Monday, March 23, 2009

SUDAH SAH :KETUA PEMUDA WP NORZA ZAKARIA TERKELUAR DARI PEMILIHAN MT ; DI LARANG BERTANDING !

BERITA TERKINI MAC 23 -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dilarang bertanding pada pemilihan UMNO minggu ini bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Norza menjadi orang kedua dihalang bertanding selepas Datuk Seri Ali Rustam dikenakakan tindakan yang sama minggu lepas.
Berita sebelum ini di Wilayahkini......
KUALA LUMPUR Mac 21 2009 -- Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dikatakan akan menjadi orang kedua akan dihalang bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi kerana telah dihadapkan ke mahkamah atas kes politik wang baru - baru ini? Berita mengenai Norza akan menerima nasib yang sama seperti Datuk Seri Ali Rustam tersebar luas malam tadi melalui sms dan juga internet. Namun belum ada pengumuman rasmi mengenainya.
Sementara itu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata status kelayakan Norza Zakaria untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi ( MT ) UMNO akan diketahui Isnin depan selepas beliau didakwa di mahkamah atas kesalahan politik wang. Sila klik DISINI
Sekiranya Norza yang juga merupakan penyandang Ahli Majlis Tertinggi UMNO terkeluar dari saingan, maka Wilayah Persekutuan akan kehilangan seorang calon dalam saingan MT. Selain Norza, calon - calon lain yang akan membawa cabaran WP dalam persaingan MT ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, bekas Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz dan Ketua Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

6 comments:

Anonymous said...

Baiklah Norza tidak bertanding. Kalau beliau benar-benar nak berkhidmat pada parti, macam-macamcara boleh buat, bukan dengan hanya pegang jawatan dalam MKT. Tumpukan kepada kes mahkamah dulu. Beliau pun masih muda, tengok Azim Zabidi, Mat Isa dan MAt Taib, antara contoh..... jaga nama baik UMNO dulu

Anonymous said...

Keputusan tentang Norza memang sudah dijangka cuma Lembaga Disiplin saja yang melengahkan masa untuk umumkan..sebaiknya tak perlu begitu lama nak umumkan keputusan..apapun harap Norza dan penyokongnya bersabar serta menerimanya.

Anonymous said...

Salam..

Mungkin ini masa yang sesuai untuk Saudara Norza memuhasabahkan diri dan berkorban untuk parti. Imbas kembali apa yang berlaku, dan buat tranformasi ke atas perkara tersebut. mudah-mudahan mendapat petunjuk dariNYA.

Amin..

Anonymous said...

Sokong cadangan d atas. Sekarang kan dah malu lagi.

Anonymous said...

sudah terbukti kredibiliti norza

Anonymous said...

Sekarang Norza akan rasa apa dia sebenar nya politik umno kawan akan lari pegampu akan akan mengempaskan Norza kebumi yang keras. Tiada lagi gelak dan hilai. Deringan handset berkurangan atau terus senyap.Sememang nya melayu mudah lupa. Mungkin ada baik nya untuk Norza pekara ini berlaku kerana ia akan menginsafkan dan masa yang baik untuk nya berfikir dan bermuhasabah diri.