Monday, March 23, 2009

PWTC JADI TUMPUAN ; PERWAKILAN SUDAH MULA TURUN KE KL ; SMS DAN CAKAP - CAKAP POLITIK SEMAKIN LANTANG DAN BERLELUASA .........

KUALA LUMPUR Mac 23 --Menjelang perhimpunan agung yang akan bermula secara rasmi mulai esok, sekali Pusat Dagangan Dunia Putra sudah mulai sibuk dengan pelbagai persiapan menghadapi persidangan UMNO kali ini yang penuh bersejarah dan dramatik selepas tahun 1987. Kali ini, UMNO bukan sahaja bakal menyaksikan proses " Peralihan Kuasa" tetapi saingan sengit bagi semua jawatan tertinggi parti dari Pemuda , Wanita, Puteri dan sehingga ke Majlis Tertinggi. Setelah , Datuk Seri Ali Rustam "menerima kad " merah daripada Lembaga Disipilin UMNO, kini perhitungan antara di antara " Dua Tan Sri " - Muhyiddin ataupun Mat Taib. Persekitaran hotel - hotel sekitar Kuala Lumpur sudahpun dibanjiri dengan kehadiran para perwakilan. Cakap - cakap politik dan sms semakin laju beterbangan menjelang detik - detik terakhir pemilihan. Persoalanya adakah UMNO akan berubah ataupun di ubah? Dalam tempoh masa 24 jam ini, apa - apa pun boleh terjadi ?
Kempen - kempen di saat terakhir juga semakin kencang. Macam - macam yang kita dengar. Apakah UMNO negara akan dikejutkan dengan satu lagi tsunami politik minggu ini ?
Yang pasti semua nak menang !
Apakah yang akan diluahkan oleh Presiden Parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Taklimat Presiden esok ?
Ramai nak dengar "clue" daripada Pak Lah kerana , Pak Lah dikatakan jarang bercakap mengenai UMNO setelah umumkan pelan peralihan kuasa.
( gambar - Mstar )

No comments: