Tuesday, November 4, 2008

POLITIK WANGSA MAJU : TAHUN 2008 AKAN MENCARI SATU KEPASTIAN POLITIK ATAUPUN PERMAINAN "KOLAM" DITERUSKAN ? SHAFIE ATAU ZAINAL ? SIAPA LEBIH HEBAT ?

WANGSA MAJU -- Persidangan UMNO Wangsa Maju yang dijadualkan Sabtu ini ( 8hb Nov ) di PWTC dijangka akan menarik perhatian pelbagai pihak kerana beberapa sebab :
1. Pertembungan satu lawan satu diantara Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri Zainuddin dan Penyandang Naib Ketua Bahagian Datuk Shafie Abdullah dimana Sahafie juga merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri ( Bakal Perdana Menteri ) di Kementerian Kewangan.
2. Penampilan semula Datuk Astaman Abdul Aziz ke kancah politik Wangsa Maju setelah selesai penggantunganya kerana kes politik Wang. Astaman Abdul Aziz yang sebelum ini merupakan mantan Ketua Bahagian Wangsa Maju dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa akan bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Astaman juga dikatakan mengidamkan jawatan Majlis Tertinggi dan sudah menawarkan diri untuk bertanding. Sehingga kini Astaman dilaporkan telah mendapat 15 pencalonan dan telah layak untuk bertanding.
3. Isu sms panas di Kuala Lumpur baru - baru ini, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin UMNO dari Wangsa Maju yang dikatakan terlibat dengan politik wang. sms tersebut juga menyertakan sekali nombor laporan aduan yang telah dibuat kepada BPR dan kenapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini .
4. Majlis rumah terbuka hari raya Datuk Shafie baru - baru ini telah dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO termasuk bosnya Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Muhamad Taib, Datuk Seri Zulhasnan Rafique , pencabarnya Datuk Zainal Nazeri dan ramai lagi , sehingga mendapat liputan media yang luas. Apakah kehadiran mereka memberikan " endorsement" kepada Shafie ataupun sekadar memancing pencalonan ?
5. Dikatakan pilihan Ketua Pemuda Datuk Shafie telah tewas. Apakah ianya akan memberi kesan kepada pemilihan bahagian ?
6. Walaupun Zainal Nazeri dilihat seorang yang lebih " pasif " , apakah beliau akan berjaya mencipta sesuatu kejutan politik di Wangsa Maju ?
( Gambar di rumah terbuka Datuk Shafie baru - baru ini. DAN Gambar Datuk Astaman dan Zainal Nazeri )

3 comments:

Anonymous said...

Hmm dgr jugak cerita sms ni... al kisahnye machai si tukang kianat ni dah pecah lubang. Rupa2nya ketua dia yg atur semua ni untuk perangkap calon yang dijangka bakal menggugat kedudukan beliau di wilayah nanti.

Anonymous said...

si machai tak masyukkkk kot.... so dia pun berpaling tadah lah... inilah dia manusia... tak pernah puas...

Anonymous said...

sapelah si machai tu hah, patutnya sokong jer bakal pengerusi perhubungan UMNO WP baru ni.....

masyukkkk........masyukk.....he he he