Monday, June 23, 2008

DI MANA INTEGRITI KHALID IBRAHIM ?

Pegawai Kanan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim- Yahya Shahri digantung kerja ( SILA KLIK DISINI )selama 2 bulan.Yang peliknya , Menteri Besar Selangor yang mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menafikan sama sekali pegawainya terlibat dengan kes penyalahgunaan kuasa beberapa kali sebelum ini tetapi malam semalam Tan Sri Khalid menghantar sms mengenai pengantungan kerja Yahya kepadanya.Apa sudah jadi dengan Tan Sri Khalid yang lantang bercakap mengenai integriti dan rasuah ? Inikah cara pentadbiran anda dalam tempoh masa 103 hari dalam pemerintahan.
Selain isu Pegawai Kananya, satu lagi isu yang meletup ialah duit sumbangan syarikat swasta untuk sambutan ulangtahun 100 hari Pakatan Rakyat telah dimasukkan ke dalam akaun PKR.Perkara ini diakui sendiri oleh Khalid Ibrahim - SILA KLIK DISINI .Isu kemasukan wang sumbangan ke akaun PKR tidak disenangi oleh banyak pihak khususnya parti komponen PKR yang lain.Akhirnya kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat mulai menyakiti hati rakyat. P/S : Gambar Yahya dan Khalid

1 comment:

Razlan said...

Salam,

Baru 103 hari dah Menipu, kalau 5 tahun .. ntah berapa banyak lagi penipuan ...

Kita tengok ... lepas ni, adakah Menifesto PR ini akan dilaksanakan ...

Dah ada pun yang buat Demontrasi untuk menyuruh MB selangor Letak Jawatan oleh ahli PKR : http://nnora75reform.blogspot.com/2008/06/desakan-mb-selangor-letak-jawatan.html

Kita akan lihat apa lagi akan jadi kepada Pengkhianat Bangsa dan Agama ni ...