Friday, August 8, 2008

" FENOMENA PENCALONAN " SEKAT PEMIMPIN - PEMIMPIN TERTENTU DI WILAYAH PERSEKUTUAN? ADA SESUATU YANG " TAK KENA" ?

Kuala Lumpur ( WILAYAHKINI ) -- Setelah hampir 17 hari sudah berlalu bagi cawangan - cawangan di seluruh negara mengadakan mesyuarat agung masing - masing. Namun keadaan politik semasa dan terkini di Wilayah Persekutuan menimbulkan seribu satu persoalan , ramalan, spekulasi apabila dua Pemangku Ketua Bahagian masih sukar untuk mendapatkan pencalonan bagi melayakkan mereka bertanding jawatan Ketua Bahagian.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri dan Pemangku Ketua Bahagian Lembah Pantai Yusri Ahmad masih lagi bertarung dengan " fenomena pencalonan" sehingga hari ini- satu dilemma yang jarang berlaku di UMNO dan sukar untuk di percayai. Tetapi, inilah realiti yang sebenar di Wilayah Persekutuan sekarang.
Selain itu, insiden pukul di Wangsa Maju , insiden baling kerusi di Labuan, penangguhan beberapa mesyuarat cawangan, kemelut ROS di Putrajaya telah mewarnai persidangan cawangan di Wilayah Persekutuan setelah gelanggang cawangan di buka.
" Sebagai Pemangku Ketua Bahagian selama ini, sudah tentu mereka melaksanakan tanggungjawab masing - masing dengan baik dalam tempoh masa empat tahun yang lepas.Sampai tak dapat pencalonan ?Ini satu perkara yang luar biasa.Biasanya perkara seperti ini jarang berlaku di UMNO.Apakah yang sudah berlaku? Kalau kalah pemilihan lainlah.Ini hanya proses pencalonan".Ada unsur lain?, kata seorang pemimpin UMNO WP kepada Wilayahkini.
Macam ada sesuatu yang " tak kena?" ataupun ada sekatan? Inilah persoalan - persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa pemimpin di akar umbi.
Perkembangan terkini tersebut di UMNO, telah menyaksikan sudah ada gerakan yang besar - besaran untuk menyekat individu - individu tertentu mendapat pencalonan supaya mereka tidak melayakkan diri bertanding di arena pemilihan bahagian pada bulan Oktober nanti.Namun kemunculan calon - calon baru mendapat pencalonan dengan begitu mudah manakala pemimpin - pemimpin utama Bahagian pula terpaksa bertarung, berhimpit dengan pancaroba pencalonan ini - bagaikan satu gerakan politik terbaru di UMNO.
Malah media massa juga telah melaporkan unsur - unsur " sekatan mendapatkan pencalonan" sejak beberapa hari lepas.Siapakah mereka disebalik ini?
Kenyataan Ahli Majlis Tertingi UMNO Datuk Mustapa Mohamad yang dipetik berkata di media hari ini - Supaya tindakan tegas perlu dikenakan terhadap calon yang mengamalkan politik wang bagi meraih undi supaya pemilihan jawatan dalam parti berlaku secara adil. Beliau mengulas berhubung laporan wujudnya gejala politik wang dalam mesyuarat peringkat cawangan kali ini dan - Kenyataan ini perlu direnungkan bersama .Malah banyak kenyataan seperti ini terpampang di dada akhbar tempatan.Fikirkanlah !
Malah Wilayahkini juga tertarik dengan komen Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mahadi Abdul Shukor yang dengan lantang menyarankan -BPR disarankan pertingkat pemantauan pemimpin ikan jerung yang terlibat dalam pertandingan jawatan tertinggi UMNO- Sila klik disini
Kegiataan melobi pencalonan di bahagian mengunakan " pendekatan tertentu" -di bahagian2 tertentu di WP dikatakan semakin hangat dan sukar untuk dikawal. Inilah yang Wilayahkini dengar dari masa ke semasa tetapi sejauh mana kebenaranya terletak di tangan UMNO pusat dan agensi - agensi yang terbabit.Ibu pejabat UMNO perlu bertindak segera.Jangan tunggu sampai mesyuarat cawangan selesai." Fenomena pencalonan" ini menghantui beberapa bahagian di Wilayah Persekutuan.Macam - macam sudah kedengaran.Pelbagai isu dibangkitkan.Insiden pergaduhan juga telah dilaporkan kepada pihak polis.Bahagian - bahagian Batu, Segambut, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Seputeh dan Labuan dikategorikan sebagai kawasan " hot spot". Di Segambut, Walaupun Wilayahkini terbaca beberapa komen yang dikaitkan dengan " geng ATM bergerak" di Segambut ianya terserah kepada UMNO Pusat untuk mengambil tindakan sekiranya ada laporan di buat. Malah, kebangkitan semula Datuk Astaman Abdul Aziz di Wangsa Maju dikatakan amat sukar sekali kerana beliau hanya mendapat "satu" pencalonan sahaja setakat hari ini - itupun untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian.Sebelum ini, Astaman dikatakan dengan mudah sekali lagi akan mendapat pencalonan. Malah kebangkitan Astaman menjadi perhatian di Wilayah Persekutuan. Perkembangan politik UMNO di Wilayah Persekutuan perlu dipantau,Kita baru sahaja terkena Tsunami PRU 12.Kita tidak sanggup WP terkena satu lagi Tsunami politik.Apa sudah jadi? APAKAH PANDANGAN ANDA DALAM ISU INI?

11 comments:

Anonymous said...

Tidak terkecuali Bahagian Setiauasaha Agung UMNO Malaysia sendiri, ia itu Bahagian Putrajaya. Cuma Peranan ini dimainkan oleh Timbalan beliau, Dato' Khairudin Samad. Sebenarnya perbuatan Dato' K ini lebih mencemarkan nama Dato' Ku Nan, dan menyebatkan ahli-ahli bertambah meluat dengan politik UMNO. Contohnya penangguhan mesyuarat kali ketiga bagi Umno Cawangan BungaTanjung. Ku Nan sedar tak?

Anonymous said...

inilah artikel yang saya tunggu-tunggu. memang betul ada para pemimpim menyekat kemaraan pemimpim muda yang lebih berkaliber untuk melaksanakan tugas. ada sesetengah cawangan apabila pemimpin baru dicalonkan maka pemimpin/penyandang jawatan akan melakukan sesuatu untuk menidakkan pencalonan pemimpin baru dan berlakulah teknikal error untuk memberi laluan kepada pemimpin tertentu. dan hal ini berlaku di bahagian titiwangsa. apabila semua jawatan menjadi taruhan kecuali jawatan ketua bahagian. diharap wilayahkini dapat memberikan info mengenai orang - orang yang bertanding disemua jawatan di setiap bahagian yang ada di wilayah persekutuan. jawatan panas = ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda, naib ketua pemuda, puteri.

Anonymous said...

Syabas kepada Wilayahkini kerana telah menulis satu kebenaran tepat pada masanya.Kami sangat berharap UMNO Pusat dapat turun padang menyiasat sikit di Wangsa Maju.Macam -macam sedang berlaku.

Si Kurap Warisan said...

Inilah fenomena yang membimbangkan kerana orang / ahli UMNO pemimpin peringkat Cawangan gagal mengenalpasti kualiti seseorang pemimpin sebaliknya mengenal RM dan mencintainya... Kalau disoalkan tentang kesetiaan, mereka akan suruh kita rujuk kepada keadaan ekonomi katanya.

Dato' Zainal yang boleh dikatakanlah hampir 13 pemimpin peringkat bahagian dalam Wilayah Persekutuan kenal beliau kerana jasanya mengurus atur kursus Pilhanraya... dan dia dah tengok dah setiap cawangan-cawang untuk buat program semasa memangku jawatan Ketua Bahagian Wangsa Maju tanpa mengira cawangan tu Kem siapa dan siap simpan orang Tok Shafie jadi setiausaha sampai setiapkali mesyuarat Bahagian deriita buat kerja

Sdra. Yusri pula dalam keadaan serba kekurangan tetap komited pada perjuangan ahli-ahli UMNO Lembah Pantai lebih-lebih lagi usahanya agar seta Parlimen Lembah Pantai yang dipinjam shahrizat dikembalikan kepada Ahli UMNO Lembah Pantai... Apa taknya semasa ni Shahrizat bokikot habis dan lanyak Yusri kat mana-mana, Lagi pulak Raja Nong Chick asyik kacau dia buat kerja... kesian pakcik gemok tu...

Mereka-mereka dah berjuang untuk Bahagian sedikit sebanyak... walaupun dalam keadaan kurang bersedia untuk mentadbir tetapi sedikit sebanya untuk lebih 4 Tahun mereka berjaya menunjukkan kualiti kepimpinan mereka...

Walaucammmanapun terserahlah kepada cawangan-cawangan dalam bahagian masing-masing....tepuk dada tanya berapa RM ada.... Ada yang kata untuk pencalonan berharga sampai RM10,000 hebat-hebat... teringat lak member pernah cakap satu ketika dulu... jadi perwakilan cawangan lagi kaya dari jadi perwakilan bahagian....

Belasungkawa untuk UMNO...

Si Kurap Warisan said...

Untuk Anonymous jemput ke www.titiwangsakini@blogspot.com untuk jawapan anda...

Anonymous said...

Di Putrajaya 2 cawangan masih belum bersdidang kerana ditanggukan. Ini ada kaitan dalam usaha menyekat Ahmad Fairuz mendapat pencalonan untuk Ketua Bahagian.

Anonymous said...

good exciting stuff. =) keep it up man

Anonymous said...

Datok Khairudin, Timbalan Ketua Umno Putrajaya semalam dalam ucapannya merasmikan Mesyuarat Cawangan Kaktus menyatakan, beliau telah becakap dengan Datuk Wira Ali Rastam bahawa jika Ahmad Fairuz Othman layak bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya beliau akan pastikan Datuk Ali Rastam kalah dalam pertandingan Naib Presiden kelak.

Ini adalah merupakan satu ugutan kepada ahli dan telah melanggar Tata Etika Umno.

Setahu saya mengikut laporan akhbar Majlis tertinggi telah membuat keputusan, pertamanya semua persidangan bahagian akan dirasmikan oleh Ketua Bahagian masing-masing. Keduanya persmian mesyuarat cawangan dibuat secara kelompok. Yang anihnya Bahagian setiausaha Agong sendiri tidak mematuhi keputusan Majlis Tertinggi ini. Perasmian mesyuarat cawangan di Putrajaya dibuat secara berasing.Yang kebanyakannya dirasmikan oleh sama ada Datuk Tengku dan Datuk Khairudin.

Semasa ucapan perasmian ini ugutan kepada ahli dileparkan yang akhirnya ahli cawangan takut untuk mencalonkan selain dari yang memegang jawatan sekarang.

Perhubungan Negeri perlu memerhatikan perkara ini. khususnya menasihatkan Setiausaha Agong UMNO mematuhi keputusan Majlis Tertinggi dan tata etika parti. Dimanakan intergriti beliau sebagai Setiausaha Agong.

Anonymous said...

Salam,

Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh si kurap warisan. Walaubagaimanapun Dato Zainal dah melepasi kuota dengan mendapat pencalonan ke-9 dari cawangan tmn melati kaw 8 yang bersidang pada hari sabtu lepas.

Caw tersebut turut mencalonkan Dato Astaman sebagai Timbalan Ketua Bahagian. Nampak gaya Dato Shafie gigit jari dan usaha beliau untuk mendapat tempat di tmn melati kaw 8 sia-sia sahaja 'masuk angin keluar asap' sebabnya ahli-ahli caw tersebut tak kenal pun siapa dato shafie.

Tu la pasalnya kadang-kala menggunakan kedudukan kita sebagai setpol dan mesin atm bergerak pun tak menjanjikan apa yang kita hajat akan dapat kerana ahli akar umbi sudah tahu menilai siapa yang layak untuk memimpin.

Perjuangan orang melayu sekarang sudah tersasar jauh dari landasan perjuangan yang telah diasaskan. Sekiranya tidak dibendung tidak mustahil kita orang melayu akan merempat di tanah air kita sendiri bumi yang dipijak milik orang.

Sekian, wassalam.

ahli cawangan.

Anonymous said...

Daripada 20 cawangan yang telah bersidang kita dapat melihat satu porla yang melambangkan nilai pemikiran dan budaya ikutan penduduk Putrajaya yang majoritinya adalah pegawai kerajaan.

Ahmad Fairuz Othman sehingga kini mendapat 4 pencalonan ia itu dari cawangan beliau sendiri, Cawangan Ixora, cawangan Bunga Raya, Cawangan Kasturi dan cawangan Pakma.

Kecuali cawangan Pakma ketiga-tiga cawangan lain itu adalah merupakan cawangan di kawasan perumhan teres dan semi D. Manakala Cawangan Pakma terletak di apratmen mampu milik yang penduduknya terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat termasuk kumpulan profesional muda.

Terdapat dua lagi cawangan di kawasan perumahan teres iatu cawangan Matahari yang ketuanya adalah Datuk Seri Tengku Addnan sendri dan cawangan Kenanga yang berketuakan Setiausaha Bahagian Shokri Shafie. Dengan itu tidak hairan kedua-dua cawangan ini memberikan pencalonan kepada Datuk Tengku. Namun demikian berlaku pertandingan sengit di cawangan Kenanga.

Kesimpulannya Ahmad Fairuz Othman mendapat pencalongan dari kalangan ahli-ahli yang berpendidikan, kerana untuk melayakkan seseorang itu menduduki kuartes teres mereka mestilah sekurang-kurangnya dari kumpulan sokongan 1 yang kelayakan kemasukannya adalah Diploma. Selainnya yang memduduki perumahan teres dan semi D ini adalah dari gred 41 hingga gred 54.

Manakala Datuk Tengku Adnan mendapat pencalonan daripada cawangan di kuarters Apartment yang terdiri dari kumpulan sokongan II. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan budaya pejabat yang berselogankan 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'. Mereka ini juga mudah takut dengan ugutan khususnya yang diucapkan semasa perasmian persidangan cawangan, kecuali sebilangan kecil mereka yang betul-betul mempunyai kekuat mental serta semangat juang yang jitu dan kental.

Inilah dia penduduk Putrajaya yang telah segmentasikan dan di kompartmentasikan mengikut status jawatan masing-masing. Daripada porla pencalonan yang telah dinyatakan diatas jelas kedua-dua kelompok mereka ini mempunya aliran pemikiran dan budaya ikutan yang berbeza. Ini adalah merupakan satu tugas kepda Ahli Parlimen Putrajaya agar pengsegmentasian ini tidak menjadi semakin nyata dan nyata, kerana jika ini terjadi ia akan menimbulkan pelbagai konflik yang boleh melemahkan institusi masyarakat di putrajaya.

Anonymous said...

Hari ini dua cawangan yang mencalonkan Ahmad Fairuz Othman untuk Jawatan Ketua Umno Bahagian Putrajaya yang sekarang disandang oleh Datuk Tengku Adnan mendapat surat daripada Setiausaha Bahagian.

Salah satu sebab dikatakan Bahagian mendapat makluman lisan ada ahli yang tidak mendapat notis persidangan. Sedarkah wahai saudara Setiausaha, cawangan saudara juga ada ahli yang tidak dapat notis, cuba saudara semak balik, begitu juga dengan kebanyakan cawangan lain ada tercicir ahli-ahli yang tak dapat notis kerana berpindah dan sebagainya. Kita boleh kumpulkan mereka ini jika saudara mahu. dan saudara boleh hantar surat tujuk sebab kepada semua cawangan. Begitu efisyen saudara dalam hal ini. Betul banyak orang kata, yang merosakkan nama Datuk Tengku adalah orang-orang keliling beliau.

Sebelum ini cawangan Meranti yang dikatakan akan mencalonkan Ahmad Fairuz juga telah menerima surat tunjuk sebab.

Apakah semua ini bukan usaha untuk menyekat pencalonan Ahmad Fairuz bertanding jawatan Ketua Bahagian. Sedih kerana Bahagian Setiausaha Agong (SUA) Umno sendiri membuat perkara ini sedangan SUA membuat kenyataan akhbar jangan ada usaha-usaha menyekat pencalonan yang terpapar di dalam akhbar.

Di mana kredibiliti SUA.