KUALA LUMPUR -- Pemilihan UMNO Batu yang telah selesai dengan satu aksi - aksi politik yang cukup dramatik masih menjadi perbualan yang hangat di Wilayah Persekutuan. Wilayahkini difahamkan pemilihan UMNO Batu juga telah mendapat perhatian bahagian - bahagian yang lain dari seluruh negara kerana Batu memang mempunyai simboliknya yang tersendiri dari sejarah politik Wilayah Persekutuan.
Sepertimana yang diketahui umum , Penyandang Datuk Yusuf Hamid berjaya mempertahankan jawatanya dengan kemenangan tipis 5 undi.
Walaupun , Yahya Mat Ghani ( Abas ) tewas , namun hampir 90 % orang - orang Abas dikatakan telah berjaya memenagi jawatan - jawatan lain di bahagian. Kini pula timbul cakap - cakap politik mengenai " pemilihan semula " di Batu ? Sejak beberapa hari yang lepas , Wilayahkini telah mendengar mengenai macam - macam cerita politik mengenai UMNO Batu , khususnya mungkin akan adakah pemilihan semula di Batu ?
Keputusan muktamad dijangka dibuat pada selasa ini. Ada yang meramalkan tiada pemilihan semula , manakala ada pihak pula begitu yakin akan ada pemilihan semula ? Inilah , cakap - cakap politik yang panas di Batu ketika ini.
PEMUDA BATU BUAT LAPORAN POLIS
Malah Wilayahkini juga hampa sendikit apabila beberapa pihak yang cuba menjadikan Wilayahkini sebagai platform untuk melepaskan geram dengan menghantar komen - komen yang berbentuk fitnah serta keceman peribadi terhadap pihak -pihak tertentu dalam ruangan KOMEN Wilayahkini dalam isu pemilihan melibatkan UMNO Batu.
Pergerakan Pemuda UMNO Batu juga telah membuat laporan Polis terhadap komen - komen yang disiarkan oleh di Wilayahkini.
Ketua Pemuda UMNO Batu , Azniee Abdullah berkata, pihaknya mendapati bahagian komen ruangan dalam laman web berkenaan ( Wilayahkini ) terdapat beberapa kenyataan yang didakwa berunsir fitnah dan berniat jahat terhadap individu dalam jawatankuasa pergerakan itu.
Wilayahkini juga hampa kerana, kebebasan bersuara yang diberikan dilaman blog ini telah disalahgunakan oleh pihak - pihak tertentu. Jadikanlah Wilayahkini sebagai laman blog untuk berkongsi maklumat , idea serta cetusan pendapat yang bernas demi kebaikan kita bersama.
Dilema Pemuda Batu : Penglibatan Golongan Muda, sila klik D I S I N I
Kita juga berharap barisan kepimpinan Pemuda UMNO Batu akan dapat memberikan satu imej baru kepada UMNO Batu sepertimana dulu.Kami juga berharap, semua pihak dapat berkerjasama antara satu sama lain demi memperjuangkan nasib dan bangsa kita.
Salam Perjuangan dari kami - Pengarang Wilayahkini.
(Gambar daripada Pemuda IKS Batu - Terimakasih )














zeri Zainuddin tarik diri daripada bertanding jawatan Ket



























