Dikalangan 51 calon yang menawarkan diri termasuk melibatkan 9 Menteri, 9 Timbalan Menteri, 5 Menteri Besar. Menteri Besar Perak dan Terengganu tidak bertanding sebarang jawatan. Selain itu , calon - calon juga terdiri daripada Ketua Bahagian, Senator dan bekas Ahli Parlimen.
" Dalam wadah perjuangan UMNO , Majlis Tertinggi adalah badan yang paling berkuasa merencanakan hala tuju perjuangan parti dan seterusnya mempengaruhi dasar- dasar kerajaan ", kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.klik-:: UMNO 2009 ::, untuk baca selanjutnya(analisis Bernama)
Negeri Johor dan Perak mendahului senarai tertinggi dikalangan calon MT dengan menampilkan 6 calon setiap negeri, Pahang - 5, Selangor-3, Kelantan-3, Terengganu -4, Kedah- 4, Sabah - 3, WP - 4, Pulau Pinang-4, Negeri Sembilan - 4 dan Melaka -1.Selain Zulhasnan Rafique, Wilayah Persekutuan membariskan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz , Ketua Pemuda UMNO WP Datuk Norza Zakaria dan Ketua Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.Nasib Norza Zakaria yang tidak "menentu" dikatakan akan diketahui minggu depan.
Selain itu penyertaan beberapa penyandang MT yang kini tidak berstatus Menteri, Timbalan Menteri ataupun tidak bergelar YB menghangatkan lagi suasana pemilihan kali ini. Apakah nasib mereka ?Persoalanya - adakah perwakilan akan pilih calon yang kehendaki oleh mereka atau dikehendaki oleh rakyat ?
5 comments:
Apa nak hairankan memang rakyat akan tahu perwakilan2 UMNO akan ambil calon yang bagi wang dan imej yang bermasaalah dari calon pilihan rakyat yang mahukan pemimpin yang bersih dari noda dan najis rasuah. Kembanyakkan perwakilan UMNO bukannya cerdik pun calon yang macam penyangak yang
tak ada qualiti kepimpinan dan pengalaman hah yang itu lah diambil asalkan mereka bagi duit. Memang dasar perwakilan UMNO mata duitan maka yang itu lah nanti dipilih. Kesian UMNO tidak ada tokoh yang boleh dibangakan lagi. Cari saja calon dari PKR senang saja masuk Pakatan Rakyat.
kalau UMNO nak menang pilihan raya umum akan datang kene la pilih orang yang rakyat tak berapa kenal.. sbb yang dah popular dan terkenal ni rakyat dah muak dengan cara diorg memimpin.. UMNO perlukan perubahan!! Kalau calon yang sekarang menang apa gunanya PRU akan datang UMNO kalah di banyak negeri lagi.. fikirlah sendiri..
Salam..
Anonymous ko ni pun apa kurangnya pandai cakap aje. yang sebenarnya korang pun sama Gila Kuasa. Pemimpin PKR ko lagi gila kuasa. Nizar Gila Jawatan lupa Pas tu ada 6 org adun jer, Dsai Ingat nak jadi PM dia yang mulakan Rasuah dlm UMNO zaman Arwah Tun Ghafar. Kalah dalam Pemilihan UMNO lari masuk pembangkang langsung tiada moral dan semangat jati diri, biarpun dulu kutuk pembangkang bila dah tersungkur Jilat sendiri. Pewakilan UMNO pun tau buruk baik Duit bukan perkara utama itu rencah aje. masaalah dalaman orang luar pergi mampus ler. ko jaga kain sendiri. Ipar nizar tu dapat projek balak ko tak siasat.
Orang PKR ni dulu pun org UMNO tapi tak menang di peingkat caw bila ada perti baru terus join berjuang konon. pirahh..
Kalau org PKR boleh bersuara takkan kami nak senyap ajerrr..
Salammm...
Umno ke PKR ke sama aje semuanya mata duitan orang PKR adalah orang dari UMNO juga, sebab tak dapat apa yang di kehendaki semasa dalam UMNO maka masuk parti lain ini lah orang politik nak kaya dengan cara mudah yang bodoh penyokong, mejerit-jerit dijalanan sedang ketua mereka bersenang-lenang di bilik aircon. fikir-fikirkanlah.
Sebenarnya masih ramai yang percaya dengan perjuangan dasar UMNO, mereka tidak berjawatan tapi semangat cintakan Parti itu tetap ada. Ramai juga calon2 yang ikhlas bekerja seperti Dr Novandri dengan klinik bergeraknya, tapi tidak dipilih oleh perwakilan! Perwakilan yang pergi kebanyakannya haprak dan buta, tidak menilai dan buat homework sebelum ke perhimpunan. Hancusss..............
Post a Comment