Sunday, August 10, 2008

BLOG TITIWANGSAKINI DILANCARKAN ; WADAH TERBUKA UNTUK ANAK TITIWANGSA !

Ahh sudah ada Titiwangsakini ? Malam tadi Wilayahkini menerima info bahawa sudah ada satu blog baru yang dinamakan "Titiwangsakini". Apabila sempat menjengkuk lama blog tersebut kami mendapati ianya merupakan satu usaha yang perlu diberi pujian kerana sudah sampai masanya Titiwangsa perlukan satu blog khas untuk bahaskan isu- isu tertentu dari masa ke semasa. Isu - isu Kampung Baru dan perkembangan politik semasa perlu diberikan perhatian khas.Jadikanlah Titiwangsakini sebagai satu rangkaian berkongsi maklumat bagi menjaga kepentingan orang melayu. Titiwangsakini macam adik kepada Wilayahkini? tanya seorang rakan seperjuangan. Titiwangsa merupakan salah satu Parlimen dibawah Wilayah Persekutuan dan bagi Wilayahkini - kami sentiasa mengalu - alukan usaha seperti ini demi kebaikan bersama. Pengendali laman blog Titiwangsakini juga merupakan salah seorang pembaca yang setia kepada Wilayahkini dan selalu menghantar pandanganya. Kami ucapkan selamat berjaya kepada beliau dan Titiwangsakini ! SILA KLIK disini - TITIWANGSAKINI

13 comments:

Si Kurap Warisan said...

Terima Kasih kepada abang-abang di wilayahkini.. mudah-mudahan suara anak Titiwangsa kedengaran.

Terima Kasih sekali lagi dari Titiwangsa Kini -

Anonymous said...

tahniah kepada titiwangsakini.
dapat lah kita mengetahui perkembangan terbaru di bahagian titiwangsa. semoga berjaya

Anonymous said...

so i see your empire is GrOWING...

Anonymous said...

cover lah sikit cerita puteri2 umno...

Anonymous said...

jed yoong............. apa sangatlah cerita puteri umno titiwangsa. Harap glamor je lebih. Cakap tak serupa bikin. Jawatan berebut, kerja takda apa pun. Berapa banyak cawangan puteri yang bersidang sepanjang persidangan ini. Ada cawangan yang ada senarai nama ahli-ahli puteri, tapi orangnya tak da. Yang bersidang pun entah ada ahli atau main lulus je. Itulah puteri........... Mana norita???? Tak langsung jengah puteri2 cawangan bersidang. Mentang2 tak pegang jawatan lagi, biarkan ahli2 puteri begitu sahaja.
Lepas tu sibuk nak duduk exco wanita. apa dia boleh bantu???? bagus juga Norzimah.. ada komitmen dengan parti.Yang lain mana?? Majlis yang glamor atau ada vip spt dato seri, barulah berebut2 menonjolkan diri.Itulah puteri titwangsa.........

Anonymous said...

Tahniah, nampaknya lebih fokus kepada kawasan setempat. Isu Kampung Baru harus diperbetulkan asas-asas dan hujah-hujahnya sebelum di buat kertas kerja untuk membangunkannya. GET THE BASIC RIGHTS.!!! Jangan lupakan juga kawasan-kawasan lain. Harap ada wakil dari Datuk Keramat, Pandan etc aktif dalam memperjuangkan kawasan-kawasan dan permasalahan mereka dalam blog itu nanti.

Anonymous said...

SALAM BUAT SAHABAT DI TITIWANGSA...APA NAK CERITA PASAI PU3 TTWANGSA....SAMA SAJA...SI KETUA PU3 NGAN PSU PU3.....SEMUA NAK GLAMOR JE..PENGIKUT TAKDA..AHLI PU3 CAWANGAN SENDIRI PUN TAKDA....PASTU ADA HATI NAK BERTANDING JAWATAN TERTINGGI DI BAHAGIAN....PAKAI BAJU IKUT SIZE SENDIRI OKEY...KPD PEMEGANG JAWATAN YG DI TULIS DI ATAS...AGAK2 LA SIKIT.

Anonymous said...

Hahahahahahahaaaaa........apo nak cito lai....yg saya tahu dulu pu3 ttwangsa memang lasak...pu3 dulu boleh berperang semasa pilihan raya kecil terutama di pendang...mereka sikit pun tidak takut ugutan dari parti pembangkang..mereka masuk kg... berkempen...kena serang dgn org kg yg menyokong pembangkang...mereka tak rasa gentar...tapi kini pu3 ttwangsa tiada lagi bersemangat..entah la knaper pu3 ttwangsa skrg...kurang menyerlah...adakah di sebabkan cara kepimpinan pu3 skrg atau pu3 skrg lebih suka glamor dari berjuang.kpd bakal ketua pu3 yg baru lebih kuat buat keje dan mengembalikan kegemilangan Pu3 tititwangsa..dgn akhir kata LU PIKIR LA SENDIRI..TQ

Anonymous said...

hahahehehuhu.............. betul pun. takda apa pun yang dibuat oleh pu3 titiwangsa. Syok sendiri adalah. tukang menyibok dalam program2 bahagian nak tunjuk body dengan pakaian yang macam sarung nangka. semuanya nak glamor je. ahli pu3 dicawangan pun tak bertambah. buat malu je, kalau dulu bahagian2 lain respect pu3 titiwangsa sebab mempunyai ahli yang paling ramai. sekaran apa dah jadi...? bakal ketua pu3 sekarang pun tak tahu siapa dia. mentang2 tak da pertandingan, langsung tak turun padang. adalah satu kesilapan menubuhkan pu3. kerana takda apapun yang boleh dibanggakan.belum apa2 dah sibuk nak kuota dalam pilihanraya. pemimpin atasan pun, bagi muka. manjakan. pejuang2 yang lama yang masih ada dan sihat tak diendahkan. itulah pejuang dari puteri. mencari glamor.................

Unknown said...

sebagai ahli umno titiwangsa
jangan lah kita bersikap pentingkan diri kita jadikanlah pertandinggan ini sihat. dari itu berilah laluan kepada semua yg ingin bertanding

Anonymous said...

TITIWANGSA SENYAP JE ISU KG BARU YG PERSATUAN PEMBANGUNAN KG BARU BUAT BARU NI. KE KORANG TAK PAHAM APA YANG BERLAKU? AKU DENGAR DIAORANG NAK BAWA YTL MASUK, BETUL KE? INI MELAYU PUNYA , MELAYULAH BUAT.

FENCEJUMPERS said...

LAA MACAMANA NAK BANGUNKAN TITIWANGSA.....JAWAB BLOG PUN LEMBAB.....LEMBAB UPDATE LAMAN KORANG LAGI LEMBAB....MCMANA NAK LAWAN PKR AND THE GENG. LU SULUHLAH SENDIRI... FENCEJUMPERS

Unknown said...

LAA KORANG KAT UMNO WP NI LEMBABLAH. NAK JAWAB TOMAHAN LEMBAB, NAK UPDATE WEB PUN LEMBAB....MCMANA NAK LAWAN TEAM PKR NIIII! CERMIN DIRILAH WAHAI BARISAN HADAPAN PEMUDA KE..PEMUDI KE...UMNO/WANITA KE... GUA IKHLAS TAPI JAUH.