Thursday, April 1, 2010

CERITA PASAL ZULHASNAN DAN RAJA NONG CHIK......

KUALA LUMPUR 1 April,
Selepas berita mengenai faktor Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Datuk Raja Nong Chik dikaitkan dengan kebangkitan semula UMNO dan BN Wilayah Persekutuan terpampang di dada akhbar, Wilayahkini dengar ada pemimpin UMNO di Kuala Lumpur jadi macam makan tak kenyang, tidur tak lena malah ada dah mula mimpi macam - macam. Aduhhh.....Sila klik DISINI, untuk baca berita tersebut . Ada pula yang dah mula jemput Raja Nong Chik ke Bahagian masing - masing cepat - cepat setelah Raja Nong Chik muncul bersama sama Zulhasnan Rafique. Malah ada yang dulu kutuk Raja Nong Chik sebagai Menteri Lembah Pantai sekarang dan mula nak " jaga hati" Raja Nong Chik pulak dah.Politik ohhh Politik.Penyokong Raja Nong Chik pula dikatakan gembira dengan kemunculan Zulhasnan bersama bos mereka kerana dapat kuatkan lagi masa depan politik Raja Nong Chik di Kuala Lumpur khususnya menjelang PRU yang ke 13 nanti. Ramai pula yang berteka - teki mengenai kemunculan mereka bersama.

9 comments:

Anonymous said...

Dalam politi semua pun serba kemungkinan. Ramai sangat hipokrit di UMNO KL. Insaflah kalau nak menang.

Anonymous said...

Mestilah , ramai yang tak duduk senang pasal mereka ni kan asyik tengok orang nak bergaduh. Syed Ali pulak berlagak macam Menteri WP. Saya cabar dia untuk bertanding di Cheras ataupun kawasan lain. MMMMM......lingkupkah. Dia hanya mulut leser.

Anonymous said...

Saya harap, PM akan tukar kepimpinan UMNO WP dalam masa terdekat ini. Dah setahun, habuk pun tarak.

Anonymous said...

Syed Ali boleh berlagak sebab dia buat kerja yang lain berlagak sebab nak banyak projek , nyampah you

Anonymous said...

Lain kali kalau pucuk pimpinan dah bagi peluang jadi Menteri ke, jadi pengerusi itu dan ini, buat lah kerja betul2. Ini tidak asyik dok jage orang keliling dia je. Macam mana nak tahan lame. Bila dah tak terpilih mula laa, nak merajuk lah, nak keluar parti lah dan macam2 kerenah pemimpim yg tak tahu dek untung. Cuba buat kerja betul2, selesaikan masaalah rakyat, jangan ketepikan pandangan orang2 yg dibawah ni. Perjuangan UMNO tu dah betul, cuba hayati semangat perjuangan org yg terdahulu. Saya nak nasihat kpd semua pemimpin UMNO WP. Jangan sombong bila duduk di atas, bila kita kena tendang baru nak tersedar. Jadi pemimpin yg bole dicontohi. Rakyat bole menilai. UMNO WP bole jadi kuat dan hebat kalau pemimpinnya bersatu hati. Dah lah, apa yg telah berlaku pd masa lalu kita lupakan dan bina balik kekuatan BN WP, masih tidak terlambat utk ubah perangai buruk tu. Ketua2 yg dah lama jadi KB tu elok lah cari pengganti baru yg lebih muda dan berdaya maju, insyaallah BN akan kuat di WP. Jangan penting diri sendiri. Dulu masa belum jadi KB kita sokong bagai nak rak, bagi kepercayaan. Bila dah naik lupa asal usul. Insaflah wahai pemimpin2 di WP.Mudah2an segala pengorbanan dan keikhlasan akan mendapat keberkatan Allah. Hidup ini sementara, maka perbanyakanlah kerja2 amal dan kebajikan.

Pozi, Bunga Raya

Anonymous said...

Tolong sikit, Jangan nak cakap pasal Syed Ali,apa sumbangan kau orang kalau nak dibandingkan dengan syed ali?

Anonymous said...

Setuju pemimpin tak bolih sombong, tapi macamana Pemimpin yang kita sokong kata tak sombong, bila bukan yang kita tak suka buat baik pun kata sombong?

Anonymous said...

Wajah,saiz,sifat, dan perangai adalah cukup berbeza-beza, Sombong itu dimasukan dalam kumpulan perangai,Tuduhan sesaorang itu sombong juga sangat subjektif,MEREKA yang membuat tuduhan sombong itu pun boleh dimasukkan dalam kumpulan perangai.

Perangai boleh berubah. malah rajinnya perangai itu berubah sehari sahaja boleh menjadi berpuluh kali.

Moral dari tajuk ini tak payahlah suka tuduh menuduh.

Anonymous said...

kalau dulu waktu jadi menteri dan pengerusi semua bahagian nak buat program dan mohon sokongan mendapatkan rumah lah bantuan baitumal lah desegala surat sokongan dia beri dan tak pernah tolak.......sekarang bila tak jadi menteri dan pengerusi sapa mohon surat sokongan atau mohon bantuan tak kira sapa dia masih bagi juga...........orang wangsa maju dia tolong sekolah dalam wangsa maju dia tolong orang kg. baru dia tolong orang titiwangsa dia tolong sapa kata dia tak tolong......fikir....fikirkan lah wahai si bodoh yang yang mengata kat zulhasnan tu