Thursday, November 6, 2008

GARA - GARA SEBUAH CAWANGAN TERBATAL PENDAFTARAN ; UMNO SEPUTEH DI ARAH BERSIDANG SEMULA AHAD INI ; KUMPULAN MUSTAPHA KATA TAK PERLU !

BERITA 1 -SAH ! Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Seputeh termasuk PUTERI , PEMUDA DAN BAHAGIAN diarahkan untuk bersidang semula pada hujung minggu ini kerana gara - gara sebuah cawangan yang terbatal pendaftaranya di ROS telah menghantar perwakilan pada mesyuarat yang bahagian yang diadakan baru - baru ini. Dengan arahan tersebut, semua keputusan pemilihan di peringkat puteri , pemuda dan bahagian di BATALKAN dan perlu diadakan pemilihan semula.Pergerakan Puteri dan Pemuda akan bersidang semula pada 8hb November di PWTC manakala Bahagian pula akan bersidang semula pada 9hb November di tempat yang sama. Ini adalah ARAHAN yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
BERITA 2 -TAK PERLU MESYUARAT SEMULA, kata Kumpulan Mustapha Kamal.Mereka difahamkan telah menemui Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Ini yang kami dengar.Mustapha Kamal yang menang pada pemilihan yang lepas baru - baru ini dikatakan telah merancang "sesuatu". Apakah mereka akan memboikot mesyuarat semula pada ahad ini ?
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan pula, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung baru - baru ini, telah memberi kuasa penuh untuk setiap Badan Perhubungan Negeri untuk menyelesaikan dan juga menangani segala permasalahan mengenai pemilihan di peringkat bahagian di negeri masing - masing menerusi Jawatankuasa Pengurusan Badan Perhubungan Negeri masing - masing.
Wilayahkini difahamkan politik Seputeh menerima tamparan yang hebat apabila sebuah cawangan yang berstatuskan " batal pendaftaran di ROS " telah menghadiri persidangan Pemuda, Puteri dan Bahagian . Politik Seputeh kini sudah di ibaratkan sebagai "nila setitik rosak susu sebelangga".
Pada pemilihan bahagian yang diadakan minggu lepas, Mustapha Kamal berjaya menewaskan penyandang Ketua UMNO Bahagian Datuk Hisham Abdul Majid dengan kelebihan 15 undi . Bagi Jawatan Ketua Pemuda pula dimenangi oleh Razlan manakala bagi Ketua Puteri pula dimenangi oleh penyandang Ketua Puteri Azliza Ahmad. Kedua - dua mereka menerima saingan satu lawan satu manakala jawatan Ketua Wanita pula dipertahankan tanpa bertanding oleh Senator Datuk Azizah Samad.
Wilayahkini juga dengar pihak pengurusan UMNO Bahagian Seputeh dibawah kepimpinan Datuk Hisham Majid sedang mengatur segala perancangan untuk mengadakan "mesyuarat semula " pada hari Ahad ini sepertimana di arahkan oleh Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

60 comments:

Anonymous said...

MABUK KUASA.
GILER KUASA.
HILANG KUASA.

APA2 PUN BOLEH BUAT UTK MENDAPATKAN BALIK KUASA.

YG JADI MANGSA AHLI2 DAN PERWAKILAN YG TERPAKSA BUANG MASA LAGI UTK KEPENTINGAN PERIBADI MERAKA.

SAMA JER LAH.KALAU SOKONG DATUK HISHAM KE SOKONG MUSTAPHA KAMAL KE YANG MERAIH KEUNTUNGAN KRONI MASING-MASING.

MELUAT TGK KERENAH ORG2 UMNO SEKARANG NI.

Anonymous said...

ni semua angkara ku nan yang gila nak kontrol umno wilayah.

Anonymous said...

"Wilayahkini difahamkan pula, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung baru - baru ini, telah memberi kuasa penuh untuk setiap Badan Perhubungan Negeri untuk menyelesaikan dan juga menangani segala permasalahan mengenai pemilihan di peringkat bahagian di negeri masing - masing menerusi Jawatankuasa Pengurusan Badan Perhubungan Negeri masing - masing."

IANYA TERMAKTUB .. SELAGI TIDAK ADA CAMPUR TANGAN SETIAUSAHA AGONG... SEKARANG SETIAUSAHA AGONG DAH MEMBERI SURAT UNTUK MENGESAHKAN MESYUARAT YANG LEPAS ... JADI SURAT DARI PERHUBUNGAN AKAN TERBATAL DENGAN SENDIRINYA ...

Anonymous said...

SUA tu tak tau buat kerja. hari ni sah esok tak sah petang nanti sah.
kerja apa tu. semua main kroni. MT dah buat keputusan serah kepada Badan Perhubungan Negeri masing2 selesai masalah. Ni tak. Kami dah meluat. GILA KUASA KE APA.
mana hala tuju UMNO sekarang. nampak nya PRU 13 LENGKUP. Selamat berjaya SUA yg tak sedar diri.

Anonymous said...

persoalannya skrg, kenapa lepas mesyuarat baru tahu satu cawangan telah dibubarkan sedangkan UMNO Malaysia keluarkan surat 20 okt. mesyuarat bahagian seputeh 26 okt. bukan jauh sangat bahagian seputeh ngan pwtc. surat dlm kl makan masa 3 hari. pastu takkan tak dapat faks dari umno malaysia. nilah yang dinamakan senjata rahsia. lagi satu hal plak. memang mt dah bagi kuasa kat badan perhubungan. tapi bila masalah tu dibawa ke umno malaysia maka umno malaysia berhak membuat keputusan sekiranya meragui atau sangsi dengan badan perhubungan. kalau harakahdaily buleh keluar pasal bahagian seputeh tak ke pelik. tangan ghaib mana plak harakahdaily maksudkan? badan perhubungan ker umno malaysia. naper taksub sangat jawatan ketua bahagian tu. takut kena selongkar perbuatan yang lepas ker. politik sekarang politik kotor.sebab tu ramai orang lari kat pkr. dendam kesumat hisham majid pada mus membuatkan umno seputeh merana. kasi bukak minda laa. perjuangan apa yang korang bawak ni.

Anonymous said...

kunan confirm akan buat keputusan yang memihak pada kudanya. dah kuda dia menang, buat apa dia nak suruh mesyuarat semula? kalau kat labuan lain la, kuda dia kalah. aku berani jamin silap2 labuan pun akan diarah bermesyuarat semula oleh sua.

silap besar laa paklah lantik kunan ni jadi sua. kata nak umno bersih, ni dah nampak sua salah mempergunakan kuasa. tak silap aku, paklah ada cakap dia bagi mandat penuh untuk umno negeri menyelesaikan masalah bahagian masing2 (kalau kat wilayah, umno wilayah yg buat keputusan) ni apahal membelakangkan umno wilayah, dan terus naik ke sua? lain laa kalau wilayah tak dapat buat keputusan, baru rujuk ke hq.

dah sah ada mainan dalam laa ni, perancang utamanya kompom mr. magnum 4d kita tu.

Anonymous said...

kenapa hisham majid, rahim aman n bob dan azizah samad gile2 nak mesyuarat semula?

1) tanah bangunan umno!
rasa2 kalau tanah bangunan umno tuh jadik milik koperasi mega seputeh (sekarang dalam proses penukaran hak milik drp dbkl kepada koperasi mega seputeh), agak2 la kan sapa ler yg dapat komision 17 juta jual tanah tu kat developer?

2) duit pilihanraya?
kalau pentadbiran baru ambil alih, buat audit, kemana pergi duit rm900k tu? dalam penyata kewangan mesyuarat yg lepas tak ada ditulis pulak duit keluar masuk secara detail.

3) akaun bank
ada berapa akaun bank dalam pentadbiran bahagian, pemuda dan wanita? berapa akaun yang diistiharkan? ini yang jadi persoalan. hisham majid, rahim aman dan bob tak kerja, mana diorang dapat duit nak sara gaya hidup mewah diorang?

4) jawatan senator dan timbalan menteri!
rasa2 la kan, sapa yg mengidam jawatan2 tersebut? hisham majid? azizah samad? sorang nak jadi senator, sorang nak jadi timbalan menteri (kak jat akan bertanding ketua wanita dan dijangka kalah. jawatan kak jat yang tinggal hanyalah ketua wanita bahagian. azizah pula akan memegang jawatan setiausaha pergerakan wanita malaysia. kerusi parlimen lembah pantai sapa yang akan bertanding dalam pru 13. jawatan menteri wanita dan kebajikan masyarakat akan diserahkan kembali kepada wanita umno selepas pru 13 - sapa yang tergila2 kan jawatan itu? YB PARLIMEN LEMBAH PANTAI YB DATUK SERI HAJJAH AZIZAH SAMAD)

dan yang paling hot sekali

5) pengerusi perhubungan umno wilayah.
zulhasnan confirm akan diganti...selain syed ali yang tidak digemari peringkat tertinggi umno malaysia, sapa calon yang paling kemaruk nak jadi pengerusi perhubungan negeri? setiausah agung tak leh jadi pengerusi perhubungan wilayah. org labuan jauh sangat. datuk sulaiman dah pernah jadi. habis siapa? YANG BERHORMAT SENATOR DATUK SERI HISHAM ABD MAJID. siapa akan ambil kuota umno bahagian seputeh dalam perhubungan wilayah? RAHIM AMAN. siapa yang akan duduk dalam Majlis Tertinggi mewakili wilayah. YANG BERHORMAT SENATOR DATUK HISHAM ABD MAJID.

itulah kenapa kena ada mesyuarat semula. zulhasnan, kamarudin amok dan redzuan jadik alat mainan hisham majid dan 2 konco2 nya (rahim dan azizah). abis bob dapat apa? bob akan diberi perempuan2 dan ganja untuk memuaskan nafsu serakahnya. CERITA BENAR MENGENAI PEMIMPIN PILIHAN HISHAM MAJID. pada jam2 terakhir pemilihan ketua pemuda bahagian seputeh (dalam jam diantara 19-4 pagi) bob boleh duduk dalam suite bersama 2 orang perempuan atas katil sambil minum arak dan hisap ganja. kalau tak percaya tanya lah org kuat dia hainol dan huzairi (diorang pun ada sekali tapi dapat cuci mangkuk jer.....jadilah)

hebat tak seputeh

Anonymous said...

kenapa wanita tak batal?

kenapa hanya bahagian pemuda dan puteri?

bukan ker cawangan goodwood hantar perwakilan ke wanita, pemuda, puteri dan bahagian?

abis kenapa wanita tak perlu mesyuarat semula.....jeng....jeng....jeng

Anonymous said...

sepatutnya perkara sebegini tidak harus berlaku. mengapakah setelah habis bersidang baru wujud perkara ini.mana perginya AJK yang bertanggungjawab. setiausaha bahagian tidak menjalankan kerja ker atau ada agenda yang tersembunyi ??? pada saya ini adalah sesuatu yang memalukan.menunjukkan betapa tidak professional nya AJK dalam menjalan kan tugas.

*bab ganja dalam pemuda ni, dah tak heran..sedih kan !!!

Anonymous said...

Tolong Ambil Perhatian

ROS - tarikh surat pembatalan cawangan TAMAN GOODWOOD dihantar kemana.. ?

Bahagian atau Perhubungan ?

Jika ke Perhubungan bilakah tarikh Perhubungan kemukakan ke Bahagian?

Then .....

1. Adakah sebelum Persidangan Cawangan ?

2. Adakah sebelum 26 Oktober 2006 Mesyuarat Perwakilan Bahagian?

Jika Hisham Majid telah menang ....

1. Adakah Mustapa Kamal akan tahu yang Taman Goodwood dibatalkan?

2. Adakah Hisham Majid akan mengutarakan Mesyuarat semula?

SEDARLAH ...

Takdir adalah suatu ketetapan akan garis kehidupan seseorang. Setiap orang lahir lengkap dengan skenario perjalanan kehidupannya dari awal dan akhir. Hal ini dinyatakan dalam Qur'an bahwa segala sesuatu yang terjadi terhadap diri seorang sudah tertulis dalam induk kitab ....



Ingatlah .... sepertimana Datuk katakan Hasanah didunia Hasanah diakhirat .... renungkanlah ....

Anonymous said...

Sah,

Dari apa yg saya membuat siastan sendiri. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Seputeh tidak perlu diadakan semula.

Lepas ni saya ingin membuat siasatan yg menyatakan ada unsur POLITK WANG dlm Persidangan Cawangan2 tempohari termasok Mesyuarat Perwakilan Bhg yg membabitkan Pemuda dan Peringkat Bhg.

Transaksi RM pada malam hari Jumaat iaitu sebelum hari persidangan Pemuda dikatakan berlaku di sebuah hotel di Subang untuk calon Ketua Pemuda dan G10dan juga traksasi pada pagi selepas sarapan di hotel yg sama utk calon Ketua Pemuda Bahagian dan percalonan utk Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Siatan sedang dijalankan.
Insyaallah keputusan akan diketahui nanti.

Anonymous said...

Alahai aku kesian betul lah dgn si Bob@Kamal Azman Al-Hijrah yg tersohor mengikut kata Datuk Hisham Majid.
Kenapa dia jadi camtu.Dia dah tak ada apa2 dah dlm Seputeh ni.
Bertanding Ketua Cawangan pun kalah dgn Ahmad Diah.Lepas tu bagitau kat Bhg jgn sahkan persidangan tu sbb dia tak hadir.
Notis dah bagitau awal2 pun dia ckp tak tau.Nak tau mcm mana.Dah pekena air kencing setan,ganja dgn ice.Dia tak sedar lagi tu.Datuk HM tu perli dia . Al-Hijrah tu maksudnya "Kau boleh belah lah Bob.Seputeh tak nak kau lagi dah"
Tapi siBob ni bangga pulak tu org panggil dia camtu.
Kesian kau Bob.
Dah lah kalah Ketua Cawangan,dgn Ahmad Diah pulak tu.AJK Bhg pun kalah.G7 pun kalah.Nampak sgt dah kau ni tak diterima di Seputeh.Tolong lah Bob. Balik je lah kat Bagan Datuk sbb Datuk Zahid Hamidi je boleh terima kau tu.
Pulak tu.Tersebar sms smlm.Suruh pulak perwakilan pemuda dtg ke Msyt perwakilan kat PWTC.Dia ni sapa na suruh org pergi msyt tu.
Bob.kau dah tak ada kena mengena lagi dah dlm Seputeh ni.
Sekarang ni dia cuba nak jadi Punahsihat utk Pemuda Seputeh.Menjadi Punahsihat si Razlan.Kalau Razlan lah dengar cakap dia.Alamatnya Pemuda Seputeh hancur lah.Lepasan Universiti boleh dengar ckp org tak lepas SRP.
Bob ni dah jadi tak keruan sbb dah tak ada apa2 lagi jawatan dlm UMNO.
Bob ni satu MALAYA kenal sapa dia.
Tanya lah mana2 Ketua Pemuda di Malaysia.Kenal tak Bob Seputeh.
Gelaran utk di serata Malaya.Bob Seputeh kaki Pau.
Org ni dah tak boleh dibentuk dah.
dah jadi buluh lemang.elok dibakar jer.

Anonymous said...

Gegar...gegar...mlm td (6/11) KA (Segambut), Ridzuan (Kepong), Yusof (Batu) & HM (ex-KB Seputeh) n rombongan tlh mengadap Najib di kediamannya wp pd peringkat awal mereka diarah berjumpa SU Politik beliau...gara-gara x puas hati dgn kptsn UMNO Pusat. Begitu juga Yusof yg gentar krn mesyuarat bhgnnyer kene diadakan semula... Pd 5/11 ap UMNO pusat mengeluarkan arahan x perlu mesy semula, Zulhasnan (setiawangsa) tlh menghubungi Najib utk mendapatkan penjelasan... Apa crite ni dato' zul... adakah anda gentar, bdn perhubungan wilayah akan digegarkan oleh suara2 syed ali (cheras), kunan (putrajaya), azim (b.btg), abas (batu, jk menang) & raja nong chik (lembah pantai, jk menang) & shafie (wangsa maju, SU politik najib, jk menang)... adakah kedudukan anda akan tergugat...SUDAH PASTI! Apabila x dilayan, mereka menggunakan tekanan media utk membatalkan keputusan UMNO Pusat (rujuk SINAR & Utusan hari ini)... Bukankah perkara ini merupakan perlanggaran ETIKA PARTI...

Anonymous said...

UMNO Pusat vs Bdn Perhubungan WP... Rata-rata ckp veteran umno seputeh, selama umno seputeh ditubuhkan, mesyurat perwakilan seputeh kali inilah & rentetan peristiwa slps itu hingga ke saat ini, dianggap paling jijik & memalukan.. titik hitam timbul apabila HM & kuda2nya yg tlh menguasai seputeh selama 1 PENGGAL shj kalah dlm pertarungan kali ini. Dari zaman Allahyarham Tun Ghafar Baba sehingga Tengku Adnan, seputeh politik AMAN.. Juga apabila mustapha (anak didik Kunan) kalah pd 2004, seputeh msh AMAN.. tP pd 2008, apabila HM (anak didik Zahid Hamidi/mentee Anwar Ibrahim) kalah, politik seputeh menjadi huru hara..hitam legam.. Inilah kepimpinan yg dikatakan "BERTOPENGKAN AGAMA TP BERHATIKAN KEPENTINGAN PERIBADI/WANG/KUASA"...

Anonymous said...

Mentee Anwar Ibrahim.Kejutan ni.
Patutlah boleh buat perkara2 sebodoh mcm ni.
dah tak terplih tu,cukup2 lah.
tunggu je lah 2011 ke 2012 ke.
lawan balik.
mmg style Anwar Ibrahim ni.Gile kuasa.

Anonymous said...

Laaa...hang baru tau ke hisham majid tu orang anwar.. ms PRU 11, memag orang jumpa berkotak2 risalah keadilan dlm bonet kereta dia... memang kecoh ms tu...tp biaselah, zahid hamidi pun main peranan besar ms 2004... Kpd rakyat seputeh, jika korang tengok cr kepimpinan hisham yg bertopengkan agama & bernafsukan kuasa/jawatan, tengok pulak sekarang ni bagaimana rs x puas hati hingga nak buat sidang semula kesemua peringkat (bersekongkol dgn phbgn negeri/kroni zahid hamidi), mlm td lak HM dan kroni zahid g jumpa najib n hari ini lak masuk sinar & utusan... sebijik tumpah mcm cr anwar... dan sekarang pulak meletakkan tarikh 9.11.08 utk ambik semula kuasa ketua bahagian... MCM ANWAR IBRAHIM YG SUKA LETAK TARIKH utk ambil kuasa pemerintahan negara... Ada fikir ke anda wahai kuda-kuda HM & kroni zahid...

Anonymous said...

Pakcik-pakcik/abang-abang ketua cawangan seramai 18 org yang kalah semasa mesyuarat bhgn yg lalu... x perlulah sibuk2 nak bagi komen kat SINAR... Cik Shema Abbas yg x tau apa-apa x yah la jadi KAK TURUT... Kepada ketua2 cawangan yang kalah, kami generasi muda hormat kepada anda selama ini, tetapi apabila anda kalah janganlah melatah, sila muhasabah diri & lihat kepada diri anda sendiri..apakah selama ini ahli2 cawangan anda berpuas hati dgn kepimpinan anda... Jgnlah sanggup menjadikan diri anda sbg kuda-kuda hisham majid & orang-orangnyer... Jangan dok mengumpat kat kedai kopi/mamak jer... Kami org muda tengok buruk bebenor rasa nyer...

Anonymous said...

Tau tak...Nyonya zizah pun main jugak...tau tak... reporter sinar tu orang dia... Nyonya nie dlm 1 saat, boleh pusing 360 darjah. Yg kelakarnyer sblm mesy bhgn (26/10) bersidang, dlm cai dia letak KB si MUS & naib pulak AZIZ. Dia mmg konon-konon sbb nak jaga kerusi dia yg menang tanpa bertanding tu, suruh wanita undi Mus. Tp bl kptsn keluar & calon naib dia kalah, dia menangis tersedu2 atas pentas.. bukan ape menangis sbb musuh ketatnyer (mariam minhat) menang naib ketua bhgn... kire level sama la sekarang... Esoknyer, nyonya zizah jumpa pegawai dia & suruj tunjukkan perwakilan wanita (g10/cawangan) yg mana bg undi kat mus...siap pesan lagi, bgtau orang2 nie kalau mesyuarat bhgn kene sidang semula, kali ini JANGAN BAGI UNDI PD MUS...

KEPADA AZIZAH SAMAD, ZAMAN ANDA UTK BERSANDIWARA TELAH TAMAT...KALAU NAK LAMA DUDUK KAT KERUSI KETUA WANITA TU, BUAT PERANGAI ELOK2. JANGAN NAK JADI PUTAR ALAM...ERA ANDA HAMPIR SAMPAI KE PENGHUJUNG...ANDA SENTIASA DIPERHATIKAN...

Anonymous said...

KEPADA KUDA HISHAM MAJID...

SILA BGTAU SAYA, DI DALAM PERLEMBAGAAN, KUASA PEMUTUS MANA YG LEBIH TINGGI....BADAN PERHUBUNGAN NEGERI ATAU UMNO MALAYSIA... SILA JAWAB... SBG CONTOH LAGI.. MANA YG LEBIH BERKUASA, MAHKAMAH TINGGI (negeri-negeri) KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN... Untuk bab mahkamah biar saya bagitau... KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI (negeri-negeri) BOLEH DIBATALKAN OLEH MAHKAMAH PERSEKUTUAN...ADA FAAAHAAAAAM!!!

Moralnya...walaupun UMNO M'sia telah memberi kuasa kepada bdn perhubungan negeri dlm membuat keputusan di peringkat bahagian2 tetapi apabila ianya dirujuk oleh bahagian2 kepada UMNO M'sia (atas faktor integriti & ketelusan bdn perhubungan negeri dipertikaikan) maka UMNO M'sia berhak membuat keputusan atas dasar perlembagaan & peraturan dgn mengambilkira kepentingan parti...

Anonymous said...

SEBARANG KEPUTUSAN YG DIKELUARKAN OLEH BADAN PERHUBUNGAN NEGERI BUKAN KEPUTUSAN MUTLAK... KERANA ADA HIERARKI YANG LEBIH TINGGI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN BERKENAAN PARTI....IAITU UMNO PUSAT... (rujuk perlembagaan umno).

Anonymous said...

Aku tengok Razlan dgn Azliza relax jer.
Dlm hati bengang tak terkata lah sbb nak kena bersidang semula.
Tapi Liza ok sbb dia ada hardcore yg mmg Mona Liana tak boleh gigit.
Tapi Razlan ada sikit masalah kalau bertanding semula sbb payung yg akan lindung dia ni dah nak tumpukan ke BHG lepas tu pulak calon Ketua Pemuda UMNO M'sia yg dia bawak dah lepas utk bertanding buat apa nak buang duit dan masa kat Seputeh sbb org2 keliling semua kaki pau.
Elok jugak lah kalau Pemuda bersidang semula.Boleh bagi si Awie peluang sama rata tanpa RM.Tapi masalah Awie ni pulak,ada jugak hardcore2 dia(konon hardcore lah) sebenarnya softcore.Kong kali kong jugak.Awie kena main jugak sbb hardcore dia buat barter trade dgn Razlan.
Sama2 lah kita tgk,Kalau jadi lah Msyt Perwakilan 8.11.08 ni. Tapi aku rasa tak jadi sbb ni semua permainan org giler kuasa.Traget org2 ni sekarang.nak buat kecoh supaya Bahagian kena gantung.
Puas hati. yg kalah tu dah tentu kalah.Yg menang pulak Bhg kena gantung.
Tepok tangan lah jawapnya team si Datuk Hisham.

Anonymous said...

aku setuju...mentee anwar & kroni zahir hamidi ni sanggup buat apa saja untuk memuaskan hati... aku dapat rasa yang diaorang ni sanggup buat sampai bhgn seputeh kene gantung dari bagi jawatan ketua bahagian seputeh pada sdr mustapha... jgnlah dianiayai masyarakat umno seputeh...

Anonymous said...

Wilayah kini...sila jawab soalan kami...Adakah anda akan menghadiri mesyuarat semula atau tidak, jika terdapat 2 keputusan berbeza i.e surat dr perhubungan negeri (3/11) bhw kene mesyuarat semula DAN surat dr umno malaysia (5/11) bhw x perlu mesyuarat semula & keputusan adalah muktamad...SILA JAWAB WILAYAH KINI.....

Anonymous said...

HM & KUDA-KUDANYA SEMUA GILER TALAK!!!! MASYAALLAH!!! TAK INGAT KAT TUHAN KE???? X REDHA DGN KETENTUANNYA???? QADA & QADAR???? ADAKAH INI YANG DIKATAKAN PENYANJUNG ULUL-ALBAB!!! ASTAGHFIRULLAHALAZIM....

WILAYAH KINI said...

Kita tunggu perkembangan terkini pada hari ini. - SALAM Dari Wilayahkini

Anonymous said...

For ur info Wilayah kini... bekas SUB, Sharifuddin telah menghantar sms kepada perwakilan termasuk kepada pergerakan puteri & menyatakan KEPUTUSAN PERSIDANGAN SEMULA YANG TELAH DITETAPKAN YG TELAH DIPUTUSKAN OLEH BADAN PERHUBUNGAN NEGERI WP PADA 8 & 9.11.08 (SABTU & AHAD) TELAH DIBATALKAN. Harap maklum.

P/s: tau wilayah kini mmg takkan jawab...

Anonymous said...

YB Senator Datuk Hajjah Azizah Samad...

Pesanan kami... Datuk dok diam-diam je kat kerusi ketua wanita tu..Wanita Pergerakan & orang politik satu Malaysia dah tau yang Datuk ni...kiri cakap lain, kanan cakap lain, atas cakap lain, bawah cakap lain, depan cakap lain, belakang cakap lain, utara cakap lain, selatan cakap lain, timur cakap lain, barat cakap lain, timur laut cakap lain, tenggara cakap lain, barat daya cakap lain, barat laut cakap lain...

Pusing-pusing ala gasing!!!!

Anonymous said...

memang betul kata aura putih. tapi tau ke tak tau yg SUA tu boleh berubah keputasan tiap-tiap saat. hari ni kata ok. esok tak ok. petang pulak ok. lepas tu entah apa. Sekarang ni nampak nya "SIAPA KENAL SIAPA" berkuasa.

saya bercadang pusat melantik SUA dari golongan orang veteran dan tidak memegang apa2 jawatan terteringgi. baru boleh buat kerja dengan tulus dan adil.

drp. pemerhati

Anonymous said...

Tak payah lah nak buat cadangan supaya SUA ada lah kalangan veteran.
Yg penting sekarang,geng2 Datuk Hisham,Rahim Aman,Kaki Botol @ Bob,Zafizan KP dan sewaktu dgn nya dah KEMPUNAN nak buat msyt semula.
Kesian sungguh.Cuba lah pemilihan akan dtg.Kalau Mustapha Kamal buat taik atau tak bagus,kita kasik tukar dia jugak.
Sekarang ni mintak lah Rahim Aman bagilah pengerusi komuniti bistari taman desa (pelik bila Mus buat komuniti bistari berjaya,semua nak ada komuniti bistari,bukan tmpt dia pulak tu mcm org tmn desa tak boleh handle) kat Datuk Hisham supaya Datuk Hisham dpt berbakti kpd warga Seputeh yg masih memerlukan beliau.
Nangis lah Pak Ya camni,tak apa Pak Ya, Pak ya kan pandai main kolam.Sapa2 jadi KB pun Pak Ya boleh hidup.
Bob.Tinggal kan lah Seputeh ni.Cukup lah taik yg kau tinggalkan utk Razlan dgn Mustapha Kamal nak cuci.

Anonymous said...

SAPA ANTI BOB NI YER,HANGIN BETUL DIA DGN BOB.
ANTI BOB,APSAL KAU TAK JUMPA JE BOB TU? TERUS TERANG DGN KAN BAGUS.

Anonymous said...

kepada anti bob, kekuda - kekuda & kuda kepang :-

Bila terbaca laporan & kritikan yang dibuat oleh penama ini, jelas menampakkan ketidak cerdikan dalam memberi komen @ pandangan. Kritikan peribadi banyak yang dituju & dilakukan oleh penama diatas sedangkan apa yg dikatakan belum tentu BENAR dan TETAP. Malah ianya boleh menimbulkanh fitnah.

Sy akui akan kelemahan yg berlaku ini sehingga boleh membuatkan terbatalnya sesuatu mesy yg sudah berlangsung. Disini ada 2 keputusan yg dibuat oleh pihak tertinggi pengurusan UMNO iaitu Perhubungan UMNO Negeri & SU Agong Pusat.

Ingin perjelaskan iaitu Perhubungan UMNO Negeri ialah sebuah badan yg dilantik oleh Presiden UMNO & MT. Oleh itu, segala keputusan yg dibuat adalahsetelah mendapat mandat dari MT. SU Agong adalah org yg dilantik oleh Presiden UMNO utk menjalankan tugas tanpa ada sikap memilih & memihak serta segala keputusan yg dibuat hendaklah mendapat persetujuan MT.

Kronologi apa yg berlaku :-

18/19hb Okt 2008 - Adalah tarikh Mesy Puteri
25hb Okt 2008 - Adalah tarikh Mesy Pemuda & Wanita
26hb Okt 2008 - Adalah tarikh Mesy Bahagian.

Pada 28hb Okt 2008 - Mantan SU Bhgn Seputeh telah menerima surat dari UMNO Pusat (SUK UMNO Pusat menandatanggani surat tersebut)mengenai pembatalan Caw UMNO Tmn Goodwood. Surat itu bertarikh 20hb Okt 2008.

Harus diingat, tarikh cop penerimaan (disurat yg dihantar)dari pihak pejabat pos malaysia ialah pd 24hb Okt (jumaat). ini bermakna pihak Pos Malaysia menerima surat pd 23hb @ 24hb Okt. Sabtu & Ahad serta Isnin (depavali) adalah dari cuti UMUM utk staf Pos M'sia. Maka surat tersebut telah diterima oleh pej UMNO Bahagian Seputeh adalah pd 28hb Okt 2008 (selasa). Maka, sy tidak nampak pun ada konspirasi dari segi penghantaran surat atau cuba utk melambatkan atau juga cuba untuk menyimpan surat itu untuk dijadikan senjata sulit.

Persolan yg ditimbulakan, kenapa pej UMNO Pusat tak faxkan surat tersebut ? Utk makluman semua, sejak dari bermulanya mesy caw lagi sudah ada pelbagai perkara yg timbul sehingga beberapa caw telah terpaksa bermesy semula. Setelah dibuat bantahan, bantahan UMNO bahagian ditolak & SUK UMNO Pusat bnyk buat keputusan menyebelahi pihak MUSTAPA. Juga harus diingat bahawa MUSTAPA ialah BEKAS KP Seputeh dizaman Tengku Adnan. MAKA, sy menampakkan bahawa, kemungkinan ini adalah konpirasi manusia - manusia yg ingin merosakkan UMNO Seputeh.
Dengan kuasa Allah swt., surat tersebut dapat ke tangan mantan SUB & bukan di pihak MUSTAPA. jika dapat kat pihak MUSTAPA surat tersebut, saya pasti perkara ini tidak akan berlaku kerana MUSTAPA dah menang. JIKA MUSTAPA KALAH, sy pasti surat ini akan menjadi senjata MUSTAPA utk bermesy semula.

Maka, adalah jelas kenapa perhubungan negeri minta mesy semula kerana kemungkinan UMNO Malaysia boleh diharamkan jika pembatalan caw tmn goodwood tidak ditangani dgn betul (seperti pengharaman UMNO pd 1987 - perkara yg sama berlaku).

Yang paling memeranjatkan saya ialah setelah bantahan puteri (yg kalah) dibuat pd 21hb Okt tidak dijawab oleh UMNO Pusat, 3hb Nov pula bantahan Dato Hisham ke UMNO Pusat tidak dijawab & tiba - tiba pd 5hb Nov, MUSTAPA buat bantahan, terus mendapat jawapan segera, tidakkah ini dinamakan keputusan tidak adil & hanya memihak kpd MUSTAPA ?

Yang paling - paling memeranjatkan, tanpa ada merujuk kpd MT atau DS Najib - TPM (dlm surat jawapan SUA mengatakan ada berbincang dgn DS Najib), Tg Adnan boleh membuat keputusan. Memang surat dari UMNO Pusat lebih tinggi dari Perhubungan Negeri TETAPI MESTILAH Keputusan MT & bukan hanya keputusan yg dibuat antara Dato Azim & Tg Adnan sahaja. harus faham, mestilah keputusan MT. Tg Adnan & Dato Azim bukan MT cuma pegawai yg dilantik. jika dlm perbincangan ada 3, 4 org ahli MT, baru dikatakan keputusan MT.

lagi 1, tiada siapa yg sempurna di dunia ini. jgnlah terlalu menghina org lain sdangkan kita belum tentu sempurna duduk di alam barzah. cuba kumpulkan pahala dgn cara yg lebih baik dari mencaci & menghina sesama manusia.

sekian

Anonymous said...

kepada anti bob, kekuda - kekuda & kuda kepang :-

Bila terbaca laporan & kritikan yang dibuat oleh penama ini, jelas menampakkan ketidak cerdikan dalam memberi komen @ pandangan. Kritikan peribadi banyak yang dituju & dilakukan oleh penama diatas sedangkan apa yg dikatakan belum tentu BENAR dan TETAP. Malah ianya boleh menimbulkanh fitnah.

Sy akui akan kelemahan yg berlaku ini sehingga boleh membuatkan terbatalnya sesuatu mesy yg sudah berlangsung. Disini ada 2 keputusan yg dibuat oleh pihak tertinggi pengurusan UMNO iaitu Perhubungan UMNO Negeri & SU Agong Pusat.

Ingin perjelaskan iaitu Perhubungan UMNO Negeri ialah sebuah badan yg dilantik oleh Presiden UMNO & MT. Oleh itu, segala keputusan yg dibuat adalahsetelah mendapat mandat dari MT. SU Agong adalah org yg dilantik oleh Presiden UMNO utk menjalankan tugas tanpa ada sikap memilih & memihak serta segala keputusan yg dibuat hendaklah mendapat persetujuan MT.

Kronologi apa yg berlaku :-

18/19hb Okt 2008 - Adalah tarikh Mesy Puteri
25hb Okt 2008 - Adalah tarikh Mesy Pemuda & Wanita
26hb Okt 2008 - Adalah tarikh Mesy Bahagian.

Pada 28hb Okt 2008 - Mantan SU Bhgn Seputeh telah menerima surat dari UMNO Pusat (SUK UMNO Pusat menandatanggani surat tersebut)mengenai pembatalan Caw UMNO Tmn Goodwood. Surat itu bertarikh 20hb Okt 2008.

Harus diingat, tarikh cop penerimaan (disurat yg dihantar)dari pihak pejabat pos malaysia ialah pd 24hb Okt (jumaat). ini bermakna pihak Pos Malaysia menerima surat pd 23hb @ 24hb Okt. Sabtu & Ahad serta Isnin (depavali) adalah dari cuti UMUM utk staf Pos M'sia. Maka surat tersebut telah diterima oleh pej UMNO Bahagian Seputeh adalah pd 28hb Okt 2008 (selasa). Maka, sy tidak nampak pun ada konspirasi dari segi penghantaran surat atau cuba utk melambatkan atau juga cuba untuk menyimpan surat itu untuk dijadikan senjata sulit.

Persolan yg ditimbulakan, kenapa pej UMNO Pusat tak faxkan surat tersebut ? Utk makluman semua, sejak dari bermulanya mesy caw lagi sudah ada pelbagai perkara yg timbul sehingga beberapa caw telah terpaksa bermesy semula. Setelah dibuat bantahan, bantahan UMNO bahagian ditolak & SUK UMNO Pusat bnyk buat keputusan menyebelahi pihak MUSTAPA. Juga harus diingat bahawa MUSTAPA ialah BEKAS KP Seputeh dizaman Tengku Adnan. MAKA, sy menampakkan bahawa, kemungkinan ini adalah konpirasi manusia - manusia yg ingin merosakkan UMNO Seputeh.
Dengan kuasa Allah swt., surat tersebut dapat ke tangan mantan SUB & bukan di pihak MUSTAPA. jika dapat kat pihak MUSTAPA surat tersebut, saya pasti perkara ini tidak akan berlaku kerana MUSTAPA dah menang. JIKA MUSTAPA KALAH, sy pasti surat ini akan menjadi senjata MUSTAPA utk bermesy semula.

Maka, adalah jelas kenapa perhubungan negeri minta mesy semula kerana kemungkinan UMNO Malaysia boleh diharamkan jika pembatalan caw tmn goodwood tidak ditangani dgn betul (seperti pengharaman UMNO pd 1987 - perkara yg sama berlaku).

Yang paling memeranjatkan saya ialah setelah bantahan puteri (yg kalah) dibuat pd 21hb Okt tidak dijawab oleh UMNO Pusat, 3hb Nov pula bantahan Dato Hisham ke UMNO Pusat tidak dijawab & tiba - tiba pd 5hb Nov, MUSTAPA buat bantahan, terus mendapat jawapan segera, tidakkah ini dinamakan keputusan tidak adil & hanya memihak kpd MUSTAPA ?

Yang paling - paling memeranjatkan, tanpa ada merujuk kpd MT atau DS Najib - TPM (dlm surat jawapan SUA mengatakan ada berbincang dgn DS Najib), Tg Adnan boleh membuat keputusan. Memang surat dari UMNO Pusat lebih tinggi dari Perhubungan Negeri TETAPI MESTILAH Keputusan MT & bukan hanya keputusan yg dibuat antara Dato Azim & Tg Adnan sahaja. harus faham, mestilah keputusan MT. Tg Adnan & Dato Azim bukan MT cuma pegawai yg dilantik. jika dlm perbincangan ada 3, 4 org ahli MT, baru dikatakan keputusan MT.

lagi 1, tiada siapa yg sempurna di dunia ini. jgnlah terlalu menghina org lain sdangkan kita belum tentu sempurna duduk di alam barzah. cuba kumpulkan pahala dgn cara yg lebih baik dari mencaci & menghina sesama manusia.

sekian

Anonymous said...

Tak anti sesiapa tu adalah Zafizan.

Sekarang ni jadi ke tak buat mesyuarat semula.

Kalau jadi senang lah nak jumpa calon2.

Kalau tak jadi boleh lah bawak anak isteri pergi jalan-jalan.

Anonymous said...

oooooooo....

hebat hebat seputeh nie.....

Datuk HM... tak boleh terima kekalahan ke...?? kenapa nak sangat mesyuarat ini diadakan...??

Anonymous said...

bagi saya borang 9 goodwood adalah noktah perbalahan utama dan reason mesyuarat diadakan...

simple saja kes ini... Datuk HM tak boleh terima kekalahan..!!!
so nak mesyuarat balik dengan harapan menang ke!!! alahai... ketua cawangan goodwood pun tak ambil kisah...pun!!!!!

satu cawangan je.. kasi potong undi tetap Datuk KALAHHHHHHH!!!!!

Anonymous said...

DATUK HISHAM MAJID....!!!!

CUKUP CUKUP CUKUPLAH!!!!!

MENYAMPAH LA...!!!!!!

Anonymous said...

kepada pu3 team Datuk HM...

saya sarankan anda semua berhenti berjumpa dengan pu3 pu3 seputeh atau lebih tepat perwakilan semua....

mereka dah lemas dengan percakapan kamu semua... si minah sherry!!! saya cukup menyampah tgk awak... awak ngan zafizan lebih kurang sama je la....!!!!

kalau undi cium mulut boleh lah mesyuarat balik nie haaaa jauh sekali majoritinya cik oiiii!!!!

kembalilah ke jalan yang benar ...!!!!

Anonymous said...

Tak anti sesiapa,

kita ni bukan memncaci atau saja nak buat fitnah.

Tak Tumbuh Tak Melata
Tak Sungguh Org Tak Mengata

Apa yg aku bagitau komen yg kat atas tu boleh dikatakan semua org kat Seputeh dah tau cuma tak nak ambik tau.

Sekarang ni dah mmg terserlah perangai korang.

Busuk hati,mendengki,kaut selagi apa yg ada.

Yg perwakilan pun satu,dah terang lagi bersuluh,dah tau org tak betul pergi undi lagi buat apa.

Sepatutnya Datuk HM & Bob tak dpt undi sebanyak tu.MMg tak layak pun undi sebanyak tu.Setakat 45 atau 50 undi je yg korang dapat.

Anonymous said...

Kalau tanya saya, patutnya jadi tanggungjawab Datu Hisham pastikan cawangan tak daftar tak boleh mengundi, bukan Mustapha. Ini satu konspirasi. Saja Dato Hisham simpan maklumat ini,bila kalah, gunakan isu ini. Yg Perhubungan Wilayah jadi pak turut buat apa. Nampak sangat kelemahan Pengerusi Perhubungan WP. Mcam mana nak menang MKT klu WP pun tak pandai jaga.

Anonymous said...

Kepada tak anti sesiapa (yg sememangnya anti pasukan mustapha)...

(1) Berkenaan dgn surat PEMBATALAN SEMENTARA Goodwood, sekiranya HM menang pd mesyuarat bhgn lps (26/10), adakah dari hukum akal, apabila HM menerima surat tersebut pd 28/10) dia akan mengadakan mesyuarat semula?

(2) Kenyataan anda bhw mungkin wujud konspirasi disbbkan sdr mustapha kamal ialah KP Seputeh pd era Tengku Adnan...adalah juga berbau fitnah dan belum tentu BENAR dan TETAP...

(3) Berkenaan dgn bbrp caw kena bermesyuarat semula, utk makluman, di sepanjang tempoh mesyuarat persidangan, pelbagai surat bantahan tlh direka & dibawa ke peringkat umno pusat oleh phk HM terutama kpd caw2 yg tlh memberi pencalonan kpd sdr mustapha. Tetapi alhamdulillah, Allah mengetahui siapa yg benar, cuma caw Berm [bob (pasukan HM) kalah kpd ahmadiah] sj yg terpaksa kembali menjadi penaja, wp pd peringkat awal umno pusat tlh mengesahkan mesyuarat caw tsbt. Setahu saya, pasukan mustapha langsung tidak memulakan apa-apa surat bantahan atas mesyuarat cawangan2 wp mengetahui sgl onar yg berlaku. Hanya menunggu dan melihat apa yg pihak HM lakukan.. Apa yg pasukan mustapha lakukan hanyalah menjawab scr bertulis terhadap bantahan yg dibuat..(ikut prosedur) setelah salinan diberi oleh pengurusan bahagian. Penulis2 surat bantahan yg dikeluarkan terhadap caw2 yg mencalonkan sdr mustapha telah dibyr utk buat surat bantahan. Pasukan Mustapha tahu tp hanya diam. Permainan RM di sepanjang mesyuarat cawangan, pasukan mustapha tetapi tetap diam...Bagaimana anda boleh kata keputusan umno pusat banyak melebihi sdr mustapha.

(4) Berkenaan surat bantahan pu3 (bertarikh) 21/10 yg tidak dijawab oleh UMNO Pusat, YANG PALING MEMERANJATKAN saya ialah pd 26/10 (ketika psdgn bhgn) dato ridzuan yg hadir ketika itu, tlh memberitahu sendiri kpd sdri azliza bhw ada bantahan ke atas mesyuarat pu3 tp x memberi penjelasan lanjut ttg bentuk bantahan wp ditanya. Dr 27/10 sehingga 30/10, pihak pentadbiran pu3 msh tidak menerima notis bantahan bertulis. Memandangkan khabar angin bertiup kencang mengatakan hanya pu3 & bhgn kene mesyuarat semula, oleh itu, pd 30/10, sdri mantan naib KP3 tlh menghubungi SU pu3 negeri dan menjelaskan apa yg berlaku. Pd lwt ptg 30/10, barulah sdri azliza dihubungi oleh SU pu3 negeri dan menyatakan satu sesi siasatan akan dijalankan di pejabat umno kepong bersama dato ridzuan pd keesokannya (31/10) jam 11 pagi. Ketika sesi siasatan, sdri azliza tidak dibenarkan membaca sendiri surat bantahan apatah lagi melihat surat2 bantahan tsbt, malah tdk diberikan salinan bantahan wp diminta atas alasan yg diberi oleh dato ridzuan sbg melindungi keselamatan pengadu.. Setelah semuanya selesai, pentadbiran pu3 bhgn menunggu kptsn dr phbgn negeri, tp tiada sehinggalah sampai ke pengetahuan pentadbiran pu3 ttg persidangan semula bhgn (surat bertarikh 3/11 dr phbgn negeri). Itupun utk makluman, tidak dinyatakan hasil dari sesi siasatan pd 31/11 krn dalam surat tsbt hanya menyatakan berkenaan mesy semula umno bhgn pd 9/11.

Jadi apa yg tak anti sesiapa terperanjatkan, tadi sdr sendiri kata phbgn negeri diberikan kuasa penuh utk mengendalikan kes2 sebegini, tetapi kenapa sekarang sdr kata ada bantahan yg tlh dikatakan kononnya dibuat kpd umno pusat oleh pu3 (yg kalah) pd 21/10 & oleh HM pd 3/11 tidak dijawab. Bukan kesemua akan dihantar ke perhubungan negeri utk diselesaikan.

Malah saya pun jadi tak faham, mengapa perlu HM buat bantahan kpd umno pusat pd 3/11 sedangkan pd 3/11 (hari yg sama), bdn perhubungan negeri (sahabat2 baiknya) sendiri tlh mengeluarkan surat yang mengatakan mesyuarat semula perlu diadakan. Apa yg bos sdr bantah ye.

Kalau nak kata pd 3/11, HM buat surat bantahan pd umno pusat krn kandungan surat bantahan sdr mustapha kpd umno pusat, surat sdr mustapha hanya dihantar pd umno pusat pd 4/11 & jk HM bantah keputusan umno pusat krn kptsn UMNO pusat menyatakan x perlu mesyuarat semula, kptsnnya hy dikeluarkan pd 5/11.

Begitu juga dgn hal pu3 (yg kalah). Kalaupun pu3 (yg kalah) ada buat bantahan pd pusat, mk umno pusat telah salurkan kpd phbgn. Jd dah tentu jwpn akan keluar dr phbgn negeri sepertimana kptsn mesy semula yg dikeluarkan pd 3/11, dan bukannya umno pusat.

Jd pd pendapat saya, kalau hendak memberi fakta, berilah fakta yg benar kerana kami sendiri tahu apa yang berlaku sebenar-sebenarnya.. Sekiranya sdr & bos sdr benar2 menyanjung falsafah Ulul Albab, terimalah qada' dan qadar Allah... Cubalah kumpulkan pahala dari menjadi perosak masyarakat umno seputeh & bangsa melayu khususnya...

Anonymous said...

Kepada sesiapa...tolong check sikit dgn perhubungan negeri...baru kejap tadi kita terima berita, satu surat baru telah dikeluarkan oleh perhubungan negeri untuk meneruskan mesyuarat seputeh bagi semua peringkat pada sabtu & ahad ini... BENAR ATAU PALSU... ADAKAH BENAR, PERHUBUNGAN NEGERI WP -VS- UMNO PUSAT???

p/s: zulhasnan & the team...jgn permainkan perwakilan masyarakat umno seputeh...

Anonymous said...

Kpd pemerhati...

Hang tu dok diam-diam, perhati jer k...

Memangla sekarang nie "SIAPA KENAL SIAPA" penting. Sbb itu HM yakin dia boleh berkuasa selama-lamanya di seputeh krn shbt2 baiknye berkuasa giler di perhubungan negeri..

sampai terlupa perhubungan negeri tertakluk kpd UMNO M'sia.

Dan apabila mesyuarat bhgn beiau kalah, HM sampai terlupa terdapat kuasa yg lebih besar dari segala-galanya yakni ALLAH YANG MAHA ESA!!!

Tp cuba sdr pemerhati fikirkan dr sudut minda sdr yg waras, katakanlah zulhasnan jd SUA, macamana agaknye ye.. Baru jd pengerusi perhubungan WP, dah hancus imej umno negeri dibuatnya, kalau zulhasnan jd SUA, jwbnya mmg hancuslah imej bangsa melayu & parti umno keseluruhannya...

Anonymous said...

Nie semua angkara zulhasnan, ridzuan, kamaruddin, yusof & hisham yang gila nak kontrol umno wilayah!!!

Anonymous said...

Yang kejap sah, kejap tak sah, kejap ok, kejap tak ok, itu biase pd ahli umno seputeh. Alah bisa tegal biasa..sbb pengurusan umno seputeh (yg kalah) suka buat mcm tu di sepanjang persidangan cawangan2...syok sendiri kot...kuasa tangan kita beb..itulah modalnya.

Kalau pentadbiran lama (yg kalah) benar2 ikhlas dalam mentadbir demi agama dan anak bangsa, semua perkara ini tidak akan berlaku..

Anonymous said...

Tak payah sibuk kata PRU 13 kita akan lingkup, masa PRU 12 pun wilayah dah lingkup lbh awal...keje sape...itu sendiri mau ingat...

Anonymous said...

Aku rasa yg terbaik adalah.HM dan MK bersemuka dan settlekan cara baik.
Sbb perkara ni aku rasa adalah kerana pertikaian mereka berdua yg kita tak tahu.Saya pasti ada sejarah antara mereka berdua.
Bersemuka cara gentleman sbb kedua-dua kiranya ORG BESAR.
Jgn lah lagi gunakan macai-macai utk menjawap segala tohmahan.
Nanti takut ahli2 UMNO Seputeh muak dan meluat lari ke parti lain.
Sapa yg rugi?
yg sudah tu sudah lah.Demi kepentingan bangsa Agama,Bangsa dan Negara mereka berdua sepatutnya duduk semeja utk berbincang samada perlu atau tidak mesyuarat semula.
Tapi dgn syarat Bob jgn bertanding apa2 jawatan pun.Sbb antara perosak UMNO Seputeh adalah angkara Bob Al-Hijrah yg TerSohor Serata Malaya.

Anonymous said...

Pd aku, semua crite di atas yg dicungkil keluar tidak akan berlaku jk HM & orang2nya menerima kenyataan... seperti yg anti bob kata, selama ni ahli2 umno tahu apa yg sebenarnya berlaku tp buat2 x tau...

Ibaratnya "jgn dikacau harimau yg sedang tidur"...

Anonymous said...

Cukup pelik.Org cerdik pandai boleh dengar dan percaya ckp Bob tu.
Aku dah tau lama dah.Kalau Bob lah jadi KP Seputeh.Mmg hancus Pemuda Seputeh.Tgk lah.Bukan lah aku nak bangga kan diri.Mmg dah jadi kenyataan.
Bersumpah nak berubah bila KP.Rupa2nya makin teruk.
Dari 2004 aku dah ckp dgn perwakilan jgn pilih Bob jadi KP tapi degil sbb percaya ckp Bob nak berubah.
Sekarang HM pulak percaya dan kudakan Bob jadi Hulubalang.
Kesian kau MK.Dulu kalau rekemen dia jadi KP kat Kunan.
Dia makan kau balik MK.
Jadikan ini satu pengajaran utk kau MK.
Mcm Bob ni musuh hari ni bukan boleh jadi kawan esok hari.Jenis ni musuh akan sentiada jadi musuh.
Better be careful MK.

mySacRedHeaRt said...

ape ape pun kiter tgk la result dier nanti...sape yg menang n sape yg kecundang..

Anonymous said...

SUDAH2 LAH BUKE PEKUNG DI DADA ...MALU LAH KT BAHAGIAN2 LAIN. SEPUTEH DAH CUKUP MALU DGN MP DIA...NI NAK MALU LAGI PASAL KECOH2 DLM UMNO...!!!!

Anonymous said...

salam,

hebat betul seputeh tahun ni. sebelum2 ni tak lah teruk macam ni. malu kat pembangkang. melayu umno gaduk sesama sendiri. dan sanggup buat apa saje untuk kuasa.

keputusan umno malaysia adalah muktamad. perhubungan wilayah pun kebanyakkan nya adalah kroni HM. sudah tentu nak suruh buat balik. tlg lah fikir ahli2 seputeh, perwakilan seputeh. apa perasaan dorang. jangan nak pentingkan diri sendiri je.

apa yang ditulis mengenai ketua wanita adalah tidak betul. beliau telah menjalankan tugas dengan baik. selama ini beliau memperjuangkan wanita. mariam minhat menang ada lah lagi 1 suara wanita peringkat bahagian. harap2 mariam minhat perjuangkan wanita lah.

puteri telah menang dengan jaya nya. perbezaan yang amat jauh. kenapa lah HM nak kena kacau. kerana tidak suka pada liza. personal yang jadi ukuran. tak suka nak hapus kan. sedangkan puteri seputeh tidak mempunyai masalah pun. tapi dikacau oleh HM dan janda2 nya. sudah2 lah tu.

pemuda HM suka kerana kroni beliau menang. dia tak tau yang razlan sebanarnya takut nak bersidang balik. takut kalah kali ini. fulus dah tak de nak salurkan.

Anonymous said...

Setuju dgn syg umno syg pu3...

Keharmonian & kestabilan politik umno seputeh perlu dipulihkan segera... Kembali semula kpd tunjang matlamat parti...

Hargailah hak & t.jwb perwakilan yg telahpun dilaksanakan pd 19.10 (puteri), 25.10 (wanita & pemuda) &26.10 (bahagian).

3 suara wanita (Dato' Senator Hjh Azizah Samad, Sdri Azliza Ahmad & Pn Mariam Minhat) di peringkat tertinggi bahagian harus dibanggakan oleh ahli wanita & puteri serta ahli umno seputeh amnya...

HIDUP UMNO SEPUTEH DEMI AGAMA, BANGSA, NEGARA & MASYARAKAT UMNO SEPUTEH.....

Anonymous said...

hisham sedar2 la skit..kau tu tak layak jadi pemimpin di seputih..dgn perangai kau yg sombong bodoh tu nak jadi pemimpin..kau memang takleh menang..apa lagi nak bantah keputusan mesyuarat bahagian aritu..hisham kau sebagai KB Seputih takkan kau tak tau caw gdwood telah di batalkan..ketua bahagian pa ni..tak ambil tahu hal bahagian sendiri..yg biul tu ialah ku nan..apa yg dia tahu..pastu PM boleh lantik SU agong..Ku nan ni nak memecah belahkan org melayu pandai la...buat keje lain tak tahu..senduk duit dia la KIng..Hisham sedarlah diri kau tak layak..kau sendiri pun tau..knaper nak keje bodoh ni..skrg dah sampai org melayu bangun menpertahankan hak org melayu di tanah air Malaysia..dari ancaman kaum2 lain..kalau ada kuasa tapi utk kesenangan sendiri..lebih baik lepaskan pd yg betul2 memperjuangkan nasib org melayu..kalau nanti termakan sumpah daulat org melayu..dah tak guna..hisham aku nak beritahu bahawa umno ni hak org melayu..bukan hak individu..kalau dari dulu buat keje tak sombong bodoh..kau takda masalah di bahagian kau sendiri...fahammmmmm badigol.....bangun org seputih tumbangkan pemimpin2 hipokrit ini.....

Anonymous said...

Salam,

Kita semua ini bukannya manusia yg maksum utk menjatuhkan hukuman sebarangan sesama kita. Apa yg nak dirisaukan kalau ditakdirkan mesyuarat semula mesyuarat lah kita semua.buat masa sekarang adalah lebih baik kita diam dan tunggu je apa keputusan akan dibuat oleh pihak atasan dari kita membuat dosa sesama kita.

P/s kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Anonymous said...

salam,

saya setuju dgn iblis dah bertaubat. sekarang ni kita nak memperjunagkan melayu. ni tak pk pasal poket sendiri. dah lah duit pilihanraya simpan. bahagian lain semua dapat byk, ni duit utk makan pun kedekut. silap HM bodoh sombong. berlagak. org melayu masih ada adat timur. apa salah nya senyum dan bersalam. berbudi bahasa. ni tak. bila nak bertanding baru lah terhegeh hegeh nak senyum dan tegur org. manusia boleh memaafkan tapi melupakan tak kan. kata generasi ulul albab. terima lah kekalahan dengan hati terbuka. jangan lah kacau sayap2 lagi. org dah meluat dan menyampah.

pada mona, azian, sherry, sarah, sydah2 lah pergi berkempen. dan jgn lah umpan perwakilan rm 100. sesungguhnya pu3 seputeh mempunyai harga diri dan maruah. jgn ingat pu3 seputeh boleh dibeli. pu3 seputeh dah meluat dan menyampah dgn korang.

ketua pemuda razlan... ini lah masa nye awak tunjuk kredibiliti anda. fight lah untuk jgn buat balik. awak adalah ketua pemuda. jgn bg org masuk campur.

Anonymous said...

Kepada pu3 berhaluan kiri ini..

Kembalilah kpd kehidupan masing2...

Beri peluang kpd kepimpinan pu3 bahagian utk memulakan tugas bagi sesi 2008-2011 ini..

Seperkara lg utk makluman, selama pu3 bhgn memegang tampuk kepimpinan sejak puteri ditubuhkan, politik wang tidak langsung dijadikan amalan. Apatah lagi budaya meminta2.. Kami berusaha sedaya upaya agar budaya politik (termasuk politk wang) sayap2 lain mahupun di peringkat lebih tinggi tidak menular di kalangan ahli2 puteri wp pd pertandingan kali ini 'warna putih' cuba 'dihitamkan' oleh pu3 berhaluan kiri ini.

Jgn jadikan ia sbg virus yg akan menular menjadi wabak di kalangan ahli pu3 & akhirnya mustahil untuk dipulihkan...

Jgn 'DIHITAMKAN' fikiran & minda..
Jgn 'DIHURU-HARAKAN' jiwa..
Jgn 'DILUNTURKAN' semangat UMNO..
adik-adik pu3 yg masih setahun
jagung di dlm persada politik
DEMI kepentingan peribadi &
kehendak 'bos2' anda...

Allah s.w.t. menganugerahkan kita..
mata utk melihat...
telinga utk mendengar...
jiwa utk memahami...
akal utk menganalisa...
fikiran utk berfikir...
MAKA gunalah ia utk jln yg benar..

Khusus buat Puan Sarah Ali Bashah (calon Ketua Puteri M'sia), tahniah krn anda telah pun cukup pencalonan, cuma nasihat saya fokuskan kempen anda di luar seputeh untuk mendapatkan undi rakan2 puteri yg lain.

Anonymous said...

Apa pasal tiba2 senyap jer kat Seputeh ni?
Hari tu sampai haru biru dibuatnya.
Dah ada yg kena sound ke?
Apa mcm team HM? Jadi ke msyt balik ni?
Team MK. Kalau buat balik msyt jgn takut.Setakat caw GoodWood saja yg tak bagi undi.Yg lain2 tu sure bagi balik.Silap2 undi lagi byk sbb perwakilan dah tau tembelang team HM.
Ok.Slmt Bermsyt.

Anonymous said...

salam,

seperti yg semua maklum(kalau belum maklum pi beli surat khabar) bahawa keputusan mesyuarat bhg kita seputeh akan diketahui esok 12/11 dan oleh kerana itu marilah kita berdoa bersama-sama walau apa pun keputusannya. jika bermesyuarat semula pastikan segala urusan yg berkenaan akan berjalan dgn baik tanpa ada kekalutan dan jika sebaliknya yg berlaku marilah kita rapatkan kembali saf-saf yg telah bocor.Ayuh lah para2 pelayar blog ini tunjukkan bakat kita semua yg selama ini kita menghentam tak kira sesapa pun dari pihak sana ke atau dari pihak sini ke bersama-samalah kita bersatu menyumbang ke arah kebaikan utk semua. tak payah lagi la kita bercerita org ini layak org itu tak layak, sampai bila pun kalau cam tu kerja tak jalan .kita tak mahu ada soseh2 mengatakan yg kita ni pandai hentam/maki org tapi bila bab nak buat kerja hampas.fikir2 kan lah.

P/s 73 pintu 73 jalan
yg sampai hanya 1 jalan

Anonymous said...

sebenarnya tiada manusia yang sempurna...tiada manusia yang boleh memimpin umat sebaik Nabi Muhammad-SAW, so manusia hanya boleh mencuba dan berusaha menjadi yang terbaik,dalam hal siapa menang siapa kalah ni..pada aku mereka telah diberi peluang utk menunjukkan bakti dan Khidmat yang di perlukan untuk masyarakat dan kiranya apa yng di tunjukkan itu tidak disukai atau tak mencukupi atau tidak yang seperti diharapkan oleh masyrakat, dan sepatutnya org itu redha akan ketentuan tuhan dan menerima kekalahan serta memberi peluang org baru menunjukkan kebolehan, dan jika org baru itu juga sebaliknya maka terpulanglah pada pemilihan akan dtg..kuasa terletak ditangan pengundi..jgn jadi pengundi bute pulak..kita teteap boleh memilih calon2 yang lain yang sesuai, calon yang boleh diharap kan untuk memimpim masyarakat..bukan yang hanya boleh memimpin kroni2 mereka sahaja.

Ingatlah semua yang berlaku Tuhan terlebih dahulu sudah menentukan..kita ini hanya percaturaNya dan ingtlah bahawa semua yang kita lakukan di perhatikan olehNYa.

Anonymous said...

tahniah kpd en. mustapa kamal...dharpkn en. dpt mnjalankan tugas dgn adil dan bijaksana....