Friday, March 6, 2009

POLITIK UMNO PANAS LAGI ; SETIUASAHA POLITIK MENTERI DI TAHAN SPRM ; POLITIK WANG ???

KUALA LUMPUR 6 Mac 2009 -- Seorang Pembantu Kanan Menteri ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) lewat malam rabu berhubung dakwaan menerima suapan bernilai RM 70, 000. Bagaimanapun , beliau dibebaskan semalam. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penahanan tersebut pegawai tersebut berkaitan dengan kempen pemilihan UMNO. Turut difahamkan Menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan parti hujung bulan ini.Berita tersebut telah memanaskan suasana politik negara ketika ini kerana macam - macam spekulasi yang di lontarkan berhubung penahanan pegawai berkenaan. Apakah SPRM akan bertindak agresif lagi menjelang pemilihan parti selepas ini ?

7 comments:

Anonymous said...

Dalam mesyuarat bahagian lalu bila saya bertanya satu soalan. jawaban yg diberi adalah "itu kuasa mutlak ketua bhg". walhal isu ditanya telah menjadi bualan segenap penjuru negara. saya bertanya supaya dapat penjelasan bagi menerangkan isu sebenar kepada ahli2 pemuda yg lain.

SNTF (sindrom NAFI TANPA FAKTA) didalam pemimpin UMNO dah xlaku.

UMNO/BN wajib disucikan kembali, pemimpin 'tongkat dunia' sudah sesat dipersada. kebinasaan yg dibawa oleh kepimpinan akan melenyapkan UMNO/BN dimata n hati org2 muda yg bakal mengundi.

UMNO menerima pemimpin yg terang2 rasuah, salahguna kuasa, bawak 20kg wang keluar negara, kawin lari, minum arak, berfoya2, sugar daddy, toy boy,lesbian,xjaga aurat dan segala macam kemungkaran pasti boleh dikaitkan dgn pemimpin UMNO.

Pemimpin yg hendak dipilih UMNO hampir semuanya bermasalah. UMNO sudah x mempunyai AKHLAK. Terutamanya Akhlak ISLAM.

AKHLAK meliputi semua aspek perjalanan kehidupan.

politik wang=RASUAH!!! senang lagi tulis rasuah. bahana duit haram ni kerana UMNO dah xkenal halal HARAM.

UMNO dalam barah tahap 4...

BAGI SALAH, XBAGI KALAH!!!

Punca segala permasalahan ni adalah PEMIMPIN2 UMNO xgentar BALASAN ALLAH.

PENGKUATKUASAAN j/kuasa Displin Parti yg x punya kuasa sebenar. cuma mampu bertindak kepada ahli2 akar umbi sedangkan RAKSASA-RAKSASA RASUAH diSANJUNG.

Kini semua persoalan politik bukan boleh disapu kebawah karpet seperti 20thn dahulu. anak2 muda dah ada saluran alternatif utk perkabaran isu2 semasa.

UMNO perlukan ULTRAMAN MAX!!!

Anonymous said...

Macam mana nak buat baik pulih ?? ada aje benda2 yang telondeh,????

Anonymous said...

Bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Norza Zakaria, yang sebelum ini dilapor 'ditemui' Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menafikan yang beliau akan menarik diri daripada bertanding mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno bulan ini.

"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya mengenai khabar angin yang menyatakan saya tidak akan bertanding.

"Kenapa perlu saya tarik diri sedangkan saya sudah menerima pencalonan yang cukup?" katanya kepada mStar Online hari ini.

Ditanya mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atasnya, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

"Tiada Komen... saya hanya memberi keterangan kepada SPRM bukan disiasat," katanya.

Norza juga menegaskan, tidak ada sebab untuk beliau tidak bertanding jawatan berkenaan atas alasan moral kerana belum dibuktikan bersalah.

Pada 24 Februari lalu, Norza menafikan beliau terbabit dalam rasuah politik selepas dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan politik wang Januari lalu.

Sebelum ini, media melaporkan beliau menyerah diri di pejabat SPRM cawangan Temerloh selepas agensi berkenaan menahan 12 ahli Umno di Maran dan Temerloh bulan lalu.

SPRM Pahang mengambil keterangan daripada sekurang-kurangnya 35 orang dari Temerloh dan Maran berhubung kes itu.

Laporan akhbar juga menyatakan 12 ahli Umno yang ditahan itu didakwa menerima wang di antara RM300 dan RM500 bagi mengundi seorang ahli politik yang bertanding jawatan ahli MT pada Mac ini.

Anonymous said...

kalau nak buat siasatan, TOLONGLAH BUAT SIASATAN DEKAT CALON KETUA PU3 - IDA RAHAYU dan CALON NAIB KETUA PU3 - SHAHANIM... ini dua orang manyak main wang punya.... kita ahli pu3 kita tau lah....

Anonymous said...

AF7+,
Saya sokong dengan saranan anda. Saya juga tau yang mereka dan kuncu2 mereka memberi imbuhan utk meraih undi dari perwakilan.

Anonymous said...

Calon Stapler MKT macam mana.

Anonymous said...

siapa calon stapler tu?