Friday, October 24, 2008

PEMILIHAN PEMUDA SEPUTEH ESOK ; JAWATAN KETUA PEMUDA SENGIT ANTARA RAZLAN DAN ALAWI ; PERTANDINGAN EMPAT PENJURU UNTUK NAIB !

SEPUTEH -- Pemilihan jawatan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh yang dijadualkan esok dijangka menarik. Perhitungan Ketua Pemuda melibatkan pertandingan satu lawan satu yang dijangka sengit antara Mohd Razlan (gambar) dan Alawi Dahlin.
Wilayahkini difahamkan kempen - kempen semakin kuat menjelang hari pemilihan esok dan ramai yang berpendapat keputusan boleh memihak kepada mana - mana pihak.
Walaupun Razlan diramalkan mempunyai peluang tetapi perwakilan dikatakan akan membuat pilihan mengikut cita rasa masing - masing kerana kedua - dua mereka dilihat mendapat sokongan yang sama rata dikalangan perwakilan pemuda di Seputeh.
Sementara itu, bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, wujud pertandingan empat penjuru diantara Ghazali ( Bernama) , Mat Nayan , Badrul Ezan dan Mohd Anuar. Walaupun wujud pertandingan empat penjuru, persaingan sengit dijangka diantara Ghazali dan Mat Nayan. Ghazali dikatakan berupaya membuat kejutan kali ini ? Namun rata - rata perwakilan pemuda di Seputeh nampaknya masih berpendirian terbuka .
Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh dilihat bakal membuka satu lembaran baru dimana - barisan kepimpinan baru diharapkan dapat memberi suntikan semangat yang baru kepada barisan kepimpinan UMNO Seputeh.
( Gambar calon Naib Ketua : Dari kiri Mat Nayan,Mohd Anuar, Badrul dan Ghazali.Terimakasih : Gambar dari blog Razlan - http://www.razlans.blogspot.com/ )

9 comments:

Anonymous said...

Rafidah sakit lutut

Anonymous said...

Selamat bersidang tunggu dan lihat semoga maju dan sejahtera

Anonymous said...

pertandingan bagi jawatan KP Seputeh ini akan membawa ke arah sesuatu yang positif, kerana mempunyai calon yang kedua2 nya mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.namun kita dapat lihat sedikit kelebihan pada saudara Razlan yang mana beliau mampu untuk mewujudkan satu kepimpinan yang lebih baik dan tersusun.dengan kepimpinan yang terancang, pastinya pembangunan akan berjalan dengan lancar dan jaya nya.inilah salah satu keperluan yang wajib ada pada setiap pemimpin.kepimpinan yang baik akan menghasilkan pentadbirang yang cemerlang.bukan bermaksud saudara Alawi tidak bagus,beliau juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Anonymous said...

org luar tak knl sape razlan yg sbnr..org2 seputeh dan mereka yg rapat je knl beliau..beliau lidah b'cabang..tak pnh tepati jnj..sombong..bossy..

Anonymous said...

org luar tak knl sape razlan yg sbnr..org2 seputeh dan mereka yg rapat je knl beliau..beliau lidah b'cabang..tak pnh tepati jnj..sombong..bossy..

Anonymous said...

pada bakal2 ketua & barisan ajk...

cuba2 lah mesra dgn ahli2 anda. berteur sapa, tanyer kabor, lawat2 ahli2 ker..nak bertanding je baru nk tunjuk muka.tu pun jalan mendabik dada!

Anonymous said...

Jangan cepat prasangan sesama umat Allah...Satu jari yang menuding orang, jarai yang selebihnya menuding kepada siapa?????? Lu pikirlah sendiri.

Anonymous said...

Semoga ................. Sdr. Alawi,Razlan,Badrul,Ghazali, Sham dan Nayan berjaya dalam perjuangan masing-masing

Anonymous said...

tahniah pd razlan & abg bad...

semoga anda menjadi pemimpin seperti yg anda canangkan selama ini. jgn sombong & bangga diri agar tidak rosak parti & pemuda2 itu sendiri...