Tuesday, March 17, 2009

UMNO SEMAKIN PANAS : ALI RUSTAM DI LARANG BERTANDING ; KHIR TOYO DAN KJ LEPAS HALANGAN !

KUALA LUMPUR 17 Mac 2009 -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam hari ini dilucutkan / dihalang kelayakan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan UMNO minggu depan kerana didapati bersalah melanggar undang - undang parti.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin pula diberikan amaran dan dibenarkanbertanding. Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.
Ali Rustam yang juga merupakan Naib Presiden UMNO didapati bersalah Perkara 10.1, Tata Etika ahli UMNO yang membawa hukuman dilarang bertanding ataupun dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja kata Pengerusi Lembaga Disipilin UMNO Tan Sri Ahmad Rithaudeen dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

8 comments:

Anonymous said...

Persaingan Pemuda semakin menjurus. Calon yang kurang dan hampir tiada isu patut menjadi pilihan. Adakah KJ calon 'bersalah' tetapi di beri
'amaran' hendak dipilih? Adakah calon KT yang memang banyak isu terkini dengan 'inquest' berkenaan dana Balkis dengan isterinya hendak dipilih? Beliau sepatutnya memberi fokus untuk memenangi Selangor kembali sekiranya beliau bertanggung jawab.
Imej KJ telah tercalar dengan kejayaannya memasuki carta top 15 orang bersalah. Kalau Lembaga Disiplin begitu serius untuk memerangi tata etika ahli berkempen, bersalah tidak ada komprominya. Adakah Pak Lah mempengaruhi keputusan anak menantunya?
Maka dengan ini saya memberi keputusan dan ketetapan calon yang layak untuk memimpin PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA ialah Dato' Mukhriz Mahathir dengan motonya BERANI BERUBAH.

Anonymous said...

Buat ape pilih yang bersalah. Semua orang tahu kau memang dah salah.

Anonymous said...

Presiden - Najib
Timbalan Presiden - Muhyiddin Yassin
Ketua Pemuda - Mukhriz
Timbalan ketua Pemuda - Razali Ibrahim

yang wanita dengan puteri, korang pilih pulak.

Anonymous said...

wanita sudah tentu Tan Sri Rafidah Aziz

Anonymous said...

Salam..
Wanita Belum tentu lagi... Tunggu

Yang pasti kamiliah...

Anonymous said...

304 orang tu amat bertanggung jawab sekiranya UMNO barisan pelapis menjauhkan diri dari PEMUDA. Perubahan yang ikhlas kita harapkan, pemilihan calon contoh yang salah dipilih.
Ramai yang semakin curiga dengan sistem pemilihan UMNO. Dalam usia muda 'korup' telah menjadi jalan penyelesaiannya untuk menang! Kemenangan itu bukan suara akar umbi!
Perjuangan belum selesai! Harap Najib pantau budak muda ini, jangan jadi macam Hishamuddin lepas bebas. Suruh dia jilat balik kesilapan bapak mentua dia, selesaikan!!!!

Anonymous said...

Salam..
Pelik gak tiba-tiba nama dia naik d umum Ketua Pemuda baru 304 undi tuuu. Sapelah perwakilan nii. dahlah ramai yang muak nengok dia ni.. mintalah siasat semula proses pemilihan agar tiada yang teraniaya... Kepada yang manag dengan cara Bersih Tahniah yang cara ..... Takziahhh

pemuda kecewa said...

cctv , masalahnya Pak Lah nak pastikan anaknya Nori dapat 'makan'dan selesa kehidupan kalau dia dah tak de esok2. Apa cara pun anak menantunya mesti menang. Masalahnya rata-rata orang kat luar menjebik UMNO kerana memilih orang yang bersalah menang untuk meneraju Pemuda UMNO. Liabiliti . Meluat orang-orang UMNO tapi sayang pada perjuangan yang suci murni ini!!!