Persekutuan dalam saingan merebut Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang memperlihatkan dua Menteri Kabinet dan empat Menteri Besar yang berpengalaman tersungkur. Memang satu kejutan politik dalam pemilihan UMNO kali ini.
Dua calon dari Wilayah Persekutuan yang tewas ialah Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dan Mantan Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz. Seorang lagi calon , Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria pula dilarang bertanding pada saat - saat terakhir kerana kes mahkamah - politik wang.
Sekiranya Zulhasnan Rafique menjadi calon tunggal BN yang menang di PRU yang ke 12 di Kuala Lumpur tahun lepas, kini beliau juga menjadi wakil tunggal dari Wilayah Persekutuan menang di MT. Ini merupakan kali ini pertama Zulhasnan bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mendapat 1431 undi dan meraih tempat yang ke 22 sepertimana no calonya yang juga merupakan no 22. Apa yang pasti Kemenangan Zulhasnan dan juga Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO WP - sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia yang baru berjaya memberikan satu imej baru kepada kebangkitan UMNO di Wilayah Persekutuan.
Di Pergerakan Puteri pula, kemenangan dua calon dari Wilayah Persekutuan - Seri Wani Sabtu (Ketua Puteri Setiwangsa) dan Zauyah (Ketua Puteri Bandar Tun Razak) juga berjaya memberikan satu suntikan semangat yang baru kepada ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan. Namun kekalahan teruk Datin Ismalina Ismail dan Saarah bagi jawatan Ketua Puteri dikatakan "tak berapa cantik" . Saarah hanya dapat 3 undi. Manakala Ismalina pula hanya dapat 59 undi.
Di Pergerakan Wanita pula semua calon dari Wilayah Persekutuan yang bertanding bagi jawatan Exco Wanita tersungkur.
Di Pergerakan Pemuda pula, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mencipta sejarah apabila lima calon menang bagi jawatan Exco Pemuda.Paling manis ialah kemenangan empat calon dari Putrajaya iaitu Ketua Pemuda Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid, Muhamad Khairun Aseh, Mohd Hisamudin Yahaya dan Tun Faisal Ismail Aziz. Seorang lagi calon ialah dari Nasir Akthiar dari Titiwangsa. SYABAS DAN TAHNNIAH kepada semua calon yang MENANG - Wilayahkini
10 comments:
WILAYAHKINI - ADA LAGI SATU CALON DARI WILAYAH YANG MENANG TERTINGGI. KETUA PEMUDA BUKIT BINTANG - TENGKU AZMAN B. TENGKU ZAINOL ABIDIN
Puteri WP hancussss...4 tahun lagi, Saraah akan bertanding di Wanita pula. Datin Ismalina pula tidak ada kekuatan jentera.Kerana tidak mau mengecewakan Bhg yg telah mancalonkankannya, dia teruskan bertanding tanpa memeriksa pengaruh beliau terutama di WP.Saya kesian kerana dia seorg yg hardworking.Malangnya,tak pandai berkerjasama dgn orang.
Calon2 Pu3 yg lain - kecuali Fiona, tidak langsung dikenali orang.Silap Fiona dia tidak berkapal dgn sesiapa - bertanding antara 50+ orang,tidak boleh dimenangi tanpa berkapal.Lone ranger memang susah nak menang.
YB yang bertanding Naib pun kantoi walaupun dikenali ramai.Ini disebabkan insiden perebutan jawatan Ketua Pu3 Bhg yg agak sengit di Bahagian.Juga krn beliau dikatakan org WP yg bukan diterima di WP.Walaubgmanapun,peluang beliau di Perak sbg Wanita, amat cerah.
Pemuda ada 6 orang exco?Ini krn perwakilan Pemuda tak berfikiran jauh!
Pesal muka Kak Ros mcm tue?
askum... tahniah kpd Dt Sri Zulhasnan yg telah menang MT wakil drpd WP.. kami d WP berharap sgt agar Dt Wira Syed Ali & Dt Astaman menang juga tapi yg menentukan adalah prwakilan UMNO & ALLAH SWT.. setahu saya no calon: 22 & menang pun tempat no: 22.. setahu saya dlm WP no kegemaran no: 22 ini adalah no tuah (no favourite) seorang pemimpin veteran d WP.. walau apa pun syukur kehadrat ALLAH SWT kerana yang berusaha itu kita dan yg menentukan adalah ALLAH SWT.. HIDUP UMNO WP..! !
Masalah CHAI.(senarai calon ikut grouping) Perwakilan tak berfikir dan kenal calon yang bekerja. Mereka hanya kenal calon yang kaya dan boleh bagi duit lebih. Hancur pelapis UMNO ni......
Tahniah kepada zaki,khairun,yop dan tun kerana telah berjaya didalam pemilihan exco malaysia tempohari.maka terciptalah satu sejarah baru dalam Umno yang mungkin tidak dapat dibuat lagi oleh mana-mana bahagian umno didalam malaysia.4 org semuanya dari bahagian yang sama UMNO PUTRAJAYA.Apakah ini menunjukkan kesemua mereka berkemampuan untuk membantu pemulihan pergerakkan pemuda malaysia?kita tunggu dan lihat.Lupakan sejenak permusuhan diperingkat bahagian tempohari ,saudara semua telah menang dan yang menjadi mangsa ahli2 yang masih bermasam muka akibat pertandingan tempohari.Saudara semua harus sedar di putrajayalah saudara2 bertapak dan jangan lupa selepas berjaya nie ahli2 pemuda putrajaya dilupakan .duduklah berbincang apa yang perlu dilakukan demi kebaikan pemuda putrajaya yang telah lama ditinggalkan setelah lama keluar berkempen.ahli2 pemuda putrajaya pun ingin meraikan bersama2 detik bersejarah ini.buatlah majlis kesyukuran di putrajaya dulu jemputlah semua ahli pemuda putrajaya tak kira dari kem zaki ke,khairun ke.tun ke atau yop sebab semuanya menang.Buatlah perubahan diperingkat akar umbi dulu kemudian ke peringkat wilayah pulak seterusnya ke peringkat nasional.sedarlah saudara harapan dan kepercayaan telah diberikan kepada saudara2 janganlah menghampakan kami semua .teruskan janji saudara2 semasa berkempen .
HIDUP PEMUDA TRANSFORMASI
SANDRA, PUTRAJAYA.
Apa nak di megahkan sangat menang pun yang ke 22. Awak menteri ketua bahagian dan ketua perhubungan lak. Baik resign je. Ahli dah tak suka lah tu. Sebelum di singkirkan dengan cara yang kasar baik lah berundur ngan cara baik.Beri peluang lak Dato Halim menerajui bahagian.Dia rapat ngan Najib bolih lah majukan bahagian dengan lebih pantas lagi
Tahniah kepada semua yang bertanding MT.kalah atau menang adalah sudah menjadi ketentuan...kerana itu adalah adatnya...tiada siapa yang bolih menilai popularnya sesaorang berdasarkan No yang dimenangi....kerana no 28 atau 38 juga adalah ketentuan yg menjadi ukuran kepada yang bertanding...mereka pasti akan dinobatkan dengan Nombor-nombor itu,Kepada Dato' Zulhasnan harap jagalah WP dengan sebaik adanya,kerana daripada apa komen ke 6 yg dicetuskan jelaslah Dato Sri bukan senang untuk memenangi kerusi MT yang terpaksa berdepan dengan penghasad dan pendengki dari keturunan seagama.ingatlah sesiapa yang mengamalkan FITNAH PENGHASAD PENDENGKI satu yang dilontarkan kepada orang lain satu juga kembali kepadanya..Jika beliau berusaha menjatuhkan orang lain satu hari akan terkena kepada usaha menjatuhkan dan mengaibkan dirinya sendiri...Didoakan semua Ketua UMNO Bahagian seluruh Negara dikurniakan akal fikiran yang sempurna dan dapat memberi manfaat kepada sebilangan besar ahlinya...bukan kepada pengangguknya sahaja..Amin
To Liza 20 n Fiona 48,kami tabik spring pd u all berdua.Walau kalah tetap turun membantu PRK Bkt Selambau.Kami org Kedah mmg terkejut kerana hangpa berdua tak terpilih sedangkan hangpa 2 org la yg turun padang lebih drpd calon2 yg menang tu.Tp inilah politik,sape yg kuat bodek n pandai main kolam yg tu la dapat.Sedih memikirkan Pu3 yg diharapkan dpt membuat perubahan rupanya sama saja dgn hak lain tu.Apa pun teruskan perjuangan,tak dpt tempat di sana bukan bermakna tak boleh berkhidmat naa..Rezeki hangpa mungkin di tempat lain.Tunggu dan lihat...
Merujuk kepada komen no.8 beliau nampak nya beria ia memuji dato zul. Ini tentu lah golongan yang mempunyai kepentingan peribadi di atas kedudukan dato zul.Pada hakikat nya sudah nyata dato ketua perhubungan kita telah gagal. Beliau telah di beri segala kemudahan untuk mempertabatkan UMNO Wilayah, keputusan nya sedia maalum sajalah. Olih itu tiada pilihan lagi Dato Zul harus bertanggungjawab dan memberi laluan kepada pemimpin Umno lain. Ini bukan lah kerana hasat dengki atau sebagainya ini adalah atas dasar kesedaran Umno perlu berubah atau diubah.
Post a Comment