Monday, August 31, 2009

DI MANA KIBARAN JALUR GEMILANG DI KUALA LUMPUR ? APA DAH JADI ?

KUALA LUMPUR 31 Ogos,
Salam Merdeka dan Satu Malaysia kepada semua. Hari ini, negara menyambut sambutan Merdeka yang ke 52. Namun disebalik sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 52, kita tidak dapat merasakan semangat patriotik dikalangan warga kota.
"Apa dah jadi di Kuala Lumpur ? Mana Jalur Gemilang macam dulu ? Takkan setiap kali warga kota nakkan bendera percuma?", begitulah sms yang diterima oleh Wilayahkini sejak awal pagi tadi.
Kebetulan pulak Pengarang Utusan Malaysia Sdr Hassan Mohd Nor dalam ruangan mingguanya(gambar sebelah) hari ini turut melontarkan isu yang sama bertajuk Merdeka !... Di mana Jalur Gemilang ? Sila klik disini - Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri , untuk baca komen beliau.
Beginilah suasana di Kuala Lumpur kali ini. Bahkan, sebahagian besar daripada pemilik bangunan - bangunan besar di sekitar Kuala Lumpur juga kali ini tak kibarkan Jalur Gemilang.
Nak harapkan pengguna jalan raya ? Anda boleh kira gunakan jari anda berapa kenderaan yang kibarkan jalur gemilang tahun ini. Sampai bila kita nak tunggu bendera " free" ?
Wilayahkini juga difahamkan kali ini, Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga DBKL tidak memberikan bendera - bendera percuma kepada Persatuan - Persatuan Penduduk, NGO , parti - parti politik dan juga pemilik bangunan sekitar Kuala Lumpur kali ini sepertimana tahun - tahun sebelum ini ?
Apapun tahnniah kepada Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang menganjurkan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di Uptown Danau Kota baru - baru ini. Tahnniah juga kepada Puteri Bahagian Setiawangsa( gambar atas) dan juga Puteri Bahagian Batu yang turut menganjurkan kempen kibarkan Jalur Gemilang baru - baru ini.
Sementara itu,Puteri Selangor ( gambar kecil) turut turun padang menganjurkan kempen kibarkan Jalur Gemilang baru - baru ini.

Sunday, August 30, 2009

BARISAN NASIONAL ATAUPUN TAK LAGI NASIONAL ? SELAMATKAN MCA ATAUPUN BN ?

BERSAMA SAYA
Salam Ramadhan.
Sejak seminggu lepas , memang sibuk dengan pelbagai urusan dan juga kerja. Sibuk juga nak tengok dan uruskan layout baru Wilayahkini. Dalam beberapa hari ini banyak kejutan telah berlaku dalam arena politik negara. Malaysia ni bagaikan sudah penuh dengan "kejutan" sampai macam - macam yang berlaku.
Selepas kekalahan di Pertamang Pasir, negara dikejutkan dengan isu pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. Semalam juga, PM turut umumkan perlantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri Di JPM tanpa Portfolio. Sesuatu yang "luar biasa" jugak apabila PM kata Idris akan lapor pada Tan Sri Koh Tsu Koon. Memang jarang, seorang Menteri melaporkan diri kepada seorang Menteri lain.
Apapun, Tahnniah kepada Idris Jala yang kini sudah bergelar sebagai seorang Menteri Kabinet dalam Kabinet Satu Malaysia - bantu uruskan KPI.
Kekalahan BN di Pertamang Pasir memang telah diramalkan awal - awal lagi apabila BN memilih calon yang salah. Malah BN terpaksa berhempas pulas berkempen, bukanya untuk menang ataupun kurangkan undi Pas tetapi BN terpaksa kerja keras untuk " membetulkan nama baik calon BN" yang diserang habis- habisan. Malah dikatakan ada usaha untuk tukar calon BN sebelum majlis penamaan calon, tetapi tidak menjadi. Mungkin Pengerusi UMNO Pulau Pinang yang baru Datuk Seri Zahid Hamidi perlu ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku di Permatang Pasir. Sebagai orang luar yang memimpin UMNO negeri , kita kena faham apa yang betul dan apa yang tak betul.
Isu MCA pula sudah sampai suhu yang begitu panas. Datuk Chua Soi Lek yang telah menang jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun lepas di jatuhkan atas isu DVD sex sekali lagi. Pada hal , Soi Lek telah meletakkan semua jawatanya termasuk jawatan Menteri Kesihatan dulu. Kenapa isu ini ditimbulkan kembali selepas beliau menang jawatan Timbalan Presiden?Sudah ada usaha dari puak Soi Lek untuk memanggil EGM. Dikatakan beliau mendapat sokongan yang yang kuat dari dalam dan luar MCA. Apa yang berlaku pada Soi Lek merupakan satu tamparan yang hebat kepada BN.
Barisan Nasional sudah nampak macam Tak Nasional ketika ini. Bukan sahaja kita perlu selamatkan MCA sahaja tetapi apa yang penting yang perlu dilaksanakan segera ialah Selamatkan BN.
MIC pula hanya tunggu masa untuk meletup. Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu sudah menjadi liabiliti kepada BN, MIC dan juga negara. Beliau masih bercakap besar seolah - olah beliau seorang sahaja yang betul.
Kini isu kasta telah menjadi bahan hangat. Tetapi siapa yang memulakan isu kasta dalam MIC? Tepuk dada tanya selera. Samy Vellu yang kalah di Parlimen Sungai Siput pada PRU yang ke 12 masih degil untuk melepaskan jawatan Presidenya. Sampai bila ? Pucuk pimpinan tertinggi BN kena bertindak. Tidak salah masuk campur sekiranya ianya membawa kebaikan kepada banyak pihak khusunya masa depan BN.
Pemimpin - Pemimpin parti kompenen BN bagaikan tidak sehaluan.Mereka ketandusan dalam hubungan dua hala. Mereka hanya lantang bersuara tetapi mereka lupa akan implikasinya kepada parti yang mereka wakili dan juga BN.Malah pertembungan sesama pemimpin BN semakin berleluasa di media massa. Kenapa begini ? Isu PKFZ melibatkan siapa ? BN atau pembangkang? Masa depan BN semakin tercabar.
Selamatkan masa depan BN, sebelum ianya jadi - Tak Nasional.

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN DARI WILAYAHKINI !

Wilayahkini ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Ramadhan al - Mubarak. Semoga amal ibadah di bulan yang mulia ini diberkati dan disinari rahmat keredhaan Allah SWT.
Ramadan adalah bulan keberkatan yang memberi peluang kepada umat Islam melipatgandakan pahala dengan beribadat seperti berpuasa, membaca al - Quran, zikir dan solat Tarawih.
Selain itu, Islam juga menuntut umatnya meningkatkan amalan bersedekah dan memberi bantuan kepada golongan miskin seperti ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya.
Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO Bukit Bintang baru - baru ini melancarkan program "Puteri Prihatin" untuk mendekati umat islam di bahagian itu sepanjang Ramadan ini.(gambar atas)
Ketuanya Mamira Mohd Salleh berkata, program berbentuk kerohanian itu dapat memberi penghayatan lebih bermakna kepada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.
Pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi, Puteri Bukit Bintang turut menyampaikan sumbangan kepada 90 ahli dari bahagian Bukit Bintang.
SELAMAT BERPUASA , salam dari Wilayahkini

Monday, August 17, 2009

ISU MASJID : " SAYA AKUI KESILAPAN ITU , TAK SEPATUTNYA GUNA KEPALA SURAT KEMENTERIAN" , KATA SET POL MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN !

KUALA LUMPUR 17 Ogos,
Setiausaha Politik kepada Menteri Datuk Raja Nong Chik ( Menteri Wilayah Persekutuan) Sazali Kamilan mengakui tersilap menggunakan kepala surat Kementerian Wilayah Persekutuan yang dihantar kepada Ketua Bahagian UMNO negeri tersebut berhubung perlantikan ahli jawatankuasa masjid di kariah masing - masing.
" Saya mengakui kesilapan itu. Tidak sepatutnya menggunakan kepala surat Kementerian berkenaan ( Untuk tujuan tersebut )" , katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini.
Sila klik DISINI , untuk baca laporan penuh Malaysiakini.
Sazali yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai berkata demikian kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam Wilayah Persekutuan.
Dr Lo ' Lo mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Politik Menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada JAWI berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau.Sila klik DISINI, untuk baca komen penuh Dr Lo 'Lo.
Sementara itu, pemerhati politik di Wilayah Persekutuan berharap supaya Setiausaha politik kena lebih berhati - hati kerana sebarang "kesilapan" yang kena ialah Menteri.
Pada masa yang sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee pernah berkata " TUDUHAN UMNO KUASAI MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN BERNIAT JAHAT". Sila klik DISINI, untuk berita penuh.

Saturday, August 15, 2009

PENJAJA IKAN BAKAR DI JALAN BELLAMY DI ARAH PINDAH OLEH DBKL ; APA NASIB DAN HALA TUJU PENIAGA , PENJAJA DAN PERUNCIT MELAYU ? DI MANAKAH SUARA KITA ?

KUALA LUMPUR, 15 Ogos
" Apa makna slogan Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan kepada pegawai - pegawai DBKL ? " begitulah yang diluahkan oleh seorang penjaja melayu yang menjaja ikan bakar di Jalan Bellamy selama lebih sepuluh tahun dan kini diarahkan pindah ke tempat lain mulai 8 Ogos lalu oleh DBKL . Klik -Utusan Malaysia Online - Kota, untuk baca berita selanjutnya.
Apabila kita sebut aja, Jalan Bellamy kita teringat betapa popularnya " ikan bakar" yang menjadi perhatian ramai orang ke sana untuk menjamu selera. Malah Jalan Bellamy yang berdekatan dengan Istana Negara memang sudahpun tersohor dengan " ikan bakarnya". Malah tempat itu , dah jadi macam destinasi yang paling digemari bukan sahaja warga kota di Kuala Lumpur tetapi ramai yang datang dari negeri - negeri lain termasuk para pelancong untuk perkena "ikan bakar" di sana.
Tun Abdullah Ahmad Badawi pada zamanya sebagai Perdana Menteri memberi penekanan khusus kepada sistem penyampaian agensi kerajaan.
Datuk Seri Najib Tun Razak pula hadir dengan slogan " 1 Malaysia , Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan".
Namun, kedua - duanya seperti tidak dipraktikan oleh DBKL yang didakwa bercadang merobohkan gerai di Jalan Bellamy.
ALASAN yang diberikan : Projek Taman Dusun Bandar dirancang disana yang terpaksa MENGORBANKAN tiga buah gerai , termasuk sebuah gerai ikan bakar , yang selama ini menjadi punca rezeki kepada tiga peniaga melayu disana.
Kenapa sering kali penjaja dan peniaga kecil melayu menjadi sasaran pihak berkuasa tempatan?
Sempena 100 hari dilantik Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik telah mengariskan PENDEKATAN 7P yang menekankan aspek pembangunan, perumahan, PENJAJA DAN PENIAGA KECIL, pengangkutan,penyelengaraan, perkhidmatan dan prihatin.
Kita harap, cakap Raja Nong Chik jangan jadi cakap tak serupa bikin pulak. Berilah perhatian terhadap nasib dan masa depan penjaja dan peniaga kecil di Kuala Lumpur.
PALING MENYEDIHKAN, baru - baru ini Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas membuat pendedahan di mana kedai - kedai perniagaan runcit milik peniaga melayu diancam kepupusan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka.
Katanya lagi, tinjauan yang dilakukan mendapati kira - kira 12, 000 peniaga melayu kini dalam keadaan " nyawa - nyawa ikan" untuk meneruskan perniagaan tersebut.
Kata beliau, 480 buah kedai runcit milik melayu pula kini dalam proses lelong kalau tidak dapat diselamatkan.
Dalam keadaan ini adakah patut DBKL merobohkan gerai - gerai yang membawa rezeki kepada para penjaja dan peniaga melayu ? Tepuk dada tanya selera.
Di harap, Menteri yang berkenaan jangan hanya nak sibuk turun padang sekadar untuk memeriahkan suasana serta mendapat liputan media massa. Berucap berkali - kali di depan rakyat dengan slogan rakyat di dahulukan tetapi penyelesaian bagaimana ?
Kita perlu selamatkan nasib peniaga dan penjaja melayu di sekitar Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan BUKAN hanya di satu kawasan parlimen sahaja di kuala Lumpur.
Apa pula suara UMNO Wilayah Persekutuan termasuk Pemuda UMNO WP dalam menangani isu seperti ini ? Sementara itu, Jalan Bellamy pula terletak di bawah parlimen Bukit Bintang. Kita ada ramai pemimpin UMNO yang berkaliber di UMNO Bukit Bintang termasuk di Pergerakan Pemudanya. Apa pula tindakan mereka ?
APA YANG ANDA HARAPKAN DARI DBKL DALAM MENANGANI ISU PENJAJA DAN PENIAGA KECIL DI KUALA LUMPUR ?

Sunday, August 9, 2009

CAKAP - CAKAP POLITIK @ WILAYAHKINI.............

KUALA LUMPUR 9 Ogos,
Wilayahkini menerima satu sms bertajuk " Sila baca artikel bertajuk Kenapa Zulhasnan Menyepi di Malaysian Insider". Betul ker ? saya reply balik. Sebab berita tu keluar di Malaysia Insider, sebuah portal yang paling popular di Malaysia ketika ini.
Selepas hampir lima bulan menyepikan diri, akhirnya Datuk Seri Zulhasnan Rafique muncul di khalayak ahli UMNO apabila beliau merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Setiawangsa pada penghujung minggu lalu di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota - Begitulah bunyinya mukadimah rencana yang ditulis oleh penulis Malaysian Insider.
" Zulhasnan turut hadir merasmikan mesyuarat pergerakan Puteri , Pemuda dan Wanita dengan imej baru. Ke-esokanya beliau hadir merasmikan mesyuarat bahagian", kata seorang rakan kepada Wilayahkini. ( Gambar ATAS- Zulhasnan Rafique ketika hadir merasmikan mesyuarat Puteri , Pemuda dan Wanita di Hotel Nikko )
Zulhasnan merupakan satu - satunya wakil dari Wilayah Persekutuan yang menang kerusi Majlis Tertinggi pada pemilihan UMNO lepas, dikatakan kini lebih menumpukan masanya di kawasan parlimenya , Setiawangsa.
Sila klik -Kenapa Zulhasnan menyepi? untuk baca rencana penuh dari Malaysian Insider.
Zulhasnan juga merupakan wakil tunggal BN yang menang di Kuala Lumpur pada PRU yang ke 12. Manakala Tengku Adnan menang di Putrajaya manakala Yusuf Mahal pula menang di Labuan.
Selain memperkukuhkan dan memperkasakan lagi UMNO Bahagian Setiawangsa , Zulhasnan meminta ahli - ahli UMNO terus dan sentiasa memberi kepercayaan kepada kepimpinan Najib untuk membawa perpaduan rakyat dan kegemilangan negara ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Setiawangsa baru - baru ini.
Selain sibuk dengan UMNO bahagian Setiawangsa dan Parlimen Setiawangsa, baru - baru ini Zulhasnan dikatakan melawat Festival Floria di Putrajaya yang di ilhamkanya sendiri dua tahun lalu. Beliau dikatakan disambut oleh Pengerusi Perbadanan Putrajaya Tan Sri Shamsuddin.
Zulhasnan kali terakhir muncul dikhalayak ramai bersama Perdana Menteri pada hari kedua Najib dilantik sebagai Perdana Menteri dimana beliau membuat lawatan mengejut ke sekitar Kuala Lumpur. Ketika itu Zulhasnan masih menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Lawatan tersebut merupakan program pertama Najib bersama rakyat setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.(gambar sebelah)
Zulhasnan digugurkan sebagai Menteri WP dalam kabinet Najib . Ketua UMNO Lembah Pantai Raja Nong Chik dilantik sebagai Senator untuk menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP menggantikan Zulhasnan Rafique.

Friday, August 7, 2009

PUTERI TIDAK MAHU PROGRAM "SYOK SENDIRI " ; BANGKIT DAN KELUAR DARI ZON SELESA , KATA ZAUYAH !

KUALA LUMPUR 7 Ogos,
" Puteri UMNO Bandar Tun Razak telah mengubah konsep dalam mendekati masyarakat terutamanya golongan muda dengan merangka pelbagai program baru yang terkini dan tidak syok sendiri ", begitulah yang disarankan oleh Ketua Puteri UMNO Bandar Tun Razak Zauyah Zainuddin.
Beliau yang juga merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkata ketika di majlis perasmian Persidangan Puteri UMNO Bandar Tun Razak baru - baru ini. Turut hadir pada ialah Pemangku Ketua UMNO BTR Saharuddin Zainal Abidin, Setiausaha Bahagian Datuk Amil Salleh dan Ketua Puteri Seputeh Azliza yang menjadi wakil dari Perhubungan Negeri.
Zauyah berkata dalam program "retreat" Puteri UMNP BTR yang lalu berjaya merangka 10 program yang akan dilaksanakan bagi enam bulan pertama akan datang.
" Saya percaya program dirangka akan berjaya menarik minat golongan muda untuk bersama - sama mendokong perjuangan UMNO", katanya.
Beliau turut mengesa semua ahli pergerakan Puteri bangkit dan jangan lalai dengan zon selesa dan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.
Katanya lagi, mesyuarat perwakilan kali ini berbeza dengan mesyuarat lalu yang lazimnya dilakukan di hotel sebelum ini.
" Mesyuarat kali ini diadakan di Villa Puteri Taman Tenaga memandangkan Parlimen Bandar Tun Razak di bawah tempok pimpinan pembangkang dan kita harus sedar bahawa kita bukan lagi berada di zon yang selesa.
" Oleh itu, kita seharusnya mewujudkan kesedaran seterusnya berusaha bagi merampas kembali parlimen ini dalam PRU akan datang " katanya.
Sementara itu, beberapa bahagian Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan juga telah selesai mengadakan mesyuarat masing - masing dalam suasana yang begitu ceria termasuk Pu3 Kepong, Setiawangsa , Batu, Seputeh dan Bukit Bintang. Wilayahkini akan Update perkembangan di Bahagian - Bahagian lain.
(NOTA : Gambar atas di mesyuarat Pu3 Seputeh , Bandar Tun Razak, manakala gambar bawah suasana ceria di mesyuarat Pu3 Segambut baru - baru ini )

SUSULAN DEMO ANTI ISA : PEMUDA UMNO WP TURUN PADANG BANTU PENIAGA ; LAPORAN POLIS DI BUAT ; PENIAGA AKAN DAPAT "PERUNTUKAN" KECIL DARI KWP KER ?

KUALA LUMPUR 7 Ogos,
Isu mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh GMI masih panas lagi. Terus menjadi bahan perbualan yang hangat. Sejak beberapa hari yang lepas Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan begitu sibuk dengan gerakan turun padangnya untuk membantu para peniaga terjejas ekoran daripada insiden perhimpunan haram memansuhkan ISA yang dianjurkan oleh Gabungan Memansuhkan ISA di ibu negara Sabtu lepas sehingga menyebabkan kerugian kepada peniaga.
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Rizalman Datuk Mokhtar Samad di iringi oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian daripada Wilayah Persekutuan turut melawat para peniaga dan penjaja di sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman.
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan juga turut membantu tiga persatuan peniaga membuat laporan polis terhadap GMI.
Ketiga- tiga Persatuan Penjaja ialah Persatuan Penjaja Lorong Masjid India, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan.
Rizalman berkata, peniaga terbabit menuntut ganti rugi berjumlah RM 10 juta terhadap GMI yang menganjurkan perhimpunan haram tersebut.
Beliau berkata, UMNO negeri telah berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan(KWP) untuk memperuntukan sejumlah wang kepada para peniaga yang terlibat selain memfailkan saman yang terperinci terhadap penganjur.
RAJA NONG CHIK PULA DI TEGUR GARA - GARA "ANGKA KERUGIAN"
Sementara itu beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Pembangkang membidas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang membuat anggaran kerugian sebanyak RM 100 juta hingga RM 200 juta. Sila klik, - 'You must be kidding' say Opposition MPs Malay Mail Online , untuk berita selanjutnya termasuk penjelasan Raja Nong Chik mengenai kritikan tersebut. Mereka berkata anggaran tersebut sebagai satu komen yang melucukan, tak bertanggungjawab dan imiginasi sahaja. Apakah tindakan selanjutnya ???

Monday, August 3, 2009

DEMO HARAM ISA ; SILA BUAT LAPORAN DENGAN BPA ; MURUGIAH SEDIA BANTU ; RAJA NONG CHIK KATA KERUGIAN SAMPAI 200 JUTA ;KL MENJERIT KERANA SEKATAN !

KUALA LUMPUR 3 Ogos,
Ada penjaja nak tuntut ganti rugi akibat perhimpunan haram anjuran gerakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) ? Buatlah aduan dengan Biro Pengaduan Awam di Bangunan Kemas dekat Jalan Sentul.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah berkata pihaknya akan mencari jalan supaya kerugian yang ditanggung oleh peniaga terbabit dapat dituntut daripada organisasi yang menganjurkan demontrasi tersebut.
Sila klik laporan - BERNAMA - Peniaga Mungkin Boleh Tuntut Ganti Rugi - Murugiah , untuk berita selanjutnya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula berkata " Anggaran kerugian saya dalam RM 100 hingga ke 200 juta. Saya sendiri akan turun ke lokasi perhimpunan berkenaan untuk melihat sendiri sejauh mana kerosakan harta benda awam dalam tempoh terdekat ini". Itu adalah anggaran Raja Nong Chik. Kita tidak tahu sejauh mana kebenaranya dan juga justifikasinya. Kena tunggu dan lihat !
Sementara itu ketika membuat lawatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (gambar sebelah) , lewat petang semalam Raja Nong Chik berkata " Di Lorong Tuanku Abdul Rahman sahaja , kerugian dianggarkan berjumlah RM 3 juta. Secara kesuluruhanya mungkin mencapai RM 100 juta".
Ramai yang marah ! Ramai yang bengang ekoran daripada demontrasi tersebut. Rakyat jelata dan para peniaga " yang mahu cari makan " yang jadi mangsa. Kuala Lumpur LUMPUH dan LENYAP seketika ekoran daripada demontrasi tersebut. KL bagaikan hura hara , macam nak berperang. Seolah - olah KL dilanda perang.
KENAPA NAK ADAKAN SEKATAN JALAN RAYA ?
Cuma Wilayahkini ingin tegur sikit pendekatan pihak polis yang membuta sekatan jalan raya sehari sebelum demontrasi. KUALA LUMPUR MENJERIT , begitulah dapat disimpulkan perasaan warga kota yang terpaksa mengharungi kesesakan teruk sampai berjam - jam. Kenapa warga kota dijadikan mangsa ? Pada hal, anggota polis yang membuat sekatan jalan raya , hanya memerhatikan sahaja di setiap medan sekatan jalan raya. Kenapa begini ? Carilah pendekatan yang lebih efesyen !
Ada yang menyokong , ada pula yang membantah - untuk mansuhkan Akta Isa.
Apa pandangan anda dalam isu ini ?
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan SYED MEHDHAR SYED ABDULLAH kecewa dengan sikap berkecuali Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin berhubung isu pemansuhan AKTA ISA. Sila , klik DISINI , untuk baca selanjutnya komen Syed Mehdhar yang juga merupakan Ketua Pemuda Cheras.

UP TOWN DANAU KOTA - PENDUDUK HANTAR PETISYEN SUPAYA DI PINDAH KE LOKASI LAIN ; PERLU ATAU TIDAK ?

KUALA LUMPUR 3 Ogos,
" Kami , yang bertandatangan dibawah, adalah penduduk - penduduk di di kawasan perumahan berhampiran UP TOWN DANAU KOTA. Kami membantah bahawa penjaja - penjaja telah menjaja dihadapan tepi 3A/6 dan masa berniaga tamat pada 4 pagi tiap - tiap hari adalah menganggu kacau kami. Aktiviti - aktiviti pasar malam ini adalah tidak sesuai persekitaran kediamaan. Dalam keadaan demikian, DBKL harus memindah pasar malam ke lokasi yang lebih jauh daripada kawasan kediamaan. Terimakasih" - Begitulah bunyinya luahan hati lebih 500 penduduk di Danau Kota , Wangsa Maju dalam "petisyen" yang disampaikan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur baru - baru ini melalui Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong. (Gambar dibawah) Seramai 500 penduduk telah menandatangani petisyen tersebut - mendesak UP TOWN DANAU KOTA dipindahkan tempat lain.
Malah lawatan crew Wilayahkini ke lokasi UPTOWN DANAU KOTA malam Sabtu lepas , mendapati keadaan disana begitu sesak. Bukan sahaja masalah kesesakan jalan raya tetapi kereta - kereta di "parking" dihalaman rumah - rumah kediamaan, bunyi bising dan memang boleh menganggu kenteraman para penduduk yang tinggal di sekitar Taman Danau Kota, Setapak Indah , Setapak Garden dan Taman - Taman lain yang berdekatan.
Namun pada sudut yang lain, bazar tersebut juga banyak memberi peluang kepada peniaga kecil untuk "cari makan" dan menyara hidup. Inilah satu - satunya hasil pencarian mereka. Mungkin pendekatanya perlu dirombak semula ?
Isu ini bukanya sesuatu yang baru. Telah banyak kali di suarakan. Baru - baru ini Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusuf dipetik berkata , DBKL tidak bercadang memindahkan bazar larut malam tersebut ke lokasi lain. Beliau berkata, bazar tersebut telah beroperasi selama tiga tahun disana dan telah dikenali ramai dan menguntungkan peniaga kecil.
Segala - galanya ada di UPTOWN DANAU KOTA. Ada penduduk pula mengharapkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik "turun padang" dan memantau keadaan disana dengan sendiri.
Apakah pandangan anda ?

SELEPAS 100 HARI ....APA PULA SETERUSNYA ?

KUALA LUMPUR 3 Ogos ,
Sudah hampir sampai dua minggu Wilayahkini tidak "Update" lamanya. Bukanya tidak mahu kemaskinikan , selain sibuk dengan kerja untuk melancarkan versi baru lama Wilayahkini dalam masa terdekat ini , kami juga ingin memberi ruang dan peluang yang sekecupnya lebih kepada para pembaca untuk menilai dan meluahkan pandangan masing - masing mengenai berita 100 hari Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Kekadang kita kena ubah pendekatan. Kami menerima banyak respons dan juga emel. Ada yang mengkritik, ada yang menyokong , ada yang bersikap lebih neutral dan yang bertanya apalah hebat sangat dengan 100 hari?
Malah ada sebuah laman blog pula yang dengan berani mengkritik beliau dengan beberapa tuduhan mengenai projek - projek DBKL selepas 100 hari menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Kita tidak tahu sejauh manakah kebenaranya. Di mana justifikasinya ? Itu adalah pandangan blog tersebut.
Wilayahkini juga terpaksa mencantas beberapa komen yang terlalu lantang yang bersikap "peribadi". Sempena 100 hari menjadi Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik turut mengilhamkan visi 7P yang menekankan aspek PEMBANGUNAN, PERUMAHAN,PENJAJA DAN PENIAGA KECIL, PENGANGKUTAN, PENYELENGARAAN, PERKHIDMATAN DAN PRIHATIN -Ke Arah Kuala Lumpur Kota Raya Moden dan Selamat !
Kini bola dikaki Raja Nong Chik ! Bukan sahaja selaku Menteri Wilayah Persekutuan tetapi sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Beliau sendiri telah akui, KPI nya adalah menang semula Wilayah Persekutuan pada PRU yang ke 13.
Semalam beliau hadir bersama Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk merasmikan pesta bunga " Floria " di Putrajaya - sebuah program yang telah diilhamkan oleh Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dua tahun lalu. Nampaknya Raja Nong Chik juga turut meneruskan beberapa program yang telah dicetuskan oleh Mantanya diperingkat Kementerianya.
Bagaimana pula di DBKL ? Ramai mahu melihat perubahan drastik di peringkat DBKL , walaupun kami dengar ada pihak di DBKL yang "kurang senang dan tidak selesa " dengan Raja Nong Chik? Ada pula suara - suara yang kedengaran supaya " Kuasa Datuk Bandar Kuala Lumpur di Kurangkan ? " Supaya tidak ada pertindihan tugas dan tanggungjawab antara Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Selepas 100 hari telah berlalu.....
Apa pula seterusnya.........?