Friday, December 18, 2009

PENGERUSI PENJAJA WANGSA MAJU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP WEE CHOO KEONG !

KUALA LUMPUR 18 Dec," Lanjutan ucapan Yang Berhormat Wee Choo Keong Ahli Parlimen Wangsa Maju di Parlimen minggu lepas dan hari ini banyak menyentuh isu - isu penjaja melayu yang mana boleh menyebabkan masalah perkauman. Isu Rashartini Tom Yam yang bermula pada tarikh 5 November 2009 dan hari ini 7 December diutarakan semula di Parlimen. Beliau menyentuh kononya kedai tersebut telah menceroboh tanah DBKL padahal gerai tersebut mempunyai lesen yang diluluskan oleh DBKL 15 tahun lalu" . Laporan polis tersebut dibuat oleh Mohd Rashid Abdul Samah yang juga merupakan Pengerusi Penjaja Wangsa Maju.
Sila klik DISINI, untuk baca laporan polis penuh mengenainya.

Tuesday, December 15, 2009

USUL TERHADAP SHAFEI LULUS TANPA BAHAS ; WEE DESAK SHAFEI DIGANTUNG TUGAS !

TERKINI selepas dikemaskinikan pada 16hb Dec
SHAFEI JAWAB TUDUHAN WEE CHOO KEONG
" saya rela disiasat tetapi sekiranya saya disiasat maka Wee Choo Keong juga mestilah disiasat. Beliau mestilah disiasat untuk menentukan sama ada beliau benar-benar saya kasari. Adakah matanya bengkak, pipinya lebam atau bajunya terkoyak? Apakah saya bertindak memudaratkanya secara fizikal ?"
" Hakikatnya Wee Choo Keong kini gusar dengan kebangkitan UMNO Wangsa Maju dan perpaduan yang kian kental di kalangan ahli - ahli UMNO disini. Wee Choo Keong tahu beliau hanya singah sebentar di Wangsa Maju".
" Strateginya ialah menjadikan saya sebagai bogey man dengan menakut - nakutkan orang bahawa saya adalah mafia di WPKL". Sila klik DISINI , untuk baca penjelasan lengkap Datuk Shafei Abdullah yang dipetik dari blognya.
(NOTA : Wilayahkini turut menyediakan ruangan undi mengenai komen Wee Choo Keong terhadap Shafei Abdullah mengenai jawatanya sebagai Setiausaha Politik. Sila pangkah undi anda - Terimakasih )
BERITA SEBELUM INI.......
KUALA LUMPUR 15 Dec,
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul tanpa bahas untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat aduan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong berhubung satu laporanya terhadap Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafei Abdullah.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin membuat keputusan itu selepas majoriti anggota Parlimen bersetuju bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz itu tidak di bahas. Sila klik -Jawatankuasa DewanRakyat siasat aduan Wee , untuk baca berita lengkap.
WEE DESAK SHAFEI DIGANTUNG TUGAS ATAU LETAK JAWATAN
Sementara itu, Wee Choo Keong mendesak Datuk Shafei Abdullah meletakkan jawatanya ataupun digantung kerja sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri demi menjaga nama baik PM sehingga siasatan tehadap Shafei selesai. Sila klik DISINI, untuk baca laporan lanjut. Shafei Abdullah juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju merangkap Ketua Penerangan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan.
Shafei Di Tribunalkan Kerana Membela Rakyat ? Sila klik DISINI.

Thursday, December 10, 2009

"PEMUDA PAS WP DAN GERAK" DESAK SPRM SIASAT SET POL PM !

KUALA LUMPUR 10 Dec,
Isu yang melibatkan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafei Abdullah nampaknya kini semakin hangat dan yang terkini menyaksikan Pemuda Pas WP dan Gerak Malaysia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) untuk menyiasat segala tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong.
Gerak Malaysia turut menggesa SPRM dengan kadar segera menyiasat dakwaan salah guna kuasa Shafie seperti yang telah diungkitkan oleh Wee Choo Keong.
" Jika tidak ada tindakan daripada pihak SPRM, maka dakwaan yang disebut di Parlimen itu telah dianggap remeh", kata Pengerusi Gerak Mohd Nazree Mohd Yunus kepada Malaysiakini.
Sila klik DISINI, untuk baca berita penuh mengenai laporan tersebut.
Sementara itu, sekiranya Wee Choo Keong melabel Shafei sebagai Mr .Political Toll , UMNO Cawangan Gombak Selatan pula melancarkan kempen besar - besaran terhadap Wee Choo Keong dengan melabelnya Mr.Political Badut . (sepertimana tertera di poster)
Sila klik DISINI , untuk baca Choo Keong aka Mr.Political Badut daripada UMNO Gombak Selatan.
Wilayahkini juga dengar ada pihak mahu anjurkan perjumpaan menyokong kepimpinan Shafei Abdullah selaku Ketua UMNO Wangsa Maju dan Ketua Penerangan BN dan UMNO WP pada hujung minggu ini , tetapi Wilayahkini tidak dapat pastikan kebenaran berita tersebut.Kita sama - sama nantikan.

" APA KUASA SAYA UNTUK KAWAL DBKL ?" ; SHAFIE NAFI DAKWAAN WEE CHOO KEONG !

ISU SHAFIE vs WEE CHOO KEONG - TERKINI
" Apakah kuasa saya untuk mengawal DBKL malah perkara ini sudah pun dijelaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik di Parlimen yang saya tidak pernah terlibat dalam mencampuri urusan pentadbiranya" , kata Datuk Shafei Abdullah hari ini kepada Sinar Harian di dalam siaran muka depanya bertajuk SETIAUSAHA POLITIK PM NAFI DAKWAAN WEE CHOO KEONG.
Shafie yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju berkata " Kerja mereka adalah mencari salah orang lain dan sanggup mengelirukan rakyat negara ini dengan perkara - perkara yang sengaja direka"
Wee Choo Keong menuduh Shafei campur tangan dalam pentadbiran DBKL seperti gerai haram, Restoran Rashastini di Seksyen 2 Wangsa Maju, Bazar Malam Danau Kota (Uptown) dan projek - projek tertentu dibawah kawalan DBKL.
" Jelasnya, tidak kira perkara itu salah atau benar, dakwaan itu sengaja dibuat untuk mengelirukan rakyat", katanya.
Mengenai tuduhan Restoran Rashatini yang di dakwa Wee Choo Keong sebagai gerai haram , Shafei berkata " Restoran tersebut telah pun di pantau oleh DBKL dan di putuskan bahawa ia tidak menghalang lalu lintas.Malah restoran tersebut mempuyai lesen berniaga yang sah".
Berhubung dakwaan Bazar Up Town, Shafei berkata, bazar tersebut sudah lama beroperasi malah telah membantu menjana pendapatan rakyat.
Sementara itu, untuk melayari blog Shafei - Sila klik DISINI.
APA PULA REASI TERKINI DARI WEE CHOO KEONG ;
Wee Choo Keong berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz bahawa usulnya untuk membicarakan Datuk Shafei Abdullah akan dibentangkan di Parlimen pada 14 December (selasa depan). Usul tersebut dijangka akan membahaskan tuduhan yang dilemparkan oleh Wee Choo Keong terhadap Shafei. 14 December hari penentuan untuk Shafei ?
Sila klik DISINI , untuk baca berita selanjutnya.
APA KATA ORANG LAIN ;

Tuesday, December 8, 2009

PERANG ANTARA WEE CHOO KEONG DAN SHAFIE SEMAKIN PANAS ; PARLIMEN LULUS USUL SIASAT SHAFIE !

Kuala Lumpur 8 Dec,
Oleh : Wartawan Wilayahkini
Kontroversi antara Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafie Abdulah yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju semakin panas apabila Wee Choo Keong mendakwa Shafie telah cuba menakut - nakutnya di Lobi Parlimen semalam - selepas membangkitkan beberapa isu mengenai Shafie semasa sessi perbahasan semalam.
" Selepas perbahasan, saya keluar dari ( Dewan Rakyat ) dan berbual dengan seorang pegawai dari Kementerian Wilayah Persekutuan. Ketika sedang bercakap seorang lelaki mendampingi saya. Dia kelihatan marah dan bertindak kasar. Dia bertanya mengapa saya membawa nama dia di Parlimen" , kata Wee Choo Keong di satu Sidang Akhbar hari ini.
PARLIMEN LULUS USUL SIASAT SHAFIE
Sementara itu, Parlimen hari ini dikatakan meluluskan usul bagi menyiasat Shafie Abdullah dan juga tuduhan yang di buat oleh Wee Choo Keong . Usul yang diluluskan dibawah Akta Keistimewaan dan Kuasa 1952 membolehkan sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk menyiasat Shafie , kata Laporan dari Malaysia Insider. Sila klik -Parlimen lulus usul siasat setiausaha politik Najib , untuk baca laporan selanjutnya.
APA KATA NAZRI AZIZ ?
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz pula mempertahankan dakwaan Wee sambil menegaskan, setiap Ahli Parlimen harus " bebas untuk bercakap".
" Sebagai Menteri yang bertanggungjawab atas urusan Parlimen, saya tidak boleh menghalang seseorang anggota Parlimen daripada membahaskan isu - isu berkaitan meskipun ia melibatkan individu tertenu", katanya hari ini.
Nazri dipetik berkata, jika apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju bahawa beliau dihalang Setiausaha Politik, ia adalah perkara serius.
Di Parlimen semalam, Wee mendakwa Shafie mencampuri urusan pentadbiran DBKL dan bertindak seolah - olah menjadi "De - Facto" Menteri Wilayah Persekutuan. Wee turut melabel Shafie sebagai " Mr .Political Toll ". Sila klik DISINI , untuk baca tuduhan Wee Choo Keong.
PENJELASAN RAJA NONG CHIK
Namun, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang diserang habisan - habisan oleh beberapa Ahli Parlimen dengan soalan - soalan panas semalam , menafikan sekeras - kerasnya penglibatan Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO WP, sebaliknya memberitahu beliau sendiri yang dirujuk oleh DBKL dalam soal pengurusan gerai dan tapak pasar malam.
" Saya boleh sahkan bahawa Timbalan Ketua Pengarah DBKL Datuk Mohd Amin Noordin ada menghubungi saya bagi mendapat kelulusan an saya setuju".
Raja Nong Chik meminta Wee Choo Keong tampil membawa bukti benar jika benar beliau mempunyai integriti.
Bagaimanapun , Wee Choo Keong gagal berbuat demikian , sebaliknya cuba mengaitkan dakwaan itu dengan Mohd Amin, kononya Timbalan Ketua Pengarah DBKL itu yang mendedahkan semua tuduhan tersebut kepada beliau.
( Gambar bawah - dipetik dari Facebook Datuk Raja Nong Chik dimana selepas sessi perbahasan di parlimen semalam.Kelihatan Raja Nong Chik sedang sembang dengan Wee Choo Keong dan Nazri Aziz )

" NORZA LANGSUNG TIDAK DI BANTU " - MAHADHIR SULAIMAN

PENJELASAN MAHADHIR SULAIMAN
DIKEMASKINIKAN PADA 8hb Dec 2009
" Saya menyeru agar pihak berkenaan menghentikan tohmahan yang dibuat kerana mereka baru sahaja di dakwa, jika tidak kita ahli UMNO yang bantu siapa lagi hendak bantu.
Tiada agenda tersembunyi ,cuma kita mahu membela pemimpin UMNO itu sahaja jadi tidak ada apa - apa kepentingan disebalik pelancaran tabung ini dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berharap rakan Pemuda di seluruh negeri menyokong usaha untuk mengerakkan tabung ini", kata Mahadhir Sulaiman bagi mengulas mengenai tindakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pelancaran tabung bantuan guaman Datuk Norza Zakaria. Sila klik DISINI , untuk baca kenyataan penuh Mahadhir yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO WP dan juga reaksi dari Info Pemuda UMNO Segambut.
Berita sebelum ini di Wilayahkini......
KUALA LUMPUR 26 Nov,
Tabung Bantuan kutipan pembiayaan kos guaman perbicaraan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dilancarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Segambut Mahadhir Sulaiman baru - baru ini.Mahadhir yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan menggesa kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia supaya jangan menghukum pemimpin jika sekiranya kesalahan yang dilakukan belum terbukti.
" Saya harap UMNO dapat mengkaji perkara ini kerana jika ia terus berkeadaan sedemikian, UMNO akan dilabel sebagai lupa diri kerana tidak berusaha untuk membela nasib pemimpin - pemimpin yang selama ini bertungkus - lumus berjuang bersamanya", katanya.Mahadhir menegaskan pengantungan keahlian Norza Zakaria tidak wajar dibuat kerana tiada sebarang keputusan membutktikan beliau terlibat dengan rasuah.
" Baru dakwa tetapi UMNO sudah hukum , gantung atau pecat keahlian seperti seolah - olah sesiapa yang di dakwa kerana terbabit dalam salah laku disiplin memang sudah sah buat. Dalam hal ini Norza langsung tidak dibantu, malah UMNO juga tidak sediakan sebarang khidmat guaman menunjukkan seolah - olah UMNO mengetepikan terus pemimpin yang baru di dakwa".
Kata beliau, kepimpinan tertinggi perlu peka kerana jika UMNO tidak bantu siapa lagi yang akan bantu, dan keadaan ini sebenarnya hanya akan memperlihatkan kelemahan UMNO yang ketara di mata pembangkang.
" UMNO perlu berubah jika hendak dapat sokongan penuh rakyat dan pemimpin - pemimpin muda yang bersemangat untuk berjuang denganya, jika hal sekecil ini tidak dapat diberi perhatian keyakinan orang akan luntur malah orang akan gerun hendak masuk UMNO kerana apa - apa berlaku kena tanggung sendiri", katanya lagi. - Sumber Sinar Harian
APA PANDANGAN ANDA ?