
Monday, October 6, 2008
MACAM - MACAM ADA : APABILA PENYANDANG KETUA WANITA TERLALU DESPERADO; PERWAKILAN WANITA KENA " KIDNAP" !
KUALA LUMPUR-- Menjelang pemilihan bahagian ini macam - macam cerita yang kita dengar sampai ada pemimpin wanita yang bertanding mempertahankan jawatan Ketua Wanita di sebuah bahagian UMNO ( Wilayah Persekutuan) sanggup " kidnap" ( menculik ) beberapa Ketua Wanita Cawangan daripada menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bos mereka baru - baru ini. Wilayah
kini mendapat info, insiden kidnap ini terjadi, apabila Ketua - Ketua Wanita Cawangan sudah bersedia untuk menghadiri majlis rumah terbuka bos mereka tetapi kerana tidak mempunyai kemudahan pengangkutan ke sana, dan telah meminta bantuan pertolongan daripada Ketua Wanita mereka. Tetapi malangnya, perjalanan mereka melalui sebuah van tidak menghala ke majlis rumah terbuka Ketua Bahagian mereka tetapi telah menghala ke suatu tempat yang lain. Wilayahkini telah cuba korek ..korek sikit mengenai insiden tersebut , dan kami mendapati insiden kidnap tersebut dilakukan oleh penyandang Ketua Wanita Bahagian sekarang bagi mengelakkan para perwakilan wanitanya berjumpa dengan pencabarnya yang berada di majlis rumah terbuka tersebut.Begitulah cerita yang kami dengar daripada beberapa perwakilan wanita bahagian tersebut yang begitu hampa kerana tidak dapat bertemu dengan bos mereka yang merupakan salah seorang pemimpin UMNO penting di Wilayah Persekutuan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
alamak, mcm kenal je gerak geri siapa nih... Dia buat hal lagi ke??? astaghar....
bawak2 lah bertaubat. sanggup ke buat mcm ni semata2 nak kan jawatan Ketua Wanita tu... nape?? masyuukkkk ke if jadi KW?
Siapa nama Ketua Wanita tersebut? Wilayahkini tolong dedahkan kerana dia patut di hukum kerana perbuatan yang cukup memalukan tersebut.
Hello,
We are pleased to announce the launch of 'Chakpak Picture Gallery Widgets - beta' . Movie Picture Gallery Widgets are small HTML scriptlets which you can copy to your blog and they show nifty picture gallery for the configured movie. They are a neat addition to your blog entry.
It looks like you are a movie buff, and frequently blog about movies. These Picture Gallery Widgets would be a great addition to the movie reviews that you write.
To start just go to http://chakpak-widgets.blogspot.com/ Find the widget which you like. Click on Grab this widget and copy-paste the HTML scriptlet to your blog.
We hope you like them. Please send us any feedback on the widgets and help us improve the widgets further.
Regards,
Chakpak Team
http://www.chakpak.com
http://chakpak-widgets.blogspot.com/
ada iklan lak ke?
Hmmm... Ini confirm tak lain tak bukan kerja wakil penjual Avon terkemuka di Setiawangsa. Tak tahu lah kenapa wanita-wanita ni takut sangat kat dia. Isk isk isk...
P/S: Wanita-wanita cik oiii.. bangun lah! Dia bagi makan kat hang pa ka???
Post a Comment