diPerak baru-baru ini menampakkan sikap PR yang sebenar.PR yang diketuai Anwar kata mahu bina kerajaan baru dengan lompat-melompat tapi apabila Perak berjaya diambil alih oleh BN dengan cara tersebut marah pulak PR dan penyokong mereka.

usul mahu Pak Lah terus jadi PM?saya lebih suka Pak Lah terus menjadi PM.paling tidak pun diberikanlah peluang untuk dia membuktikan diri dia sekali lagi.dia menawarkan diri untuk berhenti pun kerana didesak oleh sebahagian ahli MT UMNO dan bukan kerana kerelaannya.

kembara putih said...

Kalau kalah PRK 2 bukit nanti, Najib boleh bagi alasan baru bberapa hari jadi Presiden UMNO. Lepas tu buat post mortem. Kemudian cap kata semangat UMNO akan berubah.

Anonymous said...

kenapa benak sangat pengerusi SPR yang baru ni...

membuat PRK selps pemilihan UMNO cuma akan memburukkan lagi UMNO/BN.. sebabnya...

1) akan berlaku kempen melampau utk meletak calon pilihan masing2 sebab yg dah menang pemilihan nak tunjuk taji pengaruhnya...

2)keputusan akan dipengaruhi oleh ganjaran sokongan semasa pemilihan tempohari

2a)yg kalah akan berusaha@sabotaj calon, kempen dan undi...

3)masa untuk balas dendam

4)berpuak2 pasal yg kalah xnak tlg kempen...dah menang kerja la...

5)telah berlaku banyak ketirisan semasa pemilihan tempohari

akhirnya...

6)sikap akur kepada keputusan pemimpin akan nipis kerana dah lepas pemilihan

mengapa SPR mensabotaj UMNO/BN cuma bole dijawab oleh Pengerusi SPR yg belum kering cop jarinya...

Anonymous said...

Salam...
Saya pun lebih rela Pak Lah jadi PM daripada Najib jadi PM. Lagipun Najib masih ada kes dan skandal yang belum terungkai keputusannya oleh mahkamah. Mac ini Najib hanya akan jadi Presiden UMNO dan belum tentu beliau juga akan menjadi PM...