Saturday, August 2, 2008

POLITIK UMNO LABUAN : ANTARA REALITI DAN PENGORBANAN ! Apabila manusia cepat lupa.........

Labuan ( Wilayahkini ) -- Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman terus meneruskan khidmat cemerlangnya sebagai Ketua UMNO sebelum ini dengan mendapat 10 pencalonan setakat ini manakala Datuk Yusuf Mahal - Ahli Parlimen Labuan telah mendapat satu pencalonan setakat hari ini.
Sepertimana diketahui umum, Suhaili mengorbankan kerusi parlimen Labuanya kepada Datuk Yusuf Mahal yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan - demi isterinya yang menghadapi masalah kesihatan.Beliau mahu meluangkan masa yang lebih bersama isterinya.Namun, seperti kata pemerhati politik, pengorbanan Suhaili tidak mendapat balasan daripada Yusuf Mahal sendiri kerana beliau telah membuat keputusan untuk menentangnya bagi jawatan Ketua Bahagian.Perkembangan ini memang tidak menyenangkan beberapa pihak di Labuan kerana mereka merasakan gandingan Suhaili sebagai Ketua dan Yusuff sebagai Timbalan memang dilihat sebagai gandingan yang terbaik.
"Kenapa Yusuff Mahal buat begitu? beliau sepatutnya menumpukan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Labuan yang baru dipilih sejak empat bulan lepas.Ini baru jadi MP.Nak lawan Ketua Bahagian pulak.Memang tak kenang budi...inilah dikatakan melayu cepat lupa atupun manusia cepat lupa", kata seorang ahli UMNO Labuan dalam emelnya ke Wilayahkini.
Suhaili yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO WP nampak lebih tenang menghadapi satu lagi situasi politik di Labuan.Apakah impian Yusuff Mahal untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian akan menjadi realiti ? Kita sama - sama tunggu.

5 comments:

Anonymous said...

saya masih lagi mempertikaikan kenyataan yb labuan dimana kononnya bila ada pertandingan, tiada perpecahan. lihatlah bagaimana beberapa cawangan yang sudah bermesyuarat di labuan, nyata sekali seperti ada team a dan team b. terbaru di batu manikar bila pengerusi mesyuarat nampak berat sebelah, sehingga benda2 karut pun dipertikaikan selama setengah jam, hingga menimbulkan perkara2 yang tidak diingini. nasihat untuk yb, jangan sampai leka untuk bertanding ketua bahagian, sehingga tanggungjawab sebagai wakil rakyat diabaikan. yb diundi untuk menjaga kebajikan rakyat labuan, bukan untuk bermain politik kotor 24 jam.

haih~

sadih geng meliat tanah airku macam ani...

nanti tah tunggu ku habis blajar

sama2 tah kita bangunkan labuan k!

tp mesti yg panting educated!

jgn macam pemimpin skrg

gila projek geng2...

aku da wrote down the comment about this issue.
byk yg silap,baik org lama atau org baru. cuba jgn jadikan 'pengorbanan' satu isu murahan.mengkali,anitah demokrasi yg disuburkan urang kitani!!!
apaun,mun kamu kn meliat komen kiat tah komen c awang meet uncle shah.brani banar c awang ani...hehehee...