Tuesday, March 31, 2009

ENAM PAHLAWAN PEMUDA DARI WP GEGARKAN EXCO PEMUDA MALAYSIA ; PEMUDA PUTRAJAYA BUAT PUKULAN KENCANG ; KINI SIAPA PILIHAN KETUA PEMUDA WP?

KUALA LUMPUR Mac 31 -- Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bangkit dengan penuh bergaya.Pemilihan Pemuda UMNO Malaysia baru - baru ini menjadi buktinya. 6 Calon dari Wilayah Persekutuan berjaya memenangi jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Ini merupakan satu sejarah baru yang telah dicipta oleh Pemuda UMNO WP. Malah kemenangan 4 calon dari Putrajaya juga mencacatkan satu sejarah baru bagi Pemuda UMNO Malaysia. Hampir semua orang kuat Pemuda UMNO Putrajaya terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun , saiz Pemuda UMNO Putrajaya dikatakan kecil, kini Pemuda UMNO Putrajaya sudah menampakkan taring mereka.Sudah membuktikan keupayaan mereka.Yang pentingnya, bukanya bilangan cawangan tetapi kredibiliti calon dan perjungan mereka kepada parti dan negara.
Pahlawan - Pahlawan Pemuda dari Wilayah Persekutuan yang menang jawatan Exco Pemuda ialah seperti berikut :
Datuk Ahmad Zaki Zahid - Ketua Pemuda Putrajaya, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin - Ketua Pemuda Bukit Bintang, Tun Faizal Ismail Aziz( Putrajaya dan Pegawai Khas Menteri Pelajaran), Nazir Hussin Akhtar Hussin - Naib Ketua Pemuda Titiwangsa, Muhammad Khairun Aseh Mantan Ketua Pemuda Putrajaya( Penaja ) dan Mohd Hisamuddin Yahya Naib Ketua Pemuda Putrajaya - (Semua dalam Gambar )
Walaupun nasib tidak menyebelahi Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria untuk turun ke gelanggang , tetapi pastinya Norza boleh tersenyum besar kerana pasukanya menang besar di Wilayah Persekutuan. Persoalan sekarang- Siapakah Pengganti Norza di Wilayah Persekutuan selepas ini ? Memang tidak dapat dinafikan , Khairy Jamaluddin memang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pemuda Putrajaya Ahmad Zaki. Apakah nasib akan menyebelahi Zaki ataupun Ketua Pemuda Cheras Syed Mehdhar (Setiausaha Pemuda UMNO WP) yang dikatakan sudah lama menGIDAMKAN jawatan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Seorang lagi calon yang dikatakan juga sedang menGINTAI peluang tersebut ialah Ketua Pemuda Bandar Tun Razak Rizalman Mokhtar? Rizal juga dikatakan salah seorang penyokong kuat dan setia Khairy Jamaluddin.
Sekiranya , pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Tun Faizal tewas hanya denga 3 undi dalam pertembungan satu lawan satu bersama Ahmad Zaki, kini kemenangan bergaya Tun Faisal dikatakan boleh memperkukuhkan lagi penampilanya dalam Pemuda UMNIO Malaysia. Nama Tun Faisal juga jadi perhatian bagi jawatan Ketua Pemuda WP? Peranan Tun Faisal sebagai Pegawai Khas Datuk Seri Hishamuddin dapat memberi kelebihan kepadanya ?
Apapun Wilayahkini ingin mengucapkan tahnniah dan syabas kepada Pemuda UMNO Putrajaya yang berjaya menjadi sumber kekuatan utama bagi kebangkitan Pemuda UMNO WP .Bagi calon - calon dari WP yang tewas dalam percubaan kali ini, jangan risau, Esok masih ada lagi.Teruskan perjuangan anda.Kuatkanlah saf kepimpinan Pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan.

18 comments:

Anonymous said...

Tahniah kpd yg berjaya... namun segolongan besar ahli pemuda mempersoalkan kredibiliti kepimpinan tertinggi pemuda.....telah di dapati salah oleh Lembaga Disiplin UMNO masih dibenarkan bertanding... Bagi memastikan perubahan yg dilaung2kan oleh kepimpinan tertinggi UMNO terlaksan... siasatan menyeluruh harus dilakukan terhadap kepimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO.

Anonymous said...

ha ha ha kesian sikatak buncit dari cheras.tu la balasan nya orang munafik.yang dikejar tak dapat,yang digendung berciciran

Anonymous said...

ishh camner dari putrajaya tu leh dapat lebih dari sorang...tak berkembang la...tak kisah la... janji buat keje.. rapat2 kan lah saf..

Shamsulnidza Mudari said...

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar pandangan dan untuk renungan bersama....

Di dalam apa jua pertandingan...kepastiannya ada yang harus menjadi Pemenang dan ada yang harus menerima kekalahan....

Di dalam Pertandingan Politik pula...sesuatu yang amat merisaukan yang telah terjadi...apabila perebutan jawatan yang begitu ketara berlaku dalam Persidangan UMNO yang lalu..

Jawatan bukan lagi dianggap sebagai amanah untuk di pikul...tetapi direbut untuk mendapatkannya... Mengapa beria - ia sangat untuk mendapatkan jawatan? Adakah jawapannya tidak lain dan tidak bukan berkaitan dengan kepentingan "perut" dan peribadi semata - mata...?

Sehubungan dengan itu , "politik wang" di amalkan dengan berleluasa untuk merebut jawatan. Akhirnya timbullah permusuhan dan seumpamanya yang sudah tentu menghancurkan semangat persaudaraan sesama ahli... Sebenarnya tugas sebagai Pemimpin amatlah berat...justeru itu apakah orang yang di pilih sebagai Pemimpin itu seorang yang berkemampuan tinggi untuk melaksanakan dan menegakkan prinsip keadilan untuk semua? Selain itu apakah seseorang yang di anggap pemimpin itu daripada kalangan mereka yang tidak ada cacat cela moralnya?

Adakalanya seseorang yang di lantik itu memang di lihat berprinsip, tetapi malangnya prinsip pegangannya berunsurkan ciri - ciri mirip kepada perkara yang bertentangan dengan kehendak dan kepentingan orang ramai (akar umbi). Akhirnya keadilan tidak dapat dilaksanakan dan... ia hanya berprinsip menanam tebu di bibir yang memihak kepada diri sendiri atau kumpulannya sahaja manakala kepentingan umum di ketepikan, malah bagi mereka (akar umbi) yang tidak sehaluan di anggap sebagai Penentang Arus.....


Renung - renungkan lah...

Salam Ikhlas

SHAMSULNIDZA MUDARI
Ahli Pemuda UMNO

No. Ahli : 01590808
Cawangan : Jalan Peel Utama
Bahagian : UMNO Cheras

Anonymous said...

to Shamsulnidza Maduri,

Kau ni macam perli KP Cheras aje. Takkan kutuk boss sendiri kat blog orang lain kot.

Anonymous said...

Zaki tak boleh jadi Ketua Pemuda Negeri, sebab dah jadi EXCO

S MEHDHAR tak boleh jadi Ketua Pemuda Negeri sebab bawa calon Ketua Pemuda Malaysia yang kalah

RIZALMAN paling relevan dan layak sebab konsistan membantu KJ dalam kempennya

HIDUP JOE

hatiminda said...

khairy banyak menyusahkan umno sehingga menjadi mangsa libasan pembangkang... KJ menganggap dengan apa yg diucapkkan melalui pidato, ceramah atau debatnya boleh meyakinkan masyarakat utk melupakan sejarah bertapa untungnya KJ mengaut keuntungan hanya berbekalkan kuasa sebagai anak menantu kepada PM.

Tidak ada siapa yang bergembira dengan kemenangan KJ sbg KP umno melainkan hanya mereka yang mendapat habuan daripada pemberian rasuahnya yg dijatuhi oleh lembaga disiplin dan tatatertib UMNO.

spt kata Tan Sri Sanusi Junid "jika manusia yang berakal waras dan sayangkan umno, apabila dijatuhi dan didapati bersalah merasuah, sudah pasti mengambil langkah utk meletakkan jawatan"


sekarang yg menjadi kemusykilan, mengapa Anwar Ibrahim dan koncu-koncu atau budak-budak upahannya tidak membuat laporan polis ataupun SPRM supaya menyiasat Khairy dalam salah laku merasuah..

kebiasannya jika timbul isu sebegini/rasuah dlm umno mereka lah yang paling sibuk menjaga tepi kain orang lain...mereka juga yg tidak sabar2 menghantar gerombolan untuk berdemonstrasi tidak kira tempat...
Adakah mungkin KJ ada hubungan belakang tabir dengan Pak auta ini?

jika KJ benar2 sayangkan umno, kita rayu supaya secara terhormat utk dia meletakkan jawatan... tidak guna cakap soal institusi jika diketuai oleh kepala rasuah...

Shamsulnidza Mudari said...

Assalamualaikum w.b.t.

Khas untuk renungan Anonymous yang memberi pandangan kepada saya,

Sesungguhnya saudara perlu memahami tulisan yang tersurat di sebalik yang tersirat...mungkin kefahaman saudara mungkin terfokus ke arah atau kepada seseorang yang saudara sendiri tidak suka....ataupun pemikiran yang terpesong ke arah individu tersebut..kerana...teguran saya adalah terbuka...dan oleh kerana itu saya berani memperkenalkan diri saya sendiri dan tidak berselindung di sebalik nama...

"AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA"

Manusia akan sentiasa menghadapi rintangan dan tentangan yang berbagai macam corak ragamnya... ada tentangan itu yang datangnya dari manusia yang sememangnya kepala sama berambut..tetapi sifat, tabiat, laku dan perangai yang berlainan....dan tidak kurangnya disebabkan kelemahan dan kelalaian diri sendiri yang jarang sekali kita sedari dan akui....sebabnya kebanyakan manusia..."Hawanya Pantang Kerendahan dan Nafsunya pula Pantang Kelintasan.... Bak Kata pepatah Orang yang Bijaksana..."Kuman di Seberang Lautan Nampak tapi Gajah di Pelipis Mata tidak kelihatan....

Dan sesungguhnya di dalam hati kita sendiri...kita tahu bahawa hati kita sentiasa benci kepada seseorang yang tak sepatutnya kita benci...apabila melihat kawan lebih dan mudah rezekinya...kita mula tidak berapa senang....didepannya kita berpura - pura bangga dengannya...padahal di dalam hati...?

Sesungguhnya Manusia itu amat senang dan mudah mengenali orang lain berbanding mengenali dirinya sendiri...dan amat mudah merakam sesuatu yang di lihat dan di dengar berupa yang salah dan mungkar berbanding merakam sesuatu yang benar atau yang hak...

Sekadar Pandangan Ikhlas dan untuk renungan bersama.

Renung - renungkan lah...

Salam Ikhlas

SHAMSULNIDZA MUDARI
Ahli Pemuda UMNO

No. Ahli : 01590808
Cawangan : Jalan Peel Utama
Bahagian : UMNO Cheras

Aura politik said...

What a joke! Negeri lain tak ada tv layak?

kundur said...

alang-alang mukhriz kalah,biar KJ yang jadi KP,dari mat penyapu si khir toyo.

Tahniah kepada saudara Rizalman,ketua pemuda UMNO Bandar Tun Razak kerana beliau telah dilantik sebagai Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan.

Anonymous said...

Apa punya pandailah Perwakilan, sampai 4 org dr bahagian yg sama. X berkembang minda langsung.

Dan yg paling mendukacitakan, menobatkan Si KJ sebagai KP..... satu kesilapan besar.

Tima kasih pada suma perwakilan kerna menyusahkan kami di akar umbi ini menahan n menipis gelakan, kutukan pihak lawan.

Sedarkah kalian, yang kalian nobatkan itu adalah seorang PERASUAH. Maknanya kalian (Para Perwakilan ke Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia) MAKAN RASUAH.



UNDUR KJ UNDUR!!!!


BUDAK WILAYAH

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t.

tahniah kepada 4 pahlawan dari Putrajaya terasa banggga juga kawan dengan kemenangan merebut calon exco pemuda, gah putrajaya dengan 4 pahlawan ni. Disebalik bangganya kawan gah diseluruh negara akan kehebatan pahlawan dari Putrajaya ni berbagai perseolah timbul dalam benak fikiran kawan...akan kemanakah hala tujunya pemuda Putrajaya selepas ini. Harapan kawan 4 pahlawan ni akan membawa Pemuda Putrajaya kearah pemuda yang lebih segalanya dari pemuda tempat lain.Dari segi aktivitinya,ekonominya,agamanya, budaya, sosial dan sebagainya. Apa tidaknya 4orang exco pemuda MALAYSIA dari putarajaya yang hanya terdapat lebih kurang 25 cawangan.

Harapan kawan bersatulah wahai pahlawan ku berjuanglah untuk pemuda putrajaya jangan hanya untuk diri sendiri.

Bersatulah wahai pahlawanku rapatkan kembali saf pemuda Putrajaya. Lupakan lah segala sengketa lama... kerana kawan kenal kalian semua.....

Bersatulah wahai sahabatku
tunaikanlah apa janjimu..
waktu kempen di bahagian dulu..

itu hanya pemintaan kawan bukan RM.......BERSATULAH DEMI PEMUDA PUTRAJAYA

terima kasih.

kamal said...

siapa menang semalam... england menang kee.... rooney ada score tak...? (asik politik jee... tengok bola la pulak)

Anonymous said...

Kalau tabur berguni untuk dapat jawatan tu, pasti tak lama!!!! Banyak contoh. Takda apa nak dibangga kan.

Anonymous said...

KJ DAH TABUR BANYAK DUIT TAPI MASIH ADA YANG SOKONG (PANDAI-PANDAI SENDIRILAH). LEMBAGA DISIPLIN PUN TAK JUJUR DAN IKHLAS MELAKSANAKAN TUGASNYA KERANA PENDIRIAN BERBEZA-BEZA MELAKSANAKAN TUGASAN HUKUMAN. SEKARANG KJ DAH JADI KETUA NAK HARAP LETAK JAWATAN SORRY SIKIT. TAPI YANG PENTING SEKARANG ADALAH DEMI MASA DEPAN. PERANCANGAN HARUS BETUL DAN TEPAT.

Anonymous said...

Salam
Tahniah pada semua yang menang terutamanya pada saudara Tun Faisal..terbukti saudara Tun adalah pemimpin yang disukai oleh Pewakilan..
Tun adalah seorang kuat bekerja terutamanya sekarang ni beliau bersama pengikut setia berada di kampung Tengkorak Batu di Bukit Selambau untuk membantu berkempen di kampung tersebut..tanpa apa-apa rungutan saudara tun sanggup tido berselerak bersama berbelas penyokong beliau dirumah Ketua cawangan di kpg tersebut..bukan seperti dua tiga Exco yang lain..datang seperti orang besar dan membuat lawatan bersiar tgk keadaan..bukan membantu bersama bekerja dgn org-org kampung..bila la nak berubah sikap, masih tak reti-reti lagi perubahan yg hendak dilakukan..rakyat didahulukan...untuk semua penyokong saudara Tun, tahniah dan setialah bersama beliau kerana beliau adalah jenis yg mengenang jasa, tidak akan lupa pada yang setia...bob bakawali dah jadi org kaya sekarang sejak ikut exco pemuda yg banyak duit...

Anonymous said...

kah kah kah..

UMNO WP yg hancur prestasinya masa PRU 12 pun boleh dapat banyak kerusi exco?..memang tere la Perwakilan2 Pemuda buat congakan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia & amik duit..andalah pelapis negara..syabas inspekter shahab!..

kah kah kah

Anonymous said...

Ayob...dh jd exco jgn la menyombong....ckp biar berlapik...ingat kawan2..ingat asal-usul..